Thursday, January 04, 2007

Pemimpin UMNO Salahguna Kuasa Lagi?

Buat kesekian kalinya, pemimpin UMNO buat hal lagi. Penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin UMNO tak habis-habis dihebohkan. Tak cukup setakat di Selangor, kali ini kes terbongkar di Raub, Pahang. Pendedahan bukannya dibuat oleh media perdana, tetapi oleh seorang ahli perniagaan yang mengaku ahli seumur hidup UMNO. Mungkin beliau mendedahkan isu ini kerana sayangkan masa depan UMNO. Mungkin...

Kesnya lebih kurang berkisar tentang pengambilalihan tanah kerajaan oleh pemimpin UMNO secara tidak sah. Dan mereka yang terlibat tidak lain dan tidak bukan, pegawai tinggi kerajaan. Memalukan? Bagi kita, memang memalukan. Tapi bagi pemimpin haprak sebegini, mereka tidak malu kerana mereka yakin berita ini tidak akan keluar di Utusan Melayu, Berita Harian mahupun New Straits Time. Ia hanya kecoh di blog-blog terpilih serta akhbar alternatif seperti HarakahDaily dan MalaysiaKini.

Sedutan berita daripada HarakahDaily:

Permohonan defenden pertama dibuat di Pejabat Tanah Daerah Raub pada 1 Oktober 2004 untuk mendapat hak milik ke atas 47 hak milik Individu di bawah pegangan H.S (D) 10751 hingga P.T No 22771 hingga 22817 dikeluarkan diatas nama defenden pertama.

Plantif mendakwa defenden pertama telah memasuki perjanjian tersebut secara fraud dan/atau dengan representasi salah dan telah memohon untuk memperolehi kesemua 47 hak milik diatas nama defenden pertama juga secara salah.

Plantif menuntut satu injuksi melarang defenden pertama sama ada secara sendiri atau melalui agen-agen dan/atau pekhidmat-pekhidmat defenden pertama atau selainnya dari terus mengusahakan hak milik-hak milik tersebut.

Berita penuh?

Satu persatu lembaran hitam korupsi pemimpin UMNO terbongkar. Namun, persoalannya, bilakah rakyat akan menghukum UMNO dan Barisan Nasional atas pengkhianatan mereka terhadap kita?

Tepuk dada, tanya iman di hati.

Wallahualam...


No comments: