However, the problem is; where is the money coming from? Is it UMNOs' money? Or is it our money (duit rakyat)? It was told that two days before Pak Lah announce the RM600M fund, the Parliament approve RM600M for development of the each district in Malaysia. How the money is distributed, remains a question. Some says that the usage of the RM600M will be organized by UMNOs' branch.
If that's the case, than there is sure something fishy going around. Why should the government give RM600M to be organized by UMNOs' branch for the development of the nation? Don't we have sufficient government agency to do this so called development task? I really don't understand what Pak Lah is up to.
Try reading through the article below. Maybe it will give you a clearer view of what I'm talking about;
So, what do you think huh? Pak Lah said the government have been subsidizing too much. I think the government have been MISUSING too much. The truth is yet to come...Lantaran itulah, katanya, peruntukan RM600 juta itu dibahagi-bahagikan untuk "membeli ketua-ketua bahagian termasuk ahli jawatankuasa bahagian – yang kesemuanya adalah perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno – sebagai jaminan tidak ada sesiapa yang akan membangkitkan soalan yang memalukan ataupun menghenyak MT kerana kontroversi membabitkan mesyuarat mereka pada 28 September itu".p>
Editor yang banyak membuat pendedahan itu juga memberikan 10 sebab mengapa beliau menuduh kerajaan berbohong di dalam Parlimen.
Pertama, katanya, surat Timbalan Menteri Kerjaraya, Dato’ Mohd Zin Mohamed, dengan nombor rujukan TMKRM/0033/20, mengenai peruntukan pelaksanaan projek-projek kecil di Semenanjung dan Sabah dengan nilai keseluruhan RM600 juta, dengan pecahan kecil sebanyak RM3 juta untuk setiap kawasan Parlimen serta perlu dilaksanakan dalam tempoh dua bulan, telah dibuat pada 13 November lalu, iaitu dua hari sebelum bersidangnya Parlimen sesi 15 November.
Kedua, surat itu bertarikh 13 November 2006, iaitu pada hari yang sama Abdullah, yang juga Presiden Umno, mengumumkan perkara itu dalam pertemuan 'pre-council' di ibu pejabat Umno.
"Malahan, surat itu telah disiapkan sebelum Abdullah membuat pengumuman pada hari yang sama," kata Raja Petra.
Ketiga, surat yang ditandatangani Timbalan Menteri Kerjaya itu mempunyai salinan kepada Perdana Menteri, Menteri Kerjaraya dan Menteri Kewangan II .
"Ini bererti Timbalan Menteri Kerjaraya telah mendahului mereka yang berjawatan lebih tinggi darinya dan (beliau hanya) boleh berbuat demikian jika ada seseorang yang lebih tinggi jawatan daripada Menteri Kerjaraya dan Menteri Kewangan II memberikan kuasa kepada beliau berbuat demikian," katanya.
Keempat, jumlah wang yang perlu dibahagi-bahagikan ialah RM600 juta seperti yang diumumkan oleh Abdullah pada 13 November lalu.
Kelima, pelaksanaan mesti disiapkan dalam masa dua bulan di mana peruntukan RM600 juta itu mesti dihabiskan menjelang akhir tahun ini ataupun sekitarnya.
Keenam, Sarawak tidak diambilkira dalam perencanaan tersebut kerana tidak wujud bahagian Umno di negeri itu.
Ketujuh, peruntukan RM600 juta hanyalah untuk Umno dan akan diuruskan oleh para pemimpin Umno bahagian.
Kelapan, RM3 juta akan diperuntukkan kepada setiap Umno bahagian dan oleh kerana tidak ada Umno bahagian di Sarawak, negeri itu tidak menikmati sebarang peruntukan.
Kesembilan, surat pengesahan mengenai peruntukan RM600 juta itu dibuat oleh Timbalan Menteri Kerjaraya pada 13 November lalu tetapi dua hari kemudiannya, iaitu pada 15 November lalu, Parlimen telah diberitahu oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bahawa kementeriannya belum lagi dimaklumkan tentang RM600 juta yang diperuntukkan kepada projek-projek luar bandar.
Kesepuluh, wang kerajaan telah diperuntukkan kepada Umno kerana Parlimen telah diberitahu oleh Zainal Abidin bahawa "RM600 juta ini adalah diberi oleh duit kerajaan Barisan Nasional dan bukan duit Umno".
P/s - Sorry for writing in English, but than providing an article in Malay. Can't find the English version. Lol
No comments:
Post a Comment