Monday, October 30, 2006

Kontena Ikan + Babi; Jijik!

Sekadar post ringkas tentang penemuan kontena yang menyimpan ikan bersama daging babi beku. Penemuan yang mengejutkan. Lebih mengejutkan, bekalan tersebut adalah untuk restoran-restoran di sekitarnya. Bertambah mengejutkan, bekalan ikan tersebut dikatakan tidak ada masalah untuk diedarkan kerana telah diikrarkan. Hanya bekalan daging babi tersebut yang akan dilupuskan.

Persoalannya, tidak jijikkah anda untuk memakan ikan yang telah disimpan bersama daging babi? Halal dan sucikah ikan tersebut? Pasti timbulnya was-was dan syak wasangka yang amat tinggi. Tambah menyedihkan, pengguna tidak dapat mengenalpasti adakah ikan yang dimakan di restoran (yang berkenaan) merupakan bekalan ikan yang telah disimpan bersama daging babi beku.

Apakah ini satu lagi usaha pihak yang ingin menghancurkan ISLAM? Bukankah dengan merosakkan pemakanan umat ISLAM, maka doa daripada umat ISLAM akan terhijab? Saya risau melihat penemuan mengejutkan sebegini. Ini baru yang diketemukan. Yang gagal diketemu bagaimana?

Menurutnya, pihak Kastam belum menahan pemilik syarikat tersebut.

Difahamkan, daging babi dan ikan itu disimpan dalam kontena itu untuk diedarkan ke beberapa restoran di kawasan berhampiran.

Menurut jurucakap itu, bekalan ikan tersebut diberi kelepasan untuk diedarkan kerana syarikat berkenaan mempunyai permit manakala daging babi itu mungkin akan dilupuskan.

Rujuk Kontena ikan campur daging babi disita

Sekian 'post-sebelum-ke-ofis' hari ini. Wallahualam...

No comments: