Thursday, January 04, 2007

Sensasi TV3; Sekularkah Artis Kita?

Dua hari lepas, saya tertonton program Sensasi di TV3. Program yang dikatakan Melodi The 2nd itu saya lihat agak menarik dan mencabar kewibawaan artis ataupun personaliti yang dijemput untuk memberi reaksi secara sponton terhadap isu yang dibincangkan. Tahniah buat TV3 kerana berjaya membawa kelainan dalam program hiburan tanah air (layakkah diucapkan tahniah? Keliru dan bingung aku sendirian...).

Slot Sensasi yang disiarkan untuk kali kedua semalam menampilkan Erma Fatimah (pengarah filem Diva Popular!), Haliza Misbun (pelakon yang dikatakan panas baran dan kuat melenting, juga kakak ipar Awie) dan juga Kartina (pelakon Mami Jarum). Secara jujur, saya bukanlah peminat cerita sensasi dan artis-artis. Malah, saya hanya mengenali nama beberapa artis yang tersangat popular sahaja. So, please don't get me wrong.

Menariknya Sensasi kali ini ialah barisan panel artisnya. Daripada 3 orang tersebut, hanya Haliza yang tidak bertudung. Erma dan Kartina bertudung litup dan menutup aurat, Alhamdulillah. Sejuk mata memandang dua orang personaliti ini bertudung. Cukup ayu. Nampak macam ustazahpun ada.

Itu yang menariknya. Jarang berpeluang melihat mereka berpenampilan begitu. Namun, yang agak menyakitkan telinga ialah jawapan Kartina apabila si panel penyoal mengutarakan perihal penampilan sesetengah artis yang bertudung. Soal si penyoal, adakah itu bermaksud artis hipokrit (sekejap pakai tudung, sekejap bukak)? Soalan yang cukup killer dan saya rasa tak wajar disoal.

Jawapan yang diberi oleh Kartina cukup mengejutkan. Hampir luruh jantung saya tatkala mendengar response bersahaja tersebut. Katanya,
Jika dalam lakonan tersebut memerlukan artis tidak memakai tudung, maka itu menjadi tanggungjawabnya. Itu lakonan artis tersebut. Maka perlulah artis tersebut membuka tudung. Bukan saja-saja. Kalau saja-saja buka tudung, memanglah haram.
Apapun, ia banyak bergantung pada prinsip artis tersebut. Bagaimana pendirian artis itu. Bagi Kartina, kalau wataknya begitu (tidak menutup aurat), maka artis kena bukalah aurat.
(Kata-katanya lebih kurang beginilah...)
Begitu yakin si Kartina memberi jawapan. Tak ubah seperti gaya Ustazah Mashitah pulak saya lihat Kartina mengulas. Sekular sungguh artis kita rupanya. Memang berapi telinga saya ketika itu. Tak sangka Kartina berani mencemarkan imej Islam. Murah sungguh nilaian hijab dipandangan matanya.

Anda nilaikan sendiri. Saya tidaklah begitu mengalakkan anda menonton program Sensasi tersebut. Namun kadang-kadang program sebegini boleh mencelikkan mata kita terhadap permasalahan yang sedang melanda umat Islam kala ini.

Mungkin inilah bahana media yang suka mensensasikan artis-artis lebih daripada alim ulamak. Sepatutnya alim ulamak lebih dikenali, namun dunia hari ini terbalik. Artis disanjung tinggu. Ulama dicaci diperli...

Ya ALLAH, janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi Kami hidayah. Ya ALLAH, Engkau berilah hidayah dan petunjuk kepada golongan-golongan yang tidak faham ini.

Wallahualam...

No comments: