Saturday, September 09, 2006

Roti HIGH 5 Haram!!! Sebarkan...

Saya mendapat beberapa sms daripada kenalan yang memaklumkan tentang haramnya roti High 5 kerana mengandungi lemak babi. Hasil daripada sedikit siasatan, saya kongsikan kepada anda sidang pembaca.
Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi /dicampur/ diproses dari ragi babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita/surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia.Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali.

Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang irihati dengan pencapaian /kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitivity umat Islam mengenai pemakanan halal/haram.

Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS). Ini disahkan oleh
Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman. Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.

Sumber?
Masih enggan percaya? Sila download atau buka pdf ini di browser anda, Pengesahan daripada PPIM. Juga boleh merujuk ke Halal Committee members for Gardenia. Link ini sekadar membuktikan bahawa Gardenia sememangnya halal! Saya telah semak di laman web High 5, tidak ada menyentuh tentang bab HALAL.

Malah, saya berjaya dengan bantuan dan izin ALLAH menemukan bukti roti High 5 HARAM!!! Lihat berikut,
A BAKERY was raided yesterday for being dirty, employing illegal workers and using cooking oil without a ‘halal’ certification. The raid at Stanson Bakery Sdn Bhd, which produces the High Five bread, at the Nilai Industrial Area, revealed that the floor was dirty.

Some workers were also found working without gloves or aprons, while the factory was badly-lit and poorly-ventilated.

The factory’s management volunteered to close down for two weeks after it was chided by the Health Ministry team which also issued a warning to the operator for operating under unhygienic conditions under Section 11 of the Food Act 1983.

Apart from that, seven foreign workers were detained as they could not produce employment documents while samples of the oil used in the bread mould were also taken.

The oil, carrying the brand ‘Dubur’, is from Israel.

The 2.30pm blitz was carried out by more than 30 personnel from the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM), Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry, Health Ministry, Islamic Development Department, Negri Sembilan Immigration Department, State Religious Affairs Department, Nilai Municipal Council and the police.

Silver Bird Group Bhd group managing director Datuk Jackson Tan Han Kook said the hygiene problem raised by the raiding team was subjective.

“It’s a minor issue. There were broken tiles at the factory and the management had not fixed it as it was an old factory. This is normal,” he told The Malay Mail last night.

Silver Bird is the parent company of Stanson Bakery.

Sumber?
Juga daripada link ini. Sekarang terbuktilah High 5 HARAM dimakan. Sebarkan kepada semua umat ISLAM di Malaysia dan di mana-mana yang ada High 5. Jangan hendak diharapkan pada KERAJAAN ISLAM HADHARI yang jelas gagal menjaga kesucian kita. Pantaslah bertindak. Ini soal makanan yang jelas sensitif untuk kita orang ISLAM.

Harap bukti yang saya berikan membantu. Anda bantulah saya, dan umat ISLAM yang lain, tolong sebarkan!!!

Wallahualam...

(Bug detected! Jika gagal mendownload pdf daripada PPIM, sila guna link ini --> http://www.gardenia.com.my/articles%5CPPIM.pdf <-- Maaf atas kesilapan.)


Pak Lah Penipu Besar!

Berita utama dalam akhbar Utusan hari ini memualkan saya. Selera makan hilang terus di pagi hari tatkala membaca berita kenyataan palsu Pak Lah yang tampak sangat telah memperbodohkan dirinya sendiri. Kenyataan kononnya Scomi Group tidak pernah mendapat tawaran projek kerajaan merupakan antara penipuan terbesar tahun ini, dan juga penipuan paling bodoh.

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan bahawa Scomi Group Bhd. (Scomi) tidak pernah mendapat tawaran projek kerajaan.

Menurutnya, beliau telah meneliti laporan lengkap aktiviti perniagaan syarikat berkaitan minyak dan gas itu yang membuktikan kenyataan beliau mengenainya sebelum ini adalah benar.

Abdullah menegaskan, beliau tidak pernah terlibat secara peribadi dalam membuat sebarang keputusan berhubung pemberian projek konsesi kepada Scomi.

“Saya sudah menerima laporan lengkap aktiviti perniagaan Scomi dua hari lepas dan menelitinya.

“Daripada penelitian laporan itu, apa yang saya katakan sebelum ini adalah benar.

‘‘Dalam pengetahuan saya, tiada projek diberi kepada Scomi dan saya tidak terlibat secara peribadi dalam memberi keputusan berkaitan pemberian projek konsesi atau berkaitan dengannya,’’ katanya.

Penjelasan Pak Lah seolah-olah mengatakan Scomi hanya terlibat dalam industry Minyak dan Gas semata, walhal mereka mempunyai banyak lagi bidang yang kebanyakannya melibatkan kejuruteraan. Malah berita dalam Malay Mail telah membuktikan segalanya. Maaf kerana saya gagal mencari link di Malay Mail Online.

Apapun, petikan daripada Blog Roslan SMS Corner dipetik sbg berikut,
Sebelum ini MALAYSIAKINI ada menyiarkan surat dari seorang pembaca yang telah membuktikan bahawa kenyataan Dollah itu tidak benar sama-sekali. Antara kandungan surat itu:

In March, The Malay Mail reported that KTM had in 2005 awarded a five-year RM50 million contract to Scomi Group to overhaul and maintain as many as 1,000 wagons.

Also in March, Business Times reported that Scomi Group was going to submit a bid for a RM120 million contract to make body parts for about 400 buses for state-owned Syarikat Prasarana Negara Bhd.

Then in April, The Edge reported that Scomi Engineering Bhd is acquiring a 51% stake in MTrans Transportation Systems Sdn Bhd for RM30 million to provide it a platform to be a key player in urban transportation. Scomi Engineering had on April 28 signed an agreement with Kiara Kilau Sdn Bhd, which owns 100% stake in MTrans, to acquire the 51% stake. MTrans owns bus manufacturer MTRans Bus Sdn Bhd and MTRans Technology Bhd, which specialises in monorail systems and technology. This is, of course, for the Penang monorail project. So the five-time hike in petroleum prices over the last year on the pretext of improving public transportation is certainly benefitting some parties - your sons Scomi Engineering, to be specific.

Recently, Scomi Marine Bhd received a letter of intent from TNB Fuel Services Sdn Bhd for a coal shipment contract for three years from Oct 1, with an option to extend for another two years, the company said. Scomi Marine announced to Bursa Malaysia on April 14 that under the contract, it would be required to transport 500,000 tonnes (with 20% variation) of coal from Australia, Indonesia and South Africa yearly. It said TNB Fuel Services would determine the actual quantity of coal to be transported and from which country upon finalisation of the contract, The Edge reported.

Also recently, Scomi Group Bhd, an oil services company, won a contract from Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd to provide drilling fluids and other services for exploration works in Block 1, offshore Turkmenistan. In a statement issued by Scomi which was published by Business Times, Scomi said the contract would contribute about RM57 million a year to its coffers.
Tidakkah pelik begitu? Saya sertakan link daripada beberapa berita di Utusan suatu ketika dahulu:
  1. Scomi bersaing bida projek monorel di Pulau Pinang
  2. Bekal gerabak monorel
  3. Scomi selesaikan beli MTRANS
  4. Scomi tawar Petronas teknologi singkir CO2
Malah, sumber dalaman daripada PETRONAS mengatakan mereka terpaksa memberi tender kepada Scomi untuk beberapa projek kerana 'permintaan' (baca PAKSAAN) daripada beberapa pihak. Kalau diikutkan kualiti, sudah lama Scomi berkubur. Itu kata sumber dalaman.

Dalam saat-saat genting untuk Pak Lah menghadapi Persidangan Agung UMNO, tak sangka Pak Lah mampu membuat kenyataan yang agak bodoh, ataupun sangat! Sedangkan sudah terlalu ramai yang tahu tentang projek-projek yang berjaya dibida Scomi.

Anda nilaikan sendiri Perdana Menteri kita. Wallahualam...

Penyelewengan Wang PETRONAS oleh Kerajaan!!

Saya mendapat maklumat ini daripada beberapa orang kenalan saya yang mengikuti laporan daripada Ketua Audit Negara. Setelah bersusah payah mencari link untuk memastikan pembaca mendapat info yang selengkap, Alhamdulillah, sahabat saya berjaya menjumpainya. Ikuti artikel dibawah
Wang Dana Khas disalurkan kepada kerajaan negeri untuk membiayai program untuk golongan misikin tetapi sebahagiannya telah dibelanjakan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan program tersebut, seperti mengubahsuai kediaman rasmi menteri besar dan membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7.Selain itu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2005, wang tersebut juga telah dibelanja untuk memasang papan iklan sempena lawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Kedah.

Menurut laporan itu lagi, pada umumnya, dana khas itu terdiri daripada wang yang diterima dari Petronas dan disalurkan oleh Perbendaharaan, termasuk kepada kerajaan negeri melalui pejabat pembangunan negeri atau pejabat kewangan negeri.

Bagi tempoh tahun 2001 hingga 2005, sejumlah RM1.63 bilion diperuntukkan, termasuk kepada kerajaan-kerajaan negeri. Daripada jumlah itu, RM1.04 bilion telah dibelanjakan. Selain Kedah, negeri lain yang menerima wang dana khas tersebut ialah Kelantan, Terengganu , Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurut laporan itu lagi, program dana khas itu yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dapat dinikmati oleh rakyat, tetapi di peringkat negeri, peruntukan tersebut turut digunakan untuk membiayai projek dan aktiviti yang tidak berkaitan dengannya dan ini telah menjejaskan matlamat program tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Kedah diperuntukkan RM40 juta dana khas bagi tempoh 2003 hingga 2005. Selain memasang papan iklan di atas, kerajaan negeri membelanjakan RM701,222 daripada dana itu untuk membeli label pin untuk orang kenamaan, topi, pakaian untuk pasukan kawat Ahli Dewan Undangan Negeri sempena Hari Kemerdekaan.

Wang itu juga digunakan untuk bayaran membekal permaidani dan ‘timber blind’ untuk kegunaan Pejabat Menteri Besar; peralatan penggambaraan untuk krew NTV7.

Biaya tuisyen Puteri Umno

Laporan itu menyebut, mengikut maklum balas yang diterima daripada Perbendaharaan Malaysia, perbelanjaan tersebut dibuat atas arahan Menteri Besar Kedah.

Di samping itu, peruntukan itu juga diguna untuk bayaran sumbangan bagi Program Pusat Tuisyen anjuran Puteri Umno Sungai Petani sebanyak RM110,000 hanya berdasarkan kepada kertas kerja cadangannya.

Sepatutnya, tegas laporan tersebut, pembayaran tersebut dibuat berdasarkan bil tuntutan bulanan daripada tenaga pengajr kelas tuisyen.

Manakala 700 komputer bernilai RM2.10 juta turut dibeli dengan dana itu pada 2004 untuk diagihkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di seluruh Kedah tanpa memanggil tender.

Di samping itu, RM190,374 dibelanjakan, antaranya untuk bayaran iklan ucapan tahniah di akhbar, penginapan dan peralatan pejabat, yang dibuat tanpa mendapat kelulusan pihak Perbendaharaan terlebih dahulu.

Kerajaan Negeri Kedah juga, katanya, telah membelanjakan dana itu untuk membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7.

Terengganu pula telah diperuntukan wang dana khas sebanyak RM665 juta (2004-2005) tetapi ianya telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri itu, seperti membayar emolumen, perkhidmatan, aset dan melaksanakan projek pembangunan.

“Sesungguhnya perbelanjaan yang dibuat tidak selaras dengan tujuan asal penubuhan dana khas, namun perbelanjaan yang dibuat, telah mendapat kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia,” kata laporan audit itu.

Bina kediaman MB


Manakala Kerajaan Negeri Perlis pula membelanjakan RM17,800 daripada peruntukan dana khas itu untuk membiayai kursus ketatanegaraan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pelis, sedang ia sepatutnya dibiayai oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perlis.

Kerajaan Negeri Pahang pula didapati membelanjakan RM0.92 juta daripada peruntukan dana khas itu untuk membiayai kos tambahan pembinaan Kompleks Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Sepatutnya, menurut laporan tersebut, lebihan kos itu ditanggung oleh Majlis Agama Islam Pahang.

Kerajaan Negeri sembilan pula telah membelanjakan RM5.44 juta daripada wang dana khas untuk membekalkan perabot di Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah Port Dickson dan Seremban.

Manakala RM4.50 juta lagi daripada peruntukan dana khas itu dibelanjakan untuk projek mengubahsuai rumah tetamu Kerajaan Negeri Sembilan untuk kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Laporan Ketua Audit Negara itu berkata, perbelanjaan tersebut adalah tidak menepati tujuan sebenar penyaluarn wang dana khas itu.

Di Kelantan pula, projek-projek dengan biayai dana khas itu dilaksanakan selepas mendapat persetujuan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu dan bukannya ketua pengarah unit penyelarasan pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, seperti sepatutnya.
Mengapakah berita ataupun laporan Ketua Audit Negara tidak pernah dikeluarkan dalam sisipan Khas akhbar-akhbar perdana? Kalau Badget 2006 ada sisipan khas, Audit 2005-2006 juga perlu ada. Tak mungkin kerajaan sudah mengarahkan akhbar-akhbar untuk tidak menyiarkan laporan penuh audit? Atau, ada kemungkinan? Pada hemat saya, kemungkin yang ada ialah 99.99%. Anda bagaimana?

Kita hanya mampu mendengar laporan tentang penyelewangan Tabung Bantuan Tsunami. Itu sahaja yang terbocor keluar. Tetapi, sebenarnya, anda boleh memperolehi laporan lengkap laman web Jabatan Audit Negara. Saya telahpun mendownload beberapa laporan, tetapi kurang memahaminya. Hehe.

Apapun, anda usahakan yang terbaik. Saya juga berusaha. Apa yang telah kita ketahui, sebarkanlah. Jangan meniru budaya akhbar perdana dan kerajaan yang suka berahsia. Penuh dengat retorika 'Biarlah Rahsia!' Siti Nurhaliza...

Wallahualam...

Friday, September 08, 2006

TheSUN; Pembongkaran Diiringi Pengampuan?

Akhbar TheSUN hari ini tidak seperti hari-hari sebelumnya. Jika sebelumnya, TheSUN selalu mengkritik kelemahan dan korupsi dalam kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo; terutamanya PBT seperti MBPJ dan MPSJ. Hari ini, berbeza sekali. Khir telah dipuji ekoran tindakannya membatalkan penubuhan konsortiun untuk mengurus selia pembasmi serangga (pest control consortiums) yang dimonopoli oleh syarikat-syarikat tak bertauliah. Bukan setakat tidak bertauliah dan diiktiraf, malah dua daripada tiga syarikat yang mendapat hak mengeluarkan lesen di kawasan MPSJ merupakan syarikat RM2 (syarikat yang bermodalkan permulaan RM2). Malahan, Transparency International (TI) turut memuji tindakan Khir.

Tak salah memuji, boleh dijadikan motivasi untuk Khir. Tapi yang peliknya, kenapa begitu mudah TheSUN dan TI berubah sikap. Hanya disebabkan tindakan yang satu, Khir dipuji melanggit. Mungkinkah wujud peristiwa di belakang tabir? Bukan sedikit salah Khir. Jika diungkit satu persatu, mungkin anda tak larat untuk membaca. Malah sayapun tak larat untuk menulis. Hehe. Yang terkini, kes papan iklan yang masih belum selesai.

Malah bertambah melarat setelah Ketua Audit Negara menededahkan kegagalan hampir 80% papan iklan di Selangor membayar 'Temporary Order License', TOL. Bukan tidak membayar, tapi tidak berjaya diluluskan. Daripada sejumlah 4526 permohonan, yang berjaya diluluskan utk TOL hanya 588. Itu untuk tempoh 2003-2005. Menarik bukan fakta ini? Walaupun tidak mendapat kelulusan TOL, papan iklannya tetap naik kerana kurangnya penguatkuasaan. Ataupun memang sengaja tidak dikuatkuasakan? Sayapun pelik. Mungkin ada cerita belakang pentas jugak. Hehe.

Pasti ramai tertanya-tanya, apa itu TOL? Ia dikeluarkan oleh pejabat Tanah (kalau tak silap saya. Yang penting, bukan kerajaan negeri.) Sekiranya diluluskan oleh pejabat tanah, barulah papan iklan boleh didirikan. Dan setiap papan iklan perlu membayar TOL, ibarat menyewa tanah. Sepatutnya bayaran kutipan TOL untuk negeri Selangor mencecah jutaan ringgit ataupun 'billion', tetapi kelemahan pengurusan negeri menyebabkan negara rugi. Siapa rugi? Bukan kerajaan Barisan Nasional, tetapi saya, anda, kita. Sebagai rakyat, kita rugi kerana pendapatan negara 'terkurang'. Alhamdulillah, Ketua Audit Negara berjaya mendedahkan hal ini.

Sidang pembaca, Info-info ini saya petik daripada TheSUN yang diberi percuma setiap hari. Isu yang menarik selalunya. Maaf andai beberapa istilah yang tersalah terjemah. Sebagai contoh, 'Pest Control' = Pembasmi Serangga. TheSUN dalam bahasa Mat Salleh, jadi saya susah untuk terjemah dengan tepat. Maaf yang amat. Sekiranya nak membaca versi asal berbahasa Mat Salleh, sila layari TheSUN Online.

Wallahualam...

Link berkaitan:

Friday, September 01, 2006

Makin Merdekakah Kita?

Artikel yang agak panjang ini telah dikirim kepada saya oleh seorang sahabat. Saya suka untuk berkongsi dengan sidang pembaca artikel ini yang saya kira amat menarik dan membawa seribu satu pengertian. Moga semakin ramai yang mengerti apa itu kemerdekaan.

---

1.Pendahuluan

Menyebut tentang `merdeka`, tanggapan masyarakat awam ialah ritual acara berulang setiap kali datangnya Ogos, iaitu arahan mengangkat bendera di bangunan-bangunan, membina pintu-pintu gerbang, memasang bendera-bendera kecil di kenderaan-kenderaan, melepaskan konvoi-konvoi kenderaan dari destinasi ke destinasi dan berbagai-bagai lagi acara dan upacara yang diadakan.

Puncaknya ialah amanat Perdana Menteri dan perbarisan di hadapan pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh politik Negara di lokasi yang dipilih setiap tahun. Tempat pilihan sambutan tahun ini ialah di Pusat Pentadbiran Negara di Putrajaya. Adakah sambutan ukuran kejayaan kemerdekaan? Upacara dan acara tahunan bukan sebenarnya skala ukuran kejayaan. Ianya adalah lebih bersifat hiburan dan pesta-pestaan.

Ukuran kejayaan adalah dengan mengiktiraf dan memberi sanjungan kepada mereka yang menuntut dan memenuhi kemerdekaan. Antara mereka berperanan sebagai perintis jalan kemerdekaan, pejuang yang terkorban nyawa kerana menuntut kemerdekaan, di kalangan mereka ada yang ditahan, dipenjara dan tersiksa dalam tahanan.

Pengiktirafan tidak seharusnya bersifat bias, hanya terkhusus kepada pejuang politik tertentu yang mendukung perjuangan politik pemerintah semasa, sedang yang berlainan fahaman, biarpun dari kalangan mereka terkorban diabaikan bahkan mau dilupakan.

Perjuangan kemerdekaan adalah didukung oleh banyak pihak termasuk para ulama yang merupakan pencetus awal yang membangkitkan perasaan bencikan penjajah, pahlawan-pahlawan peringkat awal yang menentang kemasukan penjajah yang berusaha merubah politik pemerintahan, budaya tempatan dan penguasaan ekonomi Negara.

Pejuang-pejuang kemerdekaan termasuklah tokoh-tokoh politik yang dicap oleh penjajah sebagai `kiri`, kerana menggugat kedudukan penjajah, bahkan mereka lebih bermakna di dalam perjuangan politik tanahair dari perjuangan yang direstui penjajah, kerana tidak menggugat mereka. Perjuangan kemerdekaan melibatkan banyak pihak dan berentetan dalam sejarah yang agak panjang. Lantaran itu mereka adalah milik dan kebanggaan rakyat, lantaran sedemikian sambutan kemerdekaan bersifat rakyat.

Bagi peringkat pengisian kemerdekaan bukan saja dilanjut oleh orang-orang politik, tetapi juga oleh berbagai sektor, kalangan intelektual dan rakyat jelata. Namun pemimpin Negara diamanah rakyat memimpin bagi mengisikan kemerdekaan. Mereka yang diamanahkan dengan pengisian ini berhak dinilai oleh rakyat. Sebahagian daripada penilaiannya ialah dengan melihat kejayaan di dalam bidang-bidang utama yang ditangani mereka.

2. Apa Maknanya Merdeka?

Antara makna merdeka, ialah kejayaan membebaskan rakyat dan Negara dari belenggu mental, jasmani dan rohani dari kejahilan, perbudakan, kemiskinan, kekeliruan, tekanan, ugutan politik, sekatan sosial dan keruntuhan moral.

Kita telah merdeka selama 5 dekad. Dalam masa tersebut ada surut pasang kemerdekaan. Dekad pertama kemerdekaan Negara dilihat sebagai Negara mundur yang dikategorikan sebagai `Dunia Ketiga` , pada dekad kedua Negara masih belum dapat mengatasi kemiskinan dan perbedaan ketara antara kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum, pada dekad ketiga timbul kesedaran pembangunan, diikuti dekad keempat sebagai dekad pembinaan maruah, namun pada peringkat awal dekad kelima timbul konflik politik dan pertarungan, namun kini selepas setahun memperlihatkan pemulihan keyakinan bagi pihak pemerintah, tetapi selepas itu suasana yang tidak menentu menyelubungi Negara dan rakyat.

Apakah prestasi kemerdekaan Malaysia sekarang ini kian menurun berbanding dengan beberapa pencapaiannya yang lepas? Bagaimana menilaikannya ?

3. Pengukuran

Bagi mengkaji prestasi kemerdekaan dan kebebasan Negara ada penunjuk-penunjuk yang boleh dijadikan skala ukuran.

Menurut seorang sarjana, iaitu Amartya Sen di dalam bukunya yang berjudul, Development of Freedom, New York 1999 menyatakan ada lima skala penunjuk tentang kebebasan dan kemerdekaan, iaitu kebebasan dari segi politik, kemudahan ekonomi, peluang sosial, jaminan ketelusan dan perlindungan keselamatan.

Mari kita meneliti kelima-lima aspek berkenaan di dalam hubungan dengan Negara kita.

3.1. Kebebasan Politik

Menurut Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948, semua pihak di dunia hendaklah menghormati 30 perkara. Antaranya Perkara 20 & 21, memberikan hak berkumpul secara aman dan menubuhkan persatuan atau kesatuan serta mengambil perhatian dalam proses pemerintahan, terutamanya dalam proses membuat keputusan mengenai dasar-dasar Negara.

Tuntutan rakyat hendaklah diberi priority utama dalam sebarang bentuk pemerintahan. Deklarasi di atas diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdasarkan resolusi 2625 (XXV) sebagai prinsip asas undang-undang antarabangsa.

Perlembagaan Malaysia dalam perkara 10 bahagian II selari dengan Deklarasi Sejagat dan PBB memberi peruntukan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Namun dari segi praktiknya Malaysia tidak mengamalkan kebebasan Deklarasi Sejagat, Tuntutan PBB, bahkan peruntukan perlembagaan Negara Malaysia sendiri. Kebebasan bersuara disekat, permit tidak dizinkan. Bahkan polis melanggar aturan-aturan yang diperuntukkan.

Menurut Laporan Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikeluarkan pada bulan Mei lepas mencatat bahawa jelas berlaku perlanggaran Hak Asasi Manusia yang menghakis integriti PDRM. Suruhanjaya mencadangkan agar PDRM mematuhi Inspektor General Standing Orders (IGSO), patuh pada perlembagaan dan tidak melanggar Hak Asasi Manusia.

Kekacauan dari segi kebebasan ini ketara mulai pertengahan 1990an. Hingga menyebabkan PBB menghantar 5 orang penyiasat bagi menyiasat tuduhan pencabulan hak dan kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat pada 20 – 24 Oktober 1998.

Menurut penyiasatan tersebut yang dipetik oleh Saudara Mohd Azizuddin Mohd Sani dalam bukunya Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat, 2002 bahawa:

``… hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat di Malaysia adalah terbatas daripada segi kewujudan akta-akta ISA, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Press (AMCP) (termasuk OSA dan AUKU), kawalan pemilikan media arus perdana dan memperolehi maklumat mengenai parti pembangkang di media elektronik oleh parti pemerintah … menghukum wartawan asing dan menghalang pengedaran media elektronik asing; menghalang rakyat memperolehi maklumat yang berupa pandangan dan pendapat kritikal kepada kerajaan; serta memperlihatkan usaha campurtangan kerajaan ke atas badan kehakiman (hlm. 84-85)

Walaupun sesudah ditegur oleh Suruhanjaya, PDRM nampaknya tidak berubah. Kini sekatan dan pencabulan terhadap Hak Asasi Manusia dan kebebasan bercakap makin menjadi-jadi di Terengganu. Mereka tidak menghormati teguran dan cadangan.

Kemunduran dari segi politik pilihanraya ketara berlaku di Malaysia. Politik wang menjadi-jadi dikalangan parti UMNO yang menjadi tulang belakang BN. Mereka yang terlibat adalah dari kalangan tertinggi parti membawa kepada cawangan.

Usaha kerajaan mau membasmikan rasuah politik nampaknya bersifat sekerat jalan dan teragak-agak selepas beberapa dari mereka dikambinghitamkan, kerana bimbangkan terjejasnya imej parti dan kehilangan keyakinan orang ramai.

UMNO sepatutnya merasa malu pada MCA dan Gerakan yang dapat menjalankan proses pemilihan secara telus dan bersih dari politik wang.

Perjalanan pilihanraya di Malaysia, khususnya pilihanraya 2004 dipersoalkan dari segi ketelusan, SPR dipersoalkan kerana dianggap menjadi alat bagi BN, juga dipersoalkan dari kebersihan daftar pemilih.

Lantaran dituntut agar diperbaiki system pilihanraya sesuai dengan amalan demokrasi, menyekat dari berlakunya pengundian berulang dengan pembersihan daftar pemilih, meletakkan SPR di bawah Parlimen dan bukannya di bawah Perdana Menteri sebagaimana sekarang ini, system petition pilihanraya perlu dijalankan secara adil dan telus dan tidak menggunakan kakitangan dan peralatan kerajaan dan berbagai media bagi kepentingan parti.

Walaupun perkara ini didesak berulang-ulang pihak berkuasa nampaknya tidak memberi respond sewajarnya. Makin merdekakah kita dengan pencabulan system demokrasi dan hak asasi manusia oleh pihak parti yang memerintah ?

3.2. Kemudahan Ekonomi

Ekonomi dapat dijadikan ukuran tentang peningkatan kebebasan dan kemerdekaan Negara atau sebaliknya. Dalam perhimpunan Agung UMNO yang lepas ketara kekeciwaan pencapaian ekonomi orang Melayu hingga Pemuda UMNO mau agar dihidupkan kembali Dasar Ekonomi Baru (DEB), lantaran pencapaian DEB selama ini tidak sampai 20% dari 30% yang diharapkan. Ini bererti DEB gagal membawa orang Melayu bebas dan merdeka dalam bidang ekonomi.

Keadaan ini diparahkan lagi dengan bertambahnya pengangguran terutama dari kalangan siswazah yang kebanyakan mereka terdiri dari kalangan anak-anak Melayu.

Masalah ekonomi kini menjadi lebih parah dengan kenaikan harga minyak berturut-turut dalam masa terdekat.

Dalam tahun 2005 saja kenaikan harga minyak berlaku sebanyak tiga kali, iaitu pada bulan Mac, Mei dan Julai yang setiap kali diesel naik sebanyak 20 sen seliter dan petrol sebanyak 10 sen.

Sejak dari tahun 2000 telah sepuluh kali harga minyak naik. Kini kemungkinan harga minyak naik lagi apabila mutakhir harga minyak melonjak kepada US70 setong.

Kemungkinan harga minyak di Malaysia akan naik lagi tidak dinafikan. Ramai yang musykil dengan Malaysia sendiri sebagai pengeluar minyak, seharusnya memberi nikmat kepada rakyat, kerana kenaikan bererti keuntungan bagi Malaysia. Tetapi ini tidak terjadi, sebaliknya rakyat makin menderita menanggung beban kenaikan harga minyak termasuk tol, diikuti dengan kenaikan harga barang-barang dari 20% hingga ada yang melebihi seratus peratus. Negara akan mengalami inflasi dan rakyat akan mendapati duit di dalam poket mereka berkurang dari segi nilai dan kuasa beli. Kehidupan rakyat akan terjejas dengan amat teruk.

Keterukan Negara dari segi ekonomi dapat dilihat dari krisis Proton sebagai kereta nasional berdepan dengan pengeluaran AP terhadap kroni dan individu khusus yang menggugat pasaran Proton. Cara ini telah dikritik oleh Tun Dr. Mahathir Bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton.

Kegagalan juga berlaku pada Syarikat Penerbangan Nasional – MAS yang sedang mengalami kerugian dan sedang mencari-cari Pengarah Urusan yang baru setelah Pengarah Urusan sebelumnya berundur diri sebagai bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami.

Benarkah ada pendapat yang mengatakan bahawa kerajaan sekarang sedang mengalami krisis kewangan, lantaran sedemikian tiada perancangan mega dan terpaksa memberi penekanan pada pembinaan insan yang lebih subjektif sifatnya dan lebih rendah peruntukan kewangan baginya.

Kekurangan kewangan ini dapat dilihat dari kekurangan peruntukan bagi Rancangan Malaysia yang kesembilan (2006-2010) yang hanya sebanyak RM150 bilion, iaitu turun sebanyak 12% berbanding dengan peruntukan Pembangunan Malaysia kelapan sebanyak RM170 bilion.

3.3. Peluang Sosial

Pada umumnya bagi rakyat jelata peluang sosial makin menurun. Termasuk di bawah peluang sosial ini ialah peluang mendapat pelajaran yang mampu menggerakkan mobility sosial masyarakat.

Namun peluang bagi pelajar-pelajar miskin makin bermasalah. Dulu wujudnya biasiswa, kini peluang mendapat biasiswa telah tiada, iaitu digantikan dengan pinjaman, tetapi pinjaman kini makin sukar didapati, kerana peruntukan berkurangan.

Pengajian tinggi kini terutama IPTS menjadi peluang komersil yang mengejar keuntungan. IPTS yang tumbuh bagai cendawan yang menghampiri jumlah 500 buah tidak bermutu dan kebanyakannya golong tikar.

Di Malaysia tidak ada pendidikan tinggi percuma sebagaimana di German dan di Mesir (al-Azhar). Sistem pendidikan di Malaysia sekarang agak bercelaru dan memerlukan kepada kajian, penyusunan dan pendekatan terkini yang bersesuaian.

Banyak pihak pernah mencadangkan agar Dasar Pelajaran Malaysia dikaji semula. Cadang sedemikian pernah diajukan oleh Tan Sri Musa Hitam, Bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah juga menjadi Menteri Pelajaran.

Cadangan juga pernah datang daripada Tan Sri Murad Mohamad Noor yang pernah menjadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Cadangan pernah mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dan pernah berjanji untuk meneliti perkara tersebut secara terperinci, tetapi perkara ini masih belum mendapat perhatian sewajarnya.

Masalah bahasa sendiri kurang diberi perhatian oleh kerajaan. Penukaran pengajian sains dan matematik dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris menyebabkan pelajar-pelajar kurang menguasai subjek dan ramai yang gugur dalam perjalanan.

Cadangan tokoh-tokoh akademik supaya mengajar Sains dan Matematik di dalam bahasa ibunda walaupun lengkap dengan hujah dan fakta, tetapi dikesampingkan oleh mereka yang berkedudukan. Sebaliknya bahasa Inggeris makin dipromosikan dan dianjurkan supaya orang Malaysia mengakui bahasa Inggeris adalah bahasa orang Malaysia.

Tindakan yang dilakukan seolah-olah meminggirkan bahasa Melayu secara sepi dan bakal terpencil dari bidang-bidang ilmiah dan tidak mampu mengangkat bahasa dan pengguna kepada status bahasa yang dihormati dan dimegahi.

Kemahuan terhadap bahasa Inggeris nampaknya ditentukan oleh pihak elit dan dipromosi akhbar-akhbar tertentu, bukan lagi menjadi kemahuan rakyat.

Sementara itu peluang peningkatan di dalam status politik mewujudkan satu budaya yang boleh dinamakan `Feudal Moden` dalam mana anak-anak dari keturunan elit politik khususnya anak-anak bekas-bekas Perdana Menteri atau menteri-menteri lebih mudah melonjakkan kedudukan diri di dalam hiraki politik meninggalkan ahli-ahli politik yang bukan dari status sosial elit yang mungkin berkebolehan, tetapi akan menjadi juak-juak politik sahaja mengiringi peningkatan elit-elit.

Dari satu segi usaha memperkukuhkan pandangan liberal dilakukan. Pengajian agama dipandang serong dan tidak diberi penekanan.

Bahan-bahan media memainkan peranan yang penting memupuk pandangan liberal dan melalaikan masyarakat dengan elemen nafsu dan hiburan.

Watak-watak penghibur dianggap hero yang disanjung yang mengatasi segala-galanya. Kedudukan ilmuan bukan dipandang sebagai status pujaan sebagaimana penghibur.

Falsafah hedonisme menjadi sanjungan. Darinya tumbuhlah gejala sosial, samseng, penagih dadah dan berbagai-bagai perkara yang memasalahkan Negara.

3.4. Jaminan Ketelusan

Kedudukan Malaysia dari segi keterbukaan dan ketelusan banyak dipersoalkan. Kewujudan akta-akta ISA, OSA, Akta Hasutan, AMCP dan AUKU bukti nyata tiadanya ketelusan dan keterbukaan di Malaysia. Sebagai contoh mereka yang ditahan ISA tanpa bicara ditahan selama 2 tahun dan boleh ditambah lagi secara dua tahun bersiri.

Suatu masa dulu universiti mempunyai otonomi, pensyarah bebas mengeluarkan pendapat dan mahasiswa dididik dengan pemikiran kritikal, kini otonomi tidak lagi wujud dan para ilmuan di pengajian tinggi terkepung di dalam menara gading.

Pada peringkat antarabangsa kebebasan akhbar disanjung tinggi. Bagi menghargai kebebasan ini diwujudkan hari ``The World Press Freedom`` yang disambut pada setiap tanggal 3 Mei setiap tahun.

Apakah kebebasan ini dihormati dan diamalkan di Negara kita? Akhbar Harakah yang dulu dibenarkan terbit 4 kali sebulan, telah disekat dan hanya dibenarkan terbit dua kali sebulan. Permintaan agar akhbar itu dikeluarkan secara harian atau kembali kepada empat kali sebulan tidak dilayan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Dimanakah kedudukan kebebasan akhbar di Malaysia ? Kajian yang dibuat oleh Global Press Freedom Ranking of Freedom House bagi tahun 2004 mensenaraikan Malaysia berada pada kedudukan 122 daripada 167 negara. Malaysia jauh ketinggalan dari segi kebebasan akhbar berbanding dengan Indonesia yang berada pada ranking ke 117. Pada 2003 Malaysia mendahului Indonesia pada ranking ke 111.

Dari segi ketelusan dan kebebasan kajian New York City Based Think-Tank Freedom House (2005) meletakkan Malaysia berkedudukan ke 152 daripada 194 negara yang dikaji. Ianya jauh ketinggalan berbanding dengan Taiwan (44), Korea Selatan (66), Phlippine (77), Thailand (95), Sri Lanka (116), Indonesia (119), Pakistan (126), Cambodia (128) Singapura (139), manakala Afghanistan dan Bangladish (145).

Ketidaktelusan juga dapat dilihat dari Laporan Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia yang mencatat berlaku perlanggaran peruntukan perlembagaan, Hak Asasi Manusia dan keperluan demokrasi.

Suruhanjaya mencadangkan PDRM mematuhi peruntukan-peruntukan Perlembagaan, Hak Asasi Manusia dan prinsip demokrasi. Keadaan ini berlaku sebelum dikeluarkan Penyata Suruhanjaya Polis Diraja Malasia.

Walau bagaimana selepas Penyata ini dikeluarkan (Mei 2005), tidak ada perubahan sikap PDRM, mereka menghalang ceramah parti politik dan mengganggu majlis yang berjalan dan setengah tempat mereka menceroboh ke dalam premis. Contoh pencerobohan ke pekarangan Pasti di Kg. Pachakan , Kuala Besut pada 2 September 2005. Sebelumnya pencerobohan di Masjid al-Taqwa Batu 6, Kuala Terengganu pada 26 Ogos 2005.

Tindakan mencabuli hak dan kelulusan misalnya berlaku di Bandar Baru Bangi.

Untuk menyambut kemerdekaan ke 48 pada 31 Ogos 2005, pihak jawatankuasa telah mengamanahkan seorang Pengarah Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan menempah Kompleks Sukan Bandar Baru Bang pada 31 Ogos. Tempahan telah dibuat sejak 10 Ogos dan mendapat kelulusan setelah membayar deposit sebanyak RM300/. Jawatankuasa Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan telah bekerja keras bagi persediaan menyambut Merdeka sejak bulan Jun 2005. Mereka bertambah kuat bekerja selepas mendapat kebenaran oleh MPKj. Malangnya sehari sebelum tiba Hari Kemerdekaan, pihak MPKj memaklumkan bahawa kebenaran menggunakan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi ditarik balik. Pihak Jawatankuasa Sambutan menggelabah dan terpaksa mengurus perjalanan secara adhoc dan tergesa-gesa.

Cara yang dilakukan oleh MPKj ini merupakan sabotaj bagi menggagalkan projek sambutan yang dirancang. Laporan Polis telah dibuat dan surat protes dihantar kepada Yang Dipertua MPKj dengan salinan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, YB Menteri Penerangan dan Presiden PAS.

Pencabulan lunas-lunas demokrasi juga berlaku dalam pilihanraya Negara seperti yang berlaku di Selangor pada pilihanraya Mac 2004 sebagaimana juga pencabulan berlaku di dalam pilihanraya-pilihanraya di Kampus sejak beberapa tahun mutakhir ini.

3.5 Perlindungan Keselamatan

Dalam suasana sekarang, rakyat merasa tergugat. Bagi orang politik, dimaksudkan pembangkang, polis yang seharusnya memberi khidmat dan pertolongan.

Bagi mereka polis bertukar menjadi penghalang. Mereka bukan lagi memberi pertolongan dan perlindungan, sebaliknya menjadi penggempur dan pengancam dan mengugut.

Berapa aduan yang dibuat, tapi tidak diendah dan tidak diberi perhatian. Kemana lagi ruang untuk mengadu dan mendapat pembelaan ?

Bagi rakyat biasa mereka berada di bawah tekanan dan kegelisahan, terutama akibat dari kenaikan minyak yang diikuti oleh kenaikan harga barangan antara 20% hingga 100%.

Mereka menderita bagi mencari rezeki bagi menampung sara hidup keluarga, tanggungan hutang untuk rumah dan kenderaan, saraan anak-anak dalam pengajian dan bil-bil bulanan yang terpaksa dijelaskan.

Betapa peritnya derita terpaksa ditanggung. Negara kita bukan Negara kebajikan sebagaimana di England dan sebagainya.

Bagi pelajar-pelajar, khususnya di pusat-pusat pengajian tinggi turut merasa keperitan. Jangankan untuk mendapat biasiswa, pinjaman pun makin sukar didapati, yuran pengajian dan sara hidup menuntut perbelanjaan semakin tinggi.

Oleh kerana tidak kecukupan wang ada yang bertaat makan sekali sehari dan ada yang bertahan dengan makan mee magi. Akan bertambahkah pesakit jiwa dan mental di Malaysia akibat bertambahnya tekanan hidup yang dihadapi? Makin bertambahkan masalah keluarga dan perceraian akibat desakan ekonomi ?

4. Pengakhiran

Bagi lima perkara yang diperkatakan di atas memperlihatkan dimanakah berada Negara kita dari segi ketelusan, kebebasan dan kemerdekaan.

Hakikat sebenarnya rakyat di Negara ini menghadapi ilusi. Dua tahun lepas dikatakan ada sinar dan harapan baru dengan bertukarnya pimpinan baru.

Tahun pertama dengan slogan dan rhetoric politik keadaan masih dapat dipertahankan. Kini reality yang dihadapi permasalahan demi permasalahan mendatang, rasuah politik, masalah ekonomi, pemimpin terhutang judi, kroni, dadah, sosial dan berbagai.

Mampukah rakyat dilalai untuk melupakan penderitaan dengan berbagai hiburan yang sengaja diwujudkan secara bersiri? Kemerdekaan makin terhakis, pesta-pestaan tidak dapat menyembunyikan masalah dan penderitaan rakyat yang terus merasa tertekan.

---

Bagaimana? Apakah kita makin merdeka? Anda nilaikan sendiri. Maaf kerana saya kurang menyajikan hasil tulisan sendiri akhir-akhir ini. Masa saya agak suntuk dek kerja di rumah yang agak menekan. Bukan memberi alasan, tetapi mengharapkan secebis kefahaman. Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik untuk menulis dan terus menulis.

Wallahualam...

Muslihat Kerajaan Di sebalik Isu Pantai Holdings!

Kebetulan saya terserempak dengan berita menarik ini. Sedikit sebanyak ia mempunyai kaitan dengan post saya sebelum ini yang gagal saya hurai secara panjang lebar. Hayatilah berita yang agak panjang ini. Berbaloi untuk masa yang anda luangkan...

PEMBELIAN SEMULA SAHAM PANTAI HOLDINGS OLEH KHAZANAH DARI SYARIKAT SINGAPURA : KERAJAAN AKUI KESILAPAN

Pengumuman pembelian semula saham Pantai Holding dari syarikat pelaburan Singapura seperti disiarkan oleh akhbar-akhbar utama hari ini adalah dirujuk.

A. Akhirnya kerajaan akui kesilapan

Pembelian semula ini adalah satu pengakuan terbuka di atas kesilapan Menteri Kewangan meluluskan penjualan-penjualan saham majoriti (31%) kepada pihak Singapura, September tahun lalu.

Jika tidak, apa perlunya pembelian semula dilakukan. Kesilapan ini berbangkit kerana antara lain, dua anak syarikat Pantai terlibat dengan program pengswastaan dan dibawah peraturan sedia ada , tidak ada syarikat yang mendapat konsensi pengswastaan dibenarkan terlepas kepada pihak asing.

Penjualan saham sebesar itu memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan.

B. Siapa yang bertanggungjawab?.

Jika kesilapan telah diakui melalui langkah pembetulan ini, seseorang di Kementerian Kewangan harus bertanggungjawab.

Saya rasa kesilapan ini seperti disengajakan dan oleh kerana perkara ini telah menjadi satu isu maka langkah diambil untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Saya yakin , di bawah konsep tanggungjawab ( accountability) Perdana Menteri perlu mengambil tindakan tertentu sehingga kelulusan tersebut telah diberikan sehingga satu langkah pembetulan terpaksa dilakukan.

C. Pembetulan yang pincang

Malangnya, walaupun kerajaan cuba menggambarkan satu langkah pembetulan telah dibuat, namun pembetulan adalah pincang.

Parkway, selain mendapat pembayaran sejumlah RM357 juta atas kadar RM2.65 sesaham bagi 134.7 juta saham, telah diberikan peluang untuk memiliki semula saham sebanyak 49% dalam syarikat Pantai Irama Ventures yang memiliki saham dalam Pantai serta diberikan hak pengurusan Pantai selama 15 tahun.

Ini bermakna, Parkway menguasai pengurusan Pantai dan pada masa yang sama terus memiliki saham Pantai.

Transaksi ini nampaknya sekali lagi menguntungkan Parkway.

Usaha ini sekadar kosmetik exercise untuk menyelamatkan maruah kerajaan. Sesungguhnya , Perdana Menteri harus dipertanggungjawabkan dengan apa yang berlaku dan penjelasan sepenuhnya dari kerajaan harus diberikan kepada rakyat.

Dato Haji Husam Musa, Naib Presiden Pas

29 Ogos 2006

Berita Penuh - Isu Pantai Holdings: PM harus perjelas kesilapan kerajaan

Anda nilaikan sendiri. Adakah rakyat sekali lagi menjadi mangsa penipuan korupsi kerajaan BN? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Jawapan ada pada anda.

Wallahualam...


Thursday, August 31, 2006

Keranamu Malaysia Vs Kerana-Mu ALLAH?

Sambutan kemerdekaan negara ke-49 disambut dengan hambar, tidak semeriah sambutan perkahwinan Siti Nurhaliza. Ntah mengapa, saya sendiri tak mampu mencari jawapan. Pemikiran rakyat yang kononnya merdeka ini amat pelik, tak terjangkau dek diri ini untuk mentafsirnya. Apapun, saya bersyukur kerana promosi sambutan kemerdekaan yang hambar mungkin kurang menarik rakyat untuk berpesta maksiat.

Melihat kepada sambutan kemerdekaan negara saban tahun, rasanya anda sendiri mampu menilai sejauh mana erti kemerdekaan kepada pemuda dan pemudi zaman kini. Budaya berpeleseran dengan lebih ganas pada malam merdeka seolah suatu tradisi yang gagal diubah oleh pemerintahan ISLAM HADHARI, malah berjaya disuburkan lagi. Kita boleh melihat sendiri di kaca TV betapa teruknya rakyat yang kononnya merdeka, tapi jiwa masih dijajah.

Seawal jam 5.00 petang, LRT mula dipenuhi muda-mudi berpakaian ibarat mat PUNK dan SKIN yang ingin menyambut kemerdekaan negara. Aksi-aksi mereka yang memualkan sedikit sebanyak mendetikkan rasa insaf dan malu dalam diri; Beginikan bangsa yang merdeka? Bangsa Melayu yang suatu ketika dulu gagah mempertahankan MARUAH, kini HINA SEHINANYA.

Bukan setakat itu, detik 12 malam diraikan dengan berpesta hiburan di sana sini tanpa menghiraukan batasan agama. Pihak NGO-NGO ISLAM terpaksa bertungkus lumus mewujudkan SKUAD PENCEGAH MAKSIAT untuk memastikan kesucian kemerdekaan tidak dicemari dosa dan noda. Menyedihkan bukan?

Satu yang menarik perhatian saya ialah sambutan di KLCC. Selesai sahaja sambutan bunga api tepat jam 12 malam, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu KERANAMU MALAYSIA. Lagu tersebut yang pernah diharamkan oleh kebanyakan ulama kerana sentimen KERANAMU MALAYSIA, bukan KERANAMU YA ALLAH masih terus dinyanyikan. Malah, nyanyian yang paling kerap kedengaran di kala kemerdekaan.

Adakah segala apa yang kita lakukan kerana MALAYSIA? Atau adakah kerana ALLAH? Berbalik kepada hadith pertama dalam himpunan hadith 40; "Setiap amal itu menurut apa yang ia niatkan...". Maka, bila menyebut "Keranamu Malaysia", apakah ia niat yang betul? Ia tidak membawa sebarang pengertian, malah ada ulama mengatakan ia boleh membawa kepada syirik dan kekafiran.

Mengapa pucuk pimpinan negara yang dikatakan kononnya 'ulul amri' (berdasarkan satu papan tanda di kawasan penduduk India), tidak mengharamkan lagu tersebut? Apakah ini dakyah tersembunyi pihak tertentu dalam mengkufurkan rakyat Malaysia? Kufur kerana kita meletakkan segala apa yang kita peroleh bukan kerana KEKUASAAN ALLAH. Walhal segala yang berlaku adalah dengan IZIN ALLAH.

Inilah masalah yang kita hadapi hari ini. Rakyat tidak tahu syukur kepada TUHAN yang MAHA KUASA. Mereka hanya tahu meletakkan kesyukuran kepada MANUSIA yang tidak ada langsung kuasa. Dan inilah yang UMNO suka. Mereka suka rakyat anggap mereka BERKUASA. Mereka suka rakyat bersyukur kepada mereka. Sekaligus, bukankah ini boleh membawa kepada syirik? Tidak mengakui kekuasaan ALLAH dan mempersekutukan ALLAH dengan UMNO?

Sidang pembaca, mungkin ramai antara rakyat sekadar menyanyi lagu KERANAMU MALAYSIA untuk suka-suka. Tetapi bait lagu perlu difahami dan dihayati. Sekiranya membawa maksud yang menyalahi ISLAM, maka kita DIHARAMKAN menyanyikannya. Apatah lagi jika ia berkait dengan soal AKIDAH. Tak begitu? Jika salah, tolong betulkan.

Sambutan kemerdekaan saban tahun mendatangkan rasa sebak dijiwa. Sebak memikirkan, bilakah rakyat Malaysia akan benar-benar merdeka? Bilakah ISLAM akan benar-benar dibawa? Persoalan yang sehingga kini belum terjawab. Masih samar dalam bayangan.

Tidak perlu saya nyatakan betapa saya kecewa dengan UMNO yang sememangnya jahil bab ISLAM walaupun mempunyai ramai lulusan pengajian ISLAM dan ULAMA-ULAMA 'SUK'. Kekecewaan bertambah melihatkan PETRONAS yang setiap tahun menjadi antara penaja utama program kemaksiatan terbesar ini. Mungkin mereka terpaksa, siapa tahu.

Menambah sedikit, jika dilihat siaran RTM1, pasti ramai yang terkejut. Selepas PM dan menteri kabinet bersurai, majlis mengumumkan 'Selepas ini akan diadakan hiburan dan pesta' lebih kurang begitu. Jam sudah 12.30 mlm, tidak cukup berpestakah? Pak Lah yang mengetuai barisan untuk bersurai tetap ceria, walaupun beliau antara yang paling arif soal HALAL dan HARAM. Al-maklum, orang lulusan pengajian ISLAM katakan.

Lebih memalukan, selepas itu, pengacara RTM1 menemubual beberapa anak muda bertanyakan apa erti kemerdekaan buat mereka. Jawab pemuda tersebut, "ENJOY!". Saya terkedu. Jawapan LIVE yang memalukan. Inilah realiti pemikiran muda mudi hari ini. Selepas itu disiarkan ucapan MB-MB negeri. Bermula dengan Shahidan Kasim yang sedih bersongkok (mukanya nampak sedih, ntah mengapa).

Ucapan Shahidan tak ubah ibarak robot membaca teks. Sepatah demi sepatah. Lakonan terburuk dalam sejarah. Pengisian 'macam bagus', tetapi semuanya menembak kembali kepada kepemimpinan BN. Ibarat meludah ke muka sendiri. Dia bercakap soal memerdekakan jiwa dan pemikiran bla bla bla. Walhal dalam masa yang sama, rakyat sedang dihidangkan sambutan kemerdekaan ALA BARAT. Retorika BN yang memalukan.

Maaf andainya tulisan saya dipenuhi emosi dan perasaan. Cuma saya terlalu mengharapkan sambutan kemerdekaan tidak dicemari dosa dan noda. Tidak disambut penuh kejahilan dan kehinaan. Tidak menunjukkan kepada dunia betapa teruknya sebuah negara yang kononnya NEGARA ISLAM. Tetapi, impian masih tinggal impian. ALLAH menetapkan masanya untuk ISLAM menang belum tiba.

Apapun, kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk kemenangan ISLAM. Moga apabila ISLAM menang, tatkala itu erti kemerdekaan benar-benar menginsafkan. Yakinlah bahawa kemenangan ISLAM itu sangat hampir. Cuma kita yang tak tahu bila. Sama-samalah kita doakan.

Salam kemerdekaan buat mereka yang benar-benar merdeka (Jika ada). Salam ukhuwwah. Salam perjuangan buat pejuang-pejuang ISLAM. Semoga perjuangan ini dipermudahkan oleh-Nya. (Namun realitinya, perjuangan tak pernah mudah. Jika mudah, bukanlah perjuangan namanya. Tak begitu?)

Wallahualam...

Rujuk juga:
  1. Malam 31 Ogos di Kuala Lumpur dihiasi seloka asmara 'uda dan dara'
  2. Merdeka bertukar dari kufur kepada beriman - MB
  3. Biarkan Putera Umno terjun dengan Mat-mat Rempitnya