Hmm... kepanasan pilihanraya kampus sudah mula terasa dengan hebatnya. Bukan sahaja di IPTA, malah di UTP sendiri. Penamaan calon yang akan diadakan pada pagi ini dijangkakan akan memperlihatkan bilangan calon yang bertambah, sekaligus membuktikan kesedaran politik mahasiswa UTP juga makin bertambah. Persoalannya, siapakah yang akan memenangi kerusi² umum yang 'digilai' ramai?
Sejarah yang lepas membuktikan bahwa kerusi umum biasanya akan direbut oleh ramai orang, disebabkan jawatan yang ditawarkan lebih menarik, iaitu Majlis Tertinggi. Manakala kerusi program hanya menawarkan jawatan exco. Apapun, sama²lah kita saksikan pertandingan yang bakal memeriahkan kampus UTP.
Saya sendiri tidak ketinggalan untuk bertanding pada pilihanraya kali ini, atas kesedaran bahawa apa yang saya perolehi sepanjang pemerintahan MPP yang lepas dan juga sepanjang memacu Convofair 2005 perlu dikongsi bersama pimpinan yang baru. Adalah sesuatu yang tidak adil; zalim sekiranya saya mengandaikan kesempatan yang Allah beri untuk saya menimba pengalaman adalah sekadar untuk disimpan seorang diri.
Menifesto saya insya-Allah; mewujudkan masyarakat glokal, ataupun istilah inggerisnya, "Glocal Society" di mana konsep ini diperkenalkan oleh Dato' Seri Najib dalam perhimpunan agung UMNO yang lepas. Tidak bermakna saya menyokong UMNO, tetapi bagi saya, konsep masyarakat glokal ini merupakan suatu konsep yang sepatutnya wujud di mana² tempat di Malaysia. Berfikiran secara global (tidak telalu jumud) sambil tidak melupakan nilai² tempatan (iaitu local value) perlu dipupuk.
Walau bagaimanapun, kemenangan saya merupaka suatu yang tidak pasti. Sekiranya terpilih, bermakna Allah mentakdirkan saya untuk sekali lagi memimpin, sekali lagi meletakkan sebelah kaki saya dalam neraka. Kepimpinan bukan sesuatu untuk dibanggakan, untuk digilakan, tetapi ia suatu amanah yang dijanjikan dengan pahala yang besar (sekiranya amanah dijalankan dengan baik), juga dijanjikan dengan dosa yang besar (sekiranya leka dan lalai dengan amanahnya).
Akhirul kalam, doakan kemenangan mereka yang memperjuangkan kebenaran, yang memperjuangkan apa yang telah Allah wahyukan pada junjungan mulia kita Rasulullah (s.a.w.)...
Wassalam
Wednesday, September 28, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum..mcm mne?abg mng ke??wkil dr persatuan ape??smoga insn yg mngkkn agama allah akn terus berada d bwh naungn keredhaan n krhmtn allah..amin
Post a Comment