Wednesday, December 27, 2006

PAS Vs Pak Lah; Siapa Lupakan Rakyat?

Semalam, berita di Utusan Online menyiarkan tentang sikap PAS yang lebih bersemangat untuk menghadapi pilihanraya daripada menolong mangsa banjir. Malah dalam ruangan 'Senyum Kambing'nya, Pemuda PAS telah diperli kerana mengabaikan rakyat Johor yang sedang dilanda banjir.

Agak melucukan jika diamati dan diteliti dakwaan Utusan dan UMNO. Mereka mengatakan PAS ghairah nak berpilihanraya sampai mengabaikan rakyat. Namun mereka lupa tentang Pak Lah yang lebih ghairah MELANCONG dan BERCUTI daripada turun padang menolong mangsa banjir. Pak Lah bukanlah orang sembarangan, tetapi PERDANA MENTERI. Rakyat sedang menderita, Pak Lah bersuka ria?

Nah, siapakah yang melupakan rakyat? Selepas lawatan Pak Lah ke Venezuala, Pak Lah telah pergi bercuti selama dua minggu. Ketika itu permulaan banjir di Johor. Beginikah pemikiran dan hati perut seorang 'Mr.Nice Guy'? Untuk orang UMNO, mereka ibarat kata pepatah, "Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".

Walhal, sekiranya pemfitnah-pemfitnah UMNO ini hadir ke Perhimpunan 15000 Pemuda tersebut, sudah pasti mereka akan mendengar lafaz janji setiap cawangan untuk menyumbang membantu mangsa banjir di Johor dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya. Bukan setakat itu sahaja, telah diadakan kutipan derma kilat di mana sebanyak lebih RM12K berjaya dikutip dalam jangka masa tak sampai 30 minit.

Kepada Utusan Melayu, walaupun sudah hampir berkubur (bergabung dengan NST), namun jagalah etika kewartawanan anda. Pastikan berita yang ditulis BENAR dan BEBAS daripada unsur politik. Kalau tidak, lebih baik Utusan menjadi lidah rasmi UMNO. Bukannya wadah perjuangan Bangsa Melayu.

Akhirul kalam, semoga kebenaran ditegakkan. Semoga Islam terus dipertahankan. Dan semoga mangsa banjir terus dipermudahkan. Wallahualam...

Rujuk - Pemuda PAS nafi tidak sensitif penderitaan mangsa banjir

No comments: