Orang yang dimaksudkan ialah Dr Asri Zainal Abidin, pensyarah Universiti Sains Malaysia. Beliau telah mencipta rekod sebagai mufti paling muda dilantik, dalam umur 34 tahun. Hebat bukan? Terkenal sebagai seorang yang petah menangkis dakyah Astora Jabat serta 'pakar' dalam bidang hadis, beliau juga selalu menulis untuk Majalah I.
Saya tak bermaksud untuk memuji ataupun memuja Dr Asri, cuma saya agak tertarik dengan asbab kerajaan negeri Perlis melantik beliau sebagai mufti. Dalam Majalah I terbaru, dikatakan perlantikan itu kerana Perlis ingin memajukan pemikiran dan kefahaman Darul Sunnahnya. Benarkah begitu?
Perlu saya ingatkan, Dr Asri sebelum ini sering mencetuskan kontroversi dengan penulisan beliau yang kerap mengkritik dan memerli parti politik Islam, PAS. Beliau juga kadang kala mengkritik dasar kerajaan yang kurang Islamik, walaupun biasanya sekadar 'sembang deras!'.
Setelah dilantik sebagai mufti, pasti ramai yang menantikan beliau mengorak langkah untuk mempertahankan Islam sehebat beliau biasanya berceramah di masjid-masjid. Apakah Dr Asri mampu untuk menjadi seberani dan setegas Dato' Harussani? Ataupun beliau sekadar mufti-gelaran semata?
Jumaat lepas, saya dikejutkan dengan berita di akhbar TheStar berkenaan dengan pandangan Dr Asri tentang serbuan ke atas pasangan yang berkhalwat. Berikut merupakan padangan beliau:
Pandangan beliau ini tidaklah 100% betul ataupun salah. Memang kesilapan dalam melakukan serbuan boleh memalukan Islam. Namun apakah itu bermakna kita harus membiarkan ia terus berlaku? Dr Asri sepatutnya lebih bijak mengeluarkan pendapat, takut disalahertikan oleh media dan orang ramai. Apatah lagi apabila ditaklifkan sebagai seorang mufti ataupun 'jurist expert on Islamic law'.The bigger issue than catching couples committing khalwat (close proximity) behind closed doors is preventing sinful acts in the open, a state mufti (jurist expert on Islamic law) said.
“I’m not condoning sinful acts, but we must address the bigger issue of amar makruf nahi mungkar (practising good, rejecting the bad) or sinful things which are being carried out in the open and can cause trouble to society,” said Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
...“Yes, Islam compels us to stop mungkar (evil deeds), but it does not say we can shame people or spy on them.
“Nor does it allow us to accuse someone of doing something or to look for acts of sin in hidden places.
“Prophet Muhammad didn’t say ‘Let’s spy on people (if they commit khalwat)’.
“To stop praying to Allah is a bigger sin than committing khalwat, but do we want to go to the extent of organising raids to check whether a Muslim is performing his prayers faithfully?”
Full news?
Seperti disangka, banyak pihak yang suka melihat Islam porak peranda pasti menyambut padangan beliau dengan gembira. Antaranya Sisters in Islam dan Zainuddin Maidin. Berikut adalah hujah sokongan daripada SIS:
Seperti disangka, SIS pastinya sangat gembira kerana ada mufti yang telah 'berpihak' kepada mereka. Zainuddin Maidin, wakil kerajaan Islam Hadhari turut menyambut baik pandangan Dr Asri:Sisters in Islam (SIS) agrees that the state has no role in policing morality.
It said yesterday that it agreed with Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin that state religious authorities should stop spying, snooping and looking for couples to be charged with khalwat.
“Dr Mohd Asri is right in saying that the recent case of a khalwat raid mistakenly carried out against an elderly American couple in Langkawi was an example of an operation that did not follow Islamic principles.”
...
The group said the practice of moral policing went against the injunctions laid out in various verses in the Quran, such as “?do not pry into others’ secrets?” (Surah Al-Hujurat 49:12); “Do not enter other houses except yours without first asking permission and saluting the inmates?If you are asked to go away, turn back. That is proper for you” (Surah An-Nur 24:27, 28).
“We have also pointed out repeatedly that moral policing by state religious authorities has often led to rampant abuses of power.
“We have maintained from the outset that the Syariah Criminal Offences Enactment is vaguely drafted so that its 'catch all' provisions provide room for abuse by enforcement officers,” said SIS in a statement.
Bagi saya, Zainuddin Maidin patutnya memerhatikan apa yang ditayangkan oleh pihak stesen penyiaran yang semakin melampau. Ini nak menyibuk menyokong saranan agar usaha menangkap pasangan khalwat dihentikan. Nasib baik JAKIM tidak terikut-ikut dengan pendapat Dr Asri.The Perlis Mufti has come under some fire for his views on khalwat (closed proximity) raids but he has found another supporter in Information Minister Datuk Zainuddin Maidin.
While the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) was reported yesterday as having dismissed Dr Mohd Asri Zainul Abidin’s view that enforcement officers should stop spying on khalwat couples, Zainuddin said Dr Mohd Asri was right in saying that there were other sinful acts committed in the open, which had been overlooked by the ulama.
“It’s about time the ulama start thinking out of the box,” Zainuddin told reporters when opening a seminar on “Merbok – Tourism Prospects and Potential” here yesterday.
He said the act of publicly embarrassing couples found in close proximity would not make them repent or learn but would instead make them angry and more defiant.
“This approach to correct the wrongdoing of others is not the Islamic way,” he said.
While Sisters in Islam had also voiced its support in The Star yesterday for Dr Mohd Asri’s proposal, Jakim director-general Datuk Mustafa Abdul Rahman dismissed it as merely the view of one individual.
Full news?
Serentak dengan pandangan Dr Asri, menteri di Jabatan Perdana Menteripun mengumumkan isu ini akan dibawa ke Majlis Fatwa (Rujuk berita ini). Begitu mudah! Saranan dan pendapat Dato' Harussani walaupun disokong oleh alim ulama lain, tidak begitu mudah dibawa ke Majlis Fatwa. Kenapa ada double standard?
Ini sedikit sedutan daripada berita di akhbar Melayu yang sudah hampir layu:
Dr. Asri menambah, jika isu seperti khalwat menjadi keutamaan pihak berkuasa dengan melakukan serbuan maka perkara mungkar yang lain juga wajar diambil tindakan yang sama.
‘‘Kalau begitu kita kena intip rumah-rumah yang dikatakan berlaku kemungkaran termasuk suami isteri yang mungkin melakukan perkara mungkar seperti tidak bersembahyang dan menahan pasangan lelaki dan perempuan yang menaiki kereta yang sama,” ujarnya.
Mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman yang mahu mengadakan muzakarah bagi membincangkan cadangan itu, katanya, beliau akan berjumpa dengan Jakim esok.
Dr. Asri memberitahu, umat Islam boleh bertindak menyekat kemungkaran sekiranya sesuatu perbuatan mungkar itu melibatkan kepentingan pihak lain seperti rasuah, dadah atau meminum arak yang mendatangkan masalah kepada orang lain.
Dosa khalwat katanya, hanya melibatkan antara mereka yang berkenaan dengan Tuhan dan mereka juga mungkin bertaubat setelah dihadapkan ke mahkamah.
Saya tidaklah bermaksud untuk tidak bersetuju dengan pendapat beliau yang nyata lebih arif. Tetapi sepatutnya beliau mengambil kira bahawa setiap pernyataan beliau akan memberi impak kepada seluruh negara. Beliau bukan sekadar penceramah jalanan seperti dulu. Beliau sekarang seorang MUFTI. Umat Islam memandang mufti dengan harapan yang menggunung agar Islam dipertahankan. Tetapi...
Akhirul kalam, saya biarkan anda menilai sendiri situasi yang sedang berlaku. Sila baca artikel dalam link berikut yang berkaitan dengan isu ini:
- Menjaga Kesempurnaan Islam
- Undang-undang Khalwat Perlu Diperkemas
- Isu serbuan khalwat: Pemuda PAS bantah syor Mufti Perlis
- Mufti Perlis "orang muda, bagi dia bercakap"
Penulis memohon maaf kerana tidak mampu mengemas kini blog ini sekerap dahulu. Insya-ALLAH penulis akan cuba yang terbaik untuk tidak mengabaikan pembaca sekalian.
No comments:
Post a Comment