Saturday, January 06, 2007

Islam Dicabar Lagi!

Berita yang tidaklah terkini, cuma baru saya berkesempatan untuk menulisnya. Berkesempatan kerana saya baru teringatkan isu ini yang masih lagi panas. Kes yang sudah agak tertangguh di Mahkamah Persekutuan akhirnya diputuskan hari Khamis lepas (2/1/2007).

Secara jujur, saya kurang pasti kes yang dibicarakan ini. Apa yang saya tahu, pesalah merupakan seorang yang telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas kesalahan menyampaikan ajaran sesat dengan mengaku sebagai 'nabi'.

Si pesalah ini, Abdul Kahar Ahmad, 56, dari Kampung Kemensah, Ampang kemudiannya telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mencabar beberapa peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Dengan dibantu peguam yang kononnya Islam, Malik Imtiaz Sarwar, si nabi palsu ini berjaya.

Pada 17 Ogos 2005, Abdul Kahar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam terhadap lima tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Dia dibenarkan ikat jamin RM8,000.

Pengikutnya, Mazli Mansor, 48, dan Mat Razali, 43, juga mengemukakan permohonan serupa bagi mencabar kesahihan seksyen-seksyen 8(a) dan 16(1)(a) enakmen berkenaan. Kedua-duanya turut didakwa mengikut seksyen-seksyen itu.

Dalam afidavit mereka, Abdul Kahar dan Mazli berkata, hanya Parlimen diberi kuasa menggubal undang-undang jenayah, dan oleh itu, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak ada kuasa membuat peruntukan berkenaan kerana masing-masingnya merupakan peruntukan undang-undang jenayah.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim juga membenarkan Kerajaan Malaysia mencampuri prosiding berkenaan.

Berita penuh?

Bagi saya, kes ini sekali lagi menguji kredibiliti Pak Lah dan barisan kabinetnya. Sepanjang 3-4 tahun Pak Lah memegang teraju kerajaan, terlalu banyak serangan ditujukan terhadap Islam. Ada yang cuba disenyapkan, namun banyak yang akhirnya bocor dan mengusarkan.

Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara telah membenarkan Kerajaan Malaysia mencampuri prosiding ini. Menarik! Sama-samalah kita saksikan apa response Pak Lah yang baru pulang dari bercuti 2 minggu di Turkey.

Apapun, sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama mendoakan agar kedaulatan Islam terus terpelihara. Sebagai negara yang kononnya membawa Islam Had-hari, sepatutnya maruah Islam lebih terjaga, lebih terpelihara. Doakanlah bersama. Amin...

Wallahualam...

.:: Himpunan Membantah Kenaikan Tol ::.

Maaf kiranya pengumuman ini agak lambat. Harapnya semua sudah sedia maklum tentang perhimpunan ini. Saya hanya sekadar tolong menyampaikan buat ke sekian kalinya. Moga kerajaan boneka Pak Lah akan sedar bahawa rakyat benar-benar berang!

Kiranya berminat untuk menonton ucapan Ust Nasharuddin Mat Isa dan juga ucapan Lim Guan Eng, bolehlah klik pada link tersebut. Itu merupakan streaming webTV yang disediakan oleh Roslan SMS. Kiranya anda liat, ataupun connection internet anda agak tidak stabil, anda boleh mendownload secara direct dengan link dibawah (diambil daripada WTV8).

Ucapan Ust Nasharuddin Mat Isa (Video 57 MB) atau (Audio 2.2 MB)
Ucapan Lim Guan Eng (Video 32 MB) atau (Audio 1.7 MB)

Wallahualam...

Post ini telah dikemaskini dengan link untuk muat turun audio ucapan sahaja. Harap memudahkan mereka yang mempunyai internet yang sangat slow.

Thursday, January 04, 2007

Kitab Bible Diakui Kitab Karangan Manusia?


Sekiranya anda pernah menonton perdebatan antara Ahmad Deedat dengan seorang Paderi besar Kristian, pasti anda mengetahui bahawa terdapat pelbagai revision kitab Bible berada di pasaran. Dan setiap revision ini berbeza antara satu sama lain. Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa terlalu banyak perbezaan antara kitab-kitab yang semuanya diiktiraf sebagai Bible ini?

Buku 'Misquoting Jesus - The Story Behind Who Changed the Bible & Why' sedikit sebanyak mengupas persoalan ini. Buku ini ditulis oleh seorang Kristian yang mengkaji Bible secara mendalam, dan setahu saya, masih kekal seorang Kristian. Beliau mengulas secara panjang lebar daripada pelbagai segi. Menarik sekali untuk dihayati.

Saya tidak bermaksud untuk mempromosikan buku Kristian di sini, tetapi saya cuba mengajak pembaca membuka minda untuk mengetahui ajaran agama lain. Semoga dengan mengetahui apa yang diyakini oleh agama lain, kita mampu menyebarluaskan kebenaran yang dibawa Islam. Tak begitu?

Saya sertakan sinopsis ringkas buku tersebut:
In short, my study of the Greek New Testament, and my investigations into the manuscripts that contain it, led to a radical rethinking of my understanding of what the Bible is. This was a seismic change for me. Before this—starting with my bornagain experience in high school, through my fundamentalist days at Moody, and on through my evangelical days at Wheaton—my faith had been based completely on a certain view of the Bible as the fully inspired, inerrant word of God. Now I no longer saw the Bible that way. The Bible began to appear to me as a very human book. Just as human scribes had copied, and changed, the texts of scripture, so too had human authors originally written the texts of scripture. This was a human book from beginning to end. It was written by different human authors at different times and in different places to address different needs. Many of these authors no doubt felt they were inspired by God to say what they did, but they had their own perspectives, their own beliefs, their own views, their own needs, their own desires, their own understandings, their own theologies; and these perspectives, beliefs, views, needs,desires, understandings, and theologies informed everything they said. In all these ways they differed from one another. Among other things, this meant that Mark did not say the same thing that Luke said because he didn't mean the same thing as Luke. John is different from Matthew—not the same. Paul is different from Acts. And James is different from Paul. Each author is a human author and needs to be read for what he (assuming they were all men) has to say, not assuming that what he says is the same, or conformable to, or consistent with what every other author has to say. The Bible, at the end of the day, is a very human book.

Inginkan e-booknya? Download di sini!
Hayatilah hakikat disebalik kitab Bible ataupun Injil ini. Namun janganlah pula anda (sekiranya Islam) terpengaruh dengan kefahaman penulis buku tersebut. Umat Islam harus yakin bahawa Al-Quran berbeza dengan kitab-kitab sebelumnya (Zabur, Taurat dan Injil). Al-Quran telah dijamin oleh Allah S.W.T akan kesucian dan ketulenannya. Siapakah yang lebih layak memberi jaminan selain Allah Yang Maha Kuasa?

Akhirul kalam, ini sekadar perkongsian bersama dengan pembaca sekalian. Saya tak bermaksud memainkan isu keagamaan dan memperlekehkan mana-mana agama. Cuma sekadar info untuk tatapan semua pembaca. Andai ada yang tersinggung, maafkan saya.

Bukakan Minda, Lapangkan Hati, Tenangkan Jiwa.

Wallahualam...

Pemimpin UMNO Salahguna Kuasa Lagi?

Buat kesekian kalinya, pemimpin UMNO buat hal lagi. Penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin UMNO tak habis-habis dihebohkan. Tak cukup setakat di Selangor, kali ini kes terbongkar di Raub, Pahang. Pendedahan bukannya dibuat oleh media perdana, tetapi oleh seorang ahli perniagaan yang mengaku ahli seumur hidup UMNO. Mungkin beliau mendedahkan isu ini kerana sayangkan masa depan UMNO. Mungkin...

Kesnya lebih kurang berkisar tentang pengambilalihan tanah kerajaan oleh pemimpin UMNO secara tidak sah. Dan mereka yang terlibat tidak lain dan tidak bukan, pegawai tinggi kerajaan. Memalukan? Bagi kita, memang memalukan. Tapi bagi pemimpin haprak sebegini, mereka tidak malu kerana mereka yakin berita ini tidak akan keluar di Utusan Melayu, Berita Harian mahupun New Straits Time. Ia hanya kecoh di blog-blog terpilih serta akhbar alternatif seperti HarakahDaily dan MalaysiaKini.

Sedutan berita daripada HarakahDaily:

Permohonan defenden pertama dibuat di Pejabat Tanah Daerah Raub pada 1 Oktober 2004 untuk mendapat hak milik ke atas 47 hak milik Individu di bawah pegangan H.S (D) 10751 hingga P.T No 22771 hingga 22817 dikeluarkan diatas nama defenden pertama.

Plantif mendakwa defenden pertama telah memasuki perjanjian tersebut secara fraud dan/atau dengan representasi salah dan telah memohon untuk memperolehi kesemua 47 hak milik diatas nama defenden pertama juga secara salah.

Plantif menuntut satu injuksi melarang defenden pertama sama ada secara sendiri atau melalui agen-agen dan/atau pekhidmat-pekhidmat defenden pertama atau selainnya dari terus mengusahakan hak milik-hak milik tersebut.

Berita penuh?

Satu persatu lembaran hitam korupsi pemimpin UMNO terbongkar. Namun, persoalannya, bilakah rakyat akan menghukum UMNO dan Barisan Nasional atas pengkhianatan mereka terhadap kita?

Tepuk dada, tanya iman di hati.

Wallahualam...


Debar Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam

Berikutan kematian wakil rakyat kawasan Batu Talam, Dato' Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember lalu akibat barah usus, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh untuk pilihan raya kecil DUN Batu Talam akan diadakan pada 28 Januari 2007. Tarikh penamaan calon adalah pada 16 Januari 2007.

Pilihan raya kali ini agak panas dan mendebarkan. Ia boleh dilihat sebagai benchmark ataupun sensor yang bakal menunjukkan sejauh mana rakyat masih tertipu dengan Barisan Nasional. Adakah peningkatan harga minyak serta tol menyedarkan rakyat bahawa mereka telah diperbodohkan? Adakah pembongkaran bertubi-tubi oleh Tun memperlihatkan kehaprakkan Pak Lah? Dan pelbagai lagi 'Adakah...' yang terlalu banyak untuk ditulis.

Saya pasti, rakyat mengharapkan pilihan raya kali ini tidak berulang sebagaimana pilihan raya Pengkalan Pasir yang menampakkan penipuan yang terlalu jelas. Juga, moga SPR tidak sekali lagi untuk kesekian kali diberi jolokan seperti Sial Punya Rashid. Rakyat sudah terlalu lama mendambakan ketelusan dalam pilihan raya.

Owh, sebelum terlupa, jentera pilihan raya Barisan Nasional saya lihat sudah mula mengatur langkah. Akhbar setia UMNO, Utusan Melayu telah mula menyebarkan dakyahnya. Merujuk kepada ruangan Politik dalam UtusanOnline, disiarkan berita ini;
Pas hanya mahu kurang majoriti BN

KOTA BHARU 3 Jan. – Pas akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Talam dalam pilihan raya kecil kawasan itu meskipun terdapat cadangan supaya pembangkang memulaukan sahaja pilihan raya berkenaan.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, meski pun pilihan raya umum dikatakan semakin hampir, pilihan raya kecil itu boleh dimanfaatkan sebagai persiapan awal bagi ‘memanaskan jentera’ dan mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN).

‘‘Pas bertanding di Batu Talam dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004. Secara tradisinya ia kerusi bagi ditandingi Pas. Walaupun belum diputuskan secara muktamad di kalangan barisan pembangkang, tetapi berasaskan tradisi, Pas akan bertanding di situ.

‘‘Ada cadangan supaya diboikot. Tetapi saya rasa Pas Pusat akan putuskan untuk bertanding,” ujarnya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Husam yang membayangkan peluang Pas agak sukar berkata, fokus Pas lebih terarah untuk mengurangkan majoriti BN.

Ditanya sama ada Pas akan terus mengekalkan calon yang bertanding pada pilihan raya lepas, beliau berkata, ia akan ditentukan oleh parti.

Adakah itu kata-kata sebenar Husam Musa? Ataupun kata-kata yang telah diputar belit oleh media massa yang terkenal dengan putaran belitnya? Saya sendiri kurang pasti. Jika dilihat sirah Utusan, ia memang terkenal dengan ketidaktelusan berita politiknya. Anda nilaikan sendiri.

Apapun, harapan saya (dan mungkin harapan majoriti rakyat Malaysia), semoga pilihan raya ini berjalan dengan telus. Biarlah Barisan Nasional dan Barisan Alternatif bertarung dalam pentas yang adil. Usahlah jentera kerajaan dan orang-orang tua disalahgunakan lagi. Matanglah dalam berpolitik wahai pemimpin sekalian! Bila lagi untuk menjadi matang kalau bukan sekarang?

Akhirul kalam, semoga kemenangan diberikan kepada yang ingin dan mampu untuk menegakkan ISLAM. Kiranya UMNO mampu, maka semoga UMNO menang. Namun, kiranya PAS lebih layak dan mampu, semoga PAS meneraju. Tegakkan yang HAK, hapuskan yang BATIL.

Membangun Bersama Islam!

Wallahualam...

Pemergian Saddam; Mengapa Kala Aidil Adha?


Rasanya ramai yang sudah mengetahui perihal hukuman gantung Saddam Hussin yang dilaksanakan sewaktu umat Islam sibuk merayakan Hari Raya Korban ataupun lebih tepat, Aidil Adha. Mengapa Saddam digantung sebegitu cepat walhal peguam beliau sedang cuba memohon hukuman ditukar ke penjara seumur hidup? Mengapa tarikh Aidil Adha dipilih?

Ulasan Subky Latif di HarakahDaily saya kira menarik untuk ditatapi:

Semua tahu Saddam Husein adalah diktator dan ada ciri dan simbol Firaun padanya sepanjang pentadbirannya.

Mungkin tragedi yang dihadapinya dalam menjalani hukum bunuhnya, adalah balasan kepada tindakan dan mangsanya sepanjang kekuasaannya. Tetapi dunia seluruhnya mengecam tindakan yang terjadi pada Saddam. Saddam telah tidak diadili tetapi telah dibunuh atau dikorban di hari Iraq dan umat Islam menyambut hari raya korban.

Saddam adalah diktator dan pentadbirannya adalah lembah kezaliman. Dia wajar diadili dan bukan dibunuh oleh orang-orang yang amat marah kepadanya.

Saidina Ali Abu Talib dalam satu pertempuran pernah menjatuhkan tentera Yahudi. Saidina Ali dikira melakukan keadilan dalam saat peperangan itu dengan membunuh tentera musuh itu. Ketika beliau mengangkat pedang untuk memancung Yahudi itu, Yahudi itu meludah mukanya. Lalu Yahudi itu tidak jadi dibunuh. Beliau mahu membunuhnya bagi menjalan keadilan, tetapi apabila mukanya diludah, beliau bertukar menjadi marah. Membunuhnya dalam masa marah adalah satu kezaliman.

Ikuti sambungannya di Saddam dikorban di Aidiladha

Sekadar perkongsian. Ada yang sedih dengan pemergian Saddam. Tak kurang juga ada yang bergembira. Apapun, perlu diingat bahawa Saddam tumbang angkara Amerika dan Yahudi terlaknat. Umat Islam di Iraq masih bermandi darah. Perang antara Sunni dan Syiah masih berlarutan. Bukankah ini yang puak Kuffar mahukan?

Seharusnya kejayaan Amerika dan Yahudi laknatullah ini menjadi iktibar buat kita semua. Selagi umat Islam tidak bersatu dan kembali kepada Islam yang sebenar (bukan Islam Hadhari), selagi itulah umat Islam akan terus ditindas.

Marilah membangun bersama Islam. Hancur Amerika! Hancur Israel! Hancru Yahudi!

Takbir!

Wallahualam...

Sensasi TV3; Sekularkah Artis Kita?

Dua hari lepas, saya tertonton program Sensasi di TV3. Program yang dikatakan Melodi The 2nd itu saya lihat agak menarik dan mencabar kewibawaan artis ataupun personaliti yang dijemput untuk memberi reaksi secara sponton terhadap isu yang dibincangkan. Tahniah buat TV3 kerana berjaya membawa kelainan dalam program hiburan tanah air (layakkah diucapkan tahniah? Keliru dan bingung aku sendirian...).

Slot Sensasi yang disiarkan untuk kali kedua semalam menampilkan Erma Fatimah (pengarah filem Diva Popular!), Haliza Misbun (pelakon yang dikatakan panas baran dan kuat melenting, juga kakak ipar Awie) dan juga Kartina (pelakon Mami Jarum). Secara jujur, saya bukanlah peminat cerita sensasi dan artis-artis. Malah, saya hanya mengenali nama beberapa artis yang tersangat popular sahaja. So, please don't get me wrong.

Menariknya Sensasi kali ini ialah barisan panel artisnya. Daripada 3 orang tersebut, hanya Haliza yang tidak bertudung. Erma dan Kartina bertudung litup dan menutup aurat, Alhamdulillah. Sejuk mata memandang dua orang personaliti ini bertudung. Cukup ayu. Nampak macam ustazahpun ada.

Itu yang menariknya. Jarang berpeluang melihat mereka berpenampilan begitu. Namun, yang agak menyakitkan telinga ialah jawapan Kartina apabila si panel penyoal mengutarakan perihal penampilan sesetengah artis yang bertudung. Soal si penyoal, adakah itu bermaksud artis hipokrit (sekejap pakai tudung, sekejap bukak)? Soalan yang cukup killer dan saya rasa tak wajar disoal.

Jawapan yang diberi oleh Kartina cukup mengejutkan. Hampir luruh jantung saya tatkala mendengar response bersahaja tersebut. Katanya,
Jika dalam lakonan tersebut memerlukan artis tidak memakai tudung, maka itu menjadi tanggungjawabnya. Itu lakonan artis tersebut. Maka perlulah artis tersebut membuka tudung. Bukan saja-saja. Kalau saja-saja buka tudung, memanglah haram.
Apapun, ia banyak bergantung pada prinsip artis tersebut. Bagaimana pendirian artis itu. Bagi Kartina, kalau wataknya begitu (tidak menutup aurat), maka artis kena bukalah aurat.
(Kata-katanya lebih kurang beginilah...)
Begitu yakin si Kartina memberi jawapan. Tak ubah seperti gaya Ustazah Mashitah pulak saya lihat Kartina mengulas. Sekular sungguh artis kita rupanya. Memang berapi telinga saya ketika itu. Tak sangka Kartina berani mencemarkan imej Islam. Murah sungguh nilaian hijab dipandangan matanya.

Anda nilaikan sendiri. Saya tidaklah begitu mengalakkan anda menonton program Sensasi tersebut. Namun kadang-kadang program sebegini boleh mencelikkan mata kita terhadap permasalahan yang sedang melanda umat Islam kala ini.

Mungkin inilah bahana media yang suka mensensasikan artis-artis lebih daripada alim ulamak. Sepatutnya alim ulamak lebih dikenali, namun dunia hari ini terbalik. Artis disanjung tinggu. Ulama dicaci diperli...

Ya ALLAH, janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi Kami hidayah. Ya ALLAH, Engkau berilah hidayah dan petunjuk kepada golongan-golongan yang tidak faham ini.

Wallahualam...

Wednesday, January 03, 2007

Happy Belated 'Everything'

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebagaimana tajuk post ini berbunyi, Happy Belated 'Everything', saya ingin mengucapkan;

Selamat Hari Raya Aidil Adha
(walaupun takbir raya sudah tidak lagi berkumandang)

Selamat Tahun Baru
(walaupun dah masuk hari ke-4)

Selamat Tol Baru
(bak kata Roslan SMS)

Maaf kerana agak lewat menyampaikan ucapan-ucapan di atas. Kebetulan saya pulang beraya agak awal. Kebetulan pula tidak ada internet di kampung tersebut. Kebetulan juga internet agak lembap akibat gempa bumi tempoh hari (sekarang terpaksa menggunakan free proxy server kerana streamyx yang weng). Segalanya kebetulan...

Apapun, semoga ibadat korban yang telah berlalu menginsafkan kita untuk sedia berkorban harta dan nyawa untuk ISLAM. Juga semoga tahun baru ini menandakan permulaan baru untuk kebangkitan ISLAM di muka bumi ini. Takbir!

Wallahualam