Hari ini, kebetulan saya tidak mempunyai banyak kerja di pejabat. Alhamdulillah, minggu ini saya telah 'bebas' daripada tugasan-tugasan stress engineer yang membuatkan saya stress sendirian. Masa yang terluang saya curikan untuk menghayati cerpen Islamik yang saya download tempoh hari. Mungkin ada yang sudah membacanya, mungkin ada yang belum.
Merasakan cerpen tersebut mempunyai nilai dan mesej yang cukup bermakna, saya berbesar hati untuk berkongsi cerpen tersebut dengan anda. Saya sertakan sebahagian sinopsisnya. Bakinya, perlu anda download dan hayati sendiri.
Saya juga telah mengemaskini kesemua e-book yang telah saya kongsikan sebelum ini ke hosting baru saya. Jadi untuk mereka yang gagal mendapatkan mana-mana e-book sebelum ini, anda boleh cuba lagi kali ini. Disebabkan hosting ini terletak di Malaysia, maka is tidak terjejas akibat gempa di Taiwan.
Harap pembaca sekalian berpuas hati dengan upgrade ini. Sekiranya anda ingin saya menolong anda untuk hosting sebarang bahan Islamik, silalah emel saya. Insya-Allah saya sudi membantu.
Wallahualam...

Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah.Owh, anda tak perlu risau kelembapan download kali ini. Dulu saya menggunakan free hosting, sekarang saya sudah upgrade ke hosting berbayar. Harapnya anda berpuas hati dengan kelajuan server murah ini.
Berminat untuk teruskan membaca? Download Hatiku Milik-Mu!
Saya juga telah mengemaskini kesemua e-book yang telah saya kongsikan sebelum ini ke hosting baru saya. Jadi untuk mereka yang gagal mendapatkan mana-mana e-book sebelum ini, anda boleh cuba lagi kali ini. Disebabkan hosting ini terletak di Malaysia, maka is tidak terjejas akibat gempa di Taiwan.
Harap pembaca sekalian berpuas hati dengan upgrade ini. Sekiranya anda ingin saya menolong anda untuk hosting sebarang bahan Islamik, silalah emel saya. Insya-Allah saya sudi membantu.
Wallahualam...
1 comment:
masuk tahun depan dah 2 tahun da bace cerpen tu... :P
Post a Comment