Ada SB bertindak lebih nekad untuk memporak-perandakan hubungan suami isteri mangsa ISA dengan menimbulkan pelbagai kecurigaan tidak berasas. Bayangkan pula, dengan wang yang dikumpul berdikit-dikit untuk tambang ke Taiping, mereka hanya diberi kesempatan tidak lebih 45 minit untuk berbicara sambil dipisahkan dinding kaca. Masa 45 minit itu terpaksa diagih-agihkan supaya setiap seorang dapat melepaskan rindu.
Kadang-kadang si ibu terpaksa melepaskan anak-anak sahaja yang pergi.
"Kami anak beranak jarang melawat ayah mereka. Lagipun semuanya memerlukan belanja. Adakalanya saya belikan teket bas pergi balik untuk anak-anak dan mereka pergi sendiri," cerita seorang isteri mangsa tahanan ISA kepada Harakah.
Menjelang akhir Ramadan penuh keberkatan ini, kami di Harakah cuba menyelami kesukaran hidup beberapa keluarga tahanan di sekitar ibu kota. Pertama, untuk menimbulkan kesedaran dan keprihatinan pembaca, selain berusaha mendorong para dermawan menyumbang bakti.
Maaf andai penulisan malam ini terlebih kasar. Tapi sebak di dada tidak dapat dibendung. Walaupun cuaca di KL malam ini sejuk dan nyaman, tapi artikel saudara Lutfy memanaskan suasana. Tidak pernah terlintas di hati ini, akan ada manusia yang mengaku MUSLIM, tetapi terlalu zalim. Zalim terhadap orang MUSLIM sendiri.
Malah dalam kezaliman itu, Pak Lah sibuk melobi ke sana sini bercakap tentang ISLAM (HADHARI). Mengimamkan solat itu dan ini. Seolah-olah ingin memperlihatkan kepada ramai, "Aku pemimpin berjiwa ISLAM,". Penipu terlaknat sungguh si keparat Pak Lah ini... Apatah lagi akhir-akhir ini jika kita sedar, Utusan Malaysia asyik memetik ucapan tazkirah Pak Lah dan gambar 'alimnya'. Nak termuntah eden...
Dalam kemuliaan bulan Ramadhan, bulan di mana syaitan dan iblis dirantai, bagaimana Pak Lah dan barisan kabinetnya terlepas daripada rantaian? Saya boleh katakan, tindakan Pak Lah sekarang bukan dek hasuran syaitan dan iblis terlaknat, tapi realiti dirinya sendiri. Sungguh menyedihkan. Mendapat pemimpin yang tak layak digelar pemimpin. Berperangai hodoh lagi jijik.
Buat mangsa-mangsa tahanan ISA, tabahkan hati. Yakinlah kemanisan daripada ALLAH menanti. Mungkin bukan di dunia, tapi nun jauh di akhirat. Doa orang yang dizalimi makbul, apatah lagi dalam bulan Ramadhan. Semoga ALLAH mempermudahkan usaha anda. Insya-ALLAH, kami sentiasa bersama anda.
Buat pemimpin terlaknat, insaflah dan mohonlah keampunan kepada ALLAH. Tak lupa kepada mangsa-mangsa ISA, kepada isteri-isteri mangsa, kepada anak-anak mangsa, kepada ibu bapa mangsa. Mungkin di dunia anda boleh tunjuk hebat. Berlagak sombong dengan kuasa di tangan. Tapi saya yakin, di akhirat, kuasa anda takkan mampu berbuat apa-apa. Saya yakin! Yakin dengan janji ALLAH...
Akhirul kalam maaf andai terkasar bahasa. Memang saya rasa, inilah bahasa yang paling layak buat Pak Lah dan barisan menterinya yang senggal. Jika blog ini dimonitor oleh mana-mana pihak, lagi bagus!
Salam Perjuangan, Salam Ramadhan. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment