Khairy berucap seolah-olah CEO GLC (Government Link Companies - PETRONAS, MAS, TNB, dan etc) semuanya ahli UMNO yang telah melakukan kesalahan berat. Amaran-amaran yang dikeluarkan bagi saya, sangat keras dan tidak berpatutan.
Pergerakan Pemuda UMNO memberi amaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang menerajui syarikat milik kerajaan (GLC) supaya tidak memperlekehkan keupayaan ahli UMNO dengan tidak memberi kerjasama kepada mereka.Benarkah CEO di Malaysia bukan yang terbaik? Saya tak sangka rupa-rupanya, dalam perlantikan CEO GLC di Malaysia, unsur politik kepartian diambil kira. Sesuatu yang menampakkan betapa tidak matangnya ahli UMNO. Ataupun dengan kata lainnya, betapa SELEKEH dan HAPRAKnya ahli UMNO!Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, setiap CEO berkenaan harus sedar bahawa tanpa UMNO mereka tidak mungkin memegang jawatan tersebut.
Katanya, pelantikan mereka ke jawatan itu sebenarnya berpunca daripada kekuatan UMNO di dalam kerajaan dan bukannya disebabkan CEO terbabit merupakan antara mereka yang terbaik.
‘‘Selekeh sangat ke kita hingga mereka (CEO) ini memandang rendah kepada keupayaan kita. Kita dilayan umpama sampah. Mereka tidak sedar jawatan yang mereka pegang itu adalah hasil daripada usaha UMNO.
‘‘Tanpa UMNO mereka tidak akan dapat memegang jawatan sebagai CEO. Kita bukan tuntut projek yang berbilion-bilion cuma kita sekadar meminta bantuan yang sepatutnya daripada mereka,” katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada perwakilan pergerakan itu.
Jika Khairy menafikan CEO di Malaysia bukan yang terbaik, mengapakah Tan Sri Dr. Hassan Merican (CEO PETRONAS) ditawarkan untuk mengetuai projek minyak di Iraq setelah US menjajah Iraq? Mengapa dalam banyak-banyak CEO di dunia, Tan Sri Dr. Hassan Merican di pilih? Bukankah itu membuktikan beliau adalah antara CEO terbaik?
Saya pasti, tanpa kewujudan UMNO sekalipun, Hassan Merican mampu untuk menjawat jawatan yang jauh lebih baik daripada apa yang dipegang beliau sekarang. Bukankah CEO PETRONAS antara CEO dunia yang paling rendah dibayar gaji? Tetapi beliau setia demi negara!
Lagi satu, bantuan apa yang diminta oleh UMNO daripada GLC-GLC ini? Projek untuk kroni? Ataupun kedudukan dan jawatan buat ahli? Kalau dah merasakan UMNO terlalu hebat sampai mampu meletakkan CEO untuk GLC, kenapa masih perlu menagih bantuan mereka? Pelik!
Saya melihat ucapan Khairy ini seolah-olah ucapan orang yang BODOH SOMBONG dan TAK SEDAR DIRI. Terlalu bongkak sampai tak tahu menghargai bantuan dan sumbang CEO-CEO ini. Beginikah sikap BANGSA MELAYU yang diperjuangkan UMNO? Mungkin...
Yang pasti, Perhimpunan Agung UMNO kali ini begitu banyak membuka pekung UMNO sendiri. Kononnya pejuang ISLAM, tetapi tak ikut hukum hakam ISLAM. Usahkan ke peringkat HUDUD, TUTUP AURATpun sudah gagal. Sekarang, UMNO membuktikan mereka menguasai GLC dalam negara.
Apa nak jadi dengan UMNO hari ini? Bapak borek anak rintik. Pak Lah lemah, anak buah jauh lagi lemah. Semoga UMNO terus layu, untuk bangsa Melayu!
No comments:
Post a Comment