Tuesday, September 04, 2007

Berhijrah...

Assalamualaikum,

Sidang pembaca budiman, insya-Allah saya telah berhijrah ke blog baru di alamat Musafir Kelana. Penghijrahan ini disebabkan beberapa masalah teknikal selain ingin mencuba hosting blog baru iaitu Wordpress.

Maaf kerana menyusahkan anda. Maaf juga kerana membuatkan sebahagian daripada anda ternanti-nantikan update daripada saya. Semoga kita berjumpa di blog baru saya.

Wassalam

Musafir Kelana

Thursday, January 11, 2007

~ Mari Memboikot Pilihan Raya ~

Malam semalam, Barisan Alternatif mengumumkan tindakan mereka untuk memboikot Pilihan Raya Kecil Batu Talam yang akan berlangsung 28 Januari ini. Walaupun mungkin ada yang kecewa, janganlah menganggap Barisan Alternatif takut untuk berhadapan dengan Barisan Nasional.

Realiti sebenar, BA tidak berminat untuk bertarung dalam gelenggang yang berat sebelah. Pengerusi SPR sendiri menyatakan sistem Pilihan Raya di Malaysia perlu dirombak. Siapa lagi yang lebhi layak untuk mempertikaikan ketelusan sistem Pilihan Raya di Malaysia kalau bukan Pengerusi SPR?

Apapun, dibawah ini saya kepilkan salinan pengisytiharan pemboikotan yang ditandatangani oleh Presiden PAS dan PKR.

---

PEMBOIKOTAN PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA KECIL DUN O6 BATU TALAM

Pilihan raya bersih dan bebas merupakan satu asas utama dalam sebuah demokrasi yang sihat dan wibawa. Sistem pilihan raya adalah mekanisme penting untuk memberikan keabsahan dan mandat kepada kerajaan yang memerintah.

Kebebasan ini memberi ruang kepada pengundi untuk menunaikan hak asasi mereka dalam proses politik bagi menentukan calon-calon mereka dalam memilih kerajaan yang mereka kehendakki.

Berpandukan kepada pengalaman pahit dalam beberapa pilihan raya yang lalu dan khasnya Pilihan raya Umum ke-11, sesungguhnya kami meyakini bahawa pilihan raya yang telah dijalankan adalah sarat dengan penipuan, penyelewengan dan pembohongan yang sekali gus menjejaskan kredibiliti dan maruah kerajaan yang memerintah.

Serentak dengan itu, rakyat semakin resah dan bosan dengan ketempangan dan kecurangan proses demokrasi ini, yang kini dilihat adalah jauh dari memberikan keadilan dan persaingan serta pertandingan di padang yang sama-rata.

Kami senaraikan antara kepincangan dan ketempangan yang berlaku:

  1. Daftar Pemilih yang tidak tepat dan diragui.
  2. Pengundi Pos yang sering disalahgunakan bagi kepentingan kerajaan BN.
  3. Proses penjalanan pilihanraya yang tidak telus, prejudis dan bersifat berat-sebelah.
  4. Sikap dan pendirian Pengerusi SPR yang tidak konsisten dan memihak kepada kerajaan BN.
  5. Tindakan SPR dalam pengendalian persempadanan yang tidak mengikut semangat dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan bersifat tidak adil.
  6. Sikap SPR yang rela diperkudakan oleh parti pemerintah sehingga menjejaskan maruah dan wibawa SPR sebagai Suruhanjaya bebas yang seharusnya memelihara proses pilihanraya.

Berlatarbelakangkan kesemua faktor yang digariskan di atas, maka kami meyakini pilihan raya kecil DUN 06 Batu Talam akan menyaksikan berulangnya penyelewengan yang merosakkan kesucian (sanctity) proses demokrasi. Kenyataan Pengerusi SPR yang menyebut bahawa daftar pemilih yang telah diwartakan pada 30 November 2006, berjumlah 10,748 telah dibersihkan menjadi 10,524 selepas daripada perwartaan itu kini menimbulkan kecurigaan.

Proses pembersihan tersebut tidak boleh dikatakan telah dijalankan secara telus kerana ianya dilakukan secara unilateral oleh SPR tanpa penyertaan parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Segala kecurigaan kami telah disahkan melalui kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR yang mengatakan baru-baru ini bahawa ”undang-undang dan peraturan pilihan raya yang telah berusia 50 tahun itu tidak lagi sesuai digunakan pada masa ini dan tidak lagi memberi ruang kepada SPR untuk menjamin keadilan terus wujud bagi semua pihak memandangkan sosial yang telah berubah”.

Dengan ini, kami pimpinan BA, menegaskan pendirian untuk menolak dan memboikot penyertaan dalam pilihanraya kecil bagi DUN 06 Batu Talam.

Presiden Parti Islam SeMalaysia,
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang,

Presiden Parti Keadilan Rakyat
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

---

Rujuk juga link-link berikut:
RAUB, 11 Jan (Hrkh) - "Biar masuk macam singa," begitulah ungkapan Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu apabila ditanya tentang situasi dan keadaan yang sepatutnya untuk PAS dan BA bertanding dalam pilihan raya setelah memboikotnya.

Tindakan BA boikot pilihan raya disokong

~
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju agar pembangkang tidak mudah terpedaya dengan kritikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman terhadap undang-undang dan peraturan pilihan raya di negara ini.

Jangan terpedaya dengan Pengerusi SPR
~
Ketahui olehmu bahawa dalam suasana penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam pada 16 Januari 2007, Pengerusi SPR telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan ini:

Pencabulan sistem demokrasi berpilihan raya oleh BN
~
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) - Barisan Alternatif (BA) akan turun bersama rakyat untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam proses pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara.

BA turun padang dedah kepincangan pilihan raya
~

Wednesday, January 10, 2007

Isu Tol; Tun, Pak Lah, Samy Berbalah

Kenaikan tol terkini di lima lebuhraya di Lembah Klang terasa cukup membebankan rakyat. Pelbagai pihak termasuk parti pembangkang, NGO, kesatuan sekerja dan juga beberapa parti komponen Barisan Nasional sendiri mempertikaikan langkah kerajaan menaikkan tol.

Kajian yang dibuat oleh pihak yang membantah kenaikan tol membuktikan bahawa jumlah subsidi yang telah diberi oleh kerajaan kepada syarikat konsesi tol sudah berjumlah RM4.8 billion sedangkan jumlah kos pembinaan kelima-lima lebuhraya tersebut hanyalah Rm4.1 billion. Ini bermakna, tanpa kutipan tol sekalipun, syarikat konsesi telah mengaut keuntungan Rm700 juta. Bukan satu jumlah yang sedikit.

Lebih memeningkan, perjanjian konsesi tersebut diwartakan sebagai rahsia kerajaan dan dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi. Ini bermakna rakyat biasa tidak boleh mengetahui apakah yang telah dijanjikan oleh kerajaan kepada syarikat konsesi ini. Yang kita tahu, perjanjian tersebut akan berakhir pada tahun 2035 dan syarikat konsesi dibenarkan mengkaji kadar tol setiap 3 tahun sekali.

Banyak pihak yang mempertikaikan langkah kerajaan memberi subsidi, dan dalam masa yang sama mengarahkan rakyat membayar tol. Apatah lagi, jika dilihat statistik terkini, jumlah kenderaan yang menggunakan lebuhraya telah bertambah berkali-kali ganda berbanding dahulu. Dalam kata lain, keuntungan daripada kutipan tol, makin hari makin bertambah. Masih nak naikkan tol?

Hujah kerajaan, tol di Malaysia adalah yang termurah di dunia. Hujah yang tak mampu dinafikan. Walau bagaimanapun, realitinya, Malaysia adalah negara paling banyak tol. Adakah terdapat apa-apa perbezaan di situ? Murah tapi banyak, maka mahallah jadinya. Untuk meredakan kemarahan rakyat, kerajaan mengurangkan cukai jalan untuk kenderaan. Apalah sangat penurunan sekitar Rm10-Rm50 jika dibandingkan dengan jumlah peningkatan tol sepanjang tahun?

Hari ini pula, saya tertarik membaca berita di Utusan dan TheSUN yang menunjukkan terdapat percanggahan pendapat antara Pak Lah dan Samy Velu. Malah, Pak Lah dilihat cuba tunjuk bijak dengan menafikan kenyataan Tun sebelum ini. Kata Tun,

"This is one of thing that we need to correct. What you have is a cabinet which is not very knowledgeable all the time because it is not made up of experts but politicians (and) some politicians like myself can sometimes be stupid," he said when told by reporters that all the five tolled expressways were constructed during his 22-year tenure as prime minister.

Mahathir said the agreements were drafted by officers and submitted to the cabinet and usually the small prints are not there.

"The cabinet merely gave approvals in principle and never really studied the implications in some parts of the agreements."

...

He said when the toll concession agreements were signed, the government had very little experience about growth and reaction of the people.

"Civil servants don't think of reaction of people as much as politicians. They (civil servants) think it is a reasonable agreement and the cabinet okays it and now the government is stuck."

"There is a provision in the (toll) agreements that if there is an increase in traffic and the company collects more than the projected amount, the government gets a share.

"If the traffic volume is lower than projected, the government has to compensate. It works both ways. Currently we don't have any figures," he added.

"From what I see on the road as I drive, they collect quite a bit of money. The roads are jammed up even to pay toll as there are too many cars and in some places toll booths are increased."

Pak Lah pula kata begini,

Perdana Menteri berkata, langkah kerajaan menaikkan kadar tol lebuh raya dibuat berasaskan kepada keadaan semasa meskipun dalam perjanjian dengan syarikat konsesi satu jangkaan telah dibuat terhadap jumlah peningkatan aliran trafik.

‘‘Banyak atau tidak kereta yang akan gunakan jalan tol, semuanya dibuat pada masa itu. Apa yang jadi pada hari ini kita kena ambil kiralah.

“Kita tidak boleh nafikan situasi memerlukan kita ambil tindakan yang memerlukan kita menaikkan kadar tol,” katanya.

Ditanya mengapa kerajaan perlu terus memberikan subsidi sedangkan syarikat konsesi tol lebuh raya dikatakan meraih keuntungan, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengadakan banyak perbincangan dengan syarikat-syarikat konsesi berkenaan dan mengenal pasti terdapat perkara yang munasabah perlu dilakukan.

‘‘Tetapi jika anda mempunyai maklumat-maklumat lain, bolehlah beritahu kami,” kata Abdullah.

Maklumat lain sudah banyak diberi, tapi Pak Lah seperti tidur di siang hari sepanjang masa. Pak Lah juga berkata,

Ditanya adakah syarikat konsesi perlu mendedahkan jumlah kutipan yang mereka peroleh kepada umum, beliau memberitahu, segala maklumat mengenainya boleh didapati kerana syarikat tersebut merupakan syarikat senaraian awam.

‘‘Ya, kerajaan juga menerima maklumat berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh syarikat konsesi tentang kutipan tol mereka.

‘‘Apa yang terbukti kepada kita sebagai kerajaan ialah tol perlu dinaikkan,” katanya.

Samy kata lain,
The Cabinet has to give the green light for highway concessionaires to reveal details of toll collection and the volume of traffic using their highways, Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu said today.

"I will bring it up to the Cabinet on whether we can allow highway concessionaires to release these figures. If the cabinet agrees, then we will ask the companies involved to come out with the details," Bernama reported him as saying.

Kalau sudah maklumat sudah boleh didapati kerana syarikat terlibat merupakan syarikat senaraian awam, buat apa green lightnya? Ada konflict di sini. Kalau benar kutipan telah bertambah melebihi jangkaan, kenapa masih dibayar pampasan? Musykil.

Untuk memudahkan bicara, kenapa kerajaan tidak terus sahaja mendedahkan isi kandungan perjanjian tol tersebut? Apakah ada rahsia korupsi individu tertentu disebalik kenaikan tol ini?

Fikir-fikirkanlah. Sampai bila kita mahu ditipu bulat-bulat. Sudah terang, lagi nak bersuluh.

UMNO Tak Cukup Duit Untuk Pilihan Raya!

Kes Tan Sri Kasitah Gaddam merupakan antara isu sensasi negara kini. Kes yang difailkan tiga tahun lepas, baru berpeluang diadili sekarang. Kasitah merupakan antara 'bilis-bilis' yang diheret ke muka pengadilan oleh kerajaan Pak Lah atas kesalahan korupsi. Boleh juga dikatakan Kasitah antara yang dipergunakan sebagai senjata politik Pak Lah untuk menunjukkan keikhlasannya untuk mem'bersih'kan kerajaan.

MInggu lepas rakyat digemparkan dengan berita seorang hakim 'mengamuk' kerana peguam bela dan pendakwa asyik memohon penangguhan perbicaraan kes Kasitah. Susulan itu, kecoh seketika perbincangan punca penangguhan terlalu banyak kes (kini sepi semula - Melayu mudah lupa!). Akhirnya, 8 Januari 2007 menandakan permulaan kes perbicaraan menarik ini. Kesalahan yang dihadapi oleh Kasitah:
Bagi tuduhan pertama melibatkan rasuah di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970, Kasitah akan dibuktikan seorang penjawat awam ketika kesalahan dilakukan pada 22 Oktober 1996.
dan

Bagi tuduhan kedua melibatkan penipuan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, pendakwa akan mengemukakan keterangan langsung atau secara kronologi.

Kasitah, 59, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Bilik Mesyuarat Forum, Hotel Fairlane di sini.

Azmi berkata, kronologi yang membawa kepada pertuduhan bermula apabila tertuduh pada 25 Januari 1994 telah membeli saham syarikat Intra Oil Supplies Sdn. Bhd. daripada seorang bernama Ismail Abdul Rashid dengan harga RM12.13 juta.

Pembelian saham itu dibuat melalui pinjaman peribadi dengan Bank DCB Berhad (kini RHB Bank Berhad) berjumlah RM10.9 juta.

Tidaklah terlalu mengejutkan. Rasanya masih banyak lagi kesalahan sebegini yang sedang berlaku dalam kerajaan sekarang. Apatah lagi yang melibatkan kaum kerabat Pak Lah. Antara penyangak besar sekarang termasuklah Khairy Jamaludin dan Kamaluddin Abdullah. Sampai masanya, mereka akan tersungkur jua. Mungkin tersungkur di pintu penjara, ataupun terus di pintu neraka.

Tambah merencahkan lagi kes Kasitah ialah kenyataan saksi, Datuk Mohd Tahir Jaafar bahawa Kasitah memaksa beliau bersetuju untuk meluluskan penjualan saham beliau dalam Sapi Plantations Sdn Bhd kerana Kasitah dikatakan terdesak mencari duit untuk UMNO. Duit tersebut dikatakan untuk pilihan raya. Sejak bila UMNO jatuh miskin ya? Oh, lupa pula. Mereka perlukan duit untuk memancing undi.
Desperate for money which was to be utilised for Umno elections, former Land and Co-operative Development Minister Tan Sri Kasitah Gaddam had pressured a Sabah Land Development Board (SLDB) to sign an approval to sell its shares in Sapi Plantations Sdn Bhd, the High court heard today.

Former SLDB general manager Datuk Mohd Tahir Jaafar told Judicial Commisioner Suraya Othman however that he refused to submit to Kasitah's pressure.

"I told him I could not bow in to his demands because there were established guidelines and terms and conditions that have to be complied with when approving the sale of the shares," Mohd Tahir, said when testifying at Kasitah's corruption trial.

"Kasitah said he had no choice as he needed the money for Umno elections," said Mohd Tahir.

He also said there were a lot of "disturbances" from the Sabah state government leaders and Kasitah, in the form of verbal instructions and through telephone calls directing him to adhere to their instructions.

He said on one occasion when he had received disturbances, he told Kasitah: " I cannot sign the letter because I fear the Anti-Corruption Agency (ACA) and the police because such action is contrary to established policies."

Mohd Tahir added that he was told a handsome amount of shares would be rewarded to him via Singapore, if he signed the Sale and Purchase Agreement for the sale of SLDB's Sapi Plantation shares.

Mohd Tahir said he was instructed to sign an approval letter for SLDB to sell its 16% stake in Sapi Plantations to the two new Bumiputra companies contained in a counter proposal following Perlis Plantations Sdn Bhd'd offer to merge and list the East Malaysia Plantation Companies on the KLSE.

He said Kasitah had assured him there would be no problems with the Sabah Chief Minister pertaining to the sale and that transfer to a lesser job with lower salary was imminent if he (Mohd Tahir) remained stubborn.

His refusal to buckle in to the demands, especially by Kasitah, who was SLDB executive chairman at the time, ended with him being demoted and transferred out of SLDB as assistant director of socio ecomony in Yayasan Sabah.

Full news?

Begitu sekali buruknya tingkah laku dan perangai seorang menteri UMNO. Rupanya mereka sudah ada lingkaran kroni dalam melaksanakan perbuatan 'mencuri duit rakyat' ini. Penyangak besar disebalik semua 'kecurian' ini dipercayai masih bebas. Saya tak sabar-sabar menantikan saksi lain membuka pekung UMNO selama ini.

Sama-samalah kita nantikan perbicaraan bersambung esok. Apakah kebenaran akan terbongkar akhirnya?

Wallahualam...

Rujuk juga berita berikut:
  1. Hakim berang -- Kes rasuah Kasitah Gaddam kerap ditangguh pendakwa, pembela
  2. Bicara Kasitah akhirnya bermula selepas tiga tahun
  3. Kasitah ‘langkau’ menteri – Saksi
  4. Witness: Kasitah sought CM's approval despite unfavourable feedback

Suruhanjaya Pilihan Raya; Kekeliruan Yang Disengajakan

Semalam, laporan muka depan Utusan Melayu menyiarkan pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tentang kepincangan yang wujud dalan sistem pilihan raya di Malaysia. Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan SPR distruktur semula, serta undang-undang pilihan raya dirombak secara drastik.

Selain mengatakan undang-undang yang digunapakai telah berusia 50 tahun, beliau turut menyatakan kelemahan sedia ada yang dihadapi oleh SPR. Baginya, SPR sebagai sebuah suruhanjaya bebas, perlu diberi peruntukan khas oleh Parlimen selain mempunyai sistem gaji yang tidak perlu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam.

“SPR juga harus diberikan kuasa untuk memproses, menghakim dan menyelesaikan pertelingkahan kecil pada musim pilihan raya yang kini dikendalikan oleh polis dan perlu melalui proses mahkamah yang mengambil masa agak lama,” katanya.

Menurut Ab. Rashid, Perlembagaan Persekutuan disaran memasukkan peruntukan jelas mengenai pelantikan ahli-ahli SPR bagi mengelak parti pemerintah diberi kuasa mutlak dalam proses pemilihan dan pelantikan ahli SPR serta memastikan mereka mempunyai kekebalan sebagaimana dinikmati pihak kehakiman.

Beliau juga menggariskan enam kuasa yang tidak wujud pada SPR yang menjadi punca kelemahan badan itu pada masa ini, iaitu:

* Kuasa menentukan penubuhan parti politik dan menjamin kebebasan mengambil bahagian bila-bila masa dalam pilihan raya.

* Kuasa mengawal semua keadaan pada musim berkempen.

* Kuasa mengatur keadilan dan kebebasan melapor bagi semua media cetak dan elektronik.

* Kuasa mengawal dan menghukum pihak yang menyalahgunakan kemudahan awam untuk berkempen.

* Kuasa menentukan keadilan dalam hal-hal berkaitan dengan pembiayaan kewangan untuk kempen parti.

* Kuasa mengawal dan mencegah rasuah dan aktiviti membeli undi dalam musim pilihan raya.

Berita penuh?

Banyak pihak bersyukur dengan pengakuan Pengerusi SPR tersebut. Setelah diasak setiap kali pilihan raya, akhirnya SPR mengakui ketidaktelusan yang wujud. Pelbagai pihak menyuarakan sokongan terhadap langkah merombak sistem pilihan raya di Malaysia. Parti pembangkang, NGO dan orang meraikan langkah tersebut sebagai sesuatu yang sudah lama diimpikan. Dalam masa yang sama, pemimpin UMNO ada yang setuju ada yang menentang.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, penyemakan semula badan itu sememangnya tepat pada masanya bagi meningkatkan keberkesanan perjalanan pilihan raya.

Menurutnya, walaupun selama ini SPR telah menguruskan proses pilihan raya dengan baik, namun kelemahan masih ada kerana sistem yang digunakan SPR telah berusia 50 tahun.

“Keperluan untuk menyemak semula SPR adalah wajar. Ia perlu diletakkan pada kedudukan yang lebih teguh untuk menjalankan proses pilihan raya sehingga ia boleh digolongkan sebagai badan bebas dan adil serta mendapat kepercayaan semua pihak baik pengundi mahupun parti-parti politik, badan berkanun, pertubuhan awam dan rakyat Malaysia.

‘‘Sehubungan itu, tindakan SPR yang mengakui kekurangan badan itu dan ingin mengatasinya dengan melakukan rombakan harus dipuji bagi mencapai objektif melaksanakan pilihan raya yang demokratik,’’ kata Shahrir kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dan juga,

Pemangku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, kenyataan Pengerusi SPR itu perlu diberi perhatian serius kerana beliau arif tentang kelemahan yang dihadapi oleh badan itu.

‘‘Penyemakan semula itu menunjukkan kesanggupan SPR untuk mempertingkatkan kecekapan dan ketelusan mereka bagi menutup sebarang ruang kepada pihak tertentu membuat sebarang tuduhan terhadap badan pengurus pilihan raya tersebut.

‘‘Bagaimanapun, cadangan itu harus diteliti oleh pucuk pimpinan dan sekiranya hendak dilaksanakan, Ahli Parlimen harus diberi taklimat terlebih dahulu. Kami juga bersedia membincangkannya di Parlimen,’’ katanya
Lain pula yang ini,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu dirombak atau distruktur semula hanya kerana kritikan-kritikan yang dilemparkan kepada badan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berpendapat, pada umumnya SPR yang berusia 50 tahun telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan cuma perlu membaiki segala kelemahannya agar boleh terus berperanan dengan lancar.

Katanya, tindakan sesetengah pihak menegur badan itu sebagai satu langkah kebaikan, namun bagi mengatasi kelemahannya ia tidak perlu dirombak.

‘‘Saya tidak nampak mengapa SPR perlu dirombak. Tidak perlu sama sekali. Bukan kerana ia dikritik hingga perlu dirombak,” katanya.

...

Menurut Nazri, SPR tidak boleh menganggap teguran dan kritikan dilemparkan oleh sesetengah pihak sebagai menyekat kebebasan badan itu menjalankan tanggungjawabnya.

Beliau berkata, menyedari ada pihak yang menganggap SPR tidak bebas dan terikat, namun ia tidak boleh diambil kira ke arah pembentukan satu suruhanjaya bebas seperti disarankan oleh Ab. Rashid.

Katanya, untuk itu beliau perlu mengenal pasti kelemahan dalaman yang ada pada badan itu dan segera memperbaikinya tetapi bukan melihat kelemahan tersebut sebagai ancaman.

Daripada komen-komen yang diberikan oleh UMNO sendiri, tampak dengan jelas bahawa mereka sedang berpecah. Ada golongan 'kanan' yang sudah muak dengan ketidakjujuran UMNO serta pilihan raya, tetapi masih sayangkan UMNO. Ada golongan 'kiri' yang sayangkan kuasa yang dipegang UMNO. Bagi mereka, biarlah sistem sekorup mana sekalipun. Takpe. Yang penting, UMNO terus berkuasa.

Pelik ya melihatkan situasa semasa UMNO. Tambah memelikkan, kenapa Pak Lah senyap sahaja? Seolah-olah pilihan raya merupakan isu picisan yang tak memberi apa-apa makna. Lagi menarik, Najib sekarang sedang bercuti di luar negara. Orang kata Tahun Melawat Malaysia, Najib nak jugak melawat luar negara. Apatah lagi, rakyat di Johor baru surut banjirnya, negeri-negeri lain dalam keadaan berjaga-jaga. Beginilah nasib rakyat Malaysia...

Wallahualam...

Puteri UMNO Bertilawah; Seksi?

Gambar yang dikongsi oleh Roslan SMS ini agak mengejutkan. Sekular sungguh UMNO nampaknya. Orang hendak membaca Al-Quran, kitab suci umat Islam, biarlah lebih beradab. Aurat seharusnya ditutup dengan betul. Bukan menutup dengan kain yang jarang dan berpakaian yang ketat. Sama seperti tidak menutup aurat! Memalukan pengasas Islam Hadhari! Di mana Dr Mashitah ya?

Memang sah UMNO merupakan ajaran sesat yang JAKIM masih belum berjaya kesan...

Wallahualam...

Monday, January 08, 2007

Mahasiswa Teraniaya Terbela; UUM Diarah Bayar RM70 Ribu

Post ini ringkas sahaja memandangkan ini post ke-3 untuk malam ini. Kisah pembelaan seorang mahasiswa yang menyaman Universiti Utara Malaysia kerana menyingkirkan beliau. Kesnya berlaku pada tahun 2000, saman difailkan pada tahun 2001. Melibatkan penyebar ajaran sesat terkenal, Astora Jabat. Ikuti sedutan berita dibawah:

ALOR SETAR, 8 Jan (Hrkh) - Universiti Utara Malaysia(UUM) hari ini bersetuju membayar bekas pelajar tahun akhir sessi 1999/2000, Mohd Rizal bin Mohd@ Anan sebanyak RM 70 ribu sebagai penyelesaian muktamad kes pelajar kerana digantung tiga semester pada tahun 2000 lepas.

Penyelesaian tersebut dicapai apabila pihak UUM dan pelajar tersebut bersetuju merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Dato’ Supian Abdul Razak, Hakim.

Mohd Rizal memfailkan Writ Saman ke atas UUM pada tahun 2001 kerana tidak berpuashati dengan tindakan pihak berkuasa tatatertib UUM yang menggantung beliau selama tiga semester di atas tuduhan tatatertib mengaibkan UUM kerana terlibat memberikan pandangan dalam program “Dialog Agama Bersama Astora Jabat” yang diadakan di perkarangan masjid UUM pada 11 Febuari 2000 lalu.

Berita Penuh?

Hanya kerana mempertahankan Astora Jabat, Rizal dikenakan tindakan tatatertib. Sekarang, bayarlah Rm70 ribu. Tidaklah terlalu banyak jika dibandingkan dengan kesusahan yang terpaksa Rizal hadapi. Mungkin selepas ini UUM perlu mengambil tindakan tatatertib terhadap pasangan muda yang suka bermadu kasih. Rasanya itu lebih wajar. Tak begitu?

Wallahualam...

Protes Kenaikan Tol; Laporan TheSun Menipu Rakyat

Saya agak kecewa membaca laporan berita dalam TheSun tentang perhimpunan membantah kenaikan tol yang diadakan di hadapan Sunway Piramid petang semalam. Dalam akhbar TheSun, dikatakan jumlah yang hadir hanyalah 300 orang. Yang ramai ialah pemerhati, iaitu seramai 3000. Kononnya pemerhati ini semuanya datang untuk membeli-belah.
A group of about 300 people protested yesterday in front of the Sunway Pyramid shopping centre against the recent toll increases on five highways in the Klang Valley.

The protesters, comprising members of opposition political parties, MTUC and residents, gathered at 4pm. Their presence attracted more than 3,000 onlookers, mostly weekend shoppers.

About two dozen protesters spoke through loud hailers, criticising the toll increases. They also questioned the rationale of using taxpayers' money to compensate the highway concessionaires.

About 150 policemen from the Subang Jaya district police headquarters and two truck-loads of Federal Reserve Unit members led by OCPD Mohd Fuad Talib and his deputy, Supt Jaafar Said, were present to control the crowd.

Although the gathering was held without a permit, police allowed the protesters to have their say for 30 minutes. However, soon after the time was up, the crowd marched to the main road and continued venting their displeasure for the next hour. The main road leading to SS15, Subang Jaya, was closed to traffic for about an hour.

Police personnel watched patiently despite the unruly behaviour of several protesters who swore at the men in blue and posed a threat to traffic.

Dilaporkan seramai 150 orang polis dan dua truck FRU dikejarkan ke tempat perhimpunan, walhal realitinya, lima buah truck FRU dibawa. Itu tidak termasuk dengan dua buah 'trailer', salah satunya adalah water canon 'trailer'. Kenapa tidak melapor as it is? Bukankah itu motto TheSun?

Dakwaan bahawa peserta himpuna bertindak dengan kurang ajar dan biadap juga kurang tepat. Malah tidak ada peserta yang cuba menganggu lalu lintas. Yang peliknya, FRU sendiri yang menutup lalu lintas. Untuk apa? Tanyalah mereka.

Harapan saya, biarlah berita sebegini dilaporkan secara telus. Biarlah rakyat dan kerajaan tahu bahawa yang hadir hampir 5000 orang. Bukan sahaja pembangkang, ada juga mereka daripada MIC dan MCA. Apapun, terima kasih kepada TheSun kerana berani untuk menyiarkan berita ini. Akhbar lain susah untuk diharap, semuanya retorik belaka!

Wallahualam...

Rujuk juga berita dibawah:
  1. RM4.8b payout not justified, says DAP
  2. 'Reveal agreements with highway concessionaires'
  3. DrM: My cabinet may have erred in toll agreements

Dr Chandra Bercakap Tentang Al-Quran dan Murtad

Awal tahun 2006 menyaksikan bermulanya kes perebutan mayat Allahyarham Moorthy ataupun nama Islamnya Mohamed Abdullah. Mayat beliau telah menjadi rebutan antara pihak Jabatan Agama Islam dengan keluarga beliau yang mendakwa beliau telah murtad. Akhirnya Mahkamah Syariah menetapkan Moorthy masih Islam ketika meninggal dunia. Daripada kes ini, gerakan Inter-Faith Commission (IFC) mula menyuntik jarum.

Selepas itu, satu demi satu kes perebutan mayat berlaku antara Jabatan Agama Islam dan keluarga mualaf yang telah meninggal. Antaranya kes Nyonya Tahir (akhirnya diisytiharkan sebagai Buddha) dan yang terkini kes Anthony Rayappan (diputuskan sebagai telah 'murtad' oleh Peguam Negara).

Penghujung tahun 2006 menyaksikan beberapa akhbar non-Malay menyiarkan banyak artikel berkisar tentang isu murtad dan juga hak istimewa orang Islam. Antara akhbar yang aktif memperjuangkan golongan murtad (kebebasan untuk keluar dari Islam) ialah TheSun. Biasanya TheSun akan mencari penulis-penulis yang macam Islam untuk memberi komen tentang isu murtad ini. Hari ini, Dr Chandra Muzaffar pula memberikan pendapatnya:

For many non-Muslims and a handful of Muslim lawyers and activists in Malaysia, entering and exiting a religion is a question of human rights. It is part and parcel of one of the most universally recognised rights in any human rights charter, namely, the freedom of religion. However, for the vast majority of Muslims in the country, and indeed Muslims everywhere, leaving Islam is an unpardonable crime. For some of the ulama it is a crime that warrants the death penalty!

Becoming a Muslim is more than exercising a right. It is an immense responsibility. By proclaiming faith in the one God and acknowledging Muhammad as His Messenger, a person is in fact accepting his position as khalifah (viceregent) and is prepared to discharge his responsibilities to God and humankind.

This is why leaving the religion is often seen as abandoning one's position as khalifah, abdicating one's responsibilities and veering away from the path that God has laid out for the moral nourishment of the human being.

The Noble Quran itself views those who leave Islam - the murtad (apostate) - with utmost displeasure. It says, "Those who believe, and then disbelieve, and then( again) disbelieve, and then increase in disbelief, Allah will never pardon them, nor will He guide them to the (right) way (Surah 4:137). But the Quran does not prescribe capital punishment or any other form of punishment for the apostate. Neither does the Sunnah.

It was only when apostasy was coterminous with rebellion against the nascent state that the Prophet (may peace be upon him) had established in Medina, that the death penalty was imposed.

The Righteous Caliphs followed the Prophet's example. The jurists who came after them adopted a different approach. They felt no necessity to differentiate between mere peaceful change of faith and violent rebellions. Consequently, their rulings evolved into mainstream jurisprudence which is what the ulama of today have inherited.

There are many Muslim scholars who have subjected this jurisprudential thinking on apostasy to critical evaluation. One such scholar is the late Dr. S. A. Rahman, once Chief Justice of Pakistan, whose seminal work Punishment of Apostasy in Islam has recently been re-published in Malaysia by "The Other Press". Through comprehensive research and analysis, Rahman shows how the jurists contradicted the letter and spirit of the Quran. He argues that "in matters concerning the individual conscience, the Quran places no fetters on free choice".

Though the Quran is the primary source of guidance for the Muslim, it is obvious that on the question of apostasy, jurisprudence and the jurists exercise much greater influence upon the Muslim mind. In a number of other spheres too - government and power; inter-state relations; economy and finance; religious and cultural diversity; the rights and roles of women; the concept of knowledge - Quranic values and principles have been subordinated to the jurisprudential tradition.

Because jurisprudence or fiqh appears to be so overwhelmingly influential, contemporary Muslim societies have been described as fiqh-oriented rather than Quran-inspired.

One of the cardinal characteristics of the fiqh-oriented approach to Islam is the emphasis it places upon the 2 Ps - prohibit and punish. This explains why a plethora of juristic rulings have emerged in the course of the centuries which seek through prohibition and punishment to shape individual and social behaviour especially in matters pertaining to sexual morality. It is an approach which has failed to achieve its objective as evidenced by the growing social malaise in a number of Muslim majority countries, including our own.

What is worse, this subservience to fiqh has, in a sense, prevented Muslim thinkers from re-interpreting and re-applying eternal Quranic values and principles in a dynamic and creative manner to the contemporary age.

How would one, for instance, harness and harmonise those values in the Quran which are closest to economic enterprise in order to achieve both growth and equity? Or, how would one tap the passion for knowledge embodied in the Quran for scientific inquiry in today's world? Or, how would one seek guidance from the Quran in preserving the integrity of the family in a world where the demands of the market have put the family under tremendous strain?

More of From fiqh to Quran: Resolving apostasy

Bagi saya, apa yang Dr Chandra tulis sedikit sebanyak mempermainkan umat Islam. Berapa ramai sangat orang yang mengaku kononnya Islam, menyokong kebebasan untuk murtad? Majoriti menentang, tetapi realiti ini tidak ditulis dengan jelas.

Malah persoalan tentang hukuman terhadap pesalah murtad memang tidak dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran, tetapi diputuskan oleh ulama-ulama berdasarkan pelbagai hadith-hadith yang sahih. Bukan bermaksud Al-Quran itu tertakluk pentafsirannya kepada ulama, tetapi dengan dibimbing oleh Hadith dan Sunnah Rasulullah. Oleh itu, tuduhan bahawa umat Islam terlalu Fiqh Oriented bagi saya perlu diperbetulkan.

Berkenaan dengan konsep Islam iaitu 2 P - prohibit and punishment, sesuatu yang perlu kita faham ialah Islam mencegah terlebih dahulu. Sekiranya sudah terlanjur, dan dibuktikan bersalah (bukan mudah untuk membuktikan seseorang itu bersalah dalam kaedah Islam), barulah hukuman dijatuhkan. Malah konsep pencegahan dalam Islam telah di'curi' oleh dunia barat dengan istilah prevention is better than cure. Islam sudah lama menekankan aspek ini!

Tuduhan Dr Chandra bahawa konsep Islam telah terbukti gagal, dengan mengambil contoh Malaysia adalah sesuatu yang tidak adil. Negara kita, walaupun kononnya negara Islam (Hadhari), tidak pernah mengambil langkah prevention seperti yang digariskan oleh Islam. Contoh mudah adalah lesen judi, arak dan pusat hiburan yang berleluasa. Kalau benar kita melaksanakan prevention, sudah pasti kerajaan mengharamkan judi, arak dan pusat hiburan. Banyak lagi contoh lain yang boleh pembaca sendiri fikirkan.

Al-Quran bukanlah kitab seperti buku teks yang boleh difahami dan ditafsir sesuka hati. Tanpa ilmu secukupnya, kita tidak layak membuat tafsiran sendiri. Oleh itu, adalah tidak adil kiranya Dr Chandra mempertikaikan sikap umat Islam yang tidak menafsir kembali Al-Quran. Bukan semua orang layak. Silap haribulan, lain pulak yang ditafsir.

Akhirul kalam, Dr Chandra perlulah sedar bahawa dia bukanlah orang yang terbaik untuk bercakap tentang Al-Quran dan Islam. Sekiranya tidak faham, lebih baik menyepi. Bercakaplah tentang sesuatu yang beliau sendiri pakar, jika tidak, kelak memalukan diri sendiri. Malukan diri sendiri boleh tahan lagi, janganlah sampai Islam dimalukan sekali!

Wallahualam...

Sunday, January 07, 2007

Mufti Perlis Digelar 'Barua'?

Saya tertarik membaca 'berita' yang agak terkini daripada HarakahDaily. Kisahnya tentang Mufti muda Perlis, Dr Asri Zainal Abidin (DAZA). Tempoh hari, DAZA telah mengejutkan negara dengan pandangan 'sekularnya' tentang penangkapan kes khalwat oleh Jabatan Agama Islam (diberi sokongan penuh oleh Sisters In Islam). Kini, DAZA buat hal lagi. Lebih kurang macam kesinambungan terhadap ke'sekular'annya.

Kisahnya bermula dengan temuramah Mingguan Malaysia dengan DAZA. Yalah, DAZA ini diberi publisiti lebih esklusif jika dibandingkan dengan mufti-mufti lain. Kenapa ya? Sayapun tak tau. Mungkin sebab UMNO suka ya? Utusan kan UMNO punya. Maybe... Berikut sedikit sedutan yang memberi gambaran DAZA anti pembangkang (harapnya tidak anti Islam).

MINGGUAN: Bagaimana reaksi yang diterima selepas Dr. mengeluarkan kenyataan melarang intipan sesuai dengan kaedah tajassus dalam kes tangkapan khalwat?

MOHD. ASRI: Sepatutnya para sarjana Islam di negara ini tidak terkejut dengan kenyataan ini. Kalau ada yang membaca tulisan para ulama dahulu dan kini tentang bab tidak boleh mengintai ini, ia dinyatakan dengan jelas. Dr. Yusof al-Qardawi menyatakan dengan jelas, tidak boleh mengambil video, tidak boleh mengintip orang di belakang tabir atau balik pintu. Masalah imej Islam itu ialah bagaimana supaya ia tidak menjadi agama yang disalah sangka.

Isunya bukan menghalang banteras khalwat tetapi prosedur dalam membuat tangkapan termasuk intipan. Ada kira-kira 50 tugas penguat kuasa agama termasuk menahan orang yang tidak sembahyang Jumaat tetapi mengapa khalwat sahaja berjalan?

Khalwat bukan zina. Tuduhan zina perlu dibuktikan dengan empat orang saksi. Khalwat baru tuduhan bersekedudukan dan selalunya dilakukan secara bersembunyi. Maknanya mereka takut. Ini berlawanan dengan mereka yang melakukan maksiat secara terbuka di tempat awam seperti berpelukan lelaki dan perempuan bukan mahram, membeli nombor ekor, berjudi dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, seorang lelaki bernama Mais g berjumpa Nabi dan mengaku berzina. Nabi memalingkan muka ke kanan dan bertanya adakah engkau mempunyai penyakit gila? Barangkali engkau raba atau cium sahaja. Ini menunjukkan Nabi cuba mengelakkan kes bersifat mengaibkan.

MINGGUAN: Sebab itu Dr. menggesa tumpuan diberi kepada mencegah kemungkaran secara terbuka?

MOHD. ASRI: Ya, kita perlu menumpukan kepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasuk merompak, mencuri dan berjudi. Jangan tanya pembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islam yang mereka hendak bentuk. Kalau sistem khalwat itu diterima pakai seperti saya tengok di laman web pembangkang, ertinya kalau memerintah, mereka terpaksa membuat negara ini negara special branch. Mereka terpaksa merisik untuk mengetahui jenayah dan maksiat orang lain.

Temu ramah Penuh?

Menarik ya? Kenapa pembangkang pulak yang disebut? Ini komen daripada HarakahDaily yang diambil daripada DetikDaily. Penulisnya dikenali sebagai Pak Tam Mat dari Jitra, Kedah. Tajuknya di DetikDaily berbunyi "Mufti Asri sudah jadi barua Umno!" (telah diubah kepada "Mufti Perlis sudah jadi 'alat' Umno serang pembangkang!" dalam HarakahDaily).

"Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barut Umno apabila menuduh negara Islam yang pembangkang mahu tubuhkan adalah negara special branch, walhal negara special branch atau yang digelar Tun Mahathir Mohamad sebagai negara polis adalah realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinan Umno-BN!"

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin buat perangai lagi. Mentang-mentang dia jadi tumpuan dan disanjung Sisters In Islam, Asri kali ini menghalakan sasarannya kepada pembangkang pula.

Jelas, mufti termuda ini mahu bermain politik, tapi bukan di gelanggang yang sebenar.

Link berita di DetikDaily <-> HarakahDaily

Seperti yang saya sangka, DAZA sebenarnya sangat bermotifkan politik. Sama seperti Dr Mashitah Ibrahim yang dahulunya terkenal macam DAZA jugak. Sekarang Dr Mashitah menjaga bahagian ajaran sesat Islam Hadhari, DAZA pula bakal menyusul (mungkin...).

Apalah nak jadi dengan Malaysia hari ini. Muftipun sanggup menjadi tali barut pihak yang jelas menentang Islam (Kerajaan pimpinan UMNO memberikan lesen judi dan arak secara berleluasa etc.). Apakah mufti seperti Dato' Harussani dah outdated? Hebat sangatkan orang muda baru setahun jagung mengenal dunia (dibandingkan dengan mufti-mufti 'tua' lain)?

Anda nilaikan sendiri. Saya tidak mengatakan segala pendapat DAZA salah. Ada yang boleh diterima pakai. Tapi banyak yang pelik dan menjanggalkan. Akhir zaman katakan...

Oh, lupa untuk saya nyatakan. Saya juga orang muda, lagi muda daripada DAZA. Mungkin bila DAZA dah 'tua', golongan kami (saya dan yang sebaya) akan membawa gelombong muda yang lain. Heh.

Wallahualam...

Rujuk juga post Jawapan Buat Ust Asri Zainal Abidin