KEMAMAN 25 Dis. - Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Ahmad Shabery Cheek berkata, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aib besar yang terpaksa ditanggung oleh wanita yang gambar bogelnya ketika ketuk-ketampi dirakam dalam lokap polis apabila ia kini menjadi tontonan umum.
Menurutnya, walau apapun motif ahli Parlimen DAP itu, pendedahan rakaman aksi yang memalukan wanita itu di Parlimen sehingga ia mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa, tidak wajar dilakukan.
``Saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan wanita Melayu itu dan keluarganya setelah diaib sebegitu rupa oleh Teresa apabila gambar bogelnya menjadi tontonan umum.
``Perbuatan Teresa itu bukan saja menjatuhkan maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi telah menggadai maruah dan aib seorang wanita,'' katanya.
Lalu, dihantarlah utusan ke China, Datuk Azmi Khalid. Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada kerajaan China kerana melayan warganegara mereka sebegitu. Dan pelbagai tindakan diambil kerajaan untuk mengambil hati warganegara China.
Bagaimanapun, apabila siasatan dibuat, dan diketahui bahawa mangsa dalam rakaman video tersebut adalah seorang wanita MELAYU yang dirahsiakan identitinya atas sebab² tertentu, maka legalah kerajaan ISLAM HADHARI. Mengapa identitinya terlalu dirahsiakan? Mungkin kerana menjaga aib. Mungkin juga kerana 'mangsa' tersebut hanyalah boneka, kerana tiada siapa dapat sahkan.
Apapun, yang memelikkan, bagaimana mungkin pihak pimpinan mahupun polis tidak mengetahui bahawa mangsa tersebut MELAYU? Dan terus membiarkan khabar angin tentang 'warga China' bertiup sehinggakan kerajaan membazir wang rakyat untuk menghantar utusan ke China. Rujuk dua berita yang jelas percanggahannya, 'PM, Timbalan sangka wanita dalam klip video warga China' dan 'PM: Orang tidak percaya jika polis dedah identiti wanita bogel'. Janggal bukan?
Dibawah saya sertakan berita-berita yang dikeluarkan oleh dua jenis akhbar, satu kaki ampu kerajaan (mungkin) dan satu lagi wadah pembangkang. Daripada kaki ampu:
- Usah perbesar isu wanita diarah bogel dalam lokap
- Peguam wakili warga China pertikai `wanita misteri'
- Keikhlasan Teresa Kok dedah isu bogel dipertikai
- Melayu yang bogel: Kepada siapa pula PM nak pergi minta maaf?
- Wanita bogel: Orang Melayu 'tidak kesah' dihina di tanahair sendiri
- Pemuda PAS minta polis tidak amal pilih kasih dalam siasatan
Wallahualam...
(Rujuk juga - Jangan jadikan kes wira Everest seperti kes ketuk ketampi bogel)
1 comment:
assalamualaikum..
hebtnye srikndi islam ini...an rse an nk mnta full story about her leh x??tlg ye...fana_planet@yahoo.com..tmaksh ye..kalo bole..sediakn jgk cte2 pejuang yg laen..sprti ahmad deedad n etc(juz an idea)..tq..assalamualaikum..
Post a Comment