Ternyata Siti telah membuktikannya hari ini. Sebagai artis junior di awal pembabitan dulu, Siti dilihat seorang yang sangat menghargai pengalaman artis-artis yang lebih senior dan sentiasa mahukan tunjuk ajar dan berbincang untuk mencungkil rahsia di sebalik kejayaan mereka.
Di samping bakat dan keterampilan diri yang perlu kepada seseorang artis, Siti juga dilihat antara artis yang bijak memberi nilai-nilai tambah kepada dirinya.
Dengan nilai-nilai tambah ini, Siti memiliki keunikan dan daya tarikannya yang tersendiri. Sikap Siti yang tegar dengan prinsip dan pendirian peribadi yang diambil membuatkan peminat terpaksa akur dengan kehendak dan kemahuan Siti itu.
Beberapa pendirian yang menjadi prinsip Siti itu dilihat bertujuan memelihara batasan agama dan tatasusila adat serta budaya. Betapa sesiapa pun akan menyanjung dan menghormati seseorang hanya kerna dia berpegang dengan pendirian dan prinsip yang benar.
Surat penuh di Surat terbuka Gamis untuk Siti Nurhaliza
Dalam melihatkan kepelikan GAMIS dalam memilih isu semasa, Faisal Tehrani memberikan respon berbisa, namun perlu diambil iktibar oleh GAMIS.
Sesungguhnya mereka tidak pun ingin kepada Islam sebagai cara hidup yang sejati. Tidak, mereka hanya mahu menunjukkan kepada sekian ramai orang yang belum ada akar dan jatidiri di luar bahawa kita adalah barisan momok, barisan dengki dan barisan yang tidak punya hati nurani.
Atau barisan sempit fikiran yang sememangnya anti kemajuan. Teroris budaya ini akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk meraih simpati seumpama saya sedih masyarakat Malaysia masih tertutup dan tidak mahu menerima hasil kreativiti saya.
Atau orang Malaysia suka mengumpat dan mengeji sedangkan hasil kerja seni saya sudah diterima di luar dan pelbagai lagi raih kasihan yang memualkan (baca: penuh helah).
Mereka akan bergerak dari slogan agama itu personal kemudiannya dengan menyerang aspek paling dasar yang menjamin kemajuan umat Islam iaitu amar makruf nahi mungkar.Surat penuh di Surat Terbuka Untuk Presiden Gamis: Pengganas budaya bergiat dalam seni untuk hancurkan Islam
Saya tidak mahu memberikan komen dan ulasan lebih lanjut. Anda sendiri nilaikan. Sudah pasti GAMIS ada hujahnya tersendiri. Namun ternyata kebijaksanaan mereka dalam memilih strategi boleh menimbulkan kecelaruan dikalangan ahli dan memberikan point kepada pihak musuh yang sentiasa mencari peluang menjatuhkan ISLAM.
Buat yang terasa, marilah muhasabah bersama. Saya juga tidak lari daripada kelemahan dan kekurangan. Ulasan ini tak wajib betul, harus salah. Wallahualam...
Post ini telah di'edit' setelah menerima teguran saudara Blasta. Terima kasih buat saudara Blasta atas keprihatinan saudara. Moga ALLAH membalasnya. Bahagian yang telah diedit telah di'italic'kan.
3 comments:
asSalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Power comes through 2 ways, total power as in the cabinet, and popularity.
The power owned by the cabinet, as great as it looks like, is still nothing. Yes, with such power, you can control human, but only in term of their physical. You may, or may not, set new laws and forids people from doing this and that, but in the end, you'll only see a revolution against yourself.
Popularity, however, is another tactic which is very, very good in balancing the cabinet power. With popularity, you gain a place in the people's mind and heart, because it shows that you care, where you maybe, do not actually care, but then again, you are making a statement that you agree with something and eventually people will like you because they saw a similarity between you and themselves. That popularity.
Terima kasih atas pandangan. Tetapi serasanya saya tidak mencari populariti. Sekiranya benar sekalipun bagai didakwa, apakah salah kiranya populariti digunakan untuk menyampaikan dakwah?
Saya juga boleh mengatakan anda mencari populariti dengan menulis komen dalam bahasa inggeris walhal blog ini 99% dalam bahasa Melayu. Atau adakah anda ibarat Sharifah Amani, "I sound stupud if I write in Malay"?
Apapun, terima kasih atas komen. Wallahualam.
In The Name Of Allah, The Most Gracious And The Most Merciful
Secara jujurnya, saya memandang bahasa hanyalah sebagai suatu wadah untuk bergerak, satu variable untuk mendapatkan output. Tidak lebih daripada itu.
Maaf kalau ada pembaca yang tersinggung membaca komen saya, namun pada saya sama sahaja semua bahasa, kecuali bahasa Arab, kerana sebagai umat Islam, saya memegang "Bahasa Arab Bahasa Jannah".
Saya tidak faham dengan pendirian anda. Adakah anda bersetuju, atau tidak, atau hanya membuat ulasan yang unik dan tersendiri?
Saya memandang populariti (perbetul: anda menggunakan popularity, satu ayat bahasa asing di sana) juga sebagai satu wadah. Tidaklah bermaksud di sini matlamat menghalalkan cara, memangpun saya tidak bersetuju dengan konsep Machiavellian itu.
Namun, perlu ingat, hatta di zaman Rasulullah s.a.w sendiri, sirah nabawiyyah baginda s.a.w menunjukkan di dalam Fiqh Al-Sirah 2, di mana ketika perang Khandaq, baginda s.a.w tidaklah hanya menumpukan pada Khandaq ataupun parit semata-mata di dalam memenangi perang tersebut.
Al-kisah, sebelum berlakunya perang, telah datang seorang daripada golongan Musyrikin bernama Nu'im bin Mas'ud menawarkan bantuan. Orang ini cukup terkenal dengan tipu helahnya.
Dipendekkan cerita, Nu'im bin Mas'ud telah pergi ke setiap puak yang ingin berperang dengan Islam ketika itu dan memporak-perandakan mereka sehingga setiap puak itu berasa curiga terhadap rakan-rakan mereka yang lain.
Saya mengambil konsep ini sebagai cara untuk mempergunakan populariti sebagai satu wadah, ataupun satu cara, taktik di dalam apa yang kita semua kenali sebagai perang saraf alaf baru ini.
That's all.. WaLahua'lam
Post a Comment