Sunday, February 26, 2006

Pengorbanan; Antara Perjuangan & Keluarga?

Kisah ini saya tujukan khas buat sahabat² seperjuangan. Saya yakin kita kadang-kala menghadapi situasi seperti dalam kisah yang ingin saya kongsikan ini. Sama-sama hayati dan insafi diri...
Bismillahirmahmanirrahim
Mohon Keampunan daripada Allah Tuhan yang Maha Perkasa.

Meneliti skrin laptop di lunch hour ini, terasa sungguh perit kepala dan seluruh badanku kerana symptom biasa yang kuhadapi. Dengan kerja di pejabat yang cukup banyak untuk diselesaikan sepanjang minggu ini, aku cuba menghimpunkan seluruh tenaga untuk melaksanakan tugas tugasku hari ini.

Sudah memang sedia maklum kepalaku ini akan mudah terasa sakit setiap kali badanku terlalu penat atau letih tak cukup rehat. Namun Alhamdulillah nasibku lebih baik daripada sahabat2 dan saudara saudaraku seagamaku di seluruh tanah air ummat Islam yang jauh lebih letih dan sengsara dihujani serangan dan tekanan daripada musuh2 Allah dan RasulNya.

Aku terfikir sendirian,mengapa terjadi begini pada diriku dalam seminggu dua ini? Banyak sangat ke kerja di pejabat tu? Berapa banyak lagi "work breakdown structure" yang belum terlaksana dan dimonitor? Byk sangat ke tugas2 itu sehingga terpaksa balik lewat malam atau kerja terpaksa dibawa ke rumah? Kenapa byk sgt sampai kena balik rumah pukul 2-3 pagi?

Aku mula mencari jawapannya. Bukan amanah tugasan pejabat yang kulaksanakan sehingga hampir lewat pagi itu. Bukan "Work Breakdown Structure" dan "Capability Maturity Model Integration Document" yang kutatap sehingga pagi. Rupanya aku hanya berjaga sehingga pagi itu hanya kerana untuk menampal poster "Menentang Penghinaan Kepada Muhammad Rasululllah SAW" di seluruh surau di kawasan ku. Arahan yang kudapati supaya dapat menghimpun sejuta ummat utntuk bersama sama pimpinan jamaah Islam untuk bangun menentang penghinaan kepada Rasulku.

Aah...mengapa lah aku menyusahkan diriku sehingga begini. Sehingga perit kepala di waktu hari ini untuk menumpu kembali tugasan di pejabat pada hari ini. Mengapa mesti sampai begitu?

Sekali lagi aku mendapat jawapannya. Mudah. Kerana tidak ramai manusia yang ingin dan sanggup menampal poster dan banner2 seperti itu. Kerana ramai kawan-kawanku mempunyai tugasan2 dan komitmen2 yang lebih penting untuk dilaksanakan. Aku ditarbiyyah untuk mendahulukan sahabat2 ku dalam soal ini.

Mungkin masa mereka untuk anak2, isteri dan keluarga dan tugasan2 penting mereka adalah jauh lebih berharga berbanding diriku ini. Mungkin masa bersama ibu tercintaku, yang hidup keseorangan dan perlukan perhatian daripada diriku kurang penting berbanding keperluan sahabat2 ku itu.

Semalam aku hanya sempat bersama ibuku 30 minit meluangkan masa menonton tv bersama. Dia terpaksa keluar mencari rezeki di waktu malam hari. Malam sebelumnya aku tidak sempat mencium tangan ibuku seperti biasa, kerana aku terpaksa bersama sahabat2 seaqidahku untuk membuat perancangan untuk mempertahankan Rasulullah SAW nanti.

Entah berapa kali agaknya dalam hidupku ini aku berhelah dengan ibuku dengan pelbagai helah, setiap kali aku terpaksa lewat pulang ke rumah. Setiap kali program2 yang kuhadiri itu memerlukan aku sampai lewat ke rumah.

Dan setiap kali itu jugalah ibuku menefonku bertanya pukul berapa nak balik ke rumah. Ayat2 sms mahupun call seperti "pukul berapa nak balik rumah?","kau ni takder rumah ke?"apsal tak angkat / tutup telefon?"

Hati ini cukup risau andai 2 lagi soalan yang tak mampu ku berikan jawapannya.

"Dah tak sayang mama ke? Dah benci sangat ke mama ada kat rumah ni sampai selalu sangat balik lewat2 malam" Andainya soalan ini yang muncul daripada mulut ibuku....pasti aku tidak tahu bagaimana harus ku jawab. Bukan aku tidak sayang, tetapi aku harus berkorban.

"Alaah..berkorbanlah sedikit." hatiku berdetik. Korban lah sedikit.

Rupanya aku mempunyai jawapan yang jauh lebih besar ertinya dalam hidupku. Jauh lebih penting daripada ibuku, daripada keluargaku, daripada sahabat2ku, daripada seluruh manusia di dunia ini...

Aku teringat satu kata kata daripada Rasulullah SAW yang menyebutkan "Tidak Beriman seorang mukmin itu sehinggalah ia mengasihi diriku lebih daripada dia mencintai anak2nya, hartanya dan seluruh manusia kesemuanya."

Aku tiba tiba teringat kisah Talhah Bin Ubaidillah, teringat pengorbanan Ziad Bin Sakan, Abu Dajanah, dan Ummu Nusaibah Binti Kaab disaat mereka menjadi perisai manusia yang gugur syahid hanya mempertahankan Rasulullah SAW disaat kegentingan Peristiwa Uhud di syawal tahun 3 Hijrah yang mashyur itu. Disaat mereka yang lemah imannya semua lari meninggalkan Rasulullah SAW dalam keadaaan terbuka menerima hujanan anak panah musuh di atas bukit, mereka ini tidak teragak agak menjadikan diri mereka korban.

Tiba tiba juga aku teringat bagaimana 'Ammarah Bin Ziad Al Sakan yang gugur syahid di atas pangkuan kaki Rasulullah SAW yang mulia itu. Mereka ini tahu, andai Rasulullah SAW mati dalam peperangan itu, Islam akan hancur kerana baru sahaja bertapak di bumi Madinah. Mereka lebih
pentingkan Rasulullah berbanding nyawa mereka.

Rupanya mereka lebih kasih kepada Rasulullah SAW berbanding diriku. Mereka lebih ikhlas dan membuktikannya secara praktikal bahawa mereka sanggup mati untuk mempertahankan jasad Rasulullah. Aku? tidak mungkin hingga ke tahap itu. Iman dan aqidah mereka jauh lebih mantap jika dibandingkan dengan diriku yang hanya perlu berjaga malam untuk menampal poster2 dan banner2 kecil itu. Sukar sangatkah bertahan menahan sakit di kepala jika nak dibandingkan dengan nyawa2 dan darah2 mereka?

Aku tidak ada peluang untuk mempertahankan jasad Rasulullah SAW yang kucintai tetapi aku berpeluang esok bersama seluruh ummat Islam yang dipimpin oleh jamaah Islam selepas jumaat untuk mempertahankan maruah Rasulullah SAW yang dihina oleh musuh2 Allah itu. Mungkin tindakan ku itu tidak sehebat tindakan para sahabat Rasululllah SAW itu. Dan aku yakin dengan kata2 Rasulullah SAW "Beruntunglah sesiapa yang mengasihiku disaat dia tidak dapat melihat jasadku dan hidup bersama sama denganku"

Aku mesti MEMPERTAHANKAN RASULULLAH SAW!!!!
Jadi anda bagaimana? Saya sendiri pernah berada dalam situasi begini, dan masih menghadapi hingga kini. Sama-samalah kita doakan moga perjuangan kita dipermudahkan-Nya.

Wallahualam...

Tuesday, February 21, 2006

Akhirnya, Tercapai Jua Cita²

Sidang pembaca sekalian, saya memohon maaf yang amat kerana gagal men'update' blog untuk begitu lama. Keadaan network yang terlalu teruk mengagalkan usaha saya untuk memasuki laman blogger. Insya-Allah saya akan berusaha untuk kembali membawakan isu² terkini lagi sensasi buat muhasabah bersama.

Sekian, nantikan daripada saya, insya-ALLAH...

Wallahualam....

Saturday, February 04, 2006

Tabung Bantuan Penyakit; Jawapan Soi Lek Tidak Bertimbang Rasa

Isu kesukaran untuk mendapatkan bantuan Tabuan Bantuan Penyakit sekali lagi heboh. Peruntukan tabung berkaitan yang tidak digunakan walaupun diberi peruntukan RM100 juta menimbulkan tanda tanya; adakah Kementerian Kesihatan terlalu memilih ataupun tiada pemohon yang layak? Walhal jika melihat kepada laporan media massa, banyak pihak mengadu memohon bantuan.

Kali ini isu ditimbulkan oleh Mohamad Arif Samsudin, 58, apabila terpaksa membelanjakan RM3.8 juta untuk membiayai kos rawatan anaknya. Duit tersebut hasil gadaian rumahnya, barang² kemas isterinya dan juga kerja² sampingan. Kos rawatan anaknya untuk sebulan menjangkau RM25000 untuk balang gas dan lain-lain.

Namun, bila isu ini dihebohkan, jawapan daripada Menteri Kesihatan agak mengecewakan dan bagi saya, kurang ajar.

KUALA LUMPUR 3 Feb. - ``Kalau dia boleh keluarkan belanja RM3.8 juta untuk rawatan anaknya, bolehkah dia ditakrif sebagai golongan tidak mampu?'' kata Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek.

Katanya lagi: ``(Walaupun terpaksa menjual rumah untuk mengumpul kos rawatan) kalau dia golongan tidak mampu, dia tidak akan ada rumah pun.

``Ini bukan soal birokrasi, ia adalah mengikut syarat ditetapkan kerajaan.''

Soi Lek berkata demikian ketika ditanya mengenai kes seorang pesara kerajaan yang gagal sebanyak tiga kali untuk mendapatkan bantuan Tabung Bantuan Penyakit (TBP) bagi membiayai kos rawatan anaknya yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi.

Kegagalan itu memaksa Mohamad Arif Samsudin, 58, menjual harta benda termasuk rumahnya dan menagih bantuan pelbagai pihak untuk merawat anaknya, Khadijah Hanim, 19, yang kini bertahan hidup atas bantuan ubat khas dan balang oksigen.

Apakah begini jawapan yang diharapkan daripada seorang MENTERI yang mewakili RAKYAT? Jumlah RM3.8 juta bukan jumlah yang sedikit.

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Bapa Khadijah Hanim, gadis yang menderita penyakit paru-paru gagal berfungsi menjelaskan, wang RM3.8 juta yang dikumpulkan untuk anaknya adalah perbelanjaan yang telah digunakan sejak tahun 1997.

``Ini bukan soal mampu atau tidak, seorang menteri sekali pun jika berada dalam keadaan saya, mereka pun tidak mampu menanggung beban ini,'' kata Mohamad Arif Samsudin, 58, yang menjawab alasan Kementerian Kesihatan yang meminggirkan permohonannya untuk mendapatkan pembiayaan Tabung Bantuan Penyakit (TBP).

Beliau yang ternyata kecewa dengan kementerian itu yang seolah-olah meminggirkan permohonannya atas alasan beliau seorang yang berkemampuan, berkata:

``Walaupun saya ada sedikit harta sebelum ini tetapi semuanya telah dihabiskan untuk membiayai kos rawatan anak saya sejak 1997.''

Menurutnya, beliau terpaksa `bergolok bergadai' sehingga menjual rumah dan barang kemas termasuk cincin perkahwinan, membuat pinjaman Mara dan Bank Rakyat serta berniaga sampai ke Singapura untuk mencari wang. (Sila lihat grafik)

Berita penuh - `RM3.8 juta dibelanja sejak 1997'
Tidak menghairankanlah sekiranya untuk tahun hadapan, Tabung Bantuan Penyakit masih tidak berjaya dipohon oleh mereka yang memerlukan. Kereneh birokrasi dan sikap menterinya yang kejam lagi tidak berhati perut amat mengecewakan. Saya berharap agar Pak Lah masuk campur juga dalam menyelesaikan hal ini. Biarlah rakyat diberi bantuan selayaknya. Janganlah terlalu kejam.

Bersama-samalah kita nantikan jawapan² daripada menteri² lain. Adakah mereka akan bertimbang rasa, ataupun sekadar manambahkan penderitaan Mohamad Arif Samsudin. Wallahualam.

Rujuk juga -
  1. Belanja RM3.8j, gagal mohon tabung penyakit kronik
  2. Sehari satu balang oksigen besar saya habiskan - Khadijah

Jejambat MRR2; Kata Putus Pak Lah Melegakan

Akhirnya, penantian rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar jejambat MRR2 terjawab. Perjumpaan antara beberapa pakar dengan Pak Lah dan Samy Vellu menjawab segala pertikaian yang timbul. MRR2 ditutup berkuatkuasa hari ini, setelah isu ini diperdepatkan banyak pihak.

Yang musykilnya, Samy Vellu mengatakan, suatu ketika dahulu (beberapa minggu lepas) bahawa MRR2 selemat untuk digunakan. Hujah itu berdasarkan hasil siasatan Halcrow yang dilantik khas. Walaupun terdapat keretakan, tapi MRR2 masih selamat digunakan. Itulah hujah Samy. Rujuklah keratan akhbar MRR2 selamat diguna.

Walau bagaimanapun, setelah isu ini menjadi makin hangat dengan kerisauan pelbagai pihak terutama pengguna, Pak Lah membuat keputusan bijak dengan menutup laluan MRR2, keputusan yang dinantikan oleh rakyat. Ini bermakna Samy Vellu seorang menteri yang tidak prihatin terhadap keselamatan rakyat, hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Syabas buat Pak Lah kerana sekali lagi mengambil langkah bijak (selepas langkah menolak pindaan Akta 121(A) tempoh hari). Saya melihat kemajuan yang ditunjukkan oleh Pak Lah sedikit sebanyak memuaskan hati. Moga Pak Lah terus kekal amanah dalam kepemimpinannya dan tidak tertipu dengan menteri² yang gilakan kekayaan dan dambakan kesenangan semata-mata. Wallahualam...

Rujuk juga
  1. Jejambat MRR2 ditutup -- Arahan PM selepas mendengar taklimat beberapa pakar
  2. Samy Vellu dicabar dedah laporan penuh syarikat perunding
  3. MRR2 boleh runtuh - Pakar
  4. Jejambat MRR2 tak selamat -- Kontraktor dilantik masih belum mulakan kerja-kerja pembaikan
---
Penulis ingin memohon maaf kerana tidak dapat meng'update' blog sekerap dahulu disebabkan semester yang telah bermula dan juga keadaan internet yang tidak stabil. Harap maaf.
---

Sunday, January 29, 2006

Ratu Muslim Vs Miss Universe; Mana Satu Pilihan Sang Lelaki?

Tatkala menyelak helaian akhbar Berita Minggu hari ini (29/01/2006), mata saya tertarik membaca tajuk berita Pertandingan Ratu Berasaskan Moral di Tatarstan, usaha mematahkan minat wanita ISLAM terhadap pertandingan Ratu Cantik barat. Suatu pertandingan yang pertama diadakan, khas untuk wanita ISLAM dimana jurinya adalah WANITA dan penontonnya juga hanya WANITA.

Aspek penilaian yang dititikberatkan bukan cara berjalan yang mengiurkan, bukan aksi berpakaian seksi lagi mengghairahkan dan bukan juga jawapan peserta untuk soalan yang ntah apa². Tetapi aspek penilaian Ratu Muslim ialah kecerdikan, peri laku sopan, menutup aurat, bertudung, pengetahuan tentang ISLAM, kebolehan menghafal Al-Quran dan menghafaz ayat suci, selain memasak dan menjahit. Menarik bukan?

Malah hadiah yang dijanjikan bukan mahkota bertatah intan permata. Bukan wang jutaan ataupun ribuan dollar. Bukan juga tiket pelancongan. Ratu Muslim hanya menjanjikan hadiah senaskhah Al-Quran, sijil pengiktirafan dan tiket penerbangan ke Mesir. Itu saja. Tak lebih tak kurang. Berminat untuk menyertainya?

Sekiranya anda berminat, lupakan saja... Pertandingan Ratu Muslim ini dimenangi oleh seorang Muslimat jelita lagi ayu berumur 17 tahun, Dilar Sadiqova. Katanya,
Saya menyertai pertandingan ini bagi menyampaikan mesej wanita ISLAM juga mampu berdiri pada landasan Pertandingan Ratu asalkan bermoral dan dihormati. Dengan cara ini juga, golongan bukan ISLAM boleh mendapat gambaran sebenar agama suci ISLAM ini

Saya tertarik kerana yang menganjurkan pertandingan ini adalah sebuah akhbar di Tatarstan, Akcharlak. Malah Tatarstan bukanlah satu negara ISLAM yang selalu mencipta nama seperta Malaysia mahupun Indonesia. Malaysia menjadi Pengerusi OIC, badan ISLAM paling besar di dunia kononnya. Indonesia menjadi negara paling besar populasi ISLAM. Tatarstan hanyalah sebuah negara di ceruk timur Eropah yang merdeka pada 30 Ogos 1990, baru 16 tahun! Kita sudah merdeka 49 tahun.

Lebih memalukan, Indonesia pernah menghantar wakil ke Miss Universe, Ratu Indonesia, Artika Sari Dewi. Gadis beragama ISLAM mewakili negara paling ramai umat ISLAM! Malah tindakan Artika dikecam ulama. Lalu berjanjilah si Artika untuk berpakaian mandi yang sopan. Lucu bukan?!

Di England pula, remaja Muslim Uzbekistan mencipta sejarah menjadi wanita ISLAM pertama dinobatkan Ratu Cantik England. Hammasa Kohistani, 18 tahun mewakili England dalam Miss Universe Disember lalu. Nasib Hammasa sama dengan Artika, mereka tewas tetapi berbanggan kerana mewakili wanita ISLAM. Cukup memalukan!

Bagi sang lelaki, tepuk dada tanya selera. Mana satu yang anda mahukan? Dilar, pemenang Ratu Muslim ataupun Artika dan Hammasa yang mewakili negara masing² dalam Miss Universe?

Tatarstan, sebuah negara ISLAM yang kecil dan baru mengecapi nikmat kemerdekaan sudah mampu mengadakan pertandingan Ratu Muslim. Malaysia negara ISLAM yang telah merdeka selama hampir 49 tahun dan menjadi pengerusi OIC. Tak cukup dengan itu, Malaysia melaksanakan dasar ISLAM HADHARI. Namun, bilakah akan ada Ratu Muslim di Malaysia?

Sama-samalah kita menantikan jawapan kepada persoalan tersebut. Anda yang menentukannya... Wallahualam...

Saturday, January 28, 2006

Kolej Kedua Belas Universiti Malaya; Memalukan Bangsa & Agama!

---
Sebelum 14 Januari 2006 -> Persiapan Minggu Aluan Siswa
14 Januari 2006 - 21 Januari 2006 -> Minggu Aluan Siswa + Persiapan Terakhir untuk EINIC 2006
22 Januari 2006 - 25 Januari 2006 -> EINIC 2006
26 Januari 2006 - [sekarang] -> Masa bersama keluarga
---

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, saya diberi kesempatan oleh ILLAHI untuk kembali menulis. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya ke salah satu pertandingan kejuruteraan peringkat nasional di mana saya melihat begitu banyak kepincangan berlaku akibat kesilapan pengurusan. Kepincangan ini sedikit sebanyak mengusarkan hati kami, para peserta yang sebahagian besar beragama ISLAM.

Tatkala sampai di Dewan Tunku Canselor, kami tidak disambut oleh usher daripada pihak penganjur. Kami tidak mengharapkan disambutpun kerana kami bukanlah VVIP mahupun VIP. Kami meletakkan barang² pameran di dalam booth kami dan membuat persiapan ala kadar. Pada petang tersebut (22/01/2006) diadakan satu simposium. Majoriti yang hadir adalah daripada kampus saya kerana kebetulan kami tiba beberapa minit sebelum majlis bermula. Peserta dari kampus lain kebanyakannya berehat di hostel, mungkin kepenatan.

Owh, ye, sebelum bergerak lebih jauh, EINIC merupakan singkatan untuk Engineering Innovation N Invention Challenge dan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kejuruteraan UM (Kalau tak silap saya...). Majoriti pelajar yang terlibat dalam organizing committee adalah Cina, hanya seorang sahaja yang berbangsa Melayu. Sesuatu yang memang dijangkakan memandangkan majoriti pelajar kejuruteraan adalah Cina. Yang Melayu banyaknya di bidang kesusasteraan.

Ok, kembali ke matlamat asal penulisan. Panjang pula mukadimah saya, ala² Ustaz Ismail Kamus lak. Setelah selesai simposium, kami menaiki bas ke hostel kami, iaitu Kolej Kedua Belas. Sekali lagi kami tidak di usher serta sesat beberapa ketika mencari tempat untuk mendaftar diri. Ketiadaan wakil pihak penganjur mahupun papan tanda agak mendukacitakan. Ada juga antara kami yang agak berang dengan kelalaian pihak penganjur. Penantian selama 30 minit lebih berakhir setelah saya menelefon wakil pihak penganjur.

Melihat kepada ketidak-profesionalism pihak penganjur, antara lainnya adalah dari segi pemakaian. Hampir kesemua mereka memakai baju berleher bulat dan kebanyakan berseluar jeans. Menampakkan ketidak-seriusan mereka dalam menguruskan acara yang kononnya peringkat nasional. Malah ada antara mereka yang berpakaian mencolok mata hingga menyukarkan kami menjaga pandangan. Penggunaan bahasa oleh pemberi taklimat juga sedikit sebanyak menambahkan berang kami. Bahasa yang agak keras seolah-oleh tidak mengalu-alukan kedatangan kami ke UM.

Berbalik kepada masalah di hostel. Setelah mendaftar diri, kami dibawa menaiki lif ke tingkat 6. Yang peliknya, lif untuk lelaki dan perempuan tidak diasingkan. Kami kebingungan. Adakah kami akan menginap di blok yang sama? Kami cuba menepis pra sangka buruk. Apabila sampai di bilik, kami membuka pintu belakang, dan alangkah terperanjatnya kami apabila melihat bilik peserta perempuan bersetentang dengan bilik kami. Bagaimana pihak penganjur boleh meletakkan kami dalam blok yang hanya bersetentang?

Itu baru sedikit, apabila tiba waktu makan malam, kami sempat bertanya kepada peserta perempuan dari hal bilik mereka dan kelengkapan yang diberikan. Mereka mengadu tentang kewujudan pelajar lelaki UM yang mandi di tandas mereka. Sesuatu yang menimbulkan marah di hati dan menjengkelkan sekali. Setelah diselidiki, barulah kami tahu, blok hostel tersebut bercampur lelaki dan perempuan untuk tingkat ke-6 manakala tingkat ke-7 semuanya perempuan.

Pelik, tapi benar. Realiti yang sukar diterima akal. Bagaimana boleh lelaki dan perempuan diletakkan dalam satu hostel, satu blok yang sama? Malah menggunakan tandas yang sama? Ini merupakan suatu UNIVERSITI TEMPATAN, bukan LUAR NEGARA. Tak usahlah pelik sekiranya gejala sosial bertambah, terutamanya kes anak luar nikah. Pihak universiti langsung tidak ambil peduli tentang keselamatan mahasiswi dengan membiarkan mereka tinggal seblok dengan mahasiswa. Malah melalui pengamatan penulis, lelaki dan perempuan bebas keluar masuk pintu yang sama.

Bertambah menyedihkan, pihak penganjur langsung tidak sensitif dengan perasaan dan budaya bangsa MELAYU dan ISLAM. Kami tidak rela tinggal bercampur lelaki perempuan. Malah di luar negara sekalipun, ada hostel yang mengasingkan jantina. Mengapa tidak di UNIVERSITI MALAYA? Alasan yang diberi, hasil penyiasatan penulis, ialah ketiadaan bilik kosong untuk pelajar perempuan. Penyelesaian mudah pihak universiti, letakkan baki pelajar perempuan di blok pelajar lelaki. Tindakan berani tapi BODOH!

Maaf sekiranya penulisan ini menyentuh hati mana² pihak. Saya merasakan kesilapan sebigini tidak sepatutnya berlaku di mana-mana universiti tempatan. Semua pihak seharusnya peka kepada sensitiviti setiap bangsa dan agama.

Alhamdulillah, pihak universiti saya prihatin dengan keselamatan kami setelah kami membuat aduan beramai-ramai. Akhirnya kami dipindahkan ke hotel di PJ. Biarpun terpaksa mengeluarkan belanja lebih, tapi ia berbaloi demi keselamatan kami.

Penulisan ini tidak berniat memalukan mana-mana pihak. Tetapi sekadar untuk menyedarkan semua pihak bahawa kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran beberapa universiti tempatan. Yang peliknya, di mana MPP UM yang gah memperjuangkan aspirasi kerajaan? Sanggup mereka membiarkan 'rakyat' dalam bahaya yang nyata...

Buat pembaca budiman, renungkanlah penulisan saya ini. Sama-samalah kita menegur pihak yang melakukan kesilapan. Moga dapat diperbaiki untuk kebaikan bersama. Wallahualam...

Saturday, January 14, 2006

Berehat Seketika....

Saya ingin memohon maaf kepada para pembaca budiman kerana saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog saya untuk beberapa ketika kerana kesibukan dengan gerak kerja dan taklifan yang dipegang. Insya-Allah saya akan cuba menggunakan masa terluang untuk kembali mencoret di blog ini seberapa cepat yang boleh. Maaf... Maaf... Maaf...

Wallahualam...


Wednesday, January 11, 2006

Isu Pindaan ke Perkara 121; Apa Pendirian Pak Lah?

Tatkala ramai mengucapkan kesyukuran dan lega dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuan Kaliammal (Isteri Mohamad Abdullah, rujuk Kes Jenazah Koperal M.Moorthy; Alhamdulillah!), ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan mencadangkan pindaan ataupun pemansuhan ke atas Perkara 121 yang mengatakan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.

Mereka bermain dengan isu kebebasan beragama dan hak ke'samarata'an antara berbilang agama. Malah DAP sendiri telah mengada persidangan meja bulat khas untuk membincangkan perkara ini (rujuk Apa Muslihat Persidangan Meja Bulat DAP di Parlimen). Selain itu, beberapa NGO bukan ISLAM turut menghantar memorandum bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, sekali gus memohon Perkara 121 dipertimbangkan semula (rujuk ::Roslam SMS Corner).

Bila perkara ini dibawa ke Parlimen, beberapa komen diberikan oleh pemimpin-pemimpin ISLAM yang kita sayangi dan kita harap akan mempertahankan ISLAM.
Menteri di JPM Nazri Azizi menyatakan perkara tersebut telah dibincangkan secara PANJANG LEBAR semasa mesyauart cabinet Rabu lalu

Kabinet TIDAK membincangkan secara mendalam perkara tersebut - Radzi

Inilah yang saya sebut sebagai PERTUKARAN AGAMA YANG TIDAK TELUS. Dan ianya akan mencetuskan masalah besar kepada anggota keluarga - Menteri di JPM Dr Maximus Ongkili
Saya tak pasti apa pandangan anda dalam mendengar ulasan pemimpin yang saya paparkan di atas. Wujud percanggahan kenyataan antara Radzi dan Nazri, sukar ditentukan mana satu yang berbohong. Rujuk pula komen Pak Lah, pelopor ISLAM HADHARI...

"Banyak yang fikir, perlu diperjelaskan soal undang-undang dan perlembagaan supaya tidak ada kekeliruan yang timbul. Soal apa tindakan yang perlu kita ambil dari segi undang-undang itu adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, yang penting kita bagi keadilan kepada semua.

"Dalam apa jua tindakan kita hendak ambil, kita perlu berhati-hati supaya nanti tidak berlaku sebarang tindakan yang menyalahi kepercayaan kaum-kaum yang tidak seagama dengan kita,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Kubang Menerong di sini, hari ini.
...
Mengulas lanjut, Abdullah mengakui bahawa hak untuk setiap rakyat yang menganut sebarang agama harus dihormati dan meminta mereka supaya mengamalkan sifat saling menghormati, bekerjasama dan bermuafakat bagi mengekalkan keharmonian negara.

(Rujuk - Perjelas hal tukar agama -- Masih ada kekeliruan dalam undang-undang sedia ada - PM)

Itu kenyataan seorang yang kononnya memperjuangkan ISLAM. Risau saya bila melihatkan Pak Lah seolah-oleh ingin memenangkan 'kebebasan beragama' dan kelihatan seperti ingin meminda perkara 121. Ini kenyataan seorang peguam syarie yang bercanggahan dengan pendapat Pak Lah...
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara mengenai tukar agama telah termaktub dalam undang-undang sedia ada. "Kalau kita lihat, Mahkamah Tinggi juga telah membuat keputusan iaitu kes tukar agama dari agama bukan Islam kepada Islam adalah terletak di bawah Mahkamah Syariah...ini sudah jelas,'' kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengenai banyak perkara dalam perlembagaan yang kurang jelas dan perlu diperbaiki terutamanya berkaitan konteks tukar agama.

Zainul Rijal berkata, bukan sahaja Mahkamah Tinggi yang memutuskan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam hal-hal berkaitan agama Islam tetapi juga Mahkamah Sivil.

"Kalau kita lihat ini, ia sudah jelas. Cuma ia dipertikaikan bila ada pihak yang masih tidak berpuas hati,'' katanya.

...

Sementara itu, Profesor Salleh Buang menyifatkan ia sebagai langkah ke belakang jika kerajaan ingin meminda Perlembagaan yang berkaitan menukar agama bukan Islam kepada Islam.

Dahulu, katanya, Mahkamah Syariah dibayangi Mahkamah Sivil sehinggalah pada tahun 1998 yang meletakkan Mahkamah Syariah sebagai satu mahkamah yang berkuasa dalam soal agama Islam tanpa campur tangan Mahkamah Sivil.

``Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini, nanti orang marah tetapi apa yang penting ialah adakah kita (orang Islam) mahukan Mahkamah Syariah dibayangi oleh Mahkamah Sivil,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya sebarang pindaan dalam konteks tukar agama membabitkan orang bukan Islam memeluk agama Islam mesti mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

(Rujuk - Peguam perjelas soal tukar agama)

Kedua-duanya sependapat untuk pertahankan Perkara 121, cuma bezanya, ada cadangan untuk membawa kepada Majlis Raja-raja. Persoalannya, apakah Majlis Raja-raja yang biasanya menurut kata-kata PM akan mempertahankan maruah ISLAM? Mereka bukannya orang yang AHLI dalam bidang agama. Mengapa tidak terus merujuk ALIM ULAMAK? Dan dimanakah suara ULAMAK dalam menyuarakan tentang soal ISLAM ini?

Harapan saya, sama-samalah kita berdoa agar maruah ISLAM terus terbela. Agar pemimpin kita diberi HIDAYAH oleh ALLAH untuk mempertahankan maruah ISLAM. Kes Mohamad Abdullah memberi satu impak yang besar kepada padangan dan pemikiran masyarakat Malaysia. Apapun, kita seharusnya yakin bahawa terdapar seribu satu hikmah ILLAHI sebalik tragedi ini. Sama-samalah kita berdoa untuk kemenangan ISLAM... Wallahualam...

Sunday, January 08, 2006

Ariel Sharon Berjasa pada Palestin; Astora Jabat Gila?

Astora Jabat sekali lagi menggemparkan rakyat Malaysia dengan penulisannya yang dibayangi kejahilan, kefasikan dan kesesatan. Astora Jabat (laknatullah) merupakan penulis tetap dalam ruangan Bicara Ahad (dahulunya Bicara Agama) untuk akhbar Mingguan Malaysia. Astora selalu mengulas isu-isu sensitif melibatkan agama dengan akalnya yang singkat lagi jahil.

Kali ini, Astora mengulas tentang Ariel Sharon laknatullah dengan mengatakan si penjenayah perang yang sedang nazak itu telah berjasa buat negara Palestin. Sharon yang terkenal dengan keganasannya terhadap umat ISLAM terutama di Palestin boleh dikatakan berjasa oleh si keparat Astora.

Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel yang paling jahat berbanding mana-mana perdana menteri Israel yang lain kerana dia adalah penjenayah perang dan pengganas, tetapi pada waktu yang sama dia juga merupakan pemimpin negara yang paling berjasa kepada bangsa Palestin, umat Muslim dan umat manusia di seluruh dunia.

Ini disebabkan penglibatan Sharon dalam usaha mengurangkan ketegangan berpanjangan di rantau Asia Barat yang menyebabkan meletuskan beberapa perang menggemparkan seluruh dunia itu melalui tindakan berani berundur dari Gaza dan merancang akan mengundurkan diri dari Tebing Barat pada masa akan datang. Usaha Sharon berhasil, manakala usaha pemimpin-pemimpin Yahudi hanya setakat rancangan di atas kertas sahaja.

...

Mereka sama sekali tidak akan melihat apa jua perbuatan baik Sharon kecuali dari sudut negatif belaka walaupun perbuatannya itu menguntungkan mereka dan bangsa Palestin. Ini kerana terdapat fahaman stereotaip telah membudaya dan tertanam dalam pemikiran masyarakat Arab bahawa orang Yahudi mesti jahat dan mereka tidak mungkin menjadi orang baik.

Padahal orang Yahudi sama seperti semua bangsa dan penganut agama lain di mana ada yang baik dan ada yang jahat. Dalam al-Quran sendiri ada menyebut tentang orang Yahudi yang jahat dan pada waktu yang sama wahyu Allah itu juga ada menyebut tentang orang Yahudi yang baik. Begitu juga al-Quran menyebut tentang orang Arab, yang ada baik dan ada yang tidak baik.

...

ecara umumnya di negara-negara Arab berlaku keadaan perasaan menguasai akal dengan ketara. Lalu purata penduduknya menyambut masalah kesihatan yang dihadapi Sharon itu dengan sorak-sorai kerana gembira. Padahal pemimpin Yahudi yang merupakan pengganas yang paling jahat itulah satu-satu pemimpin Yahudi yang berani mengambil keputusan berundur dari Gaza dan merancang akan berundur dari Tebing Barat secara berperingkat dengan meninggalkan Baitulmaqdis dan blok-blok penempatan Yahudi tertentu di wilayah itu di tangan Israel.

Mereka menggelarkan Sharon sebagai drakula, Hitler Yahudi, penyembelih, bulldozer dan macam-macam. Penulis tidak menganggap keterlaluan menggelarkan Sharon begitu kerana betul pun dia kuat membunuh orang Palestin, tetapi tindakannya berhubung perdamaian boleh dinilai.

Di antara perkara yang menjadi hambatan dan halangan orang Arab tidak dapat menilai Sharon selain banyak jenayah yang dilakukan ke atas bangsa Palestin dan bangsa-bangsa Arab lain termasuk penyembelihan di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 ialah penyerahan kuasa pentadbiran wilayah kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) secara terbatas, Baitulmaqdis dikekal di bawah Israel.

(Artikel penuh - Sharon pengganas yang berjasa kepada Palestin)

Sepintas membaca tulisan Astora, terasa ada benarnya. Tapi sanggupkah kita untuk mengatakan Sharon BERJASA? Adakah dengan beberapa langkah pengunduran (yang sekadar lakonan itu), dunia sudah mampu memaafkan Sharon?

Apa pun Sharon akan `dikenang' sebagai orang yang mempunyai `jasa baik dan buruk' kepada Israel dan Palestin.

Pada masa yang sama banyak `dosa' yang akan diingati oleh masyarakat dunia khususnya di kalangan masyarakat Islam lebih-lebih lagi dalam peristiwa Sabra dan Shatila.

Sharon muncul sebagai `orang lama' yang mempunyai banyak peranan dalam kerajaan regim zionis itu.

Beliau memulakan kariernya dalam tentera pada usia muda apabila menyertai unit komando utama Israel - Haganah. Unit ini bertanggungjawab melakukan keganasan dan serangan sehingga memaksa penduduk Palestin meninggalkan kediaman mereka.

Pada tahun 1953, beliau mengasaskan Unit 101, sebuah unit tentera berasaingan yang melancarkan beberapa serangan merentasi sempadan Israel terhadap pelarian dan perkampungan Palestin.

Beliau mengetuai unitnya itu untuk melancarkan serangan terhadap penempatan Badwi di Al Auija, yang membunuh berpuluh-puluh penduduk.

Pada tahun yang sama beliau menyerang Kampung Qibya di Jordan. Dalam serangan itu, Sharon yang mula dikenali dengan kekejamannya telah mengarahkan anggota bawahannya supaya meletupkan bangunan, memusnahkan pintu dan tingkap rumah penduduk sebelum melontarkan bom tangan. Akhirnya serangan itu mengorbankan 69 orang awam, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak.

Siasatan yang dijalankan menunjukkan rumah yang dikatakan tidak berpenghuni itu ditembak berulang kali. Mayat bergelimpangan dan ini menyebabkan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bansga Bersatu (PBB) menyatakan mustahil Sharon tidak tahu rumah berkenaan didiami.

Sharon meneruskan dasar tidak berperikemanusiaannya pada 1971 melalui program `penawanan Gaza'. Beliau mengambil tindakan meletupkan rumah orang awam, menyeksa dan memenjarakan beratus-ratus penduduk Palestin.

Pada 1977, beliau diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian setelah menyertai parti Likud pimpinan Menahem Begin yang memenangi pilihan raya umum Israel. Antara tugasnya ialah beliau bertanggungjawab terhadap penempatan haram Yahudi di Palestin.

Pada masa yang sama beliau juga menjadi penyokong kuat Gush Emunim, pergerakan agama Yahudi yang mendesak supaya menyekat penubuhan sebuah negara Palestin dan memperluaskan penempatan haram.

Sikap kejamnya lebih terserlah apabila dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Pada awal 1982, beliau merancang melakukan pencerobohan terhadap Lebanon menerusi dasar `Keamanan untuk Galilee'. Beribu-ribu tentera ditempatkan di sempadan supaya menceroboh negara jiran itu.

Dalam serangan itu, tentera Israel melalui udara dan darat memusnahkan sebahagian Lebanon dan membunuh 14,000 orang awam.

Pada 12 Ogos tahun yang sama, tentera Yahudi itu sekali lagi melancarkan serangan meriam besar-besaran selama 11 jam ke atas Lebanon yang mengorbankan kira-kira 500 penduduk tempatan dan pelarian Palestin. Kejadian ini dikenali sebagai `Khamis Hitam'.

Sharon tidak puas dengan tindakan itu apabila sebulan kemudian mengarahkan tenteranya menyerang Beirut dengan alasan kononnya mahu mengusir 2,000 pejuang Palestin di bandar raya itu.

Beliau juga mengarahkan serangan terhadap kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila pada 16 September. Serangan bermula pukul 6 petang itu berakhir pada 8 malam 18 September 1982. Kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman itu. Ramai wanita diperkosa dan diseksa sebelum dibunuh. Inilah kekejaman yang dianggap paling dahsyat dilakukan oleh Sharon. Dan dunia tidak akan melupakan `dosa' besar ini sama ada semasa Sharon masih hidup atau sebaliknya.

(Artikel penuh - Damai Palestin - Israel tidak menentu)

Nah! Sebagai seorang ISLAM, saya tidak sekali-kali akan mengatakan Sharon BERJASA kepada Palestin. Selagi tanah Palestin belum kembali menjadi milik ISLAM, selagi Baitulmaqdis tidak dipulangkan kepada yang HAQ, selagi penindasan tidak dihentikan, selagi Sharon tidak dihukum, selagi itulah Sharon tetap seorang pengganas.

Sharon menyebabkan beribu-ribu orang terbunuh, kehilangan maruah, tempat tinggal, terseksa dan sebagainya. Bagaimana anda sebagai seorang ISLAM mampu untuk mengatakan orang yang telah menyeksa SAUDARA SEISLAM kita di Palestin sebagai BERJASA? Sharon manusia laknatullah yang tidak layak digelar manusia, apatah lagi berjasa.

Cuba anda hayati penyeksaan yang dilakukan ke atas seorang MUSLIMAH dengan membaca Surat Fatimah... ini. Jika anda sanggup mengatakan Ariel Sharon BERJASA... Saya pasti, ada sesuatu yang tidak kena dengan HATI anda... Wallahualam...

Pendidikan Alat Politik BN; Benarkah?

Satu lagi isu untuk dikongsi bersama... Sekadar dipetik daripada TranungKite namun mempunyai hubungan dengan post saya sebelum ini.
"Seminggu sudah sekolah bermula. Bermacam ragam dapat dilihat dr kanak2 yang ke sekolah. Tidak ketinggalan juga ibubapa dan guru. Namun di Kelantan terutama Pasir Mas, suasana bercampur baur dihadapi oleh guru. Episod pertukaran guru ke kawasan pedalaman (Hulu Kelantan) bermula kembali. Sepanjang minggu ini kisah guru2 yang ditukarkan atas dasar politik rancak diperbincangkan, apalagi ia melibatkan jumlah yang agak besar. Saya difahamkan seramai 50 orang kesemuanya di sekitar Pasir Mas.

Dendam politik yang tak pernah padam dari parti yang kalah (walaupun diisytiharkan menang) nampaknya semakin menggila. Kali ini yang menjadi korban bukan sahaja guru yang secara jelas bekerja utk PAS dlm Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir yang lalu, malah mereka yang hanya duduk di rumah, masjid dan sekolah juga turut menjadi mangsa tanpa melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti parti.

Lebih malang lagi, ada beberapa org ustaz yang tempoh perkhidmatannya hanya tinggal 3 atau 4 tahun sahaja lagi sebelum pencen turut menjadi mangsa. Tumpuan tempat pertukaran kali ini adalah ke sekitar Gua Musang dan Kuala Krai.

(Artikel penuh - Episod Pertukaran Guru Pengkalan Pasir Bermula Kembali)
Nah, bukankah benar jangkaan saya bahawa BN sedang memperalatkan pendidikan untuk kejayaan politik sempit BN? Apatah lagi tatkala Hishamuddin memegang kuasa. Habis Pemuda UMNO dianggapnya sebagai Kementerian Pelajaran. Sama-sama kita insafi... Wallahualam...

Sekolah Agama Rakyat; Agenda Poltik BN?

Saya tertarik membicarakan status sekolah agama rakyat (SAR) yang sewaktu pemerintahan Tun Dr. Mahathir telah dihentikan bantuan perkapita (atas sebab² kononnya pelajar di SAR dihasut untuk menentang kerajaan). Apakah benar dakwaan tersebut yang sehingga kini masih tidak dapat dibuktikan? Alhamdulillah kerajaan ISLAM HADHARI pimpinan Pak Lah telah memutuskan untuk menyambung kembali bantuan per kapita kepada SAR...

Namun, yang merunsingkan saya, apakah ikhlas niat kerajaan sekular BN untuk menyambung bantuan tersebut? Ataupun sekadar gimik politik? Saya merasakan ia suatu tindakan politik kerana jika merujuk akhbar Utusan Meloya, berita tentang SAR ini diletakkan dalam bahagian POLITIK bukan bahagian PENDIDIKAN ataupun bahagian² lain. Juga rujuk sedutan artikel tersebut...

KOTA BHARU 7 Jan. - Kerajaan Kelantan pimpinan Pas diminta tidak menyekat usaha Kementerian Pelajaran memberi penerangan kepada 87 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 18 Sekolah Agama Negeri (SAN) di negeri ini mengenai kelebihan mendaftar sebagai sekolah agama bantuan kerajaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Annuar Musa berkata, langkah tersebut adalah perlu bagi memudahkan ahli lembaga pengelola sekolah membuat keputusan sama ada menerima tawaran kementerian terbabit atau sebaliknya.

...

Menurut Annuar, UMNO Kelantan sedang mengkaji kemungkinan menganjurkan kempen penerangan bagi membolehkan pentadbir sekolah terbabit mendapat maklumat yang jelas.

``Saya juga sudah mengarahkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk turut memberikan penerangan kepada ibu bapa mengenai kebaikan langkah tersebut,'' ujarnya.

Apakah kaitan Badan Perhubungan UMNO dalam hal ini? Mengapa Anuar Musa yang terhegah² buat rajin? Dan kenapa UMNO Kelantan yang perlu memikirkan soal SAR ini? Biarkanlah pendidikan tidak dipolitikkan, apatah lagi pendidikan ISLAM. UMNO masih terus menampakkan kebodohan dan kejahilan pemimpin mereka.

Sampai bila Malaysia akan terus begini? Semuanya ingin dipolitikkan sampai anak² yang tidak mengerti apa-apa menjadi mangsa. Biarkan ISLAM bebas dipelajari. Mengapa perlu disekat perkara berkaitan dengan ISLAM? Apakah benar pemimpin kita begitu jahil dan haprak? Wallahualam...

Rujuk
  1. Pusat sambung bantuan 92 SAR
  2. Jangan sekat program penerangan SAR
  3. Exco bimbang sekolah agama diambil alih bila daftar di bawah Pusat

Friday, January 06, 2006

Pemandangan di Sebuah BANDARAYA ISLAM...

Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda pemandangan di sebuah NEGERI ISLAM yang saya pasti tidak terdapat di negeri² lain. Hatta di NEGERI ISLAM HADHARI sendiri.

Iklan AmInsurans... Wanita bertudung? Pernahkah anda lihat ini di Kepala Batas, Pulau Pinang?

Ini pula iklan sunsilk bertudung... Perkara yang tidak mustahil...

Iklan Xpax yang menyejukkan mata...

Nampaknya kerajaan Kelantan betul² menjaga maruah wanita. Wanita bukan sekadar simbols seks dan untuk diperjajakan. Mampukah anda melihat iklan² sebegini di Kuala Lumpur, ibu negara ISLAM HADHARI? Antara kita, ada yang mengatakan kita negara ISLAM, tapi perkara mudah beginipun tidak mampu untuk dilaksanakan.

Tahniah kepada Bandaraya ISLAM yang berjaya menonjolkan izzah ISLAM itu sendiri. Sama-samalah kita berdoa moda suasana begini dikecapi di seluruh negara. Ini bukan perkara mustahil kerana KELANTAN telah membuktikannya. Wallahualam...

Wednesday, January 04, 2006

Isu Murtad; Orang ISLAM Ibarat Pelarian di Negara ISLAM

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtadlain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
  1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
  2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan......

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ”eh!” Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata "Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ”Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1942. kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. "Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

---

Emel ini dikirim kepada saya oleh seorang sahabat saya. Harap kita sama-sama menghayati kisah tersebut. Kita ibarat pelarian di negara sendiri... Wallahualam...

(Anda boleh meng'emel'kan post ini dengan menekan ikon 'sampul surat' di bawah ini...)

Sambutan Tahun Baru 2006 = Sambutan Maksiat?


JADI KEBANGGAAN DANGA BAY...Tin-tin dan botol arak yang disusun menjadi kebanggaan sempena sambutan Tahun Baru di Danga Bay 31 Disember baru-baru ini. Gelagat remaja juga membimbangkan dan membayangkan keruntuhan akhlak remaja sekarang. Mereka tidak segan bercium dan berkucupan di khalayak ramai semasa sambutan tersebut walaupun jam sudah 3 pagi. Ekoran itu Pemuda PAS Johor membuat laporan polis mengenainya. (Diambil dari laman web HarakahDaily)

Bercakap tentang sambutan tahun baru 2006 yang lalu, kita dapat mendengar pelbagai komen, kritikan dan rungutan. Di sini saya tidak berhasrat mengulas panjang, kerana terlalu banyak pihak telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut. Saya cuma ingin memudah anda, mendapatkan beberapa ulasan yang menarik.

Sama-sama kita muhasabah diri, Sejauh mana kita benar² merdeka dan benar² ISLAM? dan apa tanggungjawab DAKWAH yang telah kita usahakan untuk menentang kemaksiatan ini?

Rujuk post berikut
  1. Pantau sambutan tahun baru: Tahniah kerana polis bekerja keras
  2. Konsert kesenian Islam sambut tahun baru 2006 di Gombak
  3. Pesta Tahun Baru tidak akan dapat keredhaan ALLAH
  4. TAHUN BARU 2006 Satu Episod Islam Hadhari
  5. Kerajaan wajar batal acara berpesta sambut tahun baru - Jim
  6. Pemuda PAS gesa pihak berkuasa agama sekat majlis liar sempena tahun baru
  7. Kesal tiada rancangan agama disiar sempena tahun baru


Orang Amerika Hormat Islam, Orang Kita Bagaimana?


Artikel ini saya terbaca ketika men'yelak' blog ::Roslan SMS Corner::, salah satu blog yang sentiasa dikemaskini dengan info menarik... Kali ini beliau menulis tentang beberapa orang yang dibawa dari Amerika ke Terengganu untuk mengajar, dan mereka ini pandai menghormati budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia yang majoriti ISLAM. Soalnya, bagaimana pula dengan orang ISLAM sendiri, malah pemimpin ISLAM sendiri?
Saya tidak berhasrat pergi jauh dalam bab ini Cuma saya mahu menyatakan betapa terpegun saya apabila membelek akhbar NST hari ini. Di bawah tajuk:

Teachers from US to coach students

Iaitu laporan berkenaan guru-guru warga Amerika yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu untuk mempromosi pengajaran Bahasa Ingeris di sekolah-sekolah menengah. Dilaporkan seramai 10 orang guru berkenaan telah diambil untuk berkhidmat dibeberapa sekolah di negeri itu.

Lalu bersama-sama laporan NST itu disertakan gambar seorang guru Leslie Thompson yang dikelilingi anak-anak muridnya dari SMK Agama Sheikh Abdul Malik.
Tepuk dada, tanya IMAN di HATI... "Cukupkah amalanku ini untuk mengatakan aku benar-benar seorang MUSLIM?" Wallahualam...

Tuesday, January 03, 2006

Penyalahgunaan Media; SPR Buat Kenyataan...

Pertamanya saya ingin memohon maaf kerana tidak mengemaskini blog saya untuk beberapa hari. Kebetulan saya outstation sebelum ini, ditambah keadaan network yang kurang pantas (lembap...)

Saya tertarik ketika membuka laman web berita alternatif. Beritanya seperti berikut:

JOHOR BAHRU, 3 Jan (Hrkh) – Tidak semena-mena dan mengejutkan, Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, menyifatkan langkah kerajaan menggunakan media awam khasnya RTM berkempen untuk partinya, Barisan Nasional (BN) secara terang-terangan dalam pilihan raya menyalahi etika.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Syarahan Umum bertajuk ‘Demokrasi dan Pilihanraya Di Malaysia’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, dekat sini, baru-baru ini.

"Jika kempen ini dibuat di stesyen televisyen swasta maka itu hak mereka, kita tidak boleh mempertikaikan hak mereka tetapi malangnya apabila kempen ini menggunakan hak awam yang menjadi hak milik seluruh rakyat maka ianya adalah sesuatu yang tidak sihat serta menyalahi hak kepentingan awam," katanya.

Bagaimanapun, katanya lagi, sekiranya saluran tv awam ini digunakan untuk menonjolkan pembangunan yang dibuat kerajaan tidak mengapa tetapi apabila ianya menjurus kepada kempen pilihanraya maka itu tidak betul.

(Semasa kempen pilihan raya Pengkalan Pasir misalnya, RTM telah digunakan sepenuhnya untuk memukul kerajaan negeri Kelantan dan PAS. Padahal, mereka telah menjadikan sebuah rumah milik kerajaan negeri sebagai studio mini sementara mereka-editor)

Rashid juga mengakui dengan kuasa, wang yang banyak membolehkan BN terus dapat mengekalkan kuasa sehingga hari ini.

Selain wang dan kuasa BN juga mempunyai sumber tenaga manusia yang mencukupi bagi menghadapi lawan politik mereka dalam setiap kali Pilihanraya diadakan, katanya.

"SPR sendiri sebenarnya tidak bersetuju media milik awam ini digunakan secara tidak adil dan kita seringkali menyuarakan perlanggaran etika ini tetapi nampaknya dari setahun ke setahun tiada perubahan dibuat sebaliknya media awam ini terus digunakan untuk kepentingan politik BN," kata beliau.

(Berita penuh - Pengerusi SPR bantah salahguna RTM oleh BN)

Hmm... Apa komen Pak Lah ye? Dan apa mimpi Tan Sri Rashid sampai beliau berani mengeluarkan kenyataan sebegitu? Apapun, yang pasti, akhbar² perdana tidak akan menyiarkan berita ini kerana mereka sendiri dipergunakan oleh BN.

Seharusnya perkara ini disedari oleh rakyat sejak sekian lama. Sekiranya kita melihat kepada situasi pilihanraya di Indonesia contohnya. Stesen TVnya sentiasa bertindak adil, dengan menyiarkan kempen dari semua parti, termasuk parti pembangkang. Itu di Indonesia, salah satu negara yang terkenal dengan kuropsi yang tinggi.

Di Malaysia, sangat berbeza. Bukan setakat TVnya, malah akhbar dan pejabat² kerajaan turut terlibat. Pelik bukan? Diharap SPR akan semakin berani mendedahkan penyelewangan BN selepas ini. Dan juga diharapkan Pak Lah tidak memecat Tan Sri Rashid. Wallahualam...