Satu lagi isu untuk dikongsi bersama... Sekadar dipetik daripada TranungKite namun mempunyai hubungan dengan post saya sebelum ini.
"Seminggu sudah sekolah bermula. Bermacam ragam dapat dilihat dr kanak2 yang ke sekolah. Tidak ketinggalan juga ibubapa dan guru. Namun di Kelantan terutama Pasir Mas, suasana bercampur baur dihadapi oleh guru. Episod pertukaran guru ke kawasan pedalaman (Hulu Kelantan) bermula kembali. Sepanjang minggu ini kisah guru2 yang ditukarkan atas dasar politik rancak diperbincangkan, apalagi ia melibatkan jumlah yang agak besar. Saya difahamkan seramai 50 orang kesemuanya di sekitar Pasir Mas.Nah, bukankah benar jangkaan saya bahawa BN sedang memperalatkan pendidikan untuk kejayaan politik sempit BN? Apatah lagi tatkala Hishamuddin memegang kuasa. Habis Pemuda UMNO dianggapnya sebagai Kementerian Pelajaran. Sama-sama kita insafi... Wallahualam...
Dendam politik yang tak pernah padam dari parti yang kalah (walaupun diisytiharkan menang) nampaknya semakin menggila. Kali ini yang menjadi korban bukan sahaja guru yang secara jelas bekerja utk PAS dlm Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir yang lalu, malah mereka yang hanya duduk di rumah, masjid dan sekolah juga turut menjadi mangsa tanpa melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti parti.
Lebih malang lagi, ada beberapa org ustaz yang tempoh perkhidmatannya hanya tinggal 3 atau 4 tahun sahaja lagi sebelum pencen turut menjadi mangsa. Tumpuan tempat pertukaran kali ini adalah ke sekitar Gua Musang dan Kuala Krai.
(Artikel penuh - Episod Pertukaran Guru Pengkalan Pasir Bermula Kembali)
No comments:
Post a Comment