Monday, December 26, 2005

Isu Ketuk Ketampi Bogel; Kera di Hutan Disusukan, Anak di Rumah Mati Kelaparan

Saya tertarik dengan berita daripada seksyen Politik Utusan Melayu bertajuk "Gambar bogel: Teresa wajar bayar ganti rugi aib" di mana saya ingin memetik sebahagian daripada berita tersebut:

KEMAMAN 25 Dis. - Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Ahmad Shabery Cheek berkata, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aib besar yang terpaksa ditanggung oleh wanita yang gambar bogelnya ketika ketuk-ketampi dirakam dalam lokap polis apabila ia kini menjadi tontonan umum.

Menurutnya, walau apapun motif ahli Parlimen DAP itu, pendedahan rakaman aksi yang memalukan wanita itu di Parlimen sehingga ia mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa, tidak wajar dilakukan.

``Saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan wanita Melayu itu dan keluarganya setelah diaib sebegitu rupa oleh Teresa apabila gambar bogelnya menjadi tontonan umum.

``Perbuatan Teresa itu bukan saja menjatuhkan maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi telah menggadai maruah dan aib seorang wanita,'' katanya.

Pada pandangan saya, pemimpin kita memang ibarat orang yang menyusukan kera di hutan dan membiarkan anak di rumah mati kelaparan. Kita susuri permulaan isu tersebut di mana pada awalnya, ramai menyangka itu adalah warga negara China. Ini menyebabkan kerajaan ISLAM HADHARI pimpinan Pak Lah melatah.

Lalu, dihantarlah utusan ke China, Datuk Azmi Khalid. Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada kerajaan China kerana melayan warganegara mereka sebegitu. Dan pelbagai tindakan diambil kerajaan untuk mengambil hati warganegara China.

Bagaimanapun, apabila siasatan dibuat, dan diketahui bahawa mangsa dalam rakaman video tersebut adalah seorang wanita MELAYU yang dirahsiakan identitinya atas sebab² tertentu, maka legalah kerajaan ISLAM HADHARI. Mengapa identitinya terlalu dirahsiakan? Mungkin kerana menjaga aib. Mungkin juga kerana 'mangsa' tersebut hanyalah boneka, kerana tiada siapa dapat sahkan.

Apapun, yang memelikkan, bagaimana mungkin pihak pimpinan mahupun polis tidak mengetahui bahawa mangsa tersebut MELAYU? Dan terus membiarkan khabar angin tentang 'warga China' bertiup sehinggakan kerajaan membazir wang rakyat untuk menghantar utusan ke China. Rujuk dua berita yang jelas percanggahannya, 'PM, Timbalan sangka wanita dalam klip video warga China' dan 'PM: Orang tidak percaya jika polis dedah identiti wanita bogel'. Janggal bukan?

Dibawah saya sertakan berita-berita yang dikeluarkan oleh dua jenis akhbar, satu kaki ampu kerajaan (mungkin) dan satu lagi wadah pembangkang. Daripada kaki ampu:
  1. Usah perbesar isu wanita diarah bogel dalam lokap
  2. Peguam wakili warga China pertikai `wanita misteri'
  3. Keikhlasan Teresa Kok dedah isu bogel dipertikai
Daripada wadah pembangkang:
  1. Melayu yang bogel: Kepada siapa pula PM nak pergi minta maaf?
  2. Wanita bogel: Orang Melayu 'tidak kesah' dihina di tanahair sendiri
  3. Pemuda PAS minta polis tidak amal pilih kasih dalam siasatan
Perkara jelas yang dapat dilihat, kerajaan tidak ambil peduli bila rakyat MALAYSIA menjadi mangsa. Sekiranya rakyat asing, ditatang bagai minyak yang penuh. Selain itu, media arus perdana juga terlalu berat sebelah (Walaupun media memang sudah lama berat sebelah). Aduh, kecewa sungguh menjadi rakyat negara ISLAM HADHARI ini. Anda gembira?

Wallahualam...

(Rujuk juga - Jangan jadikan kes wira Everest seperti kes ketuk ketampi bogel)

    Kisah Zainab Al-Ghazali; Bahagian 3

    sambungan daripada Bahagian 1 dan Bahagian 2...

    ---

    Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W. Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al- Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati.

    Al-Waliyah Al-Hudaibi dan Al-Afdah. Mereka inilah yang beliau sitatkan sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dari mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya, dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya. Kerana di antara mereka ada yang berumur 85 tahun, Ummi Ahmad namanya, ia telah di tangkap oleh rejim Jamal Nasser ketika ia berusia 85 tahun, ketika Zainab mendengar berita itu, ia memperkatakan bahwa ini adalah pertanda baik bagi Islam. Musuh-musuh Islam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini menunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh Islam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya sama sebagai musuh mereka.

    Setelah Mursyidul 'Am Hassan Al-Banna syahid dimamah peluru durjana yang tidak mengenal insan beriman atau tidak, Zainab Al-Ghazali terus berbai'ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul 'Am penganti Hassan Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan mengambil pengajaran daripada mereka.

    Beliau bersuami, suaminya seorang yang dihormati, seorang 'Ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada isterinya untuk meneruskan da'wah ditengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. Zainab Al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara sampai kemuncaknya, mereka telah mengunakan berbagai cara bagi melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan ia terpaksa dibawa ke hospital.

    Regim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainab sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan ketika suaminya dipaksa menceraikan Zainab Al-Ghazali, ia bersumpah "sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku". Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab Al-Ghazali masih dalam Tahanan.

    Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat dari penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan, sebelum ia ditahan, Jamal Nasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: "Dalam perjuangan ku tidak bercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah" Jamal Nasser telah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah, Jamal Abdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-Ghazali

    Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya satu pembunuhan telah dirancangkan. Sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab di tahan setelah di tangkap semula, setelah di bebaskan pada tahun 1964.

    Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta, dalam perjalanan itu dimaki hamun yang tidak dapat diterima oleh akal dan tidak dapat digambarkan oleh fikiran. Setelah sampai ke penjara ia diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajar dihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia. Mereka mengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk menanam hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh orang yang sealiran dengan Zainab Al-Ghazali. Dengan kata-kata yang kasar, ia diheret kebilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besar seperti syaitan hitam. Zainab Al-Ghazali mengesahkan saya berdoa dalam hati saya. "Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan denganperkara yang Engkau redhai".

    Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan) yang sedang duduk di atas meja membelik-belik buku catitan, yang saya tahu itu adalah buku catitan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu.

    Di waktu itu saya mendengar azan 'Asar... saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyelamatkan saya dari "keganasan syaitan". Saya dapat menunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengan sikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan. Saya diheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke sel kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu tubuh-tubuh manusia yang diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin. Mereka sedang diseksa dan dipukul, memenuhi sel-sel penjara itu. Mereka adalah pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yang pernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Saya berdoa "Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kami daripada kejahatan orang-orang yang jahat."

    ---

    Satu lagi bahagian menanti insya-Allah... Atau mungkin dua. Harap pembaca bersabar dan teruskan menanti. Suatu penantian itu menyeksakan, namun kesabaran itu pasti dibalas dengan kemanisan kelak. Wallahualam...

    Sunday, December 25, 2005

    Kisah Nabi Isa (Khas Sempena Krismas)

    Saya tidak bermaksud untuk menyambut perayaan Krismas ataupun nama lainnya hari Natal. Tetapi saya ingin mengajak anda merenung kembali kisah keputeraan Nabi Isa a.s. dan juga suatu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

    ---

    Jangan kita lupa bahawa di awal ke Rasulan Baginda Nabi Muhammad saw, ketika mula-mula menerima wahyu yang pertama, isteri kesayangan Baginda Khadijah r.a, telah membawa Rasulullah bertemu dengan seorang alim, ahli kitab, iaitu bapa saudaranya Waraqah ibnu Naufal (yang buta penglihatannya).

    Waraqah adalah seorang Kristian, yang faham Kitab Injil, dan apabila dikhabarkan oleh Khadijah akan pengalaman yang dilalui Rasulullah di Gua Hira itu Waraqah telah meyakinkan mereka berdua bahawa malaikat yang ditemui Baginda itu sesungguhnya adalah Jibril a.s dan bahawa kehadirannya memang petanda kerasulan Muhammad saw.

    Demikianlah besarnya peranan pengikut Nabi Isa a.s dalam mengiktiraf kerasulan Muhammad saw.

    Kita tidak pasti adakah Nabi Isa a.s dilahirkan pada tanggal 25 Disember (barangkali tarikhnya tidak penting), yang pastinya Allah swt telah berfirman dalam Surah Maryam ayat ke 33 maksudnya:

    Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku (Nabi Isa a.s) pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula.

    So peace is on me the day I (Jesus a.s) was born, the day that I die, and the day that I shall be raised up to life (again)

    Dan jangan juga kita lupa, diawal kerasulan Muhammad saw, umat Islam yang terdiri dari golongan mustadaffin dan miskin ketika itu di Mekah, telah ditindas, ditekan, disiksa dan malah dibunuh oleh musyrikin Makkah yang diketuai Abu Jahal dan Abu Lahab. Penyiksaan yang terlalu dahsyat itu berterusan sehinggalah Rasulullah saw memerintahkan sebahagian dari mereka yang terlalu dhaif itu berhijrah ke Habsyah ataupun Abyssinia.

    Menurut sirahnya Rasulullah saw memerintahkan agar 83 orang diketuai oleh anak saudara Baginda, Jaafar bin Abu Talib agar berhijrah ke Habsyah kerana kata Rasulullah di sana terdapat seorang Raja Kristian yang adil yang akan dapat memberikan perlindungan kepada mereka dengan izin Allah swt.

    Maka bergeraklah mereka itu ke Habsyah mematuhi perintah Allah dan Rasul Nya saw.

    Raja Habsyah yang beragama Kristian itu bernama Najashi ataupun Negus. Rupanya pemergian Jaafar dan para sahabat itu telah dituruti oleh perwakilan musyrikin Makkah diketuai Amru bin al As untuk memujuk Najashi yang mempunyai hubungan baik dengan pembesar Makkah agar dikembalikan 83 orang itu yang dituduh adalah pemberontak yang telah melarikan diri.

    Rigkas ceritanya Jaafar dan para sahabat bersamanya telah diperintahkan mengadap Raja Najashi dan dihadapan wakil musyrikin Makkah itu berlakulah dialog antara Islam dan Kristian yang sangat bermakna dalam sejarah Islam.

    Najashi: What do you say about Jesus, the son of Mary? Apakah yang kamu katakan berkenaan Isa anak Maryam?

    Jaafar: Regarding him we only say what has been revealed to our Prophet. Berkenaan beliau kami hanya nyatakan apa yang telah diajarkan kepada kami oleh Rasul kami.

    Najashi: And what is that? Dan apakah itu?

    Dan Jaafar telah membacakan ayat-ayat di dalam Surah Maryam (16 hingga 21)

    Relate in the Book (the story of) Mary, when she withdrew from her family to a place in the east. She placed a screen (to screen herself) from them, then We sent to her Our angel (Gabriel) and he appeared before her as a man in all respects. She said, I seek from from you to (Allah) Most Gracious, (come not near) if you do fear Allah. He said, No Iam only a Messenger from your Lord (to announce) to you the gift of a pure son. She said: How shall I have a son, seeing that no man has touched me, and I am not unchaste? He said: So (it will be) Your Lord says: That is easy for Me, and (We wish) to appoint him as a Sign for men and a Mercy from Us. It is a matter (so) decreed.

    Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Malaikat (Jibril) dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa. Ia berkata: Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci. Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat? Ia menjawab: Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

    Setelah mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan oleh Jaafar itu Najashi telah menitiskan airmata lalu berkata:

    By God, Jesus the son of Mary was exactly as your Prophet has described him. Demi Allah Isa anak Maryam adalah tepat sebagaimana yang diajarkan kepadamu oleh Rasul mu itu.

    Sambil menggariskan satu garisan lurus di lantai dengan tongkatnya Najashi berkata:

    The difference between you (Muslims) and us (Christians) are no thicker than this line. Perbezaan diantara kamu dan kami tidak lebih dari ketebalan garis ini.

    Lalu Najashi bertitah (yang ditujukan kepada Jaafar dan para sahabat yang bersamanya):

    You may stay in Abyssinia as long as you wish. Whoever obstructs you will pay for it and whoever opposes you will be punished. Kamu boleh tinggal di Habsyah selama mahu mu. Sesiapa yang menghalang atau menentang mu akan dihukum.

    Dan kepada Amru dan rombongannya Najashi bertitah:

    Not for a mountain of gold will I hand them over to you. Hatta walau dengan segunung emas sekalipun tidaka akan ku serah mereka kepada mu.

    Demikianlah keadilan yang diberikan oleh seorang Raja Kristian di zaman Rasulullah saw. Menurut satu riwayat Najashi ini kemudiannya telah menerima hidayah dan apabila diberitakan kepada Rasulullah saw darihal kematiannya kemudian, Rasulullah saw telah mengerjakan solat jenzah ghaib untuknya.

    Bagi umat Islam Nabi Isa a.s adalah seorang rasul, pesuruh Allah. Kita menerima dan beriman kepada firman Nya dalam surah Maryam (30 hingga 32) yang bermaksud:

    Ia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

    He (Jesus) said: I am indeed a servant of Allah. He (Allah) has given merevelation and made me a Prophet. And He has made me blessed wheresoever I be, and has enjoined on me prayer and charity as long as I live. (He) has made me kind to my mother, and not overbearing or miserable.

    ---

    Kisah ini saya petik dari blog ::Roslan SMS Corner::, sekadar perkongsian buat kita bersama. Menyebarkan kisah ataupun sirah disebalik sesuatu perayaan itu tidak salah, cuma janganlah sampai kita menyambutnya. Wallahualam....

    Kisah Zainab Al-Ghazali; Bahagian 2

    Berikut adalah sambungan kisah Zainab Al-Ghazali, Mujahid sejati...

    ---

    Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari kongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka, membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati dan pemikiran mereka. Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang mengikat teguh sesamanya.

    Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan kembali dengan izin Allah S.W.T dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN ISLAM. Negara Islam tidak dapat ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) — satu revolusi yang dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan 'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah — pendidikan amali untuk membentuk sikap, tindakan-tindakan dan tingkah laku serta pemikiran Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam.

    Beliau menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukkan Daulah Islam. Beliau fahami ini daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang maksudnya "Sesunguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."

    Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan diri itu yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satu macam ketentuan - sunnatul llah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawa perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dan tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam tentang Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklah mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para sahabat.

    Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun - Quraanun - Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, bila mereka memeluk Islam, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara menyeluruh. Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dilakukan dan seluruh pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam, bukan neraca dunia atau Jahiliyah.

    Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh Rasulullah S.A.W. dalam Dakwah baginda. Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan keatas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah S.A.W. bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka. Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani.

    Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukkan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Quran tercerna dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segala tindakan mereka adalah Islam — di lihat sahaja pada diri salah seorang dari mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada diri mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam.

    Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia misali yang unggul dalam sejarah peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sifah para sahabat.

    Lihatiah!! Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair namanya - ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus memeluk Islam sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya.

    Mus'ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W. "Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan". Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula bersumpah "Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tingalkan Islam, sekali-kali tidak".

    Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu.

    Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga firdaus ganjaranya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat dikembalikan.

    ---

    Kisah ini masih mempunyai kira² dua bahagian lagi. Sekiranya anda tidak sabar menantikan bahagian² seterusnya, silalah emel saya secara peribadi, insya-Allah saya akan mengemelkan 'the full story' terus kepada anda. Wallahualam...

    Kisah Zainab Al-Ghazali; Bahagian 1

    Saya tertarik untuk berkongsi kisah seorang Mujahidah terkenal, Zainab Al-Ghazali yang telah pulang ke rahmatullah bulan Ogos yang lalu. Jadikan kisah ini sebagai pedoman, iktibar serta muhasabah.

    Buat muslimat, jadikan ini semangat dan dorongan serta bukti bahawa muslimat juga mampu berjuang sama hebat dengan muslimin. Buat muslimin, jika seorang muslimat mampu menghadapi dugaan sehebat dalam kisah yaang akan dipaparkan, kita yang mengaku anak jantan bagaimana?

    ---

    PENGALAMAN ZAINAB GHAZALI

    Telah berlaku suatu peristiwa di dalam abad ini ke atas seorang wanita Mesir yang bergerak di dalam harakah Islamiah di Mesir yang dapat dijadikan tauladan.

    Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, "Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya."

    Dia memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T."

    Apakah kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Zainab Ghazali dan rakan-rakannya untuk harakah Islamiah?

    Contoh seorang Muslimah Abad 20

    ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI

    Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

    Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.

    Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.

    Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.

    Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.

    Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.

    Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.

    ---

    Kisah ini akan saya sambung setiap hari insya-Allah kerana kisahnya sangat panjang. Sekiranya ingin mengetahui post² terbaru, silalah daftarkan diri anda untuk melanggan dengan blog ini. Saya meng'upgrade'kan blog ini khas buat anda, para pembaca budiman. Nantikan sambungan kisah Mujahidad terulung ini... Wallahualam...

    Saturday, December 24, 2005

    Malam Pertama Pengantin...

    Tajuk sekali pandang, pasti menarik bukan? Hayatilah sajak dibawah dan muhasabah diri kita yang hina lagi kerdil...
    Kita pasti dirisik..
    Pertunangan sejak azali..
    Di hujung hidup nanti..

    Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
    Hantarannya..sakit dan nazak..
    Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
    Pengantin dimandikan..

    Dipakaikan baju cantik putih..
    Wangian gaharu dan cendana..
    Keranda jadi pelaminan..
    Pengantin bersanding sendirian..

    Di arak keliling kampung..
    Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
    Akad nikahnya bacaan talkin..
    Berwalikan liang lahat..

    Saksi pula nisan-nisan..
    Siraman air mawar..
    Keluarga terdekat menepung tawar..
    Tiba masa pengantin..
    Menunggu sendirian..

    Malam pertama bersama KEKASIH..
    Di kamar bertilamkan tanah..
    Dan Dia menuntut janji..
    Sucikah kita tatkala berpadu..

    Pernahkah taubat sepanjang hayat..
    Atau terkubur bersama dosa-dosa...
    Dan Dia Kekasih itu..
    Menetapkanmu ke syurga..
    Atau melemparkan dirimu ke neraka..
    Bagaimana? Terasa hendak menjadi 'pengantin' tersebut? Marilah bersama muhasabah diri. Kita hanya insan, mudah terleka dek godaan syaitan... Wallahualam

    (Sajak dipetik dari laman web Suara Persatuan Ulama Malaysia)

    Friday, December 23, 2005

    Pendidikan Seks; Apa Pandangan Islam?

    Saya tertarik untuk membicarakan tentang keputusan kerajaan untuk melaksanakan pendidikan seks bermula tahun 2006. Sekiranya saya tidak salah, negara jiran, iaitu Singapura telah lama melaksanakan pendidikan seks di sekolah. Malah usul ini telah lama diutarakan oleh beberapa pihak, dengan harapan ia akan mematangkan pemikiran muda-mudi di Malaysia.

    Walau bagaimanapun, bila hendak dilaksana, ada pulak yang membantah. Saya sertakan beberapa ceraian artikel, sekadar berkongsi...
    Pendidikan seksualiti akan mula dilaksanakan di sekolah termasuk di peringkat prasekolah pada sesi persekolahan tahun depan dalam usaha kerajaan membantu remaja menjaga diri terhadap perlakuan jenayah seksualiti dan meningkatkan moral mereka.

    Beliau memberitahu, garis panduan itu mengandungi enam tunjang iaitu perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan keluarga, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual dan masyarakat serta budaya.

    Kumpulan sasar tahap satu melibatkan kanak-kanak prasekolah, tahap dua, kanak-kanak berusia 7 hingga sembilan tahun, tahap tiga bagi awal remaja (10 hingga 12 tahun), tahap 4, remaja (13 hingga 18 tahun) dan tahap lima iaitu dewasa seperti pelajar universiti, ibu bapa dan warga emas.

    (Berita penuh - Pendidikan seksualiti dilaksana mulai 2006)
    Juga,
    Persoalannya sekarang, adakah wajar pendidikan seksual ini dijadikan salah satu sistem dalam pendidikan sedangkan terdapat cara atau kaedah lain yang sebenarnya boleh menghindarkan dan memupuk kesedaran tentang masalah seksual pada umumnya dan secara keseluruhannya pada persoalan sosial.

    Sikap kita kini yang agak kurang menekankan aspek keagamaan menyebabkan kita tidak memahami serta mendalami bahawa agama dapat menghindarkan segala permasalahan sosial yang ada. Saluran pendidikan adalah saluran yang begitu efektif sekali jika ia bermula dari peringkat bawahan. Jika sistem pendidikan seksual ini diaplikasikan, saya yakin ia tidak akan menyelesaikan masalah yang wujud sekiranya aspek-aspek kefahaman tentang keagamaan tidak diterapkan.

    (Artikel penuh - Pendidikan seksual bukan penyelesai masalah sosial)
    Juga,
    Sebagai orang Islam kita perlu menjaga sifat malu lebih-lebih lagi di dalam bilik darjah di mana terdapatnya percampuran di antara pelajar lelaki dan perempuan.

    "Dengan adanya pendidikan seks secara terbuka ditakuti akan menggalakan perbuatan maksiat di kalangan umat Islam," kata beliau. Kata Kamarudin, kerajaan sepatutnya meminta pandangan daripada berbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ulamak terlebih dahulu sebelum perkara tersebut dilaksanakan.

    (Berita penuh - Pemuda PAS Melaka bantah pendidikan seks di sekolah)
    Jadi, apa pandangan anda? Bagi saya, pendidikan seks ada kewajarannya, dan ada juga kelemahannya . Apapun, rasanya alim ulama lebih berhak membicara soal ini. Saya sekadar melontarkan pandangan. Tak wajib betul, harus salah. Wallahualam...

    Undang² Manusia Vs Undang² Islam; Mana yang Utama?

    Tatkala membaca akhbar pada pagi hari ini (23/12/2005), hati mengucapkan syukur ke hadrat-Nya kerana jenazah Koperal M. Moorthy akan dikebumikan dengan cara ISLAM (rujuk Mahkamah perintah Moorthy dikebumi cara Islam). Walau bagaimanapun, kelegaan hati bertukar gelisah tatkala mata terlihat artikel Mahkamah Sivil Arah Tahan Jenazah Mohamad dari dikebumikan ikut Islam di laman web TranungKite.

    Persoalannya sekarang, adakah Mahkamah Sivil yang menggunakan undang² manusia akan menang apabila berlawan dengan Mahkamah Tinggi Syariah yang menggunakan undang² ALLAH? Satu cabaran buat kerajaan ISLAM HADHARI pimpinan cucu ulama terkemuka, Pak Lah. Apakah beliau akan bertegas untuk memenangkan hukum ISLAM? Ataupun mengalah pada hukum manusia? Sama² kita saksikan....

    Apapun, marilah kita berdoa agar pemimpin² kita diberi hidayah oleh ALLAH akan terang hati dan bertindak tegas dalam hal ini. Wallahualam....

    rujuk juga
    1. Kes Mohamad (Moorthy): Islam Tercabar, Mahkamah Tinggi Perintah Tahan Jenazah Dari Dikebumikan Ikut Cara Islam)
    2. Dimana pemimpin UMNO dalam mempertahankan keIslaman M.Moorthy

    Wednesday, December 21, 2005

    Banjir; Politik Kepartian yang Bodoh!

    Tatkala meneruskan pembacaan di laman² berita alternatif, tiba-tiba hati saya terusik kemarahan. Dalam masa banjir melanda negeri Kedah dan Perlis, masih ada pihak yang bermain politik kepartian. Tidak wujudkah kesedaran dalam diri orang² MELAYU untuk bersatu? Politik kepartian yang jumud tidak membawa kemana-mana. Hayati sedutan artikel tersebut...
    Malam semalam, di penempatan Sekolah Kebangsaan Gunong (Anak Bukit), mangsa dari Kampung Kota Rentang kesal dengan pelbagai karenah birokrasi yang terpaksa mereka hadapi hinggakan mereka terpaksa berjemur kesejukan dari jam 11.00 hingga jam 1.00 pagi. Menurut salah seorang mangsa, apabila sampai, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik-bilik darjah sekolah, sebaliknya diminta berbaris di luar, mangsa adalah termasuk anak kecil dan warga tua.

    Di tingkat bawah dan tingkat dua bangunan, telah diduduki oleh mangsa lain sebelum kedatangan mangsa dari Kota Rentang ini. Bertindak ekoran maklumat itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah menawarkan bangunan Pejabat PAS Kawasan di Kubang Rotan.

    Semua mangsa kira-kira 30 orang telah bersetuju, namun mereka dilayan seperti sebiji bola, setelah naik ke atas sebuah trak polis, salah seorang anggota polis mengarahkan mereka turun atas alasan beliau mesti mendapatkan kelulusan pegawai tertinggi untuk membawa mana-mana mangsa ke mana-mana destinasi.

    "Kami sejuk, lapar, kalau di sekolah ini kami tak boleh duduk, kami nak ke markas PAS, suruh kami turun pulak, kami bukan haiwan," jerit salah seorang mangsa. Akhirnya kerana ugutan seorang JKKK yang mengatakan markas PAS tidak diiktiraf sebagai pusat pemindahan, semua mangsa terus menjadi marah.

    Ketika itu, ada suara seorang lelaki menjerit dari tingkat tiga sekolah, "OK sekarang semua yang dari Kota Rentang boleh guna tingkat tiga." Hairan bin ajaib, kenapa setelah hampir tiga jam dibiar kesejukan dan lapar barulah dibenarkan mangsa menggunakan bilik darjah di tingkat tiga itu.

    Bodoh bukan? Mungkin itu terlalu kasar, tapi inilah realitinya. Wallahualam...

    Post lain yang berkaitan
    - Kerajaan Pusat; Antara Amanah & Politik

    Forum Keamanan Sejagat 2005; Retorik Dr Mahathir?

    Ketika 'menyelak helaian' artikel di sebuah laman web alternatif, saya tertarik membaca ulasan seorang penulis tentang khabar angin yang berharap Tun Dr. Mahathir dicalonkan untuk nobel keamanan. Ulasannya antara lain berbunyi:
    Resolusi 678 PBB dalam meluluskan serangan terhadap Iraq pada tahun 1990 ditanda-tangani oleh Malaysia di bawah pimpinan Dr.M. Rentetan dari resolusi itulah telah membunuh jutaan rakyat Iraq yang kebanyakannya orang-orang Islam. Kebanyakkan yang mati adalah terdiri dari orang awam terutamanya kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua.

    Apakah layak Mahathir dicalonkan untuk anugerah Keamanan Nobel? (Lihat juga rekod keganasan Mahathir di Tanah Airnya sendiri) Apakah dengan menganjurkan Global Peace Conference dapat membersih dosa merestui pembunuhan jutaan umat yang tidak berdosa oleh pakatan Amerika-British pada masa itu? Serangan yang diketuai oleh bapak Bush telah merosakkan segala prasarana sebuah negara yang suatu ketika antara yang termaju di Timur Tengah.

    Global Peace Conference yang baru selesai dengan tumpuan segala pimpinan negara hingga melupakan suatu Kongres yang lebih penting membincang masalah, nasib dan kepentingan orang Melayu diabaikan. Apakah lebih penting membicara kekuatan Amerika-British dari membincang ancaman terhakisnya hak dan kepentingan orang Melayu? Apa yang boleh dilakukan oleh Mahathir dalam menyekat keganasan Bush-Blair? Sekadar retorik sahaja.

    (Artikel penuh - Anugerah Nobel Untuk Mahathir Yang Sokong Serang Iraq?)
    Sebenarnya, cadangan untuk pencalonan Tun untuk anugerah nobel adalah disebabkan usaha beliau melaksanakan Forum Keamanan Sejagat 2005 yang menghasilkan 14 inisiatif (rujuk Dunia tanpa perang -- 14 inisiatif KL dijadikan hala tuju gerakan keamanan sejagat). Rupa²nya, apa yang beliau nyatakan dan hasratkan dalam forum tersebut pernah dilanggar oleh beliau sendiri. Namun, sebagai manusia, rasanya tidak salah sekiranya kita bersangka baik. Mungkin ALLAH telah menurunkan hidayah-Nya buat Tun.

    Buat renungan bersama. Tak wajib betul, harus salah. Wallahualam...

    (rujuk juga Undi tentukan perang)

    Post lain tentang Tun Dr. Mahathir
    - Tun Mahathir Kembali Lantang...


    Arah Tuju Hiburan Islam; Suatu Komentar

    Pertama sekali saya memohon maaf atas ketiadaan artikel baru selama dua hari. Kekangan masa menyebabkan saya tewas dalam menyediakan informasi terkini buat pembaca. Apapun, kali ini saya terlintas pada suatu artikel berkenaan hiburan ISLAM ataupun lebih tepat, NASYID.

    Penulis artikel melahirkan kekecewaannya melihat arus NASYID yang semakin lari dari matlamat asal, tersasar ke arah percintaan insani. Apapun, ini sekadar pandangan penulis tersebut yang ingin saya kongsikan. Mungkin sebagai renungan dan muhasabah kita bersama.
    Siapa tidak terkejut dengan kemunculan Brothers yang mula-mula merintis jalan menggunakan alat-alat yang selama ini dianggap asing dalam lagu-lagu mereka menerusi album Teman Sejati. Kejutan-kejutan terus dilakukan hingga ia tidak lagi merupakan kejutan. Paling menonjol ialah kemunculan Rabbani dengan lagunya Pergi Tak Kembali yang lebih mirip kepada lagu-lagu rap KRU. Mungkin Pergi Tak Kembali membawa makna tersesat jalan dan tidak mampu lagi untuk kembali ke jalan asal..?

    (Artikel penuh - Nasyid dulu & Nasyid sekarang??)
    Saya tidak berhasrat untuk menyatakan pandangan saya sebagai menghormati penulis asal artikel tersebut. Anda nilaikan sendiri. Wallahualam....

    Sunday, December 18, 2005

    Pengkalan Pasir; Balasan atas Kelekaan?

    Saya tertarik mendengar beberapa ulasan tentang kekalahan yang dihadapi oleh PAS dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir tempoh hari. Kebiasaan yang kita dengar adalah kewujudan pengundi² hantu dan juga penipuan. Itu kita sudah lali. Namun kali ini, ada alasan lain yang heboh diperkatakan sesetengah pihak. Kata mereka, BN memang layak untuk menang. Mengapa?

    Di sini saya sertakan beberapa ulasan yang saya sempat layari:
    Disinilah saya dapat lihat kerenah pengundi Pengkalan Pasir yang di 'atas pagar beraksi'. Bagi yang mempunyai halaman rumah yang 'lecoh'(becak) pasti akan 'bermanja' dengan PAS untuk dapatkan pasir selori dua. Bagi yang angguk di dagu tapi menggeleng di hati akan mengiakan sahaja apa yang dicakap oleh jentera PAS yang datang berkempen.

    Namun apabila peraih undi BN datang bertandang dan apabila dihulurkan sahaja 'pitih'(duit) kepadanya, maka dengan spontan sahaja 'hamba allah' itu boleh bertukar menjadi 'jurupandu' kepada 'pemberi rasuah' itu untuk bertandang dan mempengaruhi rakan terdekat agar mengundi BN. Malah selepas sahaja jentera PAS berlalu, 'hamba allah' berkenaan boleh kibarkan bendera BN di rumahnya!


    Selain itu, apabila wakil muslimat dari DUN lain datang untuk membantu organisasi muslimat PAS di Pengkalan Pasir,wujud juga sesetengah muslimat PAS di Pengkalan Pasir umpama buat-buat bersahaja apabila mereka mendapat banyak bantuan. Apa yang menyedihkan ada antara muslimat PAS tempatan yang tidak arif dengan kecenderungan yang didapati oleh setiap isi rumah di sesetengah kawasan di Pengkalan Pasir.

    (Artikel penuh - Analisis PR Pengkalan Pasir: Releven lagikah PAS?)
    Juga,
    Hati mana yang tidak terusik apabila Menteri Besar Selangor yang juga MKT Umno sanggup mandi air telaga dan tidur bersama pepijat dirumah kampung pengundi. Jiwa mana tidak gembira bila seorang individu bergelar YAB Dato Seri Shahidan Kassim boleh berbasikal bersama orang-orang kampong. Mulut manakah yang tidak boleh mengukirkan senyuman apabila insane-insan bergelar Menteri memenuhi rumah-rumah di sekitar Pasir Mas. Jika difikir dari logik akal, Bandar Kota Bahru tidaklah jauh dari Pasir Mas. Di Kota Bahru berjenis-jenis hotel mewah tersergam indah untuk didiami oleh mereka yang bergelar Menteri dan YB. Tapi seribu kali hairan, mereka tetap memilih kampong-kampung sekitar DUN Pengkalan Pasir.

    Betapa sedihnya hati kami para petugas apabila kami sanggup bertemankan nyamuk dan unggas semasa tidur malam tetapi para pimpinan dengan selesa penghawa dingin di Hotel Perdana. Berstatus Ulama Elit, Ustaz Nasarudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden bersama kuncu-kuncunya Dato’ Hassan Ali, Dato Mustapa Ali, , Asmuni Awi dan ramai lagi para pimimpin bertaraf elit ini yang memilih hotel-hotel sebagai singgahsana sementara mereka. Di masa ahli sedang berjuang mati-matian ingin mempertahankan kerajaan islam kelantan ,para pimpinan seperti Dr Hatta Ramli, Dr Syed Azman dan Dr Zulkifli Ahmad boleh minum pagi di Dining Room JKR 10 setelah nyenyak tidur disana.. Disaat ahli mengorbankan masa dan wang ringgit, kerajaan kelantan sudi menghabiskan sejumlah wang untuk mengabui mata pimpinan PAS dengan hotel dan makan-minum mewah.

    (Artikel penuh - Kebenaran atau Keadilan Untuk Siapa)
    Juga,
    Dalam PRU yang baru lepas, TGHH telah menyifatkan DAP dan Lim Kit Siang sebagai panadol yang tamat tempoh. Kan ke terlepas cakap tu ? Orang Cina kita kena faham, mereka bukan macam Melayu yang taksub dengan parti, tetapi depa taksub dengan duit. Bila TGHH mengata kepada Lim Kit Siang, tentu orang Cina akan terasa dan tidak lagi mengundi PAS. Lihat sajalah undi rosak di tempat TGHH bertanding. Rasa aku undi rosak itu tentulah datangnya dari pengundi Cina yang tak mau undi BN tetapi tak mau jugak undi TGHH. Eloklah kurang buta kenyataan sedikit supaya apa yang kita katakan tidak menjadi modal kepada media untuk menghentam kita kembali.

    (Artikel penuh - Pemimpin PAS... Jangan terlepas cakap..)
    Menarik untuk dimuhasabahkan. Memang BN layak menang dengan kebijaksanaan dan usaha yang mereka laburkan. Perkongsian ini tidak berniat untuk menghina atau memalukan mana² pihak, tetapi sekadar perkongsian pendapat. Tak wajib betul, harus salah.

    Wallahualam...

    (Rujuk juga PAS perlu kepada perubahan)

    Post lain tentang Pilihanraya Pengkalan Pasir
    -
    Pilihanraya Pengkalan Pasir; Realiti Di sebalik 'Tragedi'
    - Kerajaan Pusat; Antara Amanah & Politik
    - Risaukan Pengkalan Pasir Sampai Lupakan yang Lain

    Tragedi Pemikiran Melayu...

    Hasil penulisan satu²nya 'Profesor DiRaja' di Malaysia yang mengupas tentang punca kelemahan Melayu; dulu, kini dan mungkin selamanya sekiranya KITA MALAS berubah:
    KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

    Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

    Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

    Teruskan membaca 'Tragedi Pemikiran Melayu'
    Bagaimana? Saya rasa ada benarnya kupasan tersebut...

    Pesta Seks di Pantai Cenang?

    Kebetulan ketika melayari beberapa artikel terkini, saya terbaca tentang petikan akhbar Harian Metro berjudul Parti liar tahun baru Langkawi yang amat mengejutkan saya. Pendedahan yang berani sekali gus memperlihatkan betapa lemahnya penguatkuasaan hukuman SYARIAH yang menyebabkan gejala sosial tidak pernah berkurang, malah bertambah.

    Walau bagaimanapun, yang menghairankan, mengapa berita sebegini tidak diwar-warkan dalam Utusan Melayu mahupun Berita Harian? Apakah untuk menjaga air muka pemimpin ISLAM HADHARI? Ataupun tidak cukup muka surat kerana hendak memaparkan polemik² dan retorik politik kerajaan? Saya sendiri kurang pasti. Nampak gaya, saya perlu menambahkan jumlah akhbar yang dibaca supaya tidak terlepas maklumat penting sebegini.

    Apapun, terima kasih kepada penulis artikel Hukum Allah outdated? yang menyedarkan saya tentang kelemahan saya selama ini. Harus diingat, ini sekadar perkongsian. Tak wajib betul, harus salah.

    Wallahualam...

    Saturday, December 17, 2005

    Abdullah Ahmad Badawi atau Presiden Mahmoud Ahmadinejad?

    Sekali lagi hati ini terdetik untuk menulis. Saya cuma ingin membawa pembaca membezakan antara dua pemimpin negara ISLAM ini. Berikut adalah ucapan yang disampai oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad:
    “Hari ini, mereka dapat mewujudkan satu mitos atas nama Holocaust yang dianggap terlalu suci daripada Tuhan, agama dan nabi,”

    “Berikutan itu, mereka dan Amerika Syarikat atau Kanada yang seharusnya memberikan sebahagian tanah mereka kepada Yahudi untuk mewujudkan sebuah negara.”

    “Jika anda (Eropah) melakukan jenayah sebegini besar, kenapa pula anda pada masa sama menekan Palestin untuk menanggung segalanya?

    “Oleh itu, beginilah cadangan kami. Berikan saja sebahagian tanah anda di Eropah, AS, Kanada atau pun Alaska kepada Israel untuk mewujudkan negara mereka di situ,”

    “Jika keganasan sebahagian peradaban anda, menjadikan orang tidak berdosa sengsara, menyekat hak kebebasan bersuara dan menyebabkan majoriti mereka miskin, inilah jawapan kami. Kami bencikan peradaban anda yang sedemikian,"
    Saya pasti anda dapat menjangkakan, ataupun sudah lali dengan ucapan daripada Perdana Menteri kita. Nah, sekarang anda nilai, siapakah yang memperjuangkan ISLAM yang SEBENAR? Dan, apakah benar ISLAM HADHARI itu benar?

    Wallahualam...

    (rujuk Presiden Mahmoud Ahmadinejad Seorang Negarawan Islam Yang Berani)

    Risaukan Pengkalan Pasir Sampai Lupakan yang Lain

    Setelah melayari beberapa halaman berita dan artikel, sekali lagi saya terbaca artikel yang saya kira menarik.
    Pagi tadi Khamis 15 Dis 2005 Buletin 7 pagi TV3 menyiarkan berita beberapa rumah setinggan yang kebanyakkannya dilihat orang Melayu telah dirobohkan semalam oleh pihak Majlis Perbandaran. Setinggan berikut ialah di negeri Selangor Maju iaitu di Puchong. Penduduk Melayu setinggan berkenaan malam tadi berteduh bawah plastik, ada warga tua sebatang kara, ada warga tua yang tergantung tiub air kencing saya rasa, ada yang bayi dua bulan sedang didukung dalam hujan. Apa yang menarik komen pemberita “KELIBAT WAKIL RAKYAT TIDAK KELIHATAN”

    Tahniah kepada TV3 yang mengutarakan masalah penderitaan rakyat tanpa mengenal batasan sempadan politik wakil rakyat dan pengundi tempat berkenaan. Inilah pertama kali saya lihat TV3 menyiarkan penderitaan rumah setinggan dirobohkan. Apakah wujud perobohan rumah setinggan di tempat lain bagi mewujudkan setinggan sifar di Malaysia ini ?

    Berita tadi diulang sekali lagi dalam Warta TV3 jam 1:30 tengahari
    Hmm, pada pendapat saya, Kerajaan Pusat perlu menyalurkan beberapa dana 'serta-merta' kepada Selangor juga (bukan setakat Pengkalan Pasir). Apa pendapat anda? Mereka sibuk dan risaukan Pengkalan Pasir semata-mata sampai terlupa Negeri yang mereka sendiri pegang. Menarik bukan?

    Wallahualam...

    (rujuk Tahniah TV 3 bangkit isu setinggan Selangor dirobohkan )

    Kekejaman Seorang 'Guru'


    Tatkala menyemak berita online pada pagi ini, saya terkesima memandang gambar di atas yang disiarkan oleh Utusan Melayu Online . Betapa tidak berperikemanusiaannya seorang guru. Tindakan ini secara tidak langsung akan mencemarkan institusi perguruan negara. Saya mengharapkan hukuman yang setimpal dikenakan. Dan saya juga menantikan ulasan daripada Menteri Pelajaran berhubung kes ini.

    Wallahualam.

    (Rujuk Murid dikelar gagal jawab soalan guru tuisyen )

    Thursday, December 15, 2005

    UMNO-Israel; Pakatan atau Kebetulan?


    Gambar yang menunjukkan bendera Israel berkibar di Bangunan PWTC, iaitu Bangunan UMNO sendiri. Apakah kaitan antara UMNO dengan Israel? Bukankah kita tidak mengiktiraf Israel serta mengutuk keganasannya ke atas umat Islam di Palestin dan seantero dunia? Atau mungkin ada agenda tersembunyi UMNO?

    Sekadar renungan dan pendapat. Menjijikkan mata yang melihat. Wallahualam... Anda menilainya sendiri.

    The Islamic Nation's Problem is That Muslims Do Not Work. The Zionist Gang Has Turned the Desert into an Oasis

    Berikut adalah petikan khutbah jumaat Sheikh Yousuf Al-Qaradhawi:
    We use trains and planes, but they are not our trains or planes. The (Westerners) manufacture them and export them to us. True, we can buy the most magnificent things in the world products for our homes and for ourselves. Our people can buy the most luxurious cars, Rolls-Royce or Mercedes 500 or 700, models S, M, and L with all the luxuries. We own them, but we don't manufacture them. We don't even produce a single nail in any of these cars. Others do this for us.

    The income of the entire Arab world, including the oil-producing countries, does not reach the that of a European country, such as Spain. Spain – let alone Germany, France, Britain, or Italy. Just Spain, which is at the bottom of the list of industrial countries... The income of the entire Arab world does not reach it. How come? Because we don't work, and if we do work, we don't do it professionally.

    They conducted a survey of the average time that a government employee spends working in a certain Arab country. The average was 27 minutes a day. 27 minutes! The rest of the time he drinks coffee, reads newspapers, and goes on errands here and there. Only a small number of people work. The rest do not.

    In the mid 1970s I went to Germany. We arrived during in the morning. I asked the guy who took me from the airport to the convention hall… As I was passing through the empty streets, I asked him how come the streets were not busy, like in our countries. He said: "People are at work." After 7 p.m. he took me back to the hotel, and the streets were empty. I said to him: "What's going on, the streets are empty again." He said: people are back home from work, and they are exhausted. All they want is to eat their dinner, watch the news, and then go to bed, because early next morning they have to wake up for hard work. They commute more than an hour to work and back, and spend an hour at lunch. They work non-stop.

    We are a nation that doesn't work. How can we develop if we don't work? When we do work, we don't do it professionally. We keep saying "Don't worry, later, later…" Islam teaches us to do things professionally. Doing things professionally is a religious duty. The Prophet said that Allah ordered to excel in everyhting. He imposed excellence and professionalism. Professionalism must be followed in everything. "If you kill, do it properly, and if you slaughter, do it properly." Even when killing, you must do well.

    Unfortunately, we do not excel in either military or civil industries. We import everything from needles to missiles. This is our nation. We still haven't manufactured an engine in our Arab countries. We assemble parts, but have no manufacturing industries. India has manufactured a car, and even a plane, while we still go around in circles like a bull in who turns a grinding mill or a water weal until it reaches exactly where it started.

    How come the Zionist gang has managed to be superior to us, despite being so few? It has become superior through knowledge, through technology, and through strength. It ahs become superior to us through work. We had the desert before our eyes but we didn't do anything with it. When they took over, they turned it into a green oasis. How can a nation that does not work progress? How can it grow?
    Hmm... Komen? Pernahkah anda mendengar khutbah sebigini di tempat anda? Mungkin pernah, tapi hanya sekali. Kerana selepas itu, khatib tersebut tidak akan dibenarkan berkhutbah lagi. Dasar Islam Hadhari mungkin....

    Wallahualam... (Thanks to Pakdi)


    Wednesday, December 14, 2005

    Kerajaan Pusat; Antara Amanah & Politik

    Hmm... Tiba² hati ini terdetik memikirkan kejahilan mereka yang berapa di 'pusat'. Mereka masih bingung membezakan antara amanah dan semangat politik kepartian. Ataupun media yang terlalu jahil dalam 'kebebasan bersuara'nya. Mula² diberi RM1.5 juta kepada untuk pembangunan pengkalan pasir (rujuk BN peruntuk RM1.5j selesai masalah rakyat Pengkalan Pasir ). Dan sekarang ditambah lagi RM5 juta, juga untuk pembangunan Pengkalan Pasir (rujuk Tambahan RM5j untuk DUN Pengkalan Pasir).

    Persoalannya, apakah hanya kerana kawasan itu diwakili oleh wakil yang sama parti dengan parti yang memimpin kerajaan pusat, barulah peruntukan diberi? Apakah hanya bila isu pilihanraya heboh, barulah badget diberi? Bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan rakyat hidup dengan aman damai dan selesa, tanpa mengira fahaman kepartian. Setelah terpilih, amanah perlu dilaksana tanpa pilih kasih. Yang menyedihkan, ia tidak berlaku sebegitu.

    Rakyat perlulah celik mata dan telinga. Jangan terus diperbodoh, dihina dan didusta. Apakah MELAYU begitu jahil berpolitik walaupun pada zaman globalisasi? Rakyat berhak merasai nikmat pembangunan, dan juga bebas mimilih parti politik yang diyakini.

    Dan kerajaan pula, perlulah adil dan bijak. Sekiranya betul ISLAM HADHARI menjana pembangunan negara. Buktikan dengan adil. Bukan dengan memberi badget pada wakil parti tertentu. Bukan dengan menubuhkan universiti di negeri tertentu. Dan bukan juga dengan megah menyatakan "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL" walhal itu adalah tanggungjawab setiap kerajaan. Tak kiralah BN, mahupun PAS.

    Sekadar pandangan... Wallahualam...

    (rujuk juga
    Apa nak jadi dengan duit 1.5 juta? dan Selangor Maju bawah BN?)

    Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps; Part 2

    Masih ingat tentang ulasan buku bertajuk "Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps"? Kali ini saya berhasrat menyambung ulasan buku tersebut. Jika sebelum ini saya menyentuh tentang kajian sains berkaitan dengan isu lelaki lembut dan gay, kali ini saya ingin bermula dari pengawalan buku tersebut.

    Dalam buku tersebut menjelaskan tentang fitrah kejadian lelaki dan wanita pada pandangan penulis. Analoginya; seorang lelaki itu, sekiranya pada zaman purba kala dahulu merupakan pencari makanan dan pelindung keluarga. Di mana sang lelaki akan keluar di pagi hari dan pulang pada petangnya dengan membawa hasil buruan.Manakala wanitanya akan kekal di rumah, menyediakan makanan, menghargai usaha suami, menjaga dan mengasuh anak etc.

    Ini bermakna, asal kejadian lelaki adalah untuk berburu serta menjaga keselamatan keluarga. Asal kejadian wanita pula adalah untuk mengasuh anak. Dan, ini menjurus kepada penjelasan mengapa lelaki dijadikan berbadan sasa dan mempunyai kemahiran teknikal, manakala wanita mempunyai sifat kasih sayang dan romantis.

    Fitrah ini disebabkan oleh sesuatu yang tidak terduga oleh pemikiran normal manusia; Bagaimana seseorang itu boleh menjadi lelaki mahupun wanita? Namun, hasil kecanggihan teknologi dan usaha gigih saintis berjaya meleraikan kekusutan tersebut, di mana telah membuktikan bahawa sifat kelelakian dan kewanitaan yang diterangkan di atas disebabkan gen² yang berada dalam diri manusia itu (bahagian ini telah dihurai dalam 'part 1' dahulu).

    Walau bagaimanapun, pertukaran zaman dan perubahan mentaliti masyarakat menyebabkan timbul keinginan utnuk mengubah fitrah tersebut. Sekarang wanita juga ingin menjadi 'pencari rezeki' dan ada lelaki yang menjadi 'pengasuh keluarga'. Perkara ini menyebabkan timbul beberapa masalah yang tidak pernah berlaku pada zaman dahulu kala.

    Suatu ketika dahulu, tidak pernah timbul masalah pergaduhan suami isteri disebabkan lelaki tidak memahami wanita dan wanita tidak memahami lelaki. Mengapa? Kerana lelaki melakukan apa yang fitrah baginya dan wanita juga begitu. Mereka tidak perlu memahami sifat dan sikap pasangan mereka. Bagaimanapun, sekarang, wanita melakukan kerja lelaki dan sebaliknya. Pertembungan ini menyebabkan berlaku perselisihan faham yang menjurus kepada perpecahan kelaurga. Tidak hairanlah mengapa kadar perceraian makin lama makin meningkat.

    Pasangan sekarang perlu memahami perbezaan antara lelaki dan wanita, bukan saja dari segi psikologi, tapi juga dari segi saintifik. Kurangnya kefahaman ini akan menyebabkan sering berlaku pergaduhan yang tak diingini. Oleh itu, saya berharap agar anda yang membaca, menambah kefahaman tentang perbezaan jantina ini melalui pembacaan, pengamatan etc.

    Insya-Allah dalam penulisan akan datang, saya cuba menghuraikan perbezaan tersebut dan beberapa tips yang boleh digunakan untuk mengawal keadaan. Sama² kita nantikan... Wallahualam...



    Tuesday, December 13, 2005

    Di Saat Aku Istikharah...

    Kisah menarik ini ku petik daripada blog seorang sahabat. Di mana beliau mendapat kisah ini juga dari seorang sahabat dan begitulah seterusnya. Saya sekadar cuba menambahkan peluang untuk berdakwah, moga lebih ramai yang dibukakan hati oleh ALLAH s.w.t.

    Wahai rakan-rakan sekalian.. disaat aku menyangka tiada manfaatnya cinta sesama manusia... tiada gunanya menyemai cinta... menagih cinta lelaki..tatkala itulah hadirnya si dia... ketika itulah aku temui kemanisan yang ada pada cinta... orang yang mencintai Allah... mengajak aku untuk turut mencintaiNya..sepenuh jiwa... kini kutemui Cinta Agung hanya pada Allah swt... kerana diri si dia pembimbingku... Ikutilah kisah dibawah...kisah hidupku! Di Saat Aku Istikharah....


    Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah... Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu... yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!

    Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...!

    Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....! Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan... menemani kesepian hatiku yang merayu minta diiisi segera dengan kasih lelaki....!

    Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu,menggesa...maka kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu!

    Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu... aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku keluarkan di telinga kanan!!!

    Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan... sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku!

    Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!

    Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku! Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak... sekadar menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja!

    "Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari... perbualan telefon antara aku dan si "A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal!

    Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi aku juga yang perlu hentikannya!

    Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikharahku... siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpiku malam itu...Ya Allah...dimanakah suamiku!

    Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa sebelum ini... tapi dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!

    Wajahnya, janggutnya... cahaya di wajahnya... Ya Allah! Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...!

    Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!"

    Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...! Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya...

    kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam... Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap sehingga ke hari ini...

    Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salah faham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini... Moga ia kekal selamanya...

    Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu... Tahun pertama, dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya dengan sehelai sejadah...

    Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku agama "Suami Idaman Isteri Solehah"... Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna... malah kupercaya, bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana!

    Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah....

    Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...! Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku...dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..! "Ya Allah...Andai dirinya tercipta untukku... menjadi milikku...Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat... Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!"

    Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah ini masih terbina kukuh... masih utuh...

    Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!! So, camne? Well, the point yang nak dibawa sebenarnya ialah, untuk mencari seseorang yang kita akan menghabiskan masa bersamanya selama hidup kita bukanlah satu perkara kecil. Dan bukan juga perkara yang perlu digesakan. Tak perlu nak cepat, sekarang ni bukan masanya lagi untuk kita berkasih dengan yang bukan muhrim. Perasaan memang susah nak dikawal, lagi kalau dah suka sama suka.

    Tapi, jangan lupa, setiap kali kita berdua tak kira di mana sekalipun, akan datang yang ketiga di celah kita dan itulah yang bernama syaitan. Kita tak nampak memanglah tak sedar. Makin lama makin hanyut dibuai perasaan. Sikit lama lama jadi bukit. Mula mula jeling aje, lepas tu dah mula pandang straight ke mata. Esoknya, berchatting tanya khabar. Lepas tu akan spend masa bersama. Ala, kitorang bukannya buat ape pon... stadi jee... , akan jadi antara alasan yang digunakan.

    Lepas selalu spend masa bersama, tibalah masa untuk meluah perasaan. Ambuih indah sungguh perasaan masa tu. Kita tak nampak, tapi yang muncul di antara kita tadi tu akan terbahak bahak. Tak takut ke? Dah luah perasaan, dan bertukar pemberian... maka akhirnya macam lagi bermain di fikiran. Segalanya nak dilakukan bersama. Keluar ke KL, ambil gambar, makan, tengok wayang, gembiranya rasa diri. Ada orang beri perhatian, ada orang beri kasih sayang. Esoknya pulak, khabarkan pada kawan betapa bahagia hidup di samping insan tercinta. Dan letaklah gambar dalam friendster. Oh dunia, lihatlah aku bersama si dia!

    Entahlah, mungkin agak harsh ye dalam keluarkan pandangan, tapi.. itulah hakikat yang sebenarnya. Sampai bila, sampai bila kita nak ber"couple" ? Sedang umur baru menjejak 20, sedang diri sendiri tak boleh diurus. Sedang pelajaran masih lagi terkapai. Sedang keluarga di rumah tak disayangi sepertimana menyayangi si dia. Apakah itu hipokrit? Atau adakah itu yang dinamakan cinta setia? Atau cinta nafsu? Fikir fikir lah....

    Set yur priorities in life, capai segala cita yang diimpi. Ini tak, baru diuji sikit, contoh macam tetiba ade orang nak approach kita, teruslah kita terhegeh terima orang tu. Bersabarlah, akan datang satu masa nanti insya Allah untuk benda macam ni. Lagipun, untuk bersama dengan seseorang yang menyayangi kita bukanlah tujuan utama kita kat dunia ni kan? Ia cuma salah satu nikmat aje. Kalau beruntung, dapatlah yang mendekatkan kita pada Allah, tapi buatnya dapat yang asyik nak berhibur bersuka lupa pada akhirat.... alamatnya kita pun ikut sekali. Dapat share sama.

    Cuma, yang nampak pelik ialah, kenapa kita ni, dahagakan sangat kasih dari yang bukan muhrim tu? Kasih dari Allah yang melimpah ruah tu tak nak pula dijaga sebaiknya? Bukan apa, kita mengejar sesuatu yang tak pasti. Sedangkan kasih Allah tu dah tersedia depan mata. Terpulang pada kita sama ada nak terima atau tidak. Dan betullah kata Tun, tidak ada istilah couple dalam Islam. Dulu aku pun cam tak berapa nampak ape lah salahnya kan... tapi! Once you see your priorities in life and once you notice how Allah loves you more than anything else, you'll see the truth.

    Maaflah andai ada yang terasa hati, tapi inilah hakikat yang kita semua perlu tau dan sedar. Maaf banyak sekali lagi, bukan niat nak memburukkan sesiapa, cuma nak korang berfikir. Apakah yang sepatutnya dilakukan sekarang. Wal akhiran, hayatilah kata kata ini...Pandanglah dengan hati, kerana pandangan hati itulah hakiki, andai hati itu bersih...
    Kisah yang cukup menarik untuk dibaca dan dihayati. Janganlah hanya menghayati, tapi implikasi untuk kebaikan diri. Kepada tuan punya kisah, jazakallah khairan khasiran...

    Monday, December 12, 2005

    Tun Dr.Mahathir kembali lantang...

    Sekadar berkongsi info dengan para pembaca. Berita yang kebetulan saya terbaca dalam suatu laman berita online dan juga blog sahabat saya. Anda boleh merujuk kepada link di bawah:
    1. Tun Dr Mahathir bidas anggota Umno
    2. Kerajaan tak boleh kuat sangat
    Pendedahan yang cukup berani dan sepatutnya diberi pujian. Dr.Mahathir masih lagi mengekalkan keberaniannya untuk menyelar dasar mana² kerajaan yang pada pandangan beliau salah.

    Semangat beginilah yang seharusnya ada dalam diri setiap wakil rakyat, tanpa risau kuasa politik mereka akan terganggu. Berani kerana benar. Katakan yang benar walaupun pahit dan mengundang risiko di dunia, insya-Allah di akhirat dijanjikan balasan yang lumayan.

    Walau bagaimanapun, persoalan yang agak menarik. Apakah Tun Dr.Mahathir sudah mahu berubah angin? Jika dahulu, UMNO sahajalah yang betul. Sekarang, nampaknya sudah terbit sinar² hidayah. Insya-Allah...

    Sekadar pendapat peribadi. Tak wajib betul, harus salah... Wallahualam.


    Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps; Part 1

    Kali ini saya berhasrat mengulas tentang sebuah buku yang sempat saya khatamkan sewaktu bercuti di rumah tempoh hari. Buku yang bertajuk "Why Men Don't Listan & Women Can't Read Maps" ditulis oleh pasangan suami isteri Allan & Barbara Pease. Buku ini mirip kepada buku "Men are from Mars & Women are from Venus" tulisan John Gray. Cuma bezanya, buku ini mengulas perbezaan antara lelaki dan wanita menurut kajian² saintifik yang dilakukan ke atas otak manusia.


    Sekiranya John Gray mengulas dari segi psikologi, buku ini memperkuatkan hujah John Gray dengan bukti dan fakta yang berjaya ditemui oleh ahli sains. Antara hasil kajian yang menakjubkan ialah kajian yang membuktikan bahawa pembentukan jantina dalam rahim ibu bermula sekitar minggu ke-4 hingga minggu ke-8 pengovulan. Namun, prosesnya yang cukup rumit ini tidak mampu difahami oleh pakar sains, membuktikan kekuasaan ALLAH dan kebijaksanaan-Nya.


    Kajian membuktikan manusia normal mempunyai 43 set kromosom di mana kromosam yang ke-43 adalah yang akan menentukan jantina seseorang itu. Sekiranya pasangan kromosom itu adalah 'XX' maka ia adalah perempuan, sebaliknya jika 'XY' ia adalah lelaki. Kromosom yang pertama daripada setiap set adalah daripada ibu manakala yang kedua daripada bapa.


    Ini bermakna, untuk mendapat anak lelaki, maka kromosom dari bapa memainkan peranan penting. Dan sekiranya dilihat daripada set 'XX' dan 'XY', kita dapat melihat bahawa 'jantina' asal setiap manusia adalah perempuan disebabkan kromosom 'X' yang pertama. Dan sekiranya kromosom dari bapa juga 'X', maka jadilah ia seorang perempuan. Sekiranya 'Y' maka jadilah ia seorang lelaki.


    Sains membuktikan, bilamana kromosom ke-43 dari bapa bersatu dengan kromosom ke-43 dari ibu, maka proses penentuan jantina akan bermula. Dan proses ini mempunyai empat phasa. Dua phasa yang melibatkan otak (minda) dan dua lagi melibatkan fizikal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes dimana proses 'melelakikan' ini tidak terjadi dengan sempurna. Ini akan menghasilkan manusia yang lebih kewanitaan, ataupun istilah lain pondan, mak nyah, gay dll...


    Sains meletakkan hujah bahawa asuhan dari ibu bapa serta pesekitaran tidak memainkan peranan dalam menentukan tahap kelelakian mahupun kewanitaan seseorang itu. Sebaliknya, semua itu telah 'diprogramkan' sewaktu bayi berada dalam kandungan. Dan yang menarik, hujah ini telah dibuktikan melalui analisis dan kajian yang dilakukan ke atas beberapa pasangan.


    Berdasarkan hujah itu, mereka mengatakan golongan pondon/gay tidak pernah memilih untuk menjadi lembut sebegitu tetapi telah 'diprogramkan' sejak dalam kandungan. Mereka tidak dapat lari daripada menjadi lembut kerana berlaku 'kesilapan teknikal' sewaktu dalam kandungan. Oleh itu, kata mereka, golongan gay dan pondon ini perlu dihormati bukan dipinggirkan. Menarik bukan? Berita yang baik untuk golongan pondon/gay mungkin.


    Walau bagaimanapun, sebagai orang ISLAM, kita mesti meletakkan ajaran ISLAM yang MENGHARAMKAN seorang lelaki berkelakuan sebagai seorang wanita. Dan juga MENGHARAMKAN percintaan sejenis yang jelas diluar tabii manusia. Kajian saintifik tidak sewajarnya dijadikan pegangan utama kerana umat ISLAM perlu meletakkan AL-QURAN dan HADITH sebagi sumber utama.


    Ini antara isu menarik yang mampu saya kupas untuk penulisan kali ini. Insya-Allah sekiranya ada kesempatan, akan saya ulas beberapa isu lain yang dibincangkan. Saya meletakkan minat yang mendalam dalam kajian dan buku² sebegini kerana sebagai manusia, adalah menarik untuk belajar tentang diri kita sendiri; yang kadang kala kita sendiri tidak sedari.


    Ini sekadar ulasan dan pandangan dari saya, tak wajib betul, harus salah. Sekian...

    Sunday, December 11, 2005

    Cinta...

    Cinta....
    Hadirnya sungguh membahagiakan...
    Namun,kadang kala kita terleka...
    Seringkali kita mengejar cinta dunia...
    Cinta seorang kekasih...
    Namun, sedarkah kita akan cinta kepadaNya??
    Sejauh manakah cinta kita itu??
    Cinta manusia sering berubah...
    Cinta Tuhan,itulah yang hakiki...
    Renungkanlah...

    ---

    Sekadar dipetik daripada blog seorang teman yang cukup istimewa... (Please, no gossips!)

    Pilihanraya Pengkalan Pasir; Realiti Di sebalik 'Tragedi'

    Lama sungguh saya mem'bisu'. Seribu kemaafan saya pohonkan. Tidak terniat di hati untuk menyepi, tapi nasib diri yang tidak menyebelahi. Alhamdulillah, musim peperiksaan telah berakhir, kebetulan cuti semester saya juga seolah-oleh telah 'berakhir'... Hambatan amanah memaksa saya hadir ke kampus lebih awal daripada yang lain. Pengorbanan yang memeritkan, namun menjanjikan, insya-Allah, 1001 kenangan dan pengalaman, yang pasti bermakna untuk diaplikasikan.

    Saya tidak berhasrat berkongsi kisah² menginsafkan mahupun tips² kepemimpinan pada kali ini. Saya lebih berminat menyentuh 'tragedi' pilihanraya Pengkalan Pasir yang telah berlalu pada 6/12/2005 yang menyaksikan perlawanan sengit antara 3 pihak (walaupun secara realiti, hanya 2 pihak yang kelihatan berentap hebat).

    Saya cuba menjadi seorang yang nuetral, dan tidak menyebelahi mana² pihak, cuma sekadar berkongsi pendapat sebagai seorang MAHASISWA yang keliru dan kecewa dengan status demokrasi negara. Malah boleh saya katakan, tahap politik negara amat kritikal dan mendukacitakan.

    Disebalik berita² 'sensasi' politik oleh akhbar² nasional tanah air, tersirat 1001 keperitan. Permainan politik dan tipu helah yang telah memperbodohkan rakyat Malaysia, yang kononnya menuju ke arah negara maju. Kenyataan tokoh² besar negara yang memaparkan realiti kebodohan diri mereka sendiri (rujuk sumber² alternatif). Saya kurang pasti adakah istilah 'tokoh' layak digunapakai untuk mereka, tetapi saya anggap majoriti rakyat berasakan begitu.

    Yang memelikkan, dimanakah kesedaran rakyat terhadap politik tanah air? Apakah sanggup rakyat Malaysia membiarkan pendidikan dipolitikkan? Ataupun pembangunan dianaktirikan semata² wakil rakyat di sesetengah kawasan adalah dari parti berlawanan? Walhal tanggungjawab penbangunan dan pendidikan adalah jelas dibawah kerajaan PUSAT (peruntukan terutamanya).

    Sekiranya tiada universiti di mana² negeri (sebagai contoh), ataupun secara amnya, sekiranya ada masalah sistem pembelajaran di mana² negeri. Maka adalah menjadi tanggunjawab kerajaan PUSAT untuk membaiki masalah tersebut. Tidak kiralah sama ada negeri itu dipimpin oleh parti yang sama ataupun berlainan. Dalam berkempen dan berpolitik, tidak ada salahnya wujud semangat kepartian. Tetapi bila mana masuk ke peringkat pemerintahan, sepatutnya tidak wujud semangat kepartian sebegitu. Amanah sama dipikul.

    Apa yang berlaku jelas menggambarkan kejahilan mereka yang berada di posisi pemimpin untuk memahami konsep amanah, walaupun dipimpin oleh cucu seorang ulama, walaupun diperkenalkan konsep Islam Hadhari etc. Persoalannya, bilakah rakyat Malaysia akan matang berpolitik? Dan bilakah pemimpin kita yang disayangi akan melayan rakyatnya seperti melayan orang yang berilmu?

    Pemimpin punya amanah untuk memimpin dan memajukan negara. Memastikan amar makruf nahi mungkur terlaksana. Dan rakyat bertanggungjawab memilih pemimpin yang mampu melakukan perkara tersebut. Saya tidak menyokong mana² parti, cuma saya menginginkan untuk hidup dalam suatu negara yang mengamalkan ISLAM sepenuhnya; agar dapat saya mengecapi kedamaian dan kemakmuran seperti yang dirasai pada zaman² pemerintahan khilafah dahulu.

    Akhirul kalam, ini hanya sekadar coretan pandangan. Tak wajib betul, harus salah.

    Wallahualam...