Assalamualaikum dan selamat sejahtera sidang pembaca budiman, semangat saya untuk menulis teruja selepas membaca blog sahabat saya di SHAHsFactsNFigures. Kemunculan bloggers ibarat cendawan tumbuh selepas hujan suatu yang membanggakan. Sekurang-kurangnya, ini membuktikan kesediaan untuk berkongsi semakin tinggi, malah wadah internet telah digunakan sebaiknya. Kajian menunjukkan jumlah pertambahan blog sekarang adalah 75000 blog sehari. Menakjubkan bukan? Pasti ada yang tidak mempercayainya, tetapi rujuklah akhbar TheSun hari Isnin, 21 Ogos 2006. Ia diperolehi berdasarkan statistic Technorati.
Dalam keghairahan bloggers untuk mengegarkan alam siber, perbincangan tentang kawalan terhadap blog-blog turut dilihat semakin ghairah. Kerisauan pihak berkuasa ini seakan-akan membenarkan apa yand ditulis blogger. Ibarat 'Siapa yang makan cili, dia terasa pedas', begitulah yang boleh dilabelkan kepada pihak berkuasa terbabit.
Bukankah demokrasi itu bermakna setiap orang berhak bersuara; manakala mereka yang mendengar bebas membuat interpratasi tersendiri? Namun, perlu diingat, sebagai orang ISLAM, kita dilarang menyebarkan fitnah dan khabar angin. Segala maklumat yang diperoleh perlu disemak sumbernya untuk memastikan kesahihan maklumat tersebut. Malah pembaca juga perlulah mempunyai sikap enquiri yang tinggi untuk memastikan apa yang dibaca adalah sesahih mungkin. Saya yakin, dalam agama-agama lain, turut mempunyai etika yang lebih kurang serupa ini.
Apapun, tidak dapat dinafikan wujudnya penulis-penulis yang menyalahgunakan peluang kebebasan siber dengan menyebarkan maklumat-maklumat palsu, malah lebih teruk, menyebarkan kejahatan dan maksiat (kandungan lucah etc.). Dalam ribuan ataupun jutaan blog yang wujud, saya yakin, hampir separuh adalah yang menyediakan bahan-bahan picisan yang merosakkan. Hemat saya, blog-blog inilah yang sepatutnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Usahlah terlalu risaukan blog-blog yang menyuarakan suara yang tidak selari dengan kerajaan tetapi risaukan blog yang bertentangan dengan kitab TUHAN AL-QURAN.
Bukankah begitu? Apakah ada kesalahan yang lebih teruk daripada bercanggahan dengan ajaran TUHAN? Ketaatan yang MUTLAK adalah pada ALLAH dan RASUL. Ketaatan pada pemimpin dari kalangan manusia biasa tidak MUTLAK, bermakna boleh berubah bergantung pada situasi. Jadinya, kewujudan suara penentangan itu tidak semestinya salah. Jadikan ia wadah untuk bermuhasabah. Bukankah mudah begitu? Fikirkan...
Dalam keghairahan bloggers untuk mengegarkan alam siber, perbincangan tentang kawalan terhadap blog-blog turut dilihat semakin ghairah. Kerisauan pihak berkuasa ini seakan-akan membenarkan apa yand ditulis blogger. Ibarat 'Siapa yang makan cili, dia terasa pedas', begitulah yang boleh dilabelkan kepada pihak berkuasa terbabit.
Bukankah demokrasi itu bermakna setiap orang berhak bersuara; manakala mereka yang mendengar bebas membuat interpratasi tersendiri? Namun, perlu diingat, sebagai orang ISLAM, kita dilarang menyebarkan fitnah dan khabar angin. Segala maklumat yang diperoleh perlu disemak sumbernya untuk memastikan kesahihan maklumat tersebut. Malah pembaca juga perlulah mempunyai sikap enquiri yang tinggi untuk memastikan apa yang dibaca adalah sesahih mungkin. Saya yakin, dalam agama-agama lain, turut mempunyai etika yang lebih kurang serupa ini.
Apapun, tidak dapat dinafikan wujudnya penulis-penulis yang menyalahgunakan peluang kebebasan siber dengan menyebarkan maklumat-maklumat palsu, malah lebih teruk, menyebarkan kejahatan dan maksiat (kandungan lucah etc.). Dalam ribuan ataupun jutaan blog yang wujud, saya yakin, hampir separuh adalah yang menyediakan bahan-bahan picisan yang merosakkan. Hemat saya, blog-blog inilah yang sepatutnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Usahlah terlalu risaukan blog-blog yang menyuarakan suara yang tidak selari dengan kerajaan tetapi risaukan blog yang bertentangan dengan kitab TUHAN AL-QURAN.
Bukankah begitu? Apakah ada kesalahan yang lebih teruk daripada bercanggahan dengan ajaran TUHAN? Ketaatan yang MUTLAK adalah pada ALLAH dan RASUL. Ketaatan pada pemimpin dari kalangan manusia biasa tidak MUTLAK, bermakna boleh berubah bergantung pada situasi. Jadinya, kewujudan suara penentangan itu tidak semestinya salah. Jadikan ia wadah untuk bermuhasabah. Bukankah mudah begitu? Fikirkan...
4 comments:
Saudara Musafir Kelana,
Assalamualaikum wbt...
Pertama-tamanya tahniah diatas usaha penulisan-penulisan di dalam blogspot saudara yang boleh dikatakan 'membanggakan'. Usaha individu-individu seperti anda harus dicontohi oleh golongan-golongan intelek yang lain. Walaupun daripada celupan 'engineering' (seperti tertera di profile), saudara tidak kekok dalam memberi pendapat peribadi lebih-lebih lagi dalam hal yang menyentuh isu-isu semasa bahkan perihal agama secara tidak langsung. Dan mungkin tidak adil bagi pandangan saya secara peribadi di mana ada pihak yang mengandaikan usaha-usaha murni saudara adalah demi mengejar populariti semata.
Saudara penulis yg dihormati. Mungkin agak samar bagi para pembaca yg menziarah blog saudara untuk mengenali lebih dalam peribadi saudara, lebih-lebih lagi dari sudut akademik/agama/fikrah saudara yg sememangnya tidak dinyatakan secara jelas. Mungkin dari pengamatan kaca mata saya sendiri, saudara penulis agak senang dgn terma2 jama'ie (cth: wala') yang boleh saya simpulkan bahwa saudara adalah berfikrah haraki (sekadar andaian).
Untuk makluman saudara, saya bukanlah regular visitor di blog saudara. Tapi apabila ter'ziarah' dan ter'baca' post-post mutakhir saudara, demi kebaikan bersama saya tergerak untuk memberi komen lantaran drpd beberapa frasa saudara yang dikata org 'unik' dan 'tersendiri'.
Seperti yg diulas oleh saudara Musafir Kelana;
"1)Berkenaan dengan persoalan wala' atau ketaatan kepada kepemimpinan mana-mana organisasi, saya berpendirian bahawa dalam membuktikan ketaatan, tidak semestinya dengan menjadi PAK ANGGUK."
Saya tidak tahu sejauh mana saudara memahami terma wala' dan taat. Saudara juga tidak membentangkan nas-nas yang haq dalam perkara tersebut.Berdasarkan ayat di diatas, boleh saya fahamkan menurut saudara selama ini wala' dan ketaatan itu adalah dijumudkan kepada PAK ANGGUK semata-mata. Dan sekiranya benar demikian fahaman saudara bekenaannya, maka saya berpendapat ianya menyalahi hakikat wala'(ketaatan) dan bara'(berlepas diri) dalam berorganisasi/berjama'ah.
Saya setuju dengan pandangan saudara berkenaan larangan kita bersikap taklid dan jumud dalam memberikan wala' dan bara', kerana kita faham tidak ada istilah wala’ (ketaatan) dalam perkara kemungkaran dan kemaksiatan serta tidak ada istilah bara’ (berlepas diri) dalam usaha mempertahankan Islam. Saya juga setuju jika dikatakan semua orang mempunyai hak dalam menyuarakan pandangan mahupun mengkritik.Tapi dalam hal memberi kritikan, lebih2 lagi keatas pimpinan sepatutnya insan haraki seperti saudara mengamalkan apa yg dinyatakan secara jelas berkenaan panduan memberi kritikan seperti di dalam kitab Tasawwur Asasi Gerakan Islam (Fathi Yakan),(Rujuk;BAHAGIAN KE-9,Lampiran 2:Kritik Kaedahnya Yang Syar'i). Apetah lagi saudara mengaku sebagai 'ahli' yang berhak bersuara. Adalah lebih elok dan beradab jika memberi teguran individu secara terus tanpa diketahui awam kalau benar niat saudara ikhlas tuk perkasakan institusi.
Ulasan daripada Musafir Kelana lagi,
"Saya pelik melihatkan pemikiran GAMIS yang tak ubah seperti media-media picisan yang bertebaran diseluruh negara. Seharusnya GAMIS menonjolkan izzahnya tersendiri dengan menjaga kredibiliti badan Mahasiswa ISLAM. Bukan memalukan pejuang-pejuang ISLAM di kampus."
dan lagi,
"3)Saya malu untuk memberikan komen dan ulasan lebih lanjut. Anda sendiri nilaikan. Mungkin GAMIS ada hujahnya tersendiri. Namun ternyata kebijaksanaan mereka dalam memilih strategi boleh dipertikaikan. Tak salah rasanya saya katakan mereka menjatuhkan air muka ahli-ahli mereka sendiri."
Sepanjang pelayaran saya dalam memahami ulasan2 saudara penulis, seakan2 penulis adalah bukan 'ahli'. Mungkin teguran2 saudara itu benar dan berasas tetapi disalurkan melalui jalan yang tidak tepat! Macam mana saudara boleh memastikan pimpanan saudara akan membaca post dalam blog saudara? Bagaimanakah tindakan susulan boleh diambil sekiranya tiada pimpinan yang membacanya?Tidakkah lebih efektif jika surat atau email diguna pakai? Tidaklah pelik jika saudara adalah bukan ahli, akan tetapi malangnya......
Ingin juga saya sentuh berkenaan pandangan saudara dalam hal Dr.Asri.Sebenarnya tidak kira siapa pun, mana2 Dr. atau mana2 Ustaz pun, adalah tidak adil bagi kita untuk meletakkan kesimpulan muktamad sebagaimana bait saudara yang berikut;
"3)Semoga ini menjadi hujah untuk menangkis keraguan seorang ustaz yang suatu ketika dahulu tersohor kerana berjaya menghentam Astora Jabat. Namun kini, dirinya sendiri mengikuti Astora Jabat."
dan,
"3)Juga menerangkan kembali kegelapan seorang ustaz yang mungkin, bakal menyelosori perjalanan dan perjuangan Astora Jabat terlaknat."
Saya bukanlah pengikut Dr.Asri, tetapi tidakkah saudara kenal siapa itu Astora Jabat? Tidakkah saudara maklum Astora itu pernah diiktiraf murtad oleh para mufti suatu ketika dahulu dan disuruh bertaubat? Saya juga mengikuti secara dekat sekitar isu-isu daripada artikel-artikel Dr.Asri dalam majalah i. Dan saya tidak pasti samada ada mana-mana ulama yang mengiktiraf beliau sebagai murtad/sesat/pesong akidah sehinggakan saudara boleh menyamakan beliau dengan Astora.Fitnah apakah yang lebih besar daripada mempertikaikan keIslaman seorang muslim tanpa bukti!Saya tahu saudara juga sedar betapa banyak firman2 Allah dalam penegasan-Nya berkenaan larangan menabur fitnah.
dan lagi,
"2)P/s - Mungkin ada yang akan mempertikaikan tindakan saya mengikuti ceramah Ust Asri. Perlu diakui, beliau mempunyai ilmu yang banyak, cuma kefahamannya tiada."
Wah! Cukup mudah jari-jemari saudara menekan-nekan keyboard dalam meluahkan rasa diri saudara. Dengan tidak menghamparkan hujah-hujah ilmiah berkenaan statement saudara.Sungguh, saudara tidak bertanggungjawab dalam penulisan saudara. Saya teringat simpulan yang berbunyi "Bagaikan anjing menyalak sumbang tidak sedar rantai tengkuknya masih terikat!".
Demikian 'leceh' tulisan saudara dalam memberi gambaran terhadap seorang ilmuan agama dengan diri hanya 'berbajukan' bidang engineering.Mungkin ulasan saudara itu merujuk kepada kata-kata insan lain, tetapi memandangkan tiada pengesahan terhadapnya saya menganggapnya daripada saudara sendiri.
Nasihat saya sebagai Abang mungkin (memandangkan saudara baru berumur 21). Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan dalam kebanyakan hal dan erhati-hati dalam menghukum sesuatu.Walau bagaimanapun,teruskan dalam bidang penulisan seikhlas mungkin. Moga-moga hari esok lebih baik daripada hari ini.InsyaAllah.Wallahua'lam.
p/s: Tidak faham dengan istilah 'tak wajib betul, harus salah'.
salaam..
betul ke? fakta dan figura manakah itu? anda perlu sedar hakikat blog ini adalah seperti satu teknologi baru, yang bercambah seperti cendawan selepas hujan. Tapi harus ingat, cendawan tak hidup lama-lama. Lambat laun mati juga. Begitulah hakikat bloggers terutamanya siswa/siswi.
btw, just nk menambah.
krongkrang.blogspot.com suda bole diaccess semula.. dialu-alukan untuk bagi komen.. gomenna...
Assalamualaikum,
Merujuk kepada komen daripada saudara Blasta, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana keprihatinan anda. Memang saya bukan daripada latar belakang agama, maka banyaklah kecacatan dalam penulisan saya. Saya amat sukacita membaca komen daripada saudara!
Berkenaan dengan post tentang ketaatan iaitu wala', saya akui tidak menyertakan nas-nas. Malah, 90% daripada penulisan saya tidak mempunyai nas-nas kerana saya cuba membawakan dalil akli agar mudah difahami oleh mereka yang bukan daripada latar belakang agama.
Mungkin disinilah letaknya kesilapan saya. Apapun, apa yang saya ingin utarakan dalam penulisan tersebut ialah keaktifan ahli dalam menyuarakan cadangan ataupun komen kepada kepimpinan. Ini kerana timbulnya masalah kelesuan dalam gerakan, dan antara punca yang diketahui ialah sikap ahli bawahan yang lebih suka menyepi, tanpa memberikan komen untuk memperbaiki gerakan.
Walau bagaimanapun, harus diakui, point saudara lebih kukuh. Saya memohon maaf kerana menimbulkan keceleruan sedikit disitu. Nampaknya niat saya gagal disampaikan dalam penulisan tersebut. Mungkin saya perlu focus kepada isu-isu semasa semata.
Bergerak kepada penulisan tentang GAMIS, mungkin tulisan saya terlampau lantang akibat pengaruh emosi yang tidak seharusnya ada. Alhamdulillah, teguran saudara mengetuk pintu hati ini untuk men'edit' penulisan saya.
Juga dalam persoalan tentang bidasan saya yang teramat keras terhadap Ust Asri, saya mohon maaf atas keterlanjuran mengikut perasaan. Saya tidak berniat menyamakan beliau dengan Astora Jabat.
Bagi mengelakkan kekeliruan yang lebih mendalam, saya telah mengedit beberapa keratan. Terima kasih teramat buat saudara Blasta.
Sedikit penambahan cuma, iaitu dalam pelabelan Ust Asri, ada ustaz-ustaz yang boleh diyakini ilmunya telah melabelkan Ust Asri sebagai ulama syaitan. Mungkin mereka ada hujah tersendiri. Al-maklum, mereka punya ilmu sedangkan saya tiada. Tidak perlu saya nyatakan nama ustaz-ustaz tersebut.
Sekali lagi, terima kasih yang amat buat saudara Blasta atas teguran membina. Sebagai bloggers yang masih mentah, saya amat mengharapkan kritikan dan komen pembaca. Semoga dengan kritikan tersebut, saya boleh memperbaiki diri untuk membantu kemenangan ISLAM.
Sekian, wassalam.
Post a Comment