Tuesday, October 03, 2006

Kuan Yew - Pak Lah; Hubungan Penuh Muslihat

Satu per satu misteri menjerat diri Pak Lah. Sudahlah dirinya dah not 'in control' terhadap kerajaan had-harinya. Ditembak, diasak Tun sampai makin beruban kepala Pak Lah. Muka yang dulu selalu tersenyum riang, kini gelisah tak keruan. Terbaru, kes tuduhan Kuan Yew tentang diskriminasi kaum Cina di Malaysia dan Indon.

Dalam isu ini, kita boleh melihat dua tindakan daripada dua orang pemimpin berbeza. mungkin ada yang tidak bersetuju Pak Lah digelar pemimpin, tapi just bare with me. Pak Lah dalam menghadapi tuduhan tak berasas tersebut, bertenang, dan menulis surat yang mengambil masa kira-kira seminggu untuk diserahkan kepada Kuan Yew (Walaupun kemajuan teknologi memungkinkan Pak Lah untuk menelefon ataupun mengemel Kuan Yew).

Di Indonesia pula, Duta Singapura telah dipanggil mengadap untuk memberi penjelasan. Malah Duta Indonesia di Singapura juga diarah mendapatkan penjelasan daripada kerajaan Singapura. Indonesia menunjukkan tindak balas segera yang lebih tegas berbanding Pak Lah yang cuba kekal dengan imej Mr.Nice Guynya.

Banyak pihak menyuarakan kekecewaan mereka dengan tindakan lembap Pak Lah. Malah suara kekecewaan bukan sahaja datang daripada pembangkang, ahli UMNO sendiri turut kecewa. Kecewa kerana lemahnya Pak Lah memelihara maruah negara. Jelas berbeza dengan reaksi segera Tun yang menankis fitnah Kuan Yew.

Apapun, semalam, Kuan Yew telah membalas surat Pak Lah dengan panjang lebar. Akhbar utama melaporkan seolah-olah Kuan yew memohon maaf. Tapi realitinya...
Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dalam surat penjelasan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung dakwaan beliau bahawa masyarakat Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik, telah meminta maaf kerana kenyataannya itu telah menyebabkan ketidakselesaan kepada Perdana Menteri.

Rujuk - Kuan Yew minta maaf -- Ekoran dakwaan masyarakat Cina Malaysia dipinggir cara sistematik

Dalam theSUN pula,
Singapore's Minister Mentor Lee Kuan Yew, in a letter of response to Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi over his recent claims about the systematic marginalisation of the Chinese community in Malaysia, said he was sorry that what he said had caused a great deal of discomfort to the prime minister.

Rujuk - Kuan Yew says 'sorry'
Anda sendiri boleh menilai petikan berita tersebut. Jelas, Kuan Yew bukannya memohon maaf kepada rakyat Malaysia, atuapun kerana kenyataannya. Tapi kerana melihat Pak Lah tak selesa. Walaupun ramai sudah mengagak reaksi Kuan Yew, tapi mengapa akhbar masih ingin cuba menampakkan Kuan Yew yelah memohon maaf? Pelik...

Banyak ulasan tentang isu ini. Antaranya daripada blog :: Roslan SMS Corner :: Ulasan beliau cukup tajam dan bernas. Anda perlu layari sendiri blogspot beliau untuk tahu lebih lanjut. Tak menarik kiranya saya menciplak hasil karya agung beliau. Hehe... Juga tulisan daripada HarakahDaily seperti berikut,

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam kenyataannya kepada Harakahdaily memberikan tiga fakta kenapa beliau membuat kesimpulan sedemikian.

"Pertama, Kuan Yew mengisytiharkan Singapura menang dalam isu pembinaan jambatan dan mendedahkan Malaysia tidak bersedia untuk ke Mahkamah Antarabangsa dalam itu itu.

"Kedua, Kuan Yew mengesahkan bahawa hubungan Singapura dan Malaysia amat buruk semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"Dan ketiga, Kuan Yew menuduh para pemimpin Umno khasnya tidak ikhlas dalam memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu di Singapura."

Pelbagai lagi ulasan boleh anda layari di lama berita alternatif yang kian bercambah akhir-akhir ini. Saya sendiri tak mampu untuk up to date dengan blog yang terlalu banyak. Antara blog menarik untuk dilayari ialah Weblog Husam Musa. Tulisan karya asal daripada Timbalan Presiden PAS.

Owh, saya hampir terlupa. Mungkin anda ingin membaca surat penuh daripada Kuan Yew. Sila layari link ini,

Surat Penuh Kuan Yew

Saya pelik melihat betapa baiknya Kuan Yew dengan Pak Lah dan betapa bencinya Kuan Yew dengan Tun. Apakah wujud muslihat tersembunyi? Malah jika anda menghayati surat Kuan Yew, pasti anda terasa lekehnya negaraku Malaysia...

Terkini - Pak Lah tidak menganggap surat Kuan Yew sebagai memohon maaf. Sebaliknya Pak Lah turut terkilan. Apakah ini lakonan seorang ahli politik? Ataupun Pak Lah sudah semakin matang?

"I understand the content of the letter and I've taken note of it. But I feel that the statement that Lee Kuan Yew made in Singapore was uncalled for and not appreciated, regardless of his reasons," he said.

"I certainly don't agree. I certainly reject the premise upon which he made the statement. I believe it is not good, especially for neighbourly relations."

Rujuk - PM stops short of accepting LKY's apology
Hmm, saya semakin konfius. Mata semakin kuyu, ilham semakin layu, jari semakin berkematu. Anda nilaikan sendiri. Tak wajib betul, harus salah. At the end of the day, it's always about politic!

Wallahualam...

Monday, October 02, 2006

Outstation Menunaikan Kewajipan...

Saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana tidak mengemaskini blog ini untuk beberapa hari. Kebetulan saya mendapat 'jemputan' untuk outstation. Sekadar melaksanakan amanah yang telah diberi TUHAN. Apapun, insya-ALLAH saya akan berusaha menulis kembali setelah diberi ilham dan kekuatan dari ILLAHI.

Dalam kesempatan ini, mungkin anda boleh melayari post ini yang berkenaan dengan penilaian EQ seorang pemimpin. EQ bermaksud emotional quotion kalau tak silap ejaannya.

Saya menulis post ini sekadar untuk menyentuh tentang EQ, 'emotion quotion' yang merupakan antara point penting untuk menilai leadership seseorang. Malah, sekiranya dalam interview untuk mencari pekerjaan, inilah antara kriteria yang ditekankan oleh pihak majikan.

Sebelum bergerak lebih jauh, saya ingin mengalukan calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam PRK kali ini. Tahniah kerana anda merupakan antara orang-orang yang berani menyahut cabaran. Saya kira, tak ramai yang berani untuk ke depan, menghadapi asakan pihak lawan mahupun 'rakyat'.

Apapun, selamat datang ke dunia politik. Dunia penuh cabaran. Penuh dugaan. Dunia di mana hanya mereka yang berani menghadapi risiko sahaja mampu bertahan. Memetik ucapan DSAI sewaktu peristiwa 1998, "Jika takut akan risiko, usah bicara tentang perjuangan!". Sebaik sahaja anda, calon-calon melayakkan diri untuk bertanding, maka anda telah menyediakan diri anda untuk diasak seasak-asaknya. Inilah hakikat yang perlu diterima sekiranya ingin bergelar PEMIMPIN.

Post Penuh - Menilai EQ Pemimpin; Bukan Semudah Disangka...

Sekadar renungan bersama... Akhirul kalam, berjumpa dalam post berikutnya insya-ALLAH.

Wallahualam...

Wednesday, September 27, 2006

Robert T. Kiyosaki; Rich Dad, Poor Dad

Akhir-akhir ini, saya menjadi ketagih terhadap buku-buku berkenaan dengan financial freedom, ataupun kata mudahnya, berkenaan dengan wang ringgit. Bukan bermakna saya menjadi mata duitan, tidak... Cuma saya cuba mengambil pengalaman daripada mereka yang telah berjaya. Lagipun, bukankah untuk berjuang itu memerlukan wang ringgit dan juga masa? Dengan konsep financial freedom, kita menjadikan duit bekerja untuk kita.

Dalam kata lain, kita tak perlu bekerja mencari duit. Tetapi duit itu akan datang kepada kita. Pening? Cubalah baca buku Robert T. Kiyosaki ini, mungkin ada mendapat lebih kefahaman. Saya tak berhasrat mengulas lebih. Pengarangnya lebih layak lagi arif.

Anda boleh mendownload e-booknya di sini (agak slow) ataupun juga di sini (lebih laju rasanya). Pilihlah salah satu yang anda rasakan lebih laju. Saya tak mampu menyediakan server yang pantas kerana saya hanyalah menggunakan free hosting. Please just bare with what I have. Thanks...

Wallahualam...

Link tambahan di sini. (Paling laju, tapi limitted bandwidth per hour)


Monday, September 25, 2006

Donald Trump - How To Get Rich

Sekadar berkongsi dengan anda, saya kebetulan terjumpa e-book tulisan Donald Trump, How To Get Rich. Buku yang sangat menarik. Bukan terlalu fokus kepada mengejar kekayaan, tapi bagaimana membina kejayaan. Bahasa yang digunakan mudah dan menarik. Saya berjaya membaca 100++ mukasurat di pejabat. Kebetulan kerja tak banyak hari ini.

Kepada yang berminat, anda boleh mendownloadnya di sini.

P/s - Klik sahaja link tersebut, tak perlu right click. Kelajuan muat turun mungkin agak slow, maaf. Saya belum mampu membeli hosting berbayar...

Pro Aspirasi Dapat Habuan Menang PRK!

Merujuk kepada akhbar TheSUN hari ini (25/9/2006), diberitakan secara cukup ringkas tentang habuan yang diterima oleh mahasiswa Pro Aspirasi yang memenangi pilihanraya kampus di Universiti Malaya.

Tindakan Khir Toyo membazirkan wang rakyat sebanyak RM5000 dipertikaikan oleh DAP sebagai tindakan tidak beretika. Kenapa mahasiswa Pro Aspirasi ini begitu ditatang oleh kerajaan? Saya sendiri tertanya-tanya.

Namun kes pemberian habuan duit rakyat kepada Pro Aspirasi bukanlah perkara baru. Dalam PRK tahun lepas, boleh dikatakan hampir kesemua MPP IPTA diberi habuan melancong ke luar negara. Perbanziran jutaan ringgit duit rakyat. Tak heranlah mengapa harga barangan terpaksa naik.

Dulu hanya menteri-menteri parlimen menyedut duit rakyat. Sekarang, 'menteri-menteri' di IPTA turut sama merampas wang rakyat. Bapa borek, anak rintik. Tak gitu? Ke mana hilangnya Pak Lah? Oh, seperti biasa, dia tak tahu, dan dia tak terlibat. Alasan!

Wallahualam...

P/s - Penulis memohon maaf kerana terpaksa mengurangkan keaktifan menulis dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Saturday, September 23, 2006

Harapan Ramadhan...

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudahpun berlalu

Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasaku
Berada di bulan ramadhan semula,

Puasa,
Satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapatku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak inginku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Dengan rahmatmu oh tuhanku
Ku tempuh jua...

Semoga kita bersama dapat mengecapi nikmat dan berkat bulan mulia Ramadhan ini...

Friday, September 22, 2006

Presiden Ahmedinejad Tolak Arak, Pak Lah?

Saya tertarik membaca salah satu berita dalam TheSUN tentang Presiden Ahmedinejad. Menurut TheSUN, beliau menolak untuk menyertai majlis makan tengah hari bersama pemimpin dunia. Alasan beliau ialah kerana arak dihidangkan sewaktu majlis tersebut. Ketegasan beliau wajar dikagumi.

Namun sesuatu yang memalukan apabila akhbar tersebut menulis other Muslim leaders attended. Seolah-olah memerli pemimpin ISLAM yang tidak bersama dengan Ahmedinejad dalam menunjukkan ketegasan dalam ISLAM. Saya pasti bukan sedikit pemimpin dari negara ISLAM.

Saya mengharapkan, ataupun lebih tepat, mengimpikan Pak Lah akan setegas Ahmedinejad. Pak Lah sebagai Pengerusi OIC sendiri turut bersama dalam majlis yang dihidangkan arak. Macam-macam boleh terjadi. Biasanya, (kalau tanya orang yang selalu dengan menteri-menteri) menteri-menteri memang selalu minum arak. Bukan setakat yang NON MUSLIM, yang MUSLIMpun tumpang sekaki. Pelik bukan?

Anda nilaikan sendiri. Mana satu pilihan hati, Pak Lah atau Ahmedinejad?

Thursday, September 21, 2006

BN = Barang Naik; Gaji Bila Nak Naik?

Sejak Pak Lah memerintah, satu per satu barang naik. Dulu time Tun pegang, bukan harga tak naik. Naik jugak. Tapi sekarang bukan naik 'sikit' tapi, banyak naik woo. Cuba kira, berapa kali minyak naik sewaktu Pak Lah jadik PM? Berapa banyak yang naik waktu Pak Lah pegang? Bandingkan dengan berapa kali minyak naik waktu Tun pegang, juga berapa banyak? Pak Lah baru 3 tahun lebih. Tun 22 tahun.

Sekarang apa pulak yang naik? Kalau dilihat berita ini hari,
Menjelang masuknya bulan puasa beberapa hari lagi, harga runcit ayam daging seluruh negara akan dinaikkan sebanyak 65 sen setiap kilogram mulai esok.

Naik lagi?
Menarik betul melihat suasana 'pesta naik harga' di Malaysia. Sekiranya di negara jiran, Indonesia, pantang ada harga barang naik, pasti rakyat menyuarakan bantahan. Berarak di jalanan perkara biasa bagi mereka. Selagi harga tak turun, selagi itu perarakan tak luntur. Kita di Malaysia, cukuplah sekadar Pak Lah senyum di TV dan kata itu ini. Kemudian akhbar siar kenyataan ntah apa-apa. Rakyat pun angguk-angguk geleng-geleng, lepas tue? Melayu mudah lupa ler... Menarik bukan?

Ingatkan kerajaan akan membantu rakyat mengatasi kenaikan harga macam-macam, rupanya...
‘‘Tidak ada masalah untuk menaikkan harga tapi kita mahu pastikan ia tidak melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Barang-barang Pengguna bagi tahun 2006/2007 di pejabatnya di sini hari ini.

Terkejut?
Memanglah tidak ada masalah baginya (Datuk Shafie Apdal). Dia masih boleh makan mewah-mewah waktu mesyuarat. Dia masih boleh makan itu ini di restoran ekslusif. Dan paling penting, dia masih DIPILIH RAKYAT. Jadi, apa masalahnya?

Inilah istimewanya orang Malaysia, atau lebih tepat, orang MELAYU. Sudahlah mudah lupa, mudah juga dijual beli maruahnya. Melayu memang hebat. Buat yang Melayu jangan terasa, anggaplah ini muhasabah bersama. Walaupun bukan Melayu tulen, ada jugak darah Melayu dalam jasad ini.

Jadi, barang macam-macam sudah naik. Mudah saja barang dinaikkan harga. Tapi bila sebut fasal naik gaji, kena dibincang berkali-kali. Rakyat protes pun belum tentu gaji naik. Sebab apa? Sebab rakyat yang protes itu jugak ler yang undi BN. Tak begitu? Pasti menteri dan wakil rakyat dok fikir,
"Kita naikkan harga barang, harga minyak. Kita kekalkan gaji. Kita kasi ler rakyat bonus sikit. Kita mansuh yuran periksa. Mesti takde masalahnya. Rakyat tetap undi kita. Lagipun, penggunaan petrol makin naik lepas harga naik. Mesti sebab rakyat suka."
BN = Barang Naik? = Bila Naik? = Baru Naik = Banyak Naik. Betul tak?

Wallahualam...

Rujuk juga,
  1. 1,000 workers demonstrate outside Parliament for better pay, benefits
  2. Elaun wilayah tentera perlu dikaji

Duhai Sahabat...

Hari ini mood untuk menulis mengenai isu-isu semasa seolah-olah tiada. Ntah mengapa, dua tiga menjak ini, jiwa ini dibingit kerinduan. Rindukan sahabat-sahabat. Rindukan teman-teman. Benarlah bagai dikata, alam kampus merupakan alam paling manis, paling gembira. Kenangan di kampus tak mampu diusir.

Tatkala sibuk mengejar tugasan yang bersusun di pejabat, memori mengungkai kembali satu persatu kenangan indah, suka dan duka bersama teman seperjuangan di kampus. Bagaimanalah agaknya teman yang kini berada di Terengganu? Tak lupa teman yang jauh di seberang laut. Juga sahabat yang berjuang di pulau mutiara. Bagaimana agaknya anda semua?

Dalam kesibukan mencari habuan dunia, bagaimana pula hambatan bekalan akhirat kita ye sahabat-sahabat? Bermonolog sendirian, menginsafi diri, menyelak kembali memori... Terlalu banyak salah dan silap yang telah saya lakukan selama hidup di dunia ini. Salah dan silap kepada ALLAH, TUHAN yang MAHA PEMURAH. Juga kesilapan terhadap sahabat handai, manusia sejagat. Bagaimanalah agaknya nasib saya sewaktu dia titian sirat? Malah penghisaban di Padang Mahsyar turut mengundang getar di hati.

Apatah lagi tatkala mengenangkan amanah-amanah yang pernah dipikul suatu ketika dahulu... Pasti satu per satu akan disoal oleh ALLAH. Segala kemungkaran, segala kesilapan dan kesalahan yang terjadi sewaktu memegang amanah akan disingkap kembali. Terasa diri terlalu kerdil. Terlalu hina.

Sejauh mana 'amar makruf nahi mungkar' amanah ILLAHI telah berjaya dilaksanakan? Apatah saya berjaya menjadi antara golongan ummat terbaik, yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar? Segalanya masih kekal sebagai persoalan. Persoalan yang menggusarkan.

Hidup perlu diteruskan. Yang telah berlalu jangan dilupakan, jadikan teladan. Yang penting, kita telah berusaha yang terbaik untuk melaksanakan tuntutan TUHAN. Tak begitu? Dan kita terus berusaha untuk menjadi lebih baik. Kan? Kita hanya mampu merancang, ALLAH juga merancang, dan perancangan DIALAH yang terbaik.

Bila menyebut tentang usaha; tak semua usaha kita berjaya. Ada yang gagal langsung, ada yang berjaya separuh, ada yang sangat berjaya. Semuanya telah ditetapkan oleh-Nya. Yang penting, kita BERUSAHA, kemudian BERDOA dan BERTAWAKKAL. USAHA tanpa DOA dan TAWAKKAL adalah seolah-olah kitalah menentukan segalanya. DOA dan TAWAKKAL tanpa USAHA, ibarat pasrah membuta.

Sahabat-sahabat, yang akan dinilai di penghujung hari bukanlah hasilnya; kerana hasil itu dibawah kuasa-Nya. ALLAH akan menilai USAHA kita. Sejauh mana anda berusaha, sebanyak itulah ganjaran yang akan anda peroleh. Sebagai orang ISLAM, kita kena terus berusaha. Berusaha tanpa berputus asa.

Nampaknya saya berlari agak jauh dari topik post ini. Maafkan saya. Sekadar mengisi kekosongan di jiwa...

Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang membaca... Saya rindukan anda semua. Semoga ukhuwwah yang telah kita semai dan bajai di kampus terus mekar mengharum. Biarkan kuntuman ukhuwwah fillah kita menjadi pewangi sepanjang jalan perjuangan yang tidak ada penghujungnya ini.

Akhirul kalam, sahabat-sahabat yang dikasihi, tanpa anda semua, siapalah saya? Semoga perjuangan kita terus diberkati dan diredhai ILLAHI. Semoga ukhuwwah ini dipelihara-Nya. Semoga kita kan terus bersama...

Wallahualam...

Tuesday, September 19, 2006

Pilihanraya Kampus (IPTA) Telus?

Minggu ini minggu yang getir buat mahasiswa/i di IPTA seluruh negara. Pilihanraya kampus (PRK) yang bermula dengan penamaan calon semalam akan berakhir Khamis ini dengan pengundian oleh pihak pelajar. Persoalan biasa setiap kali pilihanraya; kampus mahupun peringkat negara, teluskan PRK kali ini?

Sekiranya persoalan ini ditanya pada Mustapa Mohamed, pasti beliau akan mengatakan ia telus setelus-telusnya. Namun, bagi pihak pelajar dan beberapa NGO, mereka tegas mengatakan PRK dipenuhi penyelewengan. Malah SUHAKAM sendiri mengatakan peraturan PRK lebih teruk daripada peraturan pilihanraya di sekolah. Begitu sekali...

KUALA LUMPUR: The rules and regulations and practices governing campus elections are unfair and "cruel", the Human Rights Commission Malaysia (Suhakam) said yesterday.

Commissioner N. Siva Subramaniam said Suhakam is aware of the difficulties the students face in contesting.

"The prefect elections in secondary schools are more democratic than campus elections," he said at a dialogue with Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) before receiving its memorandum demanding free and fair campus elections.

...

Siva called for clean and fair campus elections due to take place next Thursday. Monday is nomination day.

He said Suhakam will submit the memorandum to the Deputy Prime Minister's office today.

Siva expressed disappointment that Suhakam was not allowed to monitor the campus elections although numerous requests had been made in past years.

He disclosed that at a meeting between Suhakam and Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed last month, the minister had declined Suhakam's request to monitor the campus elections this year.

Mustapa was also against the proposal to allow Suhakam to meet with university students at any time.

Full News?

Jika SUHAKAM, badan bebas pemantau hak asasi manusia mengatakan PRK tidak telus, apakah kenyataan Mustapa boleh digunapakai? Mengapa kerajaan begitu takut membenarkan SUHAKAM memantau perjalanan PRK jika ia telus? Apakah kerana wujud agenda tersembunyi kerajaan? Malah, mengapa SUHAKAM tidak dibenarkan berhubung dengan pelajar di kampus? Nampaknya kerajaan benar-benar menyembunyikan sesuatu di kampus!

Malah, saya melihat kenyataan Mustapa supaya tidak berlaku perlabelan kumpulan 'pro aspirasi' dan 'pro pembangkang' hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga. Realitinya, perlabelan ini masih terus berlaku. Bukan setakat media alternatif, malah media perdana. Rujuk sahaja bahagian POLITIK dalam Utusan. Semuanya ditulis seolah-olah menggambarkan 'pro aspirasi' merupakan BALACI kerajaan. (Rujuk 1, 2, 3, dan 4)

Bukankah kerajaan dilihat sangat tidak telus. Dan Pak Lah pula kelihatan seperti HE IS NOT IN CONTROL walaupun puas Pak Lah cuba meyakinkan seluruh dunia bahawa Malaysia masih dalam kawalannya. PRK kali ini benar-benar memeningkan. Terlalu banyak kepelikan dan kejanggalan.

Bukan setakat itu sahaja, langkah Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan MPPK pada waktu MPP telah 'bersara' dilihat sebagai langkah pelik. Mengapa perlu dihimpunkan orang yang tidak mewakili majoriti mahasiswa/i? Malah tindakan MPPK mempertahankan AUKU sangatlah menampakkan kebodohan mereka di dalam MPPK sendiri. Mempertahankan akta yang menyekat hak asasi sendiri. Bodoh bukan?

Saya melihat MPPK yang telah diadakan selama sehari secara tergesa-gesa itu dirancang khusus untuk membincangkan perihal PRK selain turut merangka strategi untuk mempertahankan Pak Lah yang semakin goyah. Apapun, realitinya, PRK kali ini tetap tidak telus. UMNO tetap DAYUS.

Anda nilaikan sendiri. Gunakan akal kurniaan ILLAHI. Wallahualam...

Nazri Semakin Biadap!

Tempoh hari, saya telah menulis post tentang keceluparan Nazri (Sila rujuk Nazri; Semalam, Hari Ini, dan Esok...). Dan hari ini, seperti yang dilaporkan oleh TheSUN, Nazri meneruskan tradisi biadapnya. Utusan turut melaporkan kelakuan buruk Nazri ini, tetapi dengan bahasa ber'lapis-lapis'. Seolah-olah tidak mahu pembaca tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Saya petik sedikit daripada TheSUN;

What roused their ire was that Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz refused to entertain any interjections for clarification and was bent on racing through the text when winding up for the ministry today (Sept 18, 2006).

Defending his speedy delivery, he said: "There are 30 ministers who need to wind up for their ministries in the remaining four days of sitting before the fasting month break.

"They will have their opportunity (to ask questions) in November."

...

Nazri, who is the minister overseeing parliamentary affairs, irked the MPs when he uttered 'kurang ajar' (ill-bred) against Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) who accused him of misleading the House for providing wrong data on the Tsunami Aid Fund.

Unfazed, Nazri continued to speak amid the commotion. He also ignored Deputy Speaker Datuk Lim Si Cheng attempted to stop Nazri when Karpal Singh invoked the standing order to get Nazri withdraw the words.

Before Lim could restore calm, explaining that Nazri has in fact withdrawn his statement, Nazri interjected: "It's his business if he (Karpal) is deaf."

This prompted Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) to shout: "Chase him out of the House."

...

Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) then lent his support to the minister by saying: "If they (Opposition MPs) are stubborn. Chase them out of the House."

Shouts of "Get out! Get out!" were heard from the Backbenchers. Above the din, reporters were unable to hear Nazri who continued readding his speech. At this juncture, the DAP MPs, except Fong and wheelchair-bound Karpal, walked out. They returned about five minutes later.

Karpal Singh had several times tried to stop Nazri from delivering his speech.

"We have to control him (Nazri). He has become mad (gila)," said Karpal Singh, sparking another round of commotion.

Full New - Uproar as Speedy Nazri races through winding-up

Lihatlah betapa kurang ajarnya si Nazri ini. Malah ahli Parlimen BN yang lain turut sama biadap. Walaupun Nazri jelas tidak beretika, ahli Parlimen BN tetap menyokong Nazri. Budaya 'pak turut' UMNO yang dibawa sampai ke Parlimen ini sedikit sebanyak memalukan. Mereka yang bergelar 'YB' dan berpangkat dato' ini dilihat tak ubah seperti budak tadika yang masih perlu diajar. Malah tidak keterlaluan kiranya saya katakan budak tadika lebih beradab daripada ahli Parlimen BN.

Malah ulasan Nazri sewaktu menjawab persoalan kewajaran OSA (Akta Rahsia Rasmi) diteruskan turut mengambarkan sikap biadap, tak mengenang budi dan mengampu-ampu.

Nazri also denied Lim's claim that Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has lost grip of his administration.

"In the previous administration, there was dictatorship (and) people do not have freedom. Now people have freedom to speak up then it has been seen as out of control," he added.

Full News - OSA stays, says Nazri
Nazri mengatakan Tun seorang diktator? Dulu, Nazri bekerja untuk seorang diktator. Malah Tun menjadi bahan ampuan Nazri sewaktu Tun memerintah. Sekarang lain pula bunyinya. Mungkin setelah Pak Lah tumbang, Nazri akan mengatakan Pak Lah juga diktator. Tak begitu?

Benarlah bagai dikata, Nazri sepatutnya dilucutkan keahlian dalam UMNO. Nazri terlalu banyak mendedahkan kepincangan dalam UMNO sendiri. Mengapakah Tun dibenarkan memerintah selama 22 tahun? Kenapa tidak ada yang berani melawan, semuanya mengampu sewaktu Tun memerintah? Sekarang baru nak kata diktator?

Saya rasa Nazri sudah sampai ke usia 'nyanyuk'nya. Anda tak rasa begitu?

Roti High 5 Tetap Meragukan...

Saya mendapat beberapa pertanyaan berkisar tentang kes Roti High 5 yang saya dakwa haram dimakan. Perkara ini setakat ini masih meragukan dan menimbulkan was-was yang nyata. alau diikutkan sijil JAKIM, produk Silverbird termasuk High 5 masih halal. Malah, Silverbird mendakwa kilang di Nilai, Negeri Sembilan sudah tidak digunakan. Sekarang semua produksi dibuat di Shah Alam.

Mungkin dakwaan Silverbird itu ada benarnya. Namun, beberapa persoalan yang kekal menjadi tanda tanya:
  1. Sekiranya kilang di Nilai sudah tidak digunakan, kenapa PPIM melakukan serbuan ke atasnya? Serbuan ke atas kilang terbiar bukankah mengarut?
  2. Mengapakah terdapat minyak masak yang diimport dari ISRAEL di bekas kilangnya di Nilai? Kenapa perlu ISRAEL, tidak MALAYSIA?
  3. Jika benar kilang di Nilai tidak digunakan, kenapa ketika serbuan terdapat pekerja di kilang tersebut, juga boleh dilihat roti berselerakan? Roti tidak boleh bertahan begitu lama serasa saya.
  4. Sejauh mana Silverbird memastikan kilang pengeluaran rotinya SUCI dan BERSIH? Sedangkan pengarah urusannya sendiri mengatakan kebersihan itu suatu yang subjektif. Kilang di Nilai dikatakan bersih menurut perspektif beliau, begitu?
Rasanya cukuplah sekadar empat persoalan itu. Anda fikirkan yang lain. Bagi saya, sekiranya terlalu was-was, tinggalkan. Terlalu berbahaya untuk menggadaikan diri memakan roti ini. Malah, bukankah kita hendak memboikot ISRAEL? Maka boikotlah syarikat yang menggunakan minyak masak ISRAEL. Alasan selebihnya, anda fikirkan...

Namun, saya ingin juga memohon maaf kerana ada pihak yang kurang senang dengan post saya sebelum ini. Mungkin mengatakan Roti High 5 sah HARAM tidak wajar, tapi sah WAS-WAS lebih patut. Maafkan saya atas keterlanjuran diri ini.

Wallahualam...

Monday, September 18, 2006

Maaf, Saya Outstation...

Saya memohon maaf kerana gagal meng'update' blog ini untuk beberapa hari. Kebetulan saya terpaksa outstation. Insya-ALLAH saya akan kembali aktif menulis bermula esok atau lusa. Semoga ALLAH memberi saya ilham untuk menulis. Terlalu banyak isu menarik untuk diulas, daripada isu SUHAKAM dan Pilihanraya Kampus, ucapan Pope yang menghina ISLAM sampailah kepada pembongkaran penyelewangan Pak Lah oleh Tun (akan dibuat pada bulan November ini). Nantikan The Come Back of Musafir Kelana. Hehe...

Wallahualam...

Tuesday, September 12, 2006

Langganan Bloglet Dipindah ke FeedBlitz

Assalamualaikum,

Seperti yang ramai sedia maklum, ataupun sedar. Langganan anda dengan Bloglet seolah-oleh tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, saya telah menukar servis kepada FeedBlitz yang insya-ALLAH lebih baik. Harap maaf atas segala kesulitan.

Wassalam

Nazri; Semalam, Hari Ini, dan Esok...

Semalam...

Semalam kita membaca kenyataan Nazri yang mempertahankan kekebalan ahli Parlimen daripada dihadapkan ke mahkamah. Malah Nazri juga menggunakan hujah, biarlah rakyat sendiri yang menjadi hakim untuk ahli parlimen. Sekiranya mereka membuat tindakan yang salah, biarlah rakyat menghukum melalui pilihanraya. Walaupun hakikatnya, ramai yang tahu bahawa pilihanraya tidak penah telus. Tambahan pula, rakyat mengundi bukan berdasarkan siapa calon yang bertanding, tetapi berdasarkan parti apa yang diwakili.

Sekiranya anda bermusafir melihat negara-negara maju, anda dapat melihat betapa pemikiran rakyat negara yang maju. Kita masih ketinggalan jauh dibelakang. Usahlah melihat kepada kemajuan teknologi, kemajuan pemikiranpun kita sudah terkebelakang. Mereka di negara maju mengundi dengan melihatkan siapakah calon dan apa latar belakang calon tersebut. Persoalan parti apa adalah persoalan kedua. Kita, satu-satunya persoalan ialah, parti apa?

Bagaimana kita hendak menggapai wawasan 2020 dalam keadaan pemikiran rakyat dijumudkan. Rakyat tak jumud, tapi dijumudkan. Saya ulang, rakyat dijumudkan! Oleh siapa? Mereka yang memerintah. Mereka menerapkan pemahaman bahawa mereka perlu mengundi parti sekian sekian. Bukan calon sekian sekian. Malah di Dewan Rakyat, perwakilan dari parti yang sama, tidak boleh membantah cadangan yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Sebagai contoh, BN memutuskan untuk menaikkan harga barangan sebanyak 10% bermula selepas raya. Ini telah diputuskan oleh MT UMNO dan dibawakan ke Dewan Rakyat untuk diluluskan oleh Parlimen. Perwakilah daripada BN tidak boleh membantah cadangan ini kerana ia datang dari PARTI mereka. Mereka perlu TAAT kepada PARTI, walaupun RAKYAT yang diwakilinya MEMBANTAH. Tak ke pelik bunyinya? Inikah dikatakan perwakilan negara yang bakal maju menjelang 2020?

Hari ini...

Buat pengetahuan semua, petang semalam telah diadakan dialog bagi membincangkan desakan agar dibuka semula kes pemecatan Tun Salleh Abas. Antara panel pendialog yang hadir; Nazri Aziz , Karpal Singh (Pengerusi DAP Kebangsaan), Lim Kiat Siang (Ketua Pembangkang), Yeo Yang Poh (Pengerusi Majlis Peguam Malaysia) dan Peguam Malim Imtiaz Salwa (peguam kes Lina Joy dan antara pelopor IFC). Saya tak pasti sehangat mana dialog tersebut. Ia dialog terbuka dan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina bermula jam 7.30mlm, sekitar waktu maghrib.

Tidak ada sebarang laporan eksklusif tentang dialog tersebut. Entah di mana silapnya, hanya kenyataan dan hujah Nazri yang disiarkan media (Utusan).
‘‘Setakat ini tidak pula saya dimaklumkan ada hakim yang menganggotai tribunal memecat Salleh tampil ke hadapan dan memberitahu yang beliau telah disogok dengan wang atau dipaksa membuat keputusan Tun Salleh bersalah.

‘‘Apa yang saya dengar selama ini ialah fakta-fakta lama dan ia disampaikan dalam bentuk spekulasi oleh pihak yang memperjuangkan nasib Salleh seperti DAP dan Majlis Peguam,’’ katanya.

...

Katanya, enam orang anggota tribunal tersebut terdiri daripada dua hakim negara Komanwel, dua hakim masih aktif dan dua hakim yang telah bersara.

‘‘Dalam konteks ini saya secara peribadi berpendapat mustahil keenam- enam hakim ini sengaja membuat keputusan yang Salleh bersalah.

‘‘Keputusan mereka adalah berdasarkan fakta dan tidak pula keputusan yang diperoleh pada masa itu berpandukan majoriti. Kesemua mereka secara solid menyatakan Salleh bersalah,’’ ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, tidak seharusnya timbul dakwaan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Omar cuba menjatuhkan Salleh melalui tribunal tersebut.

‘‘Bukan mudah Hamid menjalankan tanggungjawab ini. Mereka berdua saling mengenali sejak dahulu lagi dan Salleh adalah ketua kepadanya.

‘‘Saya percaya keputusan yang diambil oleh Hamid ini amat berat dan beliau terpaksa melakukannya,’’ tambahnya.
Kenyataan Nazri seolah-oleh terlalu banyak yang cuba diselindungkan oleh kerajaan, ataupun lebih tepat oleh UMNO. Sesuatu yang hampir mustahil untuk melihat ada hakim yang terlibat dalam tribunal khas tersebut yang akan tampil ke depan. Pasti semuanya sama ada telah diugut, atau disogok dengan harta dan kuasa. Persoalan kelayakkan hakim yang terlibat dalam tribunal juga dengan jelas boleh dipersoalkan.

Anda boleh merujuk untul detail dalam akhbar TheSUN beberapa hari lepas. Tribunal tersebut dianggotai oleh dua hakim junior. Apakah layaknya hakim yang junior untuk terlibat mengadili kes yang tersangat besar dan melibatkan Ketua Hakim Negara? Itu dikira layak? Malah hakim dari negara Komanwel tersebut datangnya dari negara yang kurang diiktiraf kehakiman mereka. Saya tak begitu ingat istilah yang tepat.

Selain itu, Tun Abdul Hamid yang turut menganggotai tribunal tersebut menimbulkan tanda tanya. Pada waktu tersebut, beliau memegang jawatan Pemangku Ketua Hakim Negara dan dimaklumkan sekiranya Tun Salleh Abas bersalah, maka beliau akan menggantikan Tun Salleh Abas. Bukankah ini sedikit sebanyak boleh melibatkan 'personal interest'? Pecat Tun Salleh Abas, maka beliaulah yang akan naik. Tak begitu? Nah, bukankah tribunal ini boleh dipertikaikan?

Jika benar tidak ada apa yang pelik, maka biarkanlah Suruhanjaya Di-raja menyiasat. Mudah. Semua pihak puas hati. Kalau nak dikatakan membazir duit, banyak lagi projek lain membazir. Lagipun, Malaysia bukan ke kaya? Boleh menyumbang RM57b untuk projek pelbagai negara, tak kaya lagi ke?

Esok...

Saya tak pasti apa lagi idea dan pandangan pelik si Nazri ini. Rasanya UMNO memang patut memecat Nazri. Nazri terlalu 'outspoken' sampai mendedahkan satu per satu kepincangan yang berlaku. Malah lagak samsengnya turut mencemarkan imej UMNO dan Parlimen. Memalukan...

Tak wajib betul, harus salah. Anda nilaikan. Wallahualam.

Zaid Ibrahim Sokong IFC?

Setelah usaha ke arah menubuhkan Inter Faith Commission (IFC) mendapat penentangan sengit daripada golongan yang cintakan ISLAM, tiba-tiba muncul pula seorang mamat dari Kota Bharu yang mempertahankan tindakan IFC tersebut. Walaupun Pak Lah, bos si mamat tersebut meminta sebarang perbincangan mengenai agama ISLAM dihentikan, mamat ini terus lantang berucap. Siapakah mamat yang dimaksudkan?

Dia tak lain dan tak bukan Datuk Zaid Ibrahim, ahli Parlimen Kota Bharu. Macam mana dia terpilih, sayapun pelik. Pegang kawasan Kota Bharu, bandaraya ISLAM, tapi... Pemikiran punyalah sekular. Sokongan Zaid untuk IFC tidaklah mengejutkan. Dahulu Zaid pernah mencadangkan loteri sukan diwujudkan untuk mengumpul wang bagi memajukan suka negara. Malah Zaid tak gentar dengan hukum yang dikeluarkan ulama ataupun umumnya golongan agama.

Sekarang, Zaid sekali lagi memilih untuk menyokong IFC yang jelas membahayakan akidah umat ISLAM. Dalam forum tentang hak asasi manusia anjuran SUHAKAM, beliau seolah-oleh mengatakan orang ISLAM tidak perlu takut dan berfikiran terbuka. Akidah tidak akan tergugat. Malah katanya, jumlah umat ISLAM makin bertambah, dan orang alim turut meningkat jumlahnya. Ini membuktikan keterbukaan tidak membahayakan ISLAM. Pendek akal betul mamat seorang ini.

Kalau Zaid mempunyai sejarah mempertahankan ISLAM, bolehlah nak disuruh bercakap pasal ISLAM. Masalahnya, Zaid sungguh berpengalaman dalam mengkucar-kacirkan orang ISLAM. Idea yang pelik-pelik dan melanggar syarak, biasanya dipelopori oleh Zaid. Walaupun dia beragama ISLAM, itu tak bermakna dia boleh menentukan hala tuju umat ISLAM. Kita masih ada alim ulama untuk dijadikan rujukan. Bukan cucu ulama (baca 'Pak Lah') tau. Ulama. Bukan anak, menantu etc.

Wallahualam

Rujukan - Islam is not under attack: Umno MP

P/s - Saya mendapat khabar bahawa antara penyokong kuat IFC ialah Ananda Krishnan, tuan punya maxis dan Astro. Malah dikatakan, Ananda menyumbang sebahagian besar wang daripada perniagaannya untuk menaja gerak kerja IFC. Bukti masih dalam kajian. Insya-Allah saya akan cuba usahakan. Sementara itu, mungkin anda boleh berfikir-fikir untuk bertukar ke Celcom. Bukan mem'promote', sekadar mengelak diri daripada menyumbang kepada golongan penentangan ISLAM. Lagipun, maxis terlalu banyak menaja program kemaksiatan jika dibandingkan dengan telco lain. Lihat saja konsert Pussy Cat Doll yang mencetuskan kontroversi kerana pakaian yang terlalu terdedah. Anda fikirkan. Semuanya berbalik pada anda...

Monday, September 11, 2006

Berita Lucu Hari Ini (11/09/2006)

Ini yang susahnya bila mengadap komputer terlalu lama. Ilham pula datang mencurah-curah, minta ditintakan. Terpaksalah jari ini terus menaip, insya-Allah untuk post terakhir pada hari ini. Post ini ringkas sahaja, sekadar mengutip berita-berita lucu yang dimuatkan dalam Utusan Malaysia. Semuanya melibatkan pemimpin UMNO yang jelas dalam keserabutan.
1# Kajian semula kehakiman tidak perlu – Nazri

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menolak saranan Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Othman supaya kerajaan menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji semula undang-undang yang menghalang keputusan yang telah dibuat menteri dicabar di mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu akan meletakkan menteri dalam keadaan kurang selesa atau hilang keyakinan untuk membuat sebarang keputusan yang hanya akan lebih memburukkan lagi keadaan.
...
“Jika ada apa-apa keputusan oleh menteri dikatakan silap, saya rasa rakyat ialah badan terbaik untuk menentukan sama ada sesuatu keputusan menteri itu silap atau betul,” katanya.
Biarlah rakyat menentukan? Sejak bilakah rakyat berkuasa menentukan? Bukankah pilihanraya saban tahun dipenuhi penyelewengan yang tak pernah diadili? Mengapakah menteri-menteri ini begitu takut jika dicabut kekebalan? Apakah hakim-hakim di Malaysia terlalu jahil sehinggakan tidak dapat menilai perkara yang hak dan batil?

Atau realitinya, mereka takut dihadapkan ke mahkamah kerana terlalu banyak penyelewengan? Saya merasakan, mereka terlalu takut. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Siapa rasa pedas sekarang?

2# Keris; Relevensinya kepada UMNO

Cadangan Tengku Adnan untuk menukar lambang keris dalam bendera UMNO menerima pelbagai reaksi negatif. Kebanyakan reaksi tersebut agak keras, dan menampakkan seolah-oleh retak dalam UMNO makin melebar. Malah Adnan sendiri mengakui selalu berlaku pergaduhan dalaman dalam UMNO.

‘‘Keris adalah senjata dan ia melambangkan pergaduhan.

‘‘Meskipun, kita kata (keris) mempertahankan hak dan perjuangan tetapi saya terfikir agaknya kerana lambang keris tidak bersarung itulah yang menyaksikan saban tahun pergaduhan berlaku di dalam parti kerana pengaruh lambang keris itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Siput di sini hari ini.

Ini pula jawapan daripada 'pendekar-pendekar' dalam UMNO,

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin hari ini menegaskan lambang keris terhunus berwarna hijau pada bendera UMNO melambangkan kekuatan dan keunggulan bangsa Melayu dan ia tidak perlu ditukar.
dan...

“Lambang keris bukan membawa pengertian pergaduhan. Keris sebenarnya amat sinonim dengan masyarakat Melayu.

“Ia merupakan simbol kekuatan dan kuasa untuk orang Melayu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis perhimpunan siswa sempena sambutan Hari Kemerdekaan
Juga...
Cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob supaya lambang Keris Pasca Warisan pada bendera UMNO ditukar kepada lambang lain adalah idea gila, kata Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menegaskan, keris terhunus tidak bersarung itu bukan punca utama menyebabkan perpecahan dalam UMNO.
Inipun...
‘‘Ini soal mengarut, saya tidak faham mengapa perkara ini hendak ditimbulkan dan pada saya ia menunjukkan kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO kalau ada masalah dalam parti, maka kita buang perkara yang dikatakan puncanya.
Terakhir...
Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Adnan agar lambang keris itu ditukar kepada lambang duit, pen atau buku kerana ia melambangkan kemajuan atau ilmu pengetahuan.
Yang penting, anda sendiri boleh melihat betapa kebanyakan pemimpin UMNO mengakui wujudnya perpecahan dalam parti mereka sendiri. Malah lebih menarik, cadangan Adnan untuk menggunakan lambang DUIT. Macam UMNO ini parti buat DUIT pula.

3# Usul jawatan PM, MB disandang sepanjang hayat

Ini lagi satu idea gila orang UMNO. Mencadangkan jawatan PM dan MB disandang sepanjang hayat? Nampak sangat mereka ini gila KUASA! Apa relevensinya pilihanraya sekiranya jawatan PM dan MB kekal hingga ke akhir hayat?

Katanya, usul untuk membenarkan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dijawat sehingga akhir hayat adalah bagi mengelakkan berlakunya krisis kepimpinan peringkat tertinggi yang akan turut memburukkan keadaan dalam parti.

“Kita berhasrat untuk mengemukakan usul pada Perhimpunan Agung UMNO November ini dengan mencadangkan agar jawatan Perdana Menteri, MB dan Ketua Menteri dibenarkan dijawat sehingga akhir hayat kecuali kalau dah sakit dan memerlukan seseorang itu meletakkan jawatan,” katanya.
Hanya kerana kes Pak Lah Vs Tun, maka mereka mencadangkan jawatan PM, MB dan KM dikekalkan sehingga akhir hayat. Nampak sangat mereka kekeringan idea. Inilah antara idea paling pelik (baca 'BODOH') pernah saya dengar dan baca. Pasti penulis berita tersebut tergelak sendirian sewaktu menulis berita tersebut. Tapi apa hendak buat, UMNO punya cerita kenalah masuk 'paper'.

---

Inilah antara berita-berita yang menggelikan perut saya hari ini. Kebetulan saya sempat membaca akhbar seawal 5.30 pagi. Hilang ngantuk dan mamai hari ini. Owh, satu lagi yang agak lucu, tapi mendebarkan.

---

4# Malaysia sumbang RM57b gerakkan projek kereta api Kunming-Singapura

Apakah benar Malaysia begitu kaya sehingga mampu menyumbang sebegitu banyak? RM57b bukan sedikit. Jambatan indah yang dibatalkan pun hanya bernilai RM1.12b. Bukankah kewangan kerajaan saban tahun mencatatkan deifisit, masih mahu menyumbang sebegitu banyak?

Ini memang lucu dan lawak. Tapi ini juga mencemas. Pak Lah begitu berani menjanjikan wang negara untuk projek yang melibatkan pelbagai negara. Pemurah sungguh. Sama-sama kita nantikan perkembangan berita pelik ini.

---

Sekian saya melaporkan dari bilik berita Utusan Online. Semua berita lucu ini boleh anda ikuti setiap hari dengan melayari www.utusan.com.my.

Sekian, wallahualam. Wassalam...

Tun Mahathir Vs Pak Lah; Ada Beza Ke?

Hari Sabtu yang lepas, saya sempat mengikuti ucapan ringkas daripada Saudara Azmin Ali. Seperti biasa, ucapan beliau penuh berapi, meletup-letup dan memanaskan kami sidang hadirin. Walaupun cuasa kesejukan selepas hujan, kami tetap panas. Dipanasi ucapan Azmin Ali. Beliau menyentuh sedikit tentang perbalahan Tun dengan Pak Lah.

Antara yang menarik ialah gesaan beliau agar rakyat tidak tertipu dengan perbalahan Pak Lah dan Tun yang ibarat perang saudara dalaman UMNO. Gesaan beliau ada benarnya. Sekarang ini Tun kerap membangkitkan soal-soal kepincangan pemerintahan Pak Lah. Namun tanpa disedari, ataupun sengaja buat-buat tak sedar, Tun seoleh-oleh terlupa. Apa yang dilakukan oleh Pak Lah hanyalah penerusan tradisi UMNO sendiri.

Kita imbas satu per satu...
1# Pemberian projek perniagaan kepada kaum kerabat

Jika sekarang negara dibingitkan dengan tuduhan Tun bahawa Pak Lah memberikan projek dan kekayaan kepada anak dan menantunya (Khairy dan Kalamudin). Dulu, suatu ketika dahulu, Tun dikecohkan banyak memberikan projek kepada anak-anaknya. Malah Harakah pernah menyenaraikan syarikat-syarikat yang dipegang oleh keluarga Tun yang berjumlah ratusan. Nah, apa bezanya Tun dan Pak Lah ye?

Owh ye, Tun lebih bijak mengabui mata rakyat daripada membongkari penyelewangan Tun. Kisah empayar perniagaan keluarga Tun hanya kecoh bila kes DSAI meletup. Waktu itu, Tun sudah memegang kerajaan selama 15 tahun lebih. Waktu yang cukup untuk membina empayar. Berbanding dengan Pak Lah yang baru memegang negara untuk 3 tahun, tetapi kekayaan yang tidak dapat dijangkakan. Malah berjaya dibongkari dengan mudah.

Pendek cerita, Tun mahir menutup jejak langkah 'rompakan'nya. Pak Lah lemah dalam berstrategi. Sangat lemah.

2# Hilangnya demokrasi

Ini isu yang menarik untuk dikupas. Rasanya, rata-rata, ramai yang tahu kuku besinya Tun sewaktu memerintah negara. Pelbagai akta pelik diwujudkan untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat dan mengukuhkan kekuasaan menteri dan kabinet. Bermula dengan akta media cetak, akta rahsia rasmi (OSA), akta keselamatan dalam negeri (ISA) sehinggalah penggubalan undang-undang untuk memberi kekebalan kepada ahli Parlimen pada tahun 1988.

Bukankah semua itu demi menyekat demokrasi, atas alasan menjaga kedamaian dalam negara? Dan prinsip ini diteruskan oleh Pak Lah. Itu sahaja. Pak Lah hanya meneruskan tradisi kuku besi ini. Cuma mungkin kuku besi Pak Lah lebih tajam dan kejam. Lihat sahaja betapa kejamnya FRU sewaktu demonstrasi harga minyak di KLCC (yang kini sedang disiasat oleh SUHAKAM).

Sekali lagi, Pak Lah dan Tun lebih kurang sahaja kuku besi mereka.

3# Politik Wang dalam UMNO dan Kerajaan

Tun mendakwa berlakunya politik wang dalam pemilihan perwakilan peringkat Kubang Pasu. Inilah yang dakwa Tun, telah mengagalkan usahanya untuk berucap dalam Persidangan Agung UMNO akan datang. Poltik wang, sesuatu yang cukup sinonim sejak Tun memegang UMNO. Bukankah politik wang ini telah disuburkan oleh Tun sendiri suatu ketika dahulu? Pak Lah hanya meneruskan.

Hakikatnya, sekali lagi, mereka berdua sama sahaja
Banyak lagi persamaan mereka sekiranya hendak diungkapkan satu per satu. Biarlah anda menilaikan sendiri. Saya tidak berpihak kepada Tun mahupun Pak Lah. Saya menyokong kebenaran yang ingin ditegakkan oleh Tun. Kebenaran? Mungkin. Yang penting, itu tidak bermakna kita melupakan dosa-dosa Tun sewaktu menjajah kita dahulu.

Pelbagai kekejaman Tun masih belum diadili sehingga kini. Peristiwa Memali yang berlaku di Baling, Kedah pada tahn 1985 masih segar dalam lipatan memori duka penduduk Kedah. Juga pemecatan Tun Salleh Abas hasil konspiracy licik Tun pada tahun 1988. Dan banyak lagi. Kekejaman yang tidak berperikemanusiaan.

Akhirul kalam, biarlah Tun dan Pak Lah terus berperang. Seorang merupakan singa tua berkuku besi yang masih mengancam ngaumannya. Seorang lagi singa yang agak muda, berkuku besi juga, tapi bisu dan sering dipergunakan. Kita nantikan pihak mana yang menang. Jika keadilan berjaya ditegakkan, kita juga yang untung. JIka gagal, kehidupan kita sama seperti hari-hari yang telah berlalu.

Tepuk dada, tanya selera, jangan lupa merisik iman di dada.

Wallahualam...

Biarkan BN Terus Bersandiwara!

Akhir-akhir ini kita kerap dikejutkan, ataupun bagi saya, dilucukan dengan berita-berita berbaur perkauman yang dibangkitkan oleh Pemuda UMNO, Pemuda MCA dan Pemuda Gerakan. Bermula dengan isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang, sampailah kepada jawatan Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang diminta diserahkan kepada UMNO. Semuanya datang satu persatu menghempap Koh Tsu Koon yang bakal menjadi Presiden Parti Gerakan.

Bagaikan tidak percaya, setelah 49 tahun merdeka, setelah bertahun-tahun berlalunya peristiwa 13 Mei 1969, masih ada puak di Malaysia yang membangkitkan isu perkauman. Bagi orang Melayu yang dambakan kemajuan di Pulau Pinang, pasti ada yang merasakan UMNO sebagai pendekar yang gagah memperjuangkan hak mereka. Melayu Pinang dikatakan mundur kerana dipimpin kaum Cina.

Sekali imbas, mungkin terasa ada benarnya. Tetapi setelah diimbas berkali-kali, disiasat punyala teliti; apa bezanya Melayu di Pinang dengan Melayu di negeri-negeri lain? Pada hemat saya, sama saja. Di Pinang mundur, di Selangor pun Melayu tetap mundur. Siapa yang memimpin Selangor? Tak ke Melayu si Khir Toyo itu? Nah, lihat saja kes terbaru banjir di Shah Alam. Tak ke mundur kawasan tersebut? Siapa pimpin? UMNO!

Jadi, adakah kerana Cina yang memimpin Pinang, maka Melayu mundur di sana? Mengapa Melayu tetap mundur di Selangor walaupun dipimpin Melayu? Malah di seluruh negara, Melayu tetap antara yang termundur, dengan negara dipimpin Melayu. Mengapa? Salah Koh Tsu Koon kah? Ataupun...

Bagi saya, selagi mana kita dipimpin oleh BN, kita tetap mundur. Bukan saja Melayu, malah kaum lain turut mundur. Yang kaya, yang maju siapa? Kau kerabat mereka sahaja. Lihatlah betapa kayanya Khairy Jamaluddin, Kalamullah, dan kroni-kroni BN yang lain. Jangan hanya menumpu pada Pulau Pinang semata, tetapi lihatlah dengan skop, pandangan yang meluas. Melayu tetap mundur!

Dan UMNO pula gilakan kuasa, pangkat dan darjat. Kenapa nak dituntut sangat pangkat dan jawatan ketua menteri, pengarah dan macam-macam lagi? Tuntutlah ada kemajuan tidak mengenal kroni. Bukankah itu sudah cukup untuk dimengerti?

Saya tak berhajat menulis post berunsur perkauman. Saya sendiri bukanlah Melayu tulen. Saya merupakan warga negara Malaysia yang beragama ISLAM dan mempunyai darah tiga bangsa utama di Malaysia. Saya boleh dikatakan Melayu. Saya juga boleh menjadi Cina. Dan saya juga boleh menjadi India. Inilah realiti indahnya ciptaan ILLAHI. Saya ditakdirkan ALLAH mempunyai sedikit unsur daripada semua bangsa. Alhamudulillah.

Akhirul kalam, selagi mana kita dipimpin oleh pemimpin yang penuh dengan korupsi (baca 'pemimpin BN'), maka selagi itulah kita hidup dalam keadaan 'mundur dalam kemajuan'. Hendak maju sebenar-benar maju? Tunggulah pilihanraya akan datang, dan tentukan sendiri.

Wallahualam...

Sunday, September 10, 2006

Aku Menulis Bukan Kerna Nama...

Menelusuri detik-detik dalam hidup ini, terasa satu persatu kenangan silam datang menjelma. Ada yang manis. Ada yang pahit. Ada yang masam. Ada yang pedas. Pelbagai 'rasa' pernah saya 'rasai', anda juga begitu. Kita tidat dapat mengharapkan kehidupan ini seindah yang kita impikan. Kehidupan penuh dengan onak duri, cabaran yang datang silih berganti. Semuanya datang bergilir, bertukar ganti untuk mengajar diri ini.

Saya membesar dalam keluarga yang Alhamdulillah, tidak terlalu dipenuhi kemewahan, tidak terlalu dibayangi hiburan penuh kelalaian. Saya membesar dalam suasana yang saya kira sederhana. Tidak terlalu susah, tidak terlalu senang. Semuanya Alhamdulillah, cukup. Keluarga merupakan keluarga yang berpegang kepada 'jemaah tabligh', ataupun istilah lain, 'orang qarqun'. Namun itu tidak bermakna saya turut memilih menyertai jemaah tabligh.

Saya dibiasakan sejak berumur lingkungan 4 tahun untuk ke 'markas' tabligh, mengikuti 'bayan', 'gash' dan pelbagai aktiviti tabligh yang lain. Bacaan 'ta'alim' perkara biasa untuk keluarga saya Ibu saya selalu mengikuti gerak kerja 'masturat' suatu ketika dahulu. Namun, itu tidak bermakna saya mengikut jejak langkah ibu dan ayah saya. (Maaf, ini bukan untuk riak etc.)

Kehidupan penuh dengan pilihan-pilihan. Setiap pilihan ada menjanjikan cabaran dan baik buruknya. Sama ada di dunia, ataupun di akhirat. Saya memilih untuk menjadi begini. Bagaimanakah begini? Saya sorotkan untuk anda sedikit lakaran kehidupan seorang musafir, seorang perantau...

Saya dilahirkan di Pulau Pinang, satu-satunya anak yang dilahirkan di tanah air tercinta. Yang lain semuanya lahir di perantauan. Owh, kecuali adik saya yang bongsu. Yang tidak disangka-sangka dikurniakan-Nya sewaktu saya sibuk untuk PMR. Saya menjadi perantau sejak berumur setahun. Bermula dengan 4 tahun di USA, diikuti 6 tahun di England. Selepas itu barulah menjejakkan kaki kembali ke bumi Malaysia.

Bermula dengan menetap di Ipoh, Perak. Kemudian bermusafir pula ke Alor Setar, Kedah dan sekarang 'menetap' di Jitra, Kedah. Walaupun 'menetap' di Jitra, Kedah, saya lebih lama berada di Kuala Lumpur. Belajar di sebuah SBP di Cheras. Kemudian menyambung pengajian di Perak. Dan kini, kembali ke Kuala Lumpus.

Menyingkap kehidupan di asrama merupakan kenangan indah yang sukar diluputkan. Penuh suka, penuh duka. Sewaktu memilih untuk melanjutkan pelajaran, saya mempunyai terlalu banyak pilihan. Bermula dengan minat untuk mengambil jurusan matematik, kemudian teringin juga mengambil 'medic'. Tak cukup dengan itu, minat membaca saya yang begitu 'galak' menyebabkan saya teringin mengambil bidang sastera. Saya juga seorang 'kipas susah mati' computer, ataupun umumnya IT. Kejuruteraan juga seolah-oleh menggoda diri ini.

Saya dibayangi terlalu banyak pilihan. Buntu. Saya meminati matematik sejak sekolah rendah. Dan Alhamdulillah, ALLAH memberikan saya kemahiran dalam bidang tersebut. Sewaktu di sekolah menengah, saya mewaqafkan diri untuk perjuangan matematik. Focus saya pada waktu itu ialah pertandingan Olympiad Matematik. Bukan setakat peringkat kebangsaan, tapi saya mahu ke peringkat antarabangsa.

Tapi ALLAH lebih mengetahui. Saya merancang, ALLAH juga merancang. Saya hanya mampu mengapai gangsa dalam Olympiad peringkat kebangsaan. Walaupun dipilih untuk berkursus sebanyak 4 kali oleh Kementerian Pendidikan, saya gagal layak untuk mewakili negara. Sedikit kesal, tetapi ada hikmahnya. Alhamdulillah, 'junior' saya berjaya untuk menjadi 'pengganti diri' ke Olympiad peringkat antarabangsa.

Minat kepada medic pula hanyalah kerana merasakan bidang kedoktoran menjanjikan pulangan lumayan. Duit dan harta menjadi impian. Tetapi minat ini sedikit demi sedikit terhakis setelah minat untuk subjek biologi makin menipis. Bukan apa, saya bukanlah seorang yang rajin menghafal. Atau kata lain, saya malas 'study'. Impian ini saya lupakan begitu sahaja.

Bermula di tingkatan 2, saya kerap ke perpustakaan untuk meminjam buku. Biasa novel-novel thriller ataupun sejarah ataupun tentang kehidupan insan. Kemudian saya bergerak kepada buku motivasi diri. Akhirnya, minat untuk melihat hasil karya sendiri dibaca melonjak-lonjak. Saya membayangkan saya menulis sebuah novel, ataupun sebuah buku motivasi diri. Tatapi melihatkan ramainya penganggur dalam bidang sastera, keluarga saya kurang memberikan sokongan. Impian ini saya pendamkan. Tetapi minat membaca saya tetap terapkan.

Kebetulan pada waktu saya mengakhiri kehidupan sebagai pelajar sekolah, kerajaan mempromosikan bidang IT secara meluasnya. Kebetulan juga, saya mula berjinak-jinak dengan komputer sejak berumur 4 tahun. Ayah saya yang meniaga komputer secara part time memberikan saya peluang untuk mengenali apa itu komputer; sedangkan pada waktu itu, di Malaysia, komputer ini masih sesuatu yang sangat jarang dijumpai.

Saya mula berjinak dengan 'dunia tanpa sempadan' yang dinamakan internet sejak berumur 11 tahun. Pada waktu itu, internet sangat janggal diguna orang. Minat saya kepada IT ini juga mungkin kerana ayah saya seorang pensyarah IT. Owh, lupa nak cakap. Ibu saya bekas tutor matematik. Bidang IT memang menjadi kegilaan saya. Tapi, malang tak berbau, setelah tamat SPM, ramai pula penganggur bidang IT. Minat terpaksa ditolak ke tepi.

Pilihan terakhir, kejuruteraan ataupun istilah lebih sedap, engineering. Saya meminati bidang ini kerana saya seorang yang suka menjadi 'pomen' tak bertauliah. Saya suka merekacipta, berinovasi, berkreativiti etc. Saya membayangkan untuk menjadi seperti Zul, perekacipta negara. Menarik bukan? Akhirnya, bidang inilah yang menjadi pilihan.

Walaupun akhirnya saya menjadi seorang engineer, saya tetap meminati matematik. Saya tetap minat menulis. Saya tetap seorang kaki komputer. Minat tetap sama. Takkan hilang bagai ditiup angin kejuruteraan. Kerana itulah saya kini menjadi penulis part time, walaupun hanya sekadar penulis blog.

Saya menulis bukan kerana hendakkan populariti. Kerana berapa ramai daripada anda yang mengenali saya in person? Saya menulis sekadar berkongsi. Menulis untuk ditatapi. Menjadi santapan minda, pembuka mata hati. Saya suka bawakan isu terkini, yang kadangnya penuh kontroversi. Semuanya supaya rakyat Malaysia umumnya, umat ISLAM khususnya tahu tentang apa yang berlaku.

Saya tidak mengejar populariti sebagai penulis. Ia tidak memberi sebarang faedah kepada saya. Malah kerja saya ini boleh mengundang musibah. Sekiranya blog ini dipantau, bukankah risiko menanti di kemudian hari? Bercakap tentang risiko sebagi penulis, saya bersedia menghadapinya.

Sekiranya saya hendak ditahan kerana menulis kebenaran, saya sanggup. Penulis² blog tidak gentar menyatakan kebenaran. Tanyalah sendiri Pakdi, Roslan SMS, Abdul Kadir, dan bloggers yang lain... Kami tidak gentar. Kerana kami menulis bukan kerna nama, tetapi kerana KEBENARAN, dan insya-ALLAH kerana ISLAM. Hidup bloggers!

Wallahualam...

P/s - Post ini ditulis tatkala idea teramat kering. Sekadar berkongsi dan memperkenalkan diri.