Saturday, January 28, 2006

Kolej Kedua Belas Universiti Malaya; Memalukan Bangsa & Agama!

---
Sebelum 14 Januari 2006 -> Persiapan Minggu Aluan Siswa
14 Januari 2006 - 21 Januari 2006 -> Minggu Aluan Siswa + Persiapan Terakhir untuk EINIC 2006
22 Januari 2006 - 25 Januari 2006 -> EINIC 2006
26 Januari 2006 - [sekarang] -> Masa bersama keluarga
---

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, saya diberi kesempatan oleh ILLAHI untuk kembali menulis. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya ke salah satu pertandingan kejuruteraan peringkat nasional di mana saya melihat begitu banyak kepincangan berlaku akibat kesilapan pengurusan. Kepincangan ini sedikit sebanyak mengusarkan hati kami, para peserta yang sebahagian besar beragama ISLAM.

Tatkala sampai di Dewan Tunku Canselor, kami tidak disambut oleh usher daripada pihak penganjur. Kami tidak mengharapkan disambutpun kerana kami bukanlah VVIP mahupun VIP. Kami meletakkan barang² pameran di dalam booth kami dan membuat persiapan ala kadar. Pada petang tersebut (22/01/2006) diadakan satu simposium. Majoriti yang hadir adalah daripada kampus saya kerana kebetulan kami tiba beberapa minit sebelum majlis bermula. Peserta dari kampus lain kebanyakannya berehat di hostel, mungkin kepenatan.

Owh, ye, sebelum bergerak lebih jauh, EINIC merupakan singkatan untuk Engineering Innovation N Invention Challenge dan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kejuruteraan UM (Kalau tak silap saya...). Majoriti pelajar yang terlibat dalam organizing committee adalah Cina, hanya seorang sahaja yang berbangsa Melayu. Sesuatu yang memang dijangkakan memandangkan majoriti pelajar kejuruteraan adalah Cina. Yang Melayu banyaknya di bidang kesusasteraan.

Ok, kembali ke matlamat asal penulisan. Panjang pula mukadimah saya, ala² Ustaz Ismail Kamus lak. Setelah selesai simposium, kami menaiki bas ke hostel kami, iaitu Kolej Kedua Belas. Sekali lagi kami tidak di usher serta sesat beberapa ketika mencari tempat untuk mendaftar diri. Ketiadaan wakil pihak penganjur mahupun papan tanda agak mendukacitakan. Ada juga antara kami yang agak berang dengan kelalaian pihak penganjur. Penantian selama 30 minit lebih berakhir setelah saya menelefon wakil pihak penganjur.

Melihat kepada ketidak-profesionalism pihak penganjur, antara lainnya adalah dari segi pemakaian. Hampir kesemua mereka memakai baju berleher bulat dan kebanyakan berseluar jeans. Menampakkan ketidak-seriusan mereka dalam menguruskan acara yang kononnya peringkat nasional. Malah ada antara mereka yang berpakaian mencolok mata hingga menyukarkan kami menjaga pandangan. Penggunaan bahasa oleh pemberi taklimat juga sedikit sebanyak menambahkan berang kami. Bahasa yang agak keras seolah-oleh tidak mengalu-alukan kedatangan kami ke UM.

Berbalik kepada masalah di hostel. Setelah mendaftar diri, kami dibawa menaiki lif ke tingkat 6. Yang peliknya, lif untuk lelaki dan perempuan tidak diasingkan. Kami kebingungan. Adakah kami akan menginap di blok yang sama? Kami cuba menepis pra sangka buruk. Apabila sampai di bilik, kami membuka pintu belakang, dan alangkah terperanjatnya kami apabila melihat bilik peserta perempuan bersetentang dengan bilik kami. Bagaimana pihak penganjur boleh meletakkan kami dalam blok yang hanya bersetentang?

Itu baru sedikit, apabila tiba waktu makan malam, kami sempat bertanya kepada peserta perempuan dari hal bilik mereka dan kelengkapan yang diberikan. Mereka mengadu tentang kewujudan pelajar lelaki UM yang mandi di tandas mereka. Sesuatu yang menimbulkan marah di hati dan menjengkelkan sekali. Setelah diselidiki, barulah kami tahu, blok hostel tersebut bercampur lelaki dan perempuan untuk tingkat ke-6 manakala tingkat ke-7 semuanya perempuan.

Pelik, tapi benar. Realiti yang sukar diterima akal. Bagaimana boleh lelaki dan perempuan diletakkan dalam satu hostel, satu blok yang sama? Malah menggunakan tandas yang sama? Ini merupakan suatu UNIVERSITI TEMPATAN, bukan LUAR NEGARA. Tak usahlah pelik sekiranya gejala sosial bertambah, terutamanya kes anak luar nikah. Pihak universiti langsung tidak ambil peduli tentang keselamatan mahasiswi dengan membiarkan mereka tinggal seblok dengan mahasiswa. Malah melalui pengamatan penulis, lelaki dan perempuan bebas keluar masuk pintu yang sama.

Bertambah menyedihkan, pihak penganjur langsung tidak sensitif dengan perasaan dan budaya bangsa MELAYU dan ISLAM. Kami tidak rela tinggal bercampur lelaki perempuan. Malah di luar negara sekalipun, ada hostel yang mengasingkan jantina. Mengapa tidak di UNIVERSITI MALAYA? Alasan yang diberi, hasil penyiasatan penulis, ialah ketiadaan bilik kosong untuk pelajar perempuan. Penyelesaian mudah pihak universiti, letakkan baki pelajar perempuan di blok pelajar lelaki. Tindakan berani tapi BODOH!

Maaf sekiranya penulisan ini menyentuh hati mana² pihak. Saya merasakan kesilapan sebigini tidak sepatutnya berlaku di mana-mana universiti tempatan. Semua pihak seharusnya peka kepada sensitiviti setiap bangsa dan agama.

Alhamdulillah, pihak universiti saya prihatin dengan keselamatan kami setelah kami membuat aduan beramai-ramai. Akhirnya kami dipindahkan ke hotel di PJ. Biarpun terpaksa mengeluarkan belanja lebih, tapi ia berbaloi demi keselamatan kami.

Penulisan ini tidak berniat memalukan mana-mana pihak. Tetapi sekadar untuk menyedarkan semua pihak bahawa kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran beberapa universiti tempatan. Yang peliknya, di mana MPP UM yang gah memperjuangkan aspirasi kerajaan? Sanggup mereka membiarkan 'rakyat' dalam bahaya yang nyata...

Buat pembaca budiman, renungkanlah penulisan saya ini. Sama-samalah kita menegur pihak yang melakukan kesilapan. Moga dapat diperbaiki untuk kebaikan bersama. Wallahualam...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t,

Tatkala membaca tulisan saudara ini tergerak hati untuk menyatakan rasa terima kasih kepada saudara kerana sudi bersuara demi mahasiswa Islam di UM sebagai pihak luar. Sebenarnya masalah blok asrama yang bercampur ini telah lama berlaku seingat saya sejak di awal penubuhan kolej kediaman ke~12 lagi dan telah lama mendapat bantahan oleh pihak mahasiswa Islam di UM. Namun sering dipandang mudah oleh pihak pengurusan UM dan bantahan kami tidak dipedulikan. Perkara ini berlaku pada awalnya adalah salah satu tindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan universiti untuk menghalau mahasiswa lama UM yang pemikiran cenderung kepada Islam untuk duduk diluar agar mudah untuk mereka mengawal pergerakan mahasiswa baru atau dalam bahasa lainnya ialah demi mengelakkan adanya anasir luar. Maklumlah dahulu UM sering digelar kubu kuat mahasiswa pembangkang maka bermacam tindakan dilakukan oleh pihak pengurusan UM untuk membantutkan gerakan mahasiswa Islam dan salah satu tindakan yang dilakukan ialah mencampurkan mahasiswa lelaki dan wanita di dalam satu blok. Jika pelajar tidak suka dengan keadaan ini kami diminta duduk diluar sahaja. Sebenarnya alasan saudara alasan tidak cukup tempat untuk pelajar lelaki adalah alasan yang tidak munasabah jika ditinjau lebih mendalam banyak lagi tempat kosong di kolej- kolej lain di UM kenapa tidak ditempatkan sahaja mahasiswa lelaki ini di kolej lain. Sampai sekarang saya tidak pasti sama ada masalah ini adalah benar satu masalah atau sautu masalah yang diada- adakan.

Saudara saya menulis ini bukan kerana berniat mencurahkan minyak ke dalam api yang telah tersedia marak jauh lagi untuk menfitnah pihak UM namun cuma berasa lega ada lagi insan lain yang memahami derita kami ini.

Anonymous said...

assalamualaikum,
saya adalah penghuni kolej kediaman kedua belas yg sememangnya mengetahui selok belok keadaan kolej di sana. apa yg saya ingin maklumkan meskipun keadaan kolej kami bercampur lelaki perempuan tetapi kami tidak bercampur aras. untuk pengetahuan juga, ciri-ciri keselamatan yang agak canggih juga diguna pakai untuk memastikan keselamatan penghuni wanita. Saya juga pernah terlibat di dalam EINIC. saya menjadi volunteer pada tahun 2005 kerana kekurangan melayu di dalam organisasi tersebut. sebagai makluman, saya adalah penuntut fakulti kejuruteraan. kami, warga muslim di fakulti kejuruteraan jarang bercampur dengan PKUM, kerana kami mempunyai organisasi tersendiri AKIUM - Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya. Namun begitu, hubungan kami dengan warga bukan Islam yg lain tetap harmoni.Berbalik pada faktor penginapan tersebut, saya rasa sewajarnya saudara meletakkan tajuk EINIC memalukan bukannya Kolej Kedua belas memalukan. Masalah pencampuran lelaki dan wanita yg menjadi tetamu itu adalah kerana kelemahan organisasi penganjur iaitu EINIC sendiri. saya tidak merasakan kolej kedua belas terlibat dalam hal ini kerana mereka menyediakan tempat tinggal berdasarkan request EINIC. EINIC pula pada pendapat saya mungkin tidak menyangka akan ada peserta di kalangan kita kerana mungkin mereka berfikiran melayu tidak mampu mereka cipta apa2 dan hanya kaum mereka sahaja yg mampu mereka cipta. Maklumlah mereka sering memandang rendah pada kami. Berkenaan dengan Tshirt dan Jeans serta pakaian menjolok mata - Itulah identiti kaum ini di sini. Pada pandangan saya itu adalah biasa sahaja, adalah normal mereka memakai sleeveless di kelas..namun pemakaian kami - muslim masih terjaga dan menutup aurat dengan baik. Pendapat saya ini diluahkan bukan atas sentimen perkauman tetapi atas pengalaman saya selama 4 tahun di fakulti itu. Untuk kami - muslim di sini - survive is very hard. But I really learned a lot on chineese behaviour. What is exactly their thought about us. That thing really guide me after I leave Um. Skrg saya dh bekerja, alhamdulillah, kerana pendedahan saya di UM banyak medidik saya erti kehidupan dan persaingan di zaman yg serba mencabar ini.
Saya akui saya juga turut tidak berpuas hati dengan pengurusan UM yg mencemar nama UM sendiri. Tetapi saya tidak berpuas hati saudara meletakkan kesalahan sepenuhnya diatas bahu kolej kedua belas. Sewajarnya saudara sedar bahwa kejadian itu disebabkan oleh PKUM...