Monday, October 03, 2005

Malam menifesto!

Malam menifesto untuk calon² pilihanraya MPPUTP 2005/2006 telah berakhir. Malam yang sepatutnya digunakan oleh pelajar untuk mengenali bakal pemimpin mereka tidak digunakan sebaiknya. Sasaran seramai 500 pelajar lesap, yang hadir hanyalah kira² 200 orang sahaja. Bagaimana cara yang terbaik untuk memupuk kesedaran dalam diri pelajar yang kononnya, "The best among the best" ini? Sama²lah kita fikirkan...

Ucapan yang disampaikan oleh lebih kurang 15 orang calon (termasuk 6 yang telah menang tanpa bertanding) jelas memperlihatkan kepelbagaian gaya. Bak kata seorang calon, "Creativity in diversity" di mana saya amat bersetuju dengan kata²nya. Ramai antara ahli pemikir mengatakan bahawa "team" yang terbaik adalah yang terdiri dari pelbagai gaya kepemimpinan. Insya-Allah, itu yang kita harapkan.

Saya tertarik dengan soalan² yang dikemukan pada malam tersebut. Dan Alhamdulillah, saya merupakan calon yang paling banyak disoal. Saya bersyukur kerana dengan soalan tersebut, saya dapat membuktikan dua perkara; MPPUTP 2004/2005 telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin, walaupun terdapat sedikit kelemahan. Dan yang kedua, mereka yang bertanya adalah mereka yang 'jahil' kerana kurangnya kesedaran mereka.

Kita lihat perkara kedua. Bagi saya. mereka seperti 'Bangau oh bangau' yang menuding ke sana sini tetapi tidak mahu melihat kelemahan diri sendiri. Mereka ibarata manusia yang sentiasa inginkan tongkat, seperti kebanyakan orang MELAYU. Sentiasa nak disuap. Usaha dari diri sendiri tidak ada. Yang ada hanyalah sifat PHD (perasaan hasad dengki) dan hendak menjatuhkan orang lain.

Mereka ini tidak berani untuk sendiri menjadi calon atas alasan, "Aku tau aku tak mampu", "Aku tak gila kuasa" dan lain². Kalau tau diri tak mampu, maknanya mereka tau tanggungjawab sebagai MPP itu berat dan mereka sendiri sekiranya menjadi MPP pasti lagi teruk. Mereka yakin tentang itu. Tetapi, mereka masih mahu mengutuk MPP atas dasar PHD mereka, busuk hati yang selalu sangat dimiliki oleh orang MELAYU yang ISLAM.

Bila bicara bab Gila Kuasa pula... Lebih menyedihkan. Sekiranya nak kata mereka yang hendak menjadik MPP itu gila kuasa, maknanya tidak perlu ada pemimpinlah. Lagi mudah. Sekurang²nya mereka yang bertanding, ada inisiatif untuk membantu mewakili pelajar, walaupun tahu itu tanggungjawab yang berat. Mereka sanggup dimaki, dicaci, dihina dan lain² semata² untuk kepentingan pelajar yang lain. Tapi masih ada yang busuk hati tak terkata ini menuduh calon² ini gila kuasa. Pelik bin ajaib sikap orang MELAYU ISLAM ini.

Inilah yang saya kira, kurangnya kematangan dalam diri mahasiswa UTP yang MELAYU ini... Walaupun ada yang merupakan anak kepada Presidan sebuah pertubuhan ISLAM terkemuka. Sebab itulah dalam sebuah lagu Raihan, mengatakan "iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang beriman". Sungguh mengecewakan.

Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang berani untuk bertanding dan memikul amanah yang kelak, ALLAH akan persoal di akhirat. Meletakkan sebelah kaki di neraka bukannya benda yang main². Menjadi pemimpin ibarat antara syurga dan neraka. Namun, tidak semua yang faham. Malah ada yang faham, tapi buat² tak faham. Biarlah ALLAH yang membalasnya. Moga mereka kelak memperoleh hidayah.

Wassalam.