Friday, September 23, 2005

Apakah itu kepemimpinan?

Tajuk yang ingin saya bawakan ada hubung kaitnya dengan dua post saya yang lepas, iaitu "Pemimpin; Mengajar dan diajar...". Saya belum menerangkan mengapa saya memilih untuk membentangkan kata² Lao Tsu tersebut. Apatah lagi di permulaan blog saya.

Yang pertama, rasionalnya adalah kerana pada ketika itu baru tamatnya Pesta Konvo 2005 yang saya sendiri menjadi Ketua Pengarahnya. Selain itu pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar UTP juga di sekitar waktu itu. Maka saya menggunakan kesempatan tersebut untuk menyedarkan 'anak buah' a.k.a AJK untuk memahamkan mereka, mengapa kadang² pemimpin ini sangat melecehkan kerana, ada ketikanya, malah selalu mereka tidak dapat melihat tujuan tindakan yang dilakukan oleh sang ketua ini.

Sebab kedua adalah kerana saya berharap dapat berkongsi kata² Lao Tsu tersebut yang saya kira sangat mendalam pengajarannya, itupun untuk mereka yang inginkan pengajaran.

Apa pengajarannya? Janganlah cepat menyalahkan pimpinan atas tindakan tertentu, tapi muhasabah diri dan cuba lihat apa rasional disebalik tindakan pimpinan itu. Jika tidak dapat mencari sendiri, ambillah inisiatif untuk bertanya. Tidak rugi bertanya untuk menjernihkan suasana. Wallahualam.

Monday, September 19, 2005

Bahang Pilihanraya Kampus Mula Terasa...

Maaf di atas 'kehilangan' yang agak lama. Bukan disengajakan, tetapi bebanan kerja yang menghambat, termasuk cuti yang dipenuhi perjalanan yang cukup menarik menyebabkan ketiadaan masa untuk menulis di blog ini. Pilihanraya kampus sudah semakin hampir, bukan sahaja di UTP, tetapi juga di IPTA luar. Pelbagai khabar angin hebat bergolak. Walau bagaimanapun, ini adalah dua link yang saya kira menarik. Silalah rujuk dua link dibawah yang saya petik dari blog Pakdi...

http://www.pakdi.com/blog/surat/archives/2005/09/amin_idris_berb.html

dan

http://www.pakdi.com/blog/surat/archives/2005/09/campus_election.html

Kalau mempunyai daya usaha yang lebih, anda dapat mengetahui lebih banyak kebenaran yang tersembunyi. Believe me....