Kes Anwar Ibrahim (DSAI)-Sukma Darmawan yang mengejutkan negara sekitar tahun 1998-1999 kembali dengan kejutan kedua. Mengimbas secara ringkas kes perbicaraan tersebut (kes Sukma dituduh diliwat oleh DSAI), kes tersebut mendapat liputan meluas media dalam dan luar negara.
Bukan sahaja kerana pemecatan DSAI secara tiba-tiba, malah kerana perbicaraan tersebut berlangsung dengan penuh penipuan. Pertama kali dalam sejarah perbicaraan di Malaysia, tilam dibawa ke mahkamah sebagai barang kes. Seluruh negara gempar dan tidak mempercayai tuduhan Tun tatkala itu.
Walaupun kes tersebut tidak mempunyai logik langsung, namun hakim pada waktu itu, Augustine Paul menjatuhkan hukuman bersalah kepada DSAI manakala Sukma mengaku bersalah. Masing-masing ditahan penjara selama 6 tahun. Kes yang pada awalnya memeranjatkan seluruh negara akhirnya sepi; semuanya kerana Melayu mudah lupa!
Setelah menjalani hukuman, DSAI akhirnya dibebaskan awal kerana berkelakuan baik (tolong betulkan jika saya salah). Sukma pula, 16 hari sebelum melengkapkan tempoh hukuman dibebaskan setelah Mahkamah Rayuan mendapati terdapat kekurangan bukti yang terlalu nyata bahawa Sukma tidak bersalah.
Disebabkan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut, maka perbicaraan terpaksa diadakan semula. Perbicaraan 5 hari yang sepatutnya bermula semalam tamat lebih awal setelah pihak pendakwaraya memilih untuk tidak meneruskan mendakwaan. Ini menyebabkan Sukma bebas daripada hukuman penjara.
Mungkin bagi rakyat yang majoritinya tidak faham akan mengatakan bahawa Sukma tidak bersalah. Namun realitinya, Sukma telah dihukum penjara selama hampis 6 tahun kerana dikatakan bersalah suatu ketika dahulu. Dan FITNAH tersebut masih belum ditarik balik oleh pihak pendakwaraya kerana Mahkamah tidak memutuskan Sukma tidak bersalah, sebaliknya pendakwaraya memilih untuk tidak meneruskan pendakwaan.
Dengan kata lain, FITNAH itu belum dibersihkan. Nama Sukma belum bersih sepenuhnya. Mengapa pihak pendakwa tidak berani meneruskan pendakwaan? Pastinya kerana kekurangan bukti. Mereka tahu mereka tak mampu untuk menipu lagi. Setelah Tun tiada, mereka sudah tidak berkuasa. Dulu, mereka hanya memberikan bukti yang direka-reka, dan Sukma dipaksa mengaku bersalah.
Semakin jelas kepada kita bahawa pendakwaan kes DSAI-Sukma penuh dengan penipuan. Tanpa bukti yang cukup, bagaimanakah mereka dikatakan BERSALAH oleh mahkamah? Dimanakah prinsip keadilan yang sepatutnya dijunjung oleh para hakim? Sesuatu yang cukup memalukan negara!
Dan kini, kerajaan terus angkuh dengan tidak mahu memohon maaf atas FITNAH yang terjadi. Walaupun kes tersebut di'musykil'kan oleh Mahkamah Rayuan, kerajaan tetap angkuh dan bongkak tidak mahu mengaku salah. Dan sekali lagi, Nazri tampil kedepan dengan jawapan kurang ajarnya.
Akhirul kalam, pasti Tun tak senang duduk melihat satu persatu mangsa politiknya dibebaskan. Penyalahgunaankuasa oleh Tun makin terserlah, kebodohan Pak Lah makin menyerlah. Akhirnya, dua-dua kalah. Bak kata pepatah, "Yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang."
Rujuk artikel & berita berikut:

Bertolak daripada fakta-fakta di atas, apakah kita boleh mengatakan Sukma menang dalam kes beliau? Ataupun beliau sebenarnya kalah kerana imejnya masih belum bersih? Bagi saya, Sukma menang dalam kekalahan. Hakikatnya beliau kalah, tetapi disebaliknya, kerajaan berjaya dibuktikan secara tidak langsung bersalah."We cannot question the reasoning given by a higher court in dismissing a previous decision by a lower court in the country. Thus, in the same vein, the question of an apology from the A-G also does not arise," he added.
Nazri was replying to points raised by Opposition Leader Lim Kit Siang (BN-Ipoh Timur) and Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) during their debate at the Committee Stage of Budget 2007.
"The court made its decision based on facts presented before them and so did the Deputy Public Prosecutor," he said.
Akhirul kalam, pasti Tun tak senang duduk melihat satu persatu mangsa politiknya dibebaskan. Penyalahgunaankuasa oleh Tun makin terserlah, kebodohan Pak Lah makin menyerlah. Akhirnya, dua-dua kalah. Bak kata pepatah, "Yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang."
Rujuk artikel & berita berikut:
- Sukma dibebas daripada tuduhan liwat
- Nazri: No A-G apology to Sukma
1 comment:
Penyalahgunaankuasa oleh Tun makin terserlah, kebodohan Pak Lah makin menyerlah. Akhirnya, dua-dua kalah. <- InsyaAllah rakyat makin nampak.. Dan makin nampak kebijasanaan parti yg satu lagi tu :)
Post a Comment