Thursday, December 28, 2006

~ Hatiku Milik-Mu ~

Hari ini, kebetulan saya tidak mempunyai banyak kerja di pejabat. Alhamdulillah, minggu ini saya telah 'bebas' daripada tugasan-tugasan stress engineer yang membuatkan saya stress sendirian. Masa yang terluang saya curikan untuk menghayati cerpen Islamik yang saya download tempoh hari. Mungkin ada yang sudah membacanya, mungkin ada yang belum.

Merasakan cerpen tersebut mempunyai nilai dan mesej yang cukup bermakna, saya berbesar hati untuk berkongsi cerpen tersebut dengan anda. Saya sertakan sebahagian sinopsisnya. Bakinya, perlu anda download dan hayati sendiri.
Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah.

Berminat untuk teruskan membaca? Download Hatiku Milik-Mu!
Owh, anda tak perlu risau kelembapan download kali ini. Dulu saya menggunakan free hosting, sekarang saya sudah upgrade ke hosting berbayar. Harapnya anda berpuas hati dengan kelajuan server murah ini.

Saya juga telah mengemaskini kesemua e-book yang telah saya kongsikan sebelum ini ke hosting baru saya. Jadi untuk mereka yang gagal mendapatkan mana-mana e-book sebelum ini, anda boleh cuba lagi kali ini. Disebabkan hosting ini terletak di Malaysia, maka is tidak terjejas akibat gempa di Taiwan.

Harap pembaca sekalian berpuas hati dengan upgrade ini. Sekiranya anda ingin saya menolong anda untuk hosting sebarang bahan Islamik, silalah emel saya. Insya-Allah saya sudi membantu.

Wallahualam...

Jawapan Buat Ust Asri Zainal Abidin

Berikut merupakan petikan daripada HarakahDaily sebagai menjawab pendapat Mufti Perlis, Ustaz Asri berkenaan dengan serbuan dan tangkapan terhadap pasangan khalwat. Semoga dengan perkongsian ini, kita mampu meyakini bahawa hujah Ustaz Asri ada khilaf dan wajar diperbetulkan.

---

Pertama: Menyalah-tafsirkan makna hak peribadi menurut Islam.

Kenyataan akhbar tersebut menyebutkan bahawa Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin mengatakan amalan tersebut adalah bertentangan dengan prinsip hak peribadi menurut ajaran Islam dan juga terjumlah kepada suatu tindakan pencerobohan.

Penjelasan: Di dalam Islam, hak peribadi diiktiraf selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak. Tidak ada di dalam Islam apa yang dinamakan hak atau kebebasan untuk melakukan maksiat atau kemungkaran. Seorang muslim tidak hanya diseru menjauhi munkar dan maksiat, malah diseru agar mengelak dari tempat-tempat yang meragukan, yakni menimbulkan salah tanggap orang lain terhadap dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Elakkanlah dari yang meragukan kepada yang tidak meragukan." (Riwayat Imam at-Tirmizi dan an-Nasai. Menurut Imam at-Tirmizi, hadis ini sahih)

Berkata Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah (Hukum-Hakam Pemerintahan) dalam bab berkenaan al-Hisbah (Tugas menjalan amar makruf nahi munkar):

"Jika orang yang bertanggungjawab menjalankan tugas amar makruf nahi munkar (yakni al-Muhtasib) telah melihat seorang lelaki bersama seorang wanita di satu jalan yang sunyi, maka kedudukan jalan yang sunyi itu merupakan suatu yang menimbulkan keraguan (terhadap pasangan tersebut), maka hendaklah ia menegah mereka; namun janganlah tergesa-gesa mengenakan hukuman/denda ke atas mereka berdua kerana dibimbangi wanita itu adalah mahramnya.

"Jika ia dapati wanita itu adalah mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki tersebut: 'Jagalah wanita kamu itu dari tempat-tempat yang mendatangkan keraguan.

"Adapun jika ia mendapati wanita itu bukan mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki itu: 'Takutlah kepada Allah dari bersunyian (dengan wanita yang bukan mahram) yang akan membawa kamu kepada melakukan maksiat kepada Allah.' Dan cara ia bertindak mencegah perkara tersebut hendaklah bergantung kepada tanda-tanda yang dilihatnya." (Halaman 376)

Jika berada di satu jalan yang sunyi sudah dianggap meragukan, maka bagaimana jika seorang lelaki dan wanita yang diketahui bukan muhrim dilihat oleh orang yang mengenali mereka telah menyewa bilik yang sama. Tidakkah itu lebih meragukan? Adakah hal sedemikian perlu dibiarkan dengan alasan menjaga hak peribadi?

Kedua: Mufti Perlis berkata, Islam tidak menggalakkan manusia untuk pergi mendedahkan perbuatan maksiat.

Penjelasan:Sememangnya Islam tidak menggalakkan pendedahan maksiat, namun harus diingat bahawa Islam juga mewajibkan maksiat dicegah apabila ia berlaku atau diketahui akan berlaku. Pencegahan terhadap munkar menjadi tanggungjawab yang amat besar di dalam Islam.

Ini dibukti dengan banyaknya ayat di dalam al-Quran yang mewajibkan umat Islam melaksanakan tugas al-'amru bil-makruf wa an-nahyu 'anil-munkar (mengajak kepada makruf dan mencegah dari munkar). Mengikut banciannya, sebanyak sembilan kali perintah tersebut diulang oleh Allah di dalam al-Quran.

Apabila dua orang yang bukan mahram dilihat atau diketahui berada dalam satu bilik yang tertutup, adakah mereka tidak perlu diselidiki atau dicegah dengan alasan Islam tidak membenarkan pendedahan maksiat atau munkar? Apakah apabila telah berlakunya zina dan perempuan yang terlibat dilihat mengandungkan anak haram, ketika itu barulah pencegahan boleh dibuat?

Kita meyakini bahawa para pegawai agama yang menjalankan operasi pencegahan maksiat, niat dan tujuan mereka pergi ke sarang maksiat atau ke tempat-tempat yang dikhuatiri berlaku maksiat bukan untuk mendedah maksiat tetapi untuk menyelidik dan melakukan pencegahan jika didapati maksiat/munkar benar-benar berlaku.

Tugas ini menepati peranan Hisbah yang telah lama dihuraikan oleh ulamak-ulamak Islam dalam kitab-kitab karangan mereka. Malah menurut ulamak, peranan Hisbah ini adalah salah satu cabang tugas atau tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dalam sebuah pemerintahan Islam. Huraian lebih terperinci tentang Hisbah ini akan kita kemukakan di depan nanti.

Ketiga: Mufti Perlis berpendapat prinsip amr makruf nahi munkar hanya boleh dilaksanakan apabila sesuatu perbuatan maksiat dan jenayah dilakukan secara terbuka.

Penjelasan: Kenyataan tersebut pada amnya benar, namun ia memerlukan penjelasan lanjut untuk mengelak kekeliruan.

Dalam Sistem Pemerintahan Islam terdapat satu jawatan khusus yang dinamakan al-Hisbah. Orang yang menjawatnya dinamakan al-Muhtasib. Jawatan Hisbah tersebut berperanan secara rasmi bagi menangani tugas dalam negara untuk mengajak orang ramai kepada makruf (melaksana perintah Allah) dan mencegah munkar dan maksiat.

Menurut ulamak, antaranya Imam al-Mawardi; Al-Muhtasib (orang yang menjawat jawatan Hisbah tersebut) hendaklah benar-benar menjalankan peranannya tersebut. Tidak harus ia meninggalkan peranan tersebut kerana urusan-urusan yang lain.

Atas dirinya tugas amar makruf nahi munkar adalah fardhu ain yang tidak boleh diabaikan. Kenyataan tersebut menggambarkan kepada kita bahawa betapa pentingnya tugas amar makruf dan nahi munkar dalam sebuah negara dan masyarakat Islam pada pandangan ulamak. (al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 363)

Dalam hal berkaitan dengan perbahasan kita, Imam al-Mawardi menjelaskan: "Harus al-Muhtasib untuk menyelidik kemungkaran-kemungkaran yang diketahui secara zahir dengan tujuan untuk mencegahnya dan juga menyemak jika ada perkara makruf (perintah Allah) yang diabaikan dengan tujuan untuk mengajak orang ramai melaksanakannya."

Sememangnya munkar yang menjadi tanggungjawab al-Muhtasib menurut ulamak ialah munkar yang zahir. Lebih jelas, para ulamak meletakkan tiga syarat bagi munkar yang hendak dicegah oleh al-Muhtasib:

1. Munkar itu adalah munkar yang zahir.

2. Munkar itu ialah munkar yang sedang berlaku atau dikhuatiri berlaku, yakni bukan munkar yang telah berlalu (kerana munkar yang telah berlalu menjadi tanggung jawab pemerintah untuk mengenakan hukuman).

3. Munkar itu bukanlah yang diiktilafkan terhadap hukum munkarnya.

Namun demikian, perlu difahami bahawa syarat pertama (iaitu hendaklah munkar itu zahir), bukan bermaksud hanya munkar yang berlaku terang-terangan atau di depan mata sahaja yang perlu diselidiki dan dicegah.

Secara tepatnya, syarat tersebut bermaksud: "Hendaklah munkar itu terdedah kepada al-Muhtasib atau sampai ke pengetahuannya, bukan melalui intipannya."

Menurut penjelasan Dr. Abdul-Karim Zaidan: "Termasuk dalam pengertian munkar yang zahir (nyata) ialah mana-mana tempat yang dirasai oleh al-Muhtasib dengan sangkaan yang ghalib bahawa terjadi munkar di situ, maka wajib atasnya untuk keluar ke tempat tersebut dan melakukan pemeriksaan serta pencegahan. Tidak harus ia mengabaikan perkara tersebut dengan duduk di rumahnya dengan alasan munkar itu belum berlaku atau belum diketahui." (Usul ad-Dakwah, hlm. 190)

Berhubung dengan hukum melakukan intipan oleh al-Muhtasib, menurut Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah; larangan-larangan Allah (maksiat atau munkar) yang tidak zahir (yakni yang tidak terdedah atau tidak sampai ke pengetahuan al-Muhtasib), tidak harus ia membuat intipan terhadapnya.

Oleh demikian, tidak harus al-Muhtasib mengintai-ngintai ke dalam rumah seseorang untuk melihat ada berlaku munkar atau tidak.

Namun dalam pada itu, beliau (yakni Imam al-Mawardi) menegaskan; jika al-Muhtasib merasai dengan sangkaan yang ghalib bahawa ada kumpulan atau pasangan sedang merancang secara rahsia untuk melakukan munkar berdasarkan tanda-tanda atau kesan-kesan yang dapat dilihat atau menjadi petunjuk, maka dalam hal ini, hendaklah diperhatikan jenis munkar tersebut.

Pertama: Munkar dari jenis yang boleh membawa kepada rosaknya kehormatan jika dibiarkan seperti pembunuhan atau penzinaan.

Contohnya al-Muhtasib telah diberi tahu oleh seorang yang siqah (dapat dipercayai) bahawa seorang lelaki sedang bersunyian dengan seorang wanita (yang bukan mahram) untuk berzina dengannya. Dalam kes ini menurut Imam al-Mawardi, harus al-Muhtasib membuat intipan dan melakukan tinjauan atau siasatan.

Kedua: Munkar dari jenis yang tidak sampai pada tahap tersebut, maka tidaklah harus dilakukan intipan oleh al-Muhtasib.(Rujuk halaman 379-380)

Itu adalah ulasan Imam al-Mawardi tentang munkar yang berlaku secara tertutup.

Adapun munkar atau maksiat yang dilakukan di tempat terbuka (di taman, di tepi jalan, tempat-tempat reakreasi dan sebagainya), apa yang dapat kita fahami dari tulisan beliau dalam kitab tersebut adalah munkar-munkar yang berlaku secara terang-terangan tidak harus dibiarkan sama sekali.

Menjadi kewajipan al-Muhtasib (atau pegawai agama yang bertanggung jawab hari ini) untuk melakukan tindakan mencegahnya sama ada dengan amaran atau disusuli dengan denda/hukuman jika perlu. Malah beliau menyebutkan:

"Jika seorang lelaki terang-terangan meminum arak di khalayak ramai, jika ia seorang muslim, maka hendaklah dicurahkan araknya dan dikenakan hukuman ke atasnya.

"Jika ia seorang kafir zimmi, hendaklah didenda atas kesalahan meminum arak secara terang-terangan (bukan atas kesalahan meminumnya)." (al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 377)

--

Sekian dibawakan untuk tatapan sidang pembaca. Untuk berita penuh, sila rujuk Pemuda PAS Pusat sanggah Mufti Perlis.

Maaf kiranya penjelasan ini agak lewat. Tetapi bak kata mat salleh, better late than never!


Wednesday, December 27, 2006

Bukti PAS Turun Padang Bantu Mangsa Banjir


Sekadar memaparkan beberapa gambar yang membuktikan PAS tidak pernah melupakan rakyat yang menderita. Walaupun PAS bukanlah kerajaan yang memerintah, dan Johor terkenal sebagai kubu kuat UMNO, PAS tetap turun membantu.


Gambar-gambar ini mungkin tidak akan kelihatan di akhbar seperti Utusan mahupun Berita Harian. Yang biasanya dipaparkan, muka menteri-menteri Barisan Nasional yang kadang-kadang pertama kali turun padang.

Sekilas ikan di air, sudahkah anda tahu jantan betinanya?

.:: Perhimpunan 15000 Pemuda PAS ::.

Sekadar berkongsi dengan pembaca antara gambar yang menarik sewaktu Perhimpunan 15000 Pemuda PAS yang dibuat di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Walaupun dibuat di tengah panas terik, Pemuda PAS tetap bersemangat mendengar ucapan dan amanat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.

Saya tertanya-tanya, mampukah Pemuda UMNO melaksanakan himpunan yang serupa? Dibuat ditengah padang yang lecak, dibawah terik matahari yang membakar. Mampukah mereka? Mereka biasanya berhimpun di dewan yang berhawa dingin. Kerusi yang empuk. Makanan yang lazat².

Anda nilaikan...

PAS Vs Pak Lah; Siapa Lupakan Rakyat?

Semalam, berita di Utusan Online menyiarkan tentang sikap PAS yang lebih bersemangat untuk menghadapi pilihanraya daripada menolong mangsa banjir. Malah dalam ruangan 'Senyum Kambing'nya, Pemuda PAS telah diperli kerana mengabaikan rakyat Johor yang sedang dilanda banjir.

Agak melucukan jika diamati dan diteliti dakwaan Utusan dan UMNO. Mereka mengatakan PAS ghairah nak berpilihanraya sampai mengabaikan rakyat. Namun mereka lupa tentang Pak Lah yang lebih ghairah MELANCONG dan BERCUTI daripada turun padang menolong mangsa banjir. Pak Lah bukanlah orang sembarangan, tetapi PERDANA MENTERI. Rakyat sedang menderita, Pak Lah bersuka ria?

Nah, siapakah yang melupakan rakyat? Selepas lawatan Pak Lah ke Venezuala, Pak Lah telah pergi bercuti selama dua minggu. Ketika itu permulaan banjir di Johor. Beginikah pemikiran dan hati perut seorang 'Mr.Nice Guy'? Untuk orang UMNO, mereka ibarat kata pepatah, "Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".

Walhal, sekiranya pemfitnah-pemfitnah UMNO ini hadir ke Perhimpunan 15000 Pemuda tersebut, sudah pasti mereka akan mendengar lafaz janji setiap cawangan untuk menyumbang membantu mangsa banjir di Johor dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya. Bukan setakat itu sahaja, telah diadakan kutipan derma kilat di mana sebanyak lebih RM12K berjaya dikutip dalam jangka masa tak sampai 30 minit.

Kepada Utusan Melayu, walaupun sudah hampir berkubur (bergabung dengan NST), namun jagalah etika kewartawanan anda. Pastikan berita yang ditulis BENAR dan BEBAS daripada unsur politik. Kalau tidak, lebih baik Utusan menjadi lidah rasmi UMNO. Bukannya wadah perjuangan Bangsa Melayu.

Akhirul kalam, semoga kebenaran ditegakkan. Semoga Islam terus dipertahankan. Dan semoga mangsa banjir terus dipermudahkan. Wallahualam...

Rujuk - Pemuda PAS nafi tidak sensitif penderitaan mangsa banjir

Tuesday, December 19, 2006

Mufti Perlis; Antara Populariti & Realiti

Mungkin ramai yang belum sedar, ataupun baru tersedar bahawa dalam bulan November lepas, Perlis telah mendapat seorang mufti baru. Personaliti yang dilantik bukanlah calang-calang orang, tapi seorang pensyarah merangkap penceramah yang begitu terkenal. Siapa ye?

Orang yang dimaksudkan ialah Dr Asri Zainal Abidin, pensyarah Universiti Sains Malaysia. Beliau telah mencipta rekod sebagai mufti paling muda dilantik, dalam umur 34 tahun. Hebat bukan? Terkenal sebagai seorang yang petah menangkis dakyah Astora Jabat serta 'pakar' dalam bidang hadis, beliau juga selalu menulis untuk Majalah I.

Saya tak bermaksud untuk memuji ataupun memuja Dr Asri, cuma saya agak tertarik dengan asbab kerajaan negeri Perlis melantik beliau sebagai mufti. Dalam Majalah I terbaru, dikatakan perlantikan itu kerana Perlis ingin memajukan pemikiran dan kefahaman Darul Sunnahnya. Benarkah begitu?

Perlu saya ingatkan, Dr Asri sebelum ini sering mencetuskan kontroversi dengan penulisan beliau yang kerap mengkritik dan memerli parti politik Islam, PAS. Beliau juga kadang kala mengkritik dasar kerajaan yang kurang Islamik, walaupun biasanya sekadar 'sembang deras!'.

Setelah dilantik sebagai mufti, pasti ramai yang menantikan beliau mengorak langkah untuk mempertahankan Islam sehebat beliau biasanya berceramah di masjid-masjid. Apakah Dr Asri mampu untuk menjadi seberani dan setegas Dato' Harussani? Ataupun beliau sekadar mufti-gelaran semata?

Jumaat lepas, saya dikejutkan dengan berita di akhbar TheStar berkenaan dengan pandangan Dr Asri tentang serbuan ke atas pasangan yang berkhalwat. Berikut merupakan padangan beliau:

The bigger issue than catching couples committing khalwat (close proximity) behind closed doors is preventing sinful acts in the open, a state mufti (jurist expert on Islamic law) said.

“I’m not condoning sinful acts, but we must address the bigger issue of amar makruf nahi mungkar (practising good, rejecting the bad) or sinful things which are being carried out in the open and can cause trouble to society,” said Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

...

“Yes, Islam compels us to stop mungkar (evil deeds), but it does not say we can shame people or spy on them.

“Nor does it allow us to accuse someone of doing something or to look for acts of sin in hidden places.

“Prophet Muhammad didn’t say ‘Let’s spy on people (if they commit khalwat)’.

“To stop praying to Allah is a bigger sin than committing khalwat, but do we want to go to the extent of organising raids to check whether a Muslim is performing his prayers faithfully?”

Full news?
Pandangan beliau ini tidaklah 100% betul ataupun salah. Memang kesilapan dalam melakukan serbuan boleh memalukan Islam. Namun apakah itu bermakna kita harus membiarkan ia terus berlaku? Dr Asri sepatutnya lebih bijak mengeluarkan pendapat, takut disalahertikan oleh media dan orang ramai. Apatah lagi apabila ditaklifkan sebagai seorang mufti ataupun 'jurist expert on Islamic law'.

Seperti disangka, banyak pihak yang suka melihat Islam porak peranda pasti menyambut padangan beliau dengan gembira. Antaranya Sisters in Islam dan Zainuddin Maidin. Berikut adalah hujah sokongan daripada SIS:

Sisters in Islam (SIS) agrees that the state has no role in policing morality.

It said yesterday that it agreed with Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin that state religious authorities should stop spying, snooping and looking for couples to be charged with khalwat.

“Dr Mohd Asri is right in saying that the recent case of a khalwat raid mistakenly carried out against an elderly American couple in Langkawi was an example of an operation that did not follow Islamic principles.”

...

The group said the practice of moral policing went against the injunctions laid out in various verses in the Quran, such as “?do not pry into others’ secrets?” (Surah Al-Hujurat 49:12); “Do not enter other houses except yours without first asking permission and saluting the inmates?If you are asked to go away, turn back. That is proper for you” (Surah An-Nur 24:27, 28).

“We have also pointed out repeatedly that moral policing by state religious authorities has often led to rampant abuses of power.

“We have maintained from the outset that the Syariah Criminal Offences Enactment is vaguely drafted so that its 'catch all' provisions provide room for abuse by enforcement officers,” said SIS in a statement.

Full news?

Seperti disangka, SIS pastinya sangat gembira kerana ada mufti yang telah 'berpihak' kepada mereka. Zainuddin Maidin, wakil kerajaan Islam Hadhari turut menyambut baik pandangan Dr Asri:

The Perlis Mufti has come under some fire for his views on khalwat (closed proximity) raids but he has found another supporter in Information Minister Datuk Zainuddin Maidin.

While the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) was reported yesterday as having dismissed Dr Mohd Asri Zainul Abidin’s view that enforcement officers should stop spying on khalwat couples, Zainuddin said Dr Mohd Asri was right in saying that there were other sinful acts committed in the open, which had been overlooked by the ulama.

“It’s about time the ulama start thinking out of the box,” Zainuddin told reporters when opening a seminar on “Merbok – Tourism Prospects and Potential” here yesterday.

He said the act of publicly embarrassing couples found in close proximity would not make them repent or learn but would instead make them angry and more defiant.

“This approach to correct the wrongdoing of others is not the Islamic way,” he said.

While Sisters in Islam had also voiced its support in The Star yesterday for Dr Mohd Asri’s proposal, Jakim director-general Datuk Mustafa Abdul Rahman dismissed it as merely the view of one individual.

Full news?
Bagi saya, Zainuddin Maidin patutnya memerhatikan apa yang ditayangkan oleh pihak stesen penyiaran yang semakin melampau. Ini nak menyibuk menyokong saranan agar usaha menangkap pasangan khalwat dihentikan. Nasib baik JAKIM tidak terikut-ikut dengan pendapat Dr Asri.

Serentak dengan pandangan Dr Asri, menteri di Jabatan Perdana Menteripun mengumumkan isu ini akan dibawa ke Majlis Fatwa (Rujuk berita ini). Begitu mudah! Saranan dan pendapat Dato' Harussani walaupun disokong oleh alim ulama lain, tidak begitu mudah dibawa ke Majlis Fatwa. Kenapa ada double standard?

Ini sedikit sedutan daripada berita di akhbar Melayu yang sudah hampir layu:

Dr. Asri menambah, jika isu seperti khalwat menjadi keutamaan pihak berkuasa dengan melakukan serbuan maka perkara mungkar yang lain juga wajar diambil tindakan yang sama.

‘‘Kalau begitu kita kena intip rumah-rumah yang dikatakan berlaku kemungkaran termasuk suami isteri yang mungkin melakukan perkara mungkar seperti tidak bersembahyang dan menahan pasangan lelaki dan perempuan yang menaiki kereta yang sama,” ujarnya.

Mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman yang mahu mengadakan muzakarah bagi membincangkan cadangan itu, katanya, beliau akan berjumpa dengan Jakim esok.

Dr. Asri memberitahu, umat Islam boleh bertindak menyekat kemungkaran sekiranya sesuatu perbuatan mungkar itu melibatkan kepentingan pihak lain seperti rasuah, dadah atau meminum arak yang mendatangkan masalah kepada orang lain.

Dosa khalwat katanya, hanya melibatkan antara mereka yang berkenaan dengan Tuhan dan mereka juga mungkin bertaubat setelah dihadapkan ke mahkamah.

Berita penuh?

Saya tidaklah bermaksud untuk tidak bersetuju dengan pendapat beliau yang nyata lebih arif. Tetapi sepatutnya beliau mengambil kira bahawa setiap pernyataan beliau akan memberi impak kepada seluruh negara. Beliau bukan sekadar penceramah jalanan seperti dulu. Beliau sekarang seorang MUFTI. Umat Islam memandang mufti dengan harapan yang menggunung agar Islam dipertahankan. Tetapi...

Akhirul kalam, saya biarkan anda menilai sendiri situasi yang sedang berlaku. Sila baca artikel dalam link berikut yang berkaitan dengan isu ini:

  1. Menjaga Kesempurnaan Islam
  2. Undang-undang Khalwat Perlu Diperkemas
  3. Isu serbuan khalwat: Pemuda PAS bantah syor Mufti Perlis
  4. Mufti Perlis "orang muda, bagi dia bercakap"
Wallahualam

Penulis memohon maaf kerana tidak mampu mengemas kini blog ini sekerap dahulu. Insya-ALLAH penulis akan cuba yang terbaik untuk tidak mengabaikan pembaca sekalian.

Monday, December 04, 2006

Tragedi Kampung Berembang; Pengajaran Buat Semua

Rasanya ramai sudah mengetahui kisah menyayat hati, tragedi yang berlaku di Kampung Berembang. Sekitar sebulan yang lepas, penempatan setinggan penduduk di sana dimusnahkan. Alasannya mudah, untuk membuka laluan kepada pembangunan. Walaupun surat penangguhan dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, pegawai penguatkuasa tidak ambil peduli. Mungkin Khir Toyol lebih berkuasa dari Pak Lah...

Ketika penempatan mereka dirobohkan, ada antara anak-anak penduduk sedang menduduki peperiksaan SPM. Terdapat gambar-gambar menunjukkan pelajar-pelajar malang ini terpaksa mengulangkaji pelajaran di bawah khemah yang tak serupa khemah. Inilah kekejaman seorang anak Toyol!



Tak cukup dengan merobohkan penempatan penduduk, minggu lepas, mereka merobohkan pula surau yang menjadi satu-satunya tempat berlindung untuk kanak-kanak dan wanita yang penempatan mereka dimusnahkan. Malah surau itu jugalah tempat mereka mengabdikan diri pada yang ESA.

Tindakan penguatkuasa tersangatlah kejam. Lebih menyedihkan, kebanyakan penguatkuasa adalah orang Melayu yang rasanya Islam. Saya tak pasti adakah mereka benar-benar Islam kerana mereka tidak berasa sedih dengan tindakan mereka merobohkan tempat ibadat umat Islam sendiri.



Jika di Pulau Pinang, sebuah tokong gagal dirobohkan kerana dihalang, di Selangor, sebuah surau dirobohkan walaupun ditentang. Wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa kerakusan dan keganasan penguatkuasa apabila diperlakukan dengan kasar. Kejam lagi biadap!



Saya tak tahu apa lagi istilah yang sesuai untuk manusia kurang ajar seperti ini... Biarlah ALLAH membalas kembali kejahatan puak ini yang sangat tidak brperikemanusiaan.

Wallahualam...

Rujuk - Catatan perobohan surau Kampung Berembang

Wednesday, November 29, 2006

Media 'Melayu' Dikuasai Parti Politik?

Dua hari lepas, akhbar TheSun melaporkan keinginan Lau Swee Nguong untuk membeli saham Nanyang daripada dikuasai oleh Tan Sri Tiong Hiew King, seorang kaki media. Hasrat Lau Swee Nguong adalah untuk membebaskan akhbar Nanyang daripada dimonopoli oleh satu pihak sekaligus memastikan akhbar Nanyang kekal 'bebas'.

Beliau akan membeli saham Nanyang, dan menjualnya kembali kepada mana-mana pihak yang boleh menjamin Nanyang kekal bebas dan menjaga kepentingan bangsa Cina di Malaysia. Bagi saya, hasrat beliau sesuatu yang harus dipuji (walaupun ada yang mengatakan Lau mempunyai agenda lain). Kita tak mampu menilai hati budi orang lain.

Itu kisah masyarakat Cina yang begitu berkeras memastikan suara mereka (akhbar) kekal bebas. Rujuk artikel-artikel berikut:
  1. S'wak tycoon offers to buy Nanyang
  2. Ngan says he is willing to support Lau
  3. Tiong holds on to Nanyang
Masyarakat Melayu lain pula ragamnya...
Cadangan penggabungan dua syarikat media gergasi, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dilihat sebagai usaha mengukuhkan 'suara dan wajah' kerajaan Umno / BN.
...
Difahamkan juga, Media Prima Berhad yang memegang 32.94 peratus daripada NSTP dan Umno yang memegang 50.46 peratus daripada Utusan akan bersama-sama menguasai entiti baru itu.

Berita Penuh?
Pelik tapi benar. Mungkin inilah bezanya antara bangsa Melayu dan bangsa Cina. Sayapun kurang pasti. Jika beginilah keadaannya, tak hairanlah mengapa kempen pilihanraya daripada pihak pembangkang seolah-olah bisu dan lesu.

Anda nilaikan sendiri. Sanggup hidup dalam dunia mainan media UMNO? Saya tak sanggup...

RM600M For UMNO?

While surfing through HarakahDaily after work, I found some interesting issue regarding some RM600 million of fund going to be divided among UMNOs' branches nationwide. It was told that this was Pak Lah promise to all UMNO branch leaders (so that they will still support him in the years to come). The RM600 million isn't a problem to us in anyway. Who cares if Pak Lah wants to give Rm1 billion to anyone.

However, the problem is; where is the money coming from? Is it UMNOs' money? Or is it our money (duit rakyat)? It was told that two days before Pak Lah announce the RM600M fund, the Parliament approve RM600M for development of the each district in Malaysia. How the money is distributed, remains a question. Some says that the usage of the RM600M will be organized by UMNOs' branch.

If that's the case, than there is sure something fishy going around. Why should the government give RM600M to be organized by UMNOs' branch for the development of the nation? Don't we have sufficient government agency to do this so called development task? I really don't understand what Pak Lah is up to.

Try reading through the article below. Maybe it will give you a clearer view of what I'm talking about;

Lantaran itulah, katanya, peruntukan RM600 juta itu dibahagi-bahagikan untuk "membeli ketua-ketua bahagian termasuk ahli jawatankuasa bahagian – yang kesemuanya adalah perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno – sebagai jaminan tidak ada sesiapa yang akan membangkitkan soalan yang memalukan ataupun menghenyak MT kerana kontroversi membabitkan mesyuarat mereka pada 28 September itu".p>

Editor yang banyak membuat pendedahan itu juga memberikan 10 sebab mengapa beliau menuduh kerajaan berbohong di dalam Parlimen.

Pertama, katanya, surat Timbalan Menteri Kerjaraya, Dato’ Mohd Zin Mohamed, dengan nombor rujukan TMKRM/0033/20, mengenai peruntukan pelaksanaan projek-projek kecil di Semenanjung dan Sabah dengan nilai keseluruhan RM600 juta, dengan pecahan kecil sebanyak RM3 juta untuk setiap kawasan Parlimen serta perlu dilaksanakan dalam tempoh dua bulan, telah dibuat pada 13 November lalu, iaitu dua hari sebelum bersidangnya Parlimen sesi 15 November.

Kedua, surat itu bertarikh 13 November 2006, iaitu pada hari yang sama Abdullah, yang juga Presiden Umno, mengumumkan perkara itu dalam pertemuan 'pre-council' di ibu pejabat Umno.

"Malahan, surat itu telah disiapkan sebelum Abdullah membuat pengumuman pada hari yang sama," kata Raja Petra.

Ketiga, surat yang ditandatangani Timbalan Menteri Kerjaya itu mempunyai salinan kepada Perdana Menteri, Menteri Kerjaraya dan Menteri Kewangan II .

"Ini bererti Timbalan Menteri Kerjaraya telah mendahului mereka yang berjawatan lebih tinggi darinya dan (beliau hanya) boleh berbuat demikian jika ada seseorang yang lebih tinggi jawatan daripada Menteri Kerjaraya dan Menteri Kewangan II memberikan kuasa kepada beliau berbuat demikian," katanya.

Keempat, jumlah wang yang perlu dibahagi-bahagikan ialah RM600 juta seperti yang diumumkan oleh Abdullah pada 13 November lalu.

Kelima, pelaksanaan mesti disiapkan dalam masa dua bulan di mana peruntukan RM600 juta itu mesti dihabiskan menjelang akhir tahun ini ataupun sekitarnya.

Keenam, Sarawak tidak diambilkira dalam perencanaan tersebut kerana tidak wujud bahagian Umno di negeri itu.

Ketujuh, peruntukan RM600 juta hanyalah untuk Umno dan akan diuruskan oleh para pemimpin Umno bahagian.

Kelapan, RM3 juta akan diperuntukkan kepada setiap Umno bahagian dan oleh kerana tidak ada Umno bahagian di Sarawak, negeri itu tidak menikmati sebarang peruntukan.

Kesembilan, surat pengesahan mengenai peruntukan RM600 juta itu dibuat oleh Timbalan Menteri Kerjaraya pada 13 November lalu tetapi dua hari kemudiannya, iaitu pada 15 November lalu, Parlimen telah diberitahu oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bahawa kementeriannya belum lagi dimaklumkan tentang RM600 juta yang diperuntukkan kepada projek-projek luar bandar.

Kesepuluh, wang kerajaan telah diperuntukkan kepada Umno kerana Parlimen telah diberitahu oleh Zainal Abidin bahawa "RM600 juta ini adalah diberi oleh duit kerajaan Barisan Nasional dan bukan duit Umno".

Full Article?

So, what do you think huh? Pak Lah said the government have been subsidizing too much. I think the government have been MISUSING too much. The truth is yet to come...

P/s - Sorry for writing in English, but than providing an article in Malay. Can't find the English version. Lol

Thursday, November 23, 2006

Going Over The Limit

Assalamualaikum and hi there fellow readers!

I have to apologize deeply for my 'silence' so long. It was all because I was so eager to try the all-new Windows Vista. It started when my housemate installed it on his PC, which was a challenge for me, myself. I had to try it, no matter what! What to say, I am a computer freak after all. Hehe...

Installing Vista wasn't so much hassle. Its far easier than installing Windows XP; easier in the sense of user friendly. Microsoft did copy the interface used by most Linux-based-OS though. Maybe they had to agree that Linux-based-OS is far better than them. Hehe...

After trying Vista for 2 days and 1 night, it was too troublesome. The final release was nearly nothing new compared to most of the Linux-based-OS (new compared to the current Windows XP tough). The interface looks kind of cool, have to admit that. But it was so unstable that it keeps on crashing. Linux never crashed; no matter how heavy the software is. Wonder why?

Most of the software used for my Windows XP also couldn't be used for this Vista. I don't know why Vista is too choosy. It is user friendly, but not software friendly. The automatic driver detection for my hardware was nice, but I couldn't get my audio to work. That happens often with Windows OS. Linux OS can detect hardware drivers automatically, no need to install. Amazing huh?

At the end of my 2nd day trial, I had enough with Vista. It was a crap. Well, at least for the time being, it is a crap. Maybe after several 'service pack', there will be improvement. Now I'm back using Windows XP with Vista Transformation Pack 5.5. Even though I like Linux better, but I couldn't totally convert to Linux yet.

I have my own reasons. I use a 64-bit processor. So, I had to install a 64-bit Linux (I use Ubuntu; just to let you know...). I know that Linux can also run Windows software using Wine or such programs, but I couldn't find any suitable for 64-bit Ubuntu. Damn!

At the end of the day, here I am, still using Windows XP. I don't have much choice yet. Because of all this formatting and installing, I failed to update my blog. Sorry. I just couldn't put aside my habit.

Anyway, enough with excuses I think. I will try to keep back on track with my blog next week (since I'm going on some outstation task starting tomorrow until Sunday). Can't wait to be back writing. Sorry guys... Didn't mean to let you guys down. Try not to do it again (can't promise tough...).

Wassalam...

Wednesday, November 15, 2006

CEO di Malaysia Bukan Yang Terbaik?

Saya tergamam membaca berita tentang ucapan Khairy Jamaluddin sewaktu penggulungan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di PWTC kelmarin. Berita yang bertajuk 'Amaran kepada ketua GLC' itu memuatkan beberapa petikan ucapan Khairy yang saya kira amat keras lagi menjengkelkan.

Khairy berucap seolah-olah CEO GLC (Government Link Companies - PETRONAS, MAS, TNB, dan etc) semuanya ahli UMNO yang telah melakukan kesalahan berat. Amaran-amaran yang dikeluarkan bagi saya, sangat keras dan tidak berpatutan.
Pergerakan Pemuda UMNO memberi amaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang menerajui syarikat milik kerajaan (GLC) supaya tidak memperlekehkan keupayaan ahli UMNO dengan tidak memberi kerjasama kepada mereka.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, setiap CEO berkenaan harus sedar bahawa tanpa UMNO mereka tidak mungkin memegang jawatan tersebut.

Katanya, pelantikan mereka ke jawatan itu sebenarnya berpunca daripada kekuatan UMNO di dalam kerajaan dan bukannya disebabkan CEO terbabit merupakan antara mereka yang terbaik.

‘‘Selekeh sangat ke kita hingga mereka (CEO) ini memandang rendah kepada keupayaan kita. Kita dilayan umpama sampah. Mereka tidak sedar jawatan yang mereka pegang itu adalah hasil daripada usaha UMNO.

‘‘Tanpa UMNO mereka tidak akan dapat memegang jawatan sebagai CEO. Kita bukan tuntut projek yang berbilion-bilion cuma kita sekadar meminta bantuan yang sepatutnya daripada mereka,” katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada perwakilan pergerakan itu.

Benarkah CEO di Malaysia bukan yang terbaik? Saya tak sangka rupa-rupanya, dalam perlantikan CEO GLC di Malaysia, unsur politik kepartian diambil kira. Sesuatu yang menampakkan betapa tidak matangnya ahli UMNO. Ataupun dengan kata lainnya, betapa SELEKEH dan HAPRAKnya ahli UMNO!

Jika Khairy menafikan CEO di Malaysia bukan yang terbaik, mengapakah Tan Sri Dr. Hassan Merican (CEO PETRONAS) ditawarkan untuk mengetuai projek minyak di Iraq setelah US menjajah Iraq? Mengapa dalam banyak-banyak CEO di dunia, Tan Sri Dr. Hassan Merican di pilih? Bukankah itu membuktikan beliau adalah antara CEO terbaik?

Saya pasti, tanpa kewujudan UMNO sekalipun, Hassan Merican mampu untuk menjawat jawatan yang jauh lebih baik daripada apa yang dipegang beliau sekarang. Bukankah CEO PETRONAS antara CEO dunia yang paling rendah dibayar gaji? Tetapi beliau setia demi negara!

Lagi satu, bantuan apa yang diminta oleh UMNO daripada GLC-GLC ini? Projek untuk kroni? Ataupun kedudukan dan jawatan buat ahli? Kalau dah merasakan UMNO terlalu hebat sampai mampu meletakkan CEO untuk GLC, kenapa masih perlu menagih bantuan mereka? Pelik!

Saya melihat ucapan Khairy ini seolah-olah ucapan orang yang BODOH SOMBONG dan TAK SEDAR DIRI. Terlalu bongkak sampai tak tahu menghargai bantuan dan sumbang CEO-CEO ini. Beginikah sikap BANGSA MELAYU yang diperjuangkan UMNO? Mungkin...

Yang pasti, Perhimpunan Agung UMNO kali ini begitu banyak membuka pekung UMNO sendiri. Kononnya pejuang ISLAM, tetapi tak ikut hukum hakam ISLAM. Usahkan ke peringkat HUDUD, TUTUP AURATpun sudah gagal. Sekarang, UMNO membuktikan mereka menguasai GLC dalam negara.

Apa nak jadi dengan UMNO hari ini? Bapak borek anak rintik. Pak Lah lemah, anak buah jauh lagi lemah. Semoga UMNO terus layu, untuk bangsa Melayu!

Tuesday, November 14, 2006

'Sisters In Islam' Or 'Sisters Out Of Islam'?

Sisters In Islam ataupun lebih dikenali sebagai SIS akhir-akhir ini dilihat kembali mengganas dan menganggu kemaslahatan umat Islam. SIS, NGO yang kononnya dianggotai oleh wanita yang ingin mempertahankan hak wanita dalam Islam merupakan satu-satunya NGO yang mengaku Islamik tetapi menyokong Interfaith Commission (IFC).

SIS selalu terlibat dalam mempertahankan idea-idea jahiliah berkaitan dengan Islam dan wanita. SIS juga telah dikenali dikalangan alim ulama sebagai NGO berajaran sesat di mana keahlian mereka adalah kalangan wanita tanpa latarbelakang pendidikan Islam.

Walaupun pelbagai aduan dibuat tentang kesesatan ajaran yang dibawa oleh SIS, pihak kerajaan masih enggan mengambil tindakan dan memandang sebelah mata terhadap kesesatan yang dibawa oleh SIS. Apakah mungkin SIS dianggotai oleh orang berpengaruh yang mempunyai motif politik? Itu antara persoalan yang sering dibangkitkan saban tahun...

Kini SIS kembali menghangatkan suasana dengan tindakan menembak Mufti Perak, Dato' Harussani secara bertubi-tubi. Sebaik sahaja meletupnya kisah penyebaran SMS tentang pembaptism orang Melayu Islam tempoh hari, SIS telah dua kali mengeluarkan kenyataan yang mengecam dan menghentam Dato' Harussani.

Alasan mereka mudah; Dato' Harussani menjadi punca kekecohan tersebut. Selain itu, mereka menuduh beliau telah mengeluarkan kenyataan kononnya seramai 250000 Melayu Islam telah murtad tanpa memberikan bukti. SIS juga mempertikaikan hujah Mufti tersebut berkaitan kongsi raya yang dikatakan boleh merosakkan akidah.

Begitulah bukti betapa jahil dan berbahayanya SIS. Mereka yang kononnya 'Sisters in Islam' ini telah mempertikaikan malah memperlekehkan seorang Mufti yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga akidah umat Islam di Malaysia. Beginikah sikap sebuah NGO Islam? Adakah mereka IN ISLAM ataupun OUT OF ISLAM?

Tak hairanlah mengapa Dato' Harussani mengatakan beliau pelik melihat segolongan orang Islam yang terlalu marah dengan kenyataan beliau tentang ramainya orang murtad. Beliau pelik kerana yang sepatutnya marah ialah orang bukan Islam, tetapi golongan yang mengaku Islam ini pula yang lebih marah. Tak ke pelik begitu? Macam terbalik pulak...

Jika dilihat balik kes SMS murtad nih, memang benar kata-kata Dato' Harussani. Yang lebih hebat bercakap dan marah-marah bukannya orang non-Muslim, tetapi orang Muslim. Malah, ada kalangan menteri dari UMNO, parti pembela Islam (KONONNYA) yang hebat mengulas tentang isu ini. Pelik sungguh dunia akhir zaman...

P/s - Maaf andainya post ini agak berterabur. Maaf juga andainya ada pihak berpendapat tulisan ini agak keterlaluan. Ini merupakan pandangan peribadi penulis. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sekalipun.

UMNO; Pembela Agama Vs Perosak Agama!

Saya tertarik tatkala membaca halaman pertama TheSun hari ini dengan tajuk yang amat menarik, Lay Off Our Religion. Ringkasnya, berita ini melaporkan perihal ucapan Najib sewaktu pembukaan Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO. Menariknya, Najib banyak bercakap tentang UMNO sebagai pejuang agama.

Berikut adalah sebahagian petikan ucapan Najib;

Fourth: Accelerating The Malay Mind by Protecting the Akidah

62. Lately we have been faced with various issues that have threatened the position of Islam. We have seen the rise in wrongful teachings, apostasy cases and we have seen groups protesting Constitutional provisions relating to Islam, namely Article 11 and Article 121(1A) of the Federal Constitution. All of these are assaults on the sanctity of Islam and attempts to shake the akidah of the ummah.

63. We wish to warn those irresponsible parties to immediately extinguish these flames of incitement which can destroy the harmony of races and religions. UMNO strongly opposes the formation of the so-called Interfaith Council which can threaten the harmony of this country. The question of religion is a sensitive issue and this must be understood by all. Therefore we must all be extremely cautious in dealing with such matters for the sake of unity. UMNO will not waver from its position as defenders of Islam in this country.

64. Indeed the role of the family is cricuial in protecting the Akidah. Every family member must have a deep understanding of Islam and must make it a part of their way of life. In an increasingly challenging environment, maintaining a harmonious family environment is not easy. Children are exposed to all sorts of things that must be carefully monitored. Parents must therefore also have good parenting skills apart from religious knowledge.

65. Children meanwhile, must be trained in terms of their mentality and character as early as possible. This is why we have established a special Council specifically to look into early childhood education to look into the education of children up to the age of six. All of us, especially Wanita and Puteri must take the initiative to support this initiative. Only through good education and a clear understanding of Islam can we foster a society that is based on the correct Akidah. Holding on to a strong Akidah and the correct teachings of Islam, the Muslims in this country can move forward towards attaining success and we will become the Model Muslim nation that is respected by all.

Sila hayati bahagian yang telah diboldkan. Ucapan Najib dilihat seolah memalit kembali kepada kelemahan kefahaman ISLAM dikalangan ahli UMNO sendiri. Najib tatkala itu sedang berucap dihadapan perwakilan Puteri dan Wanita UMNO yang jelas kelihatan dalam gambar di atas tidak memahami konsep AURAT dalam ISLAM. Malah, menyebut tentang keluarga ISLAM ataupun baitul Muslim, keluarga Najib sendiri gagal memahami ISLAM kerana isteri dan anak-anaknya tidak bertudung.

Saya tidak berniat untuk memalukan Najib ataupun sesiapa, cuma biarlah apabila kita tidak menjadi orang yang bercakap tak serupa bikin. Memanglah sekarang isu ISLAM menjadi isu yang diperhatikan ramai. Tapi tak perlulah seolah-olah menonjolkan UMNO Islamik sangat. Orang kata, a picture can speak a thousand words!

Gambar-gambar dalam akhbar sudah jelas menunjukkan betapa jahilnya UMNO terhadap ISLAM. Janganlah bercakap tentang ISLAM jika sendiri tak tahu apa yang terkandung dalam ISLAM. Tak begitu? Satu lagi yang tak kurang kontroversinya...

Buat pemimpin-pemimpin UMNO yang bakal berucap selepas ini, tolonglah jangan bercakap tentang ISLAM jika anda tak sendiri tak faham tentang ISLAM; jauh sekali untuk mengatakan UMNO pembela ISLAM! Rasanya lebih baik dikatakan UMNO perosak ISLAM...

Wallahualam...

Sumber - TheSun dan Utusan Online

Malaysian Are Cyclops?

Perils facing one-eyed giants

Scene: Raju Restaurant, PJ.

Mohan: I think Malaysians should be born with only one eye instead of two.

Azman: Why do you say that?

Mohan: We don't need two, what? Otherwise why are we always closing one eye?

Chong: Maybe as a result of all of us constantly keeping one eye closed, evolution will make our descendants born with one eye.

Mohan: One eyed-Malaysian race.

Chong: Cikgu, what do you call the one-eyed beings from the Greek mythology?

I remember the hero - Ulysses or something - blinding one of them.

Zain: Oh, you mean the race of giants called the Cyclops? They had only one eye in the middle of their foreheads. And not very clever.

Azman: So the Malaysians or Bangsa Malaysia are a race of Cyclops.

Zain: Watch that tongue of yours.

Mohan: But surely that cannot be true.

Chong: What cannot be true?

Mohan: That we are a nation of Cyclops.

Chong: Why?

Mohan: Cikgu, you said Cyclops are not very clever. But we are clever.

Chong: If we are clever we won't habitually close one eye. Can't see very properly, you know. We can be knocked down by a car or motorcycle. And, further, if we ask someone to close one eye we are not very clever too. It means we want that fellow to be knocked down by a car or lorry. Surely, we don't want that? OK, what else?

Mohan: We are not giants and so we are not Cyclops.

Azman: Who says?

Zain: Yes, who says we are not giants? Some of us actually think we are. We think we are taller and bigger than others. And because of that nobody dares do anything to us. And through constantly thinking we are giants we act like giants.

Chong: And we do all sorts of things as we think we are giants. We have no more respect for the laws. Laws are for small people, the midgets.

Zain: We do shameful things but we are not ashamed anymore. As a result of doing so many shameful things over a long period we become inured or immune to feelings of shame.

Azman: Cyclops? Hmmm.

Mohan: Yes, Azman. It all must have started when we started closing one eye to small and inconsequential wrongs - small misdemeanors or wrong-doings of others. Usually small wrong-doings.

Azman: How ah?

Chong: It's like this, Azman. Let's say you submit a claim to the accounts department of your company that you have traveled 25km. And you want to be compensated for it. The accounts clerk calls you up and says that the distance is only 24km and asks you to submit a fresh claim. And you say: "Aiyah! One kilometre only. Not much different, ma. Close one eye lah."

Now if the accounts clerk is your friend, he will smile at you and say, "OK lah."

Azman: Ya lah. What's the big fuss over one kilometre? Cikgu, don't you think it saves a lot of trouble and time just to ignore that small mistake?

Both sides are happy and the happy relationship continues.

Zain: No. We must not allow that to happen, even if it is over a small matter. It is an important principle not to approve a wrong. A mistake is a mistake and must be corrected. No matter how small. If a boss allows the closing of one eye on a small wrong, soon he will soon allow the closing of one eye on bigger wrongs.

Chong: And soon there will be other bosses like him. And that's how everyone is now closing one eye. So correct lah, we are a nation of Cyclops.

Zain: So it is not surprising lah if we have local government councillors building houses without proper building plans. What to fear. They are giants. Some bigger than the others. And all them are part of the authority that decides whether to take action or not. And the authority above them closes one eye. And the authority further high up says "just don't do it again." That's it, just a slap on the wrist.

Mohan: Slap on the wrist siapa takut? And now the recalcitrants who you have complained against will turn around and thumb their noses at you. You are lucky that they do not decide to whack you or ask others to whack you. So who will complain in the future?

Zain: Exactly. And so no one will dare do their civic duty. No one will complain and everybody is happy closing one of their eyes. Cyclops.

Azman: Elsewhere, once a member of a local authority has been discovered to have contravened a local law, he would resign to save the authority from embarrassment.

Chong: Here he will have to be dragged away screaming and squealing all the way.

Zain: We certainly need a Ulysses.

Source - Zainon Ahmad, TheSun, 14 November 2006

Sunday, November 12, 2006

Pulang Daripada Outstation...

Assalamualaikum wbkth,

Saya ingin memohon maaf kerana gagal mengemaskini blog Musafir Kelana sejak 10 November 2006 kerana tidak berada di rumah. Saya terpaksa outstation seketika untuk melaksanakan amanah di kejauhan.

Insya-ALLAH saya akan kembali mengulas beberapa isu terkini dalam masa terdekat. Maaf juga andainya isu yang saya bakal sentuh seolah-olah hampir basi.

Akhirul kalam, terima kasih atas sokongan anda yang berterusan untuk blog Musafir Kelana. Semoga hari-hari mendatang mematangkan saya sebagai seorang penulis dan penganalisis politik tanah air.

Wassalam

Musafir Kelana

Tuesday, November 07, 2006

Pak Lah Makin Ramai Penentang?

Dalam kekabutan Pak Lah menangkis serangan berbisa Tun, kepemimpinan UMNO terus diganyang oleh ahlinya sendiri. Satu per satu peristiwa membuktikan Pak Lah semakin kurang popular dan semakin lemah pada pandangan ahli.

Kes paling menghangatkan akhbar hari ini ialah ucapan Datuk Abdul Ghani Othman sewaktu Konvensyen UMNO Johor di mana beliau mempertikaikan istilah dan konsep Bangsa Malaysia yang diletakkan dalam Wawasan 2020. Ucapan beliau menimbulkan pelbagai reaksi daripada pemimpin BN dan juga pembangkang.

Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah keberanian Datuk Abdul Ghani Othman mempertikaikan sesuatu yang disepakati oleh UMNO sendiri, malah ditekankan oleh Pak Lah sewaktu pembentangan Rancangan Malaysia ke-9.

Bukan setakat beliau mempertikaikan konsen Bangsa Malaysia, malah beliau turut melahirkan kekesalan dan rasa tak puas hati terhadap sistem meritokrasi yang diperkenalkan oleh kerajaan yang dipelopori UMNO. UMNO Johor juga membantah tindakan kerajaan memperkenalkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Apakah Ghani juga bakal menjadi penentang Pak Lah?

Itu di Johor, di Dewan Bahasa dan Pustaka pula, tokoh yang terkenal dengan keberaniannya, Ku Li turut membidas kerajaan. Ucapan beliau yang mengkritik keputusan kerajaan melaksanakan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris juga mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Jika difikirkan kembali, bukankah kerajaan dan UMNO sendiri yang beria mempertahankan konsep pengajaran dalam bahasa Inggeris tersebut? Walaupun banyak pihak yang menentang, ada sahaja hujah UMNO. Kini, Ku Li dan UMNO Johor pula yang menentang, bagaimana reaksi UMNO?

Dalam The Star, terkulat-kulat Najib mempertahankan tindakan kerajaan dan mengatakan prestasi dalam sains dan matematik meningkat walaupun diajar dalam bahasa Inggeris. Kenyataan Najib yang agak pelik itu boleh disangkal dengan mudah andainya facts and figures dibentangkan kepada rakyat.

Sebagai selingan, berikut adalah petikan ucapan Ku Li,
Dalam sistem kita berpolitik, kerajaan sepatutunya takut dan akur kepada rakyatnya. Kebiasaannya rakyat digerakkan oleh cerdik pandai, ilmuan dan para cendikiawannya. Lesunya golongan ini lemahlah rakyatnya. Rakyat yang lemah akan melahirkan pemimpin yang leka. Pemimpin yang leka akan menjadikan bahasa dan negara ini tidak berdaya.
Apakah ini menjadi petanda bahawa Pak Lah semakin hilang pengaruh? Penentangan daripada ahli UMNO yang semakin jelas dan terbuka sudah pasti merisaukan Pak Lah. Walaupun pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO menyatakan sokongan padu mereka, realiti ahli bawahan, ramai yang sudah muak dan jelek dengan kepemimpinan UMNO yang terlalu lemah dan memalukan.

Kenyataan Najib tentang kegagalan projek jambatan bengkok (ataupun Jambatan Indah) turut membuktikan kelemahan kerajaan half-pass-six with no guts yang didakwa Tun. Kerajaan Pak Lah terlalu takut dengan Singapura sampai terpaksa akur kepada kehendak negara kecil tersebut.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO, kita semakin disedarkan dengan hakikat ahli bawahan UMNO sudah terlalu menyampah dengan kelemahan pemimpin mereka. Mampukah Pak Lah terus bertahan menghadapi asakan demi asakan?

Sumber - TheSun, Utusan Online dan RoslanSMS Corner

Kes Sukma; Menang Tetapi Kalah?


Kes Anwar Ibrahim (DSAI)-Sukma Darmawan yang mengejutkan negara sekitar tahun 1998-1999 kembali dengan kejutan kedua. Mengimbas secara ringkas kes perbicaraan tersebut (kes Sukma dituduh diliwat oleh DSAI), kes tersebut mendapat liputan meluas media dalam dan luar negara.

Bukan sahaja kerana pemecatan DSAI secara tiba-tiba, malah kerana perbicaraan tersebut berlangsung dengan penuh penipuan. Pertama kali dalam sejarah perbicaraan di Malaysia, tilam dibawa ke mahkamah sebagai barang kes. Seluruh negara gempar dan tidak mempercayai tuduhan Tun tatkala itu.

Walaupun kes tersebut tidak mempunyai logik langsung, namun hakim pada waktu itu, Augustine Paul menjatuhkan hukuman bersalah kepada DSAI manakala Sukma mengaku bersalah. Masing-masing ditahan penjara selama 6 tahun. Kes yang pada awalnya memeranjatkan seluruh negara akhirnya sepi; semuanya kerana Melayu mudah lupa!

Setelah menjalani hukuman, DSAI akhirnya dibebaskan awal kerana berkelakuan baik (tolong betulkan jika saya salah). Sukma pula, 16 hari sebelum melengkapkan tempoh hukuman dibebaskan setelah Mahkamah Rayuan mendapati terdapat kekurangan bukti yang terlalu nyata bahawa Sukma tidak bersalah.

Disebabkan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut, maka perbicaraan terpaksa diadakan semula. Perbicaraan 5 hari yang sepatutnya bermula semalam tamat lebih awal setelah pihak pendakwaraya memilih untuk tidak meneruskan mendakwaan. Ini menyebabkan Sukma bebas daripada hukuman penjara.

Mungkin bagi rakyat yang majoritinya tidak faham akan mengatakan bahawa Sukma tidak bersalah. Namun realitinya, Sukma telah dihukum penjara selama hampis 6 tahun kerana dikatakan bersalah suatu ketika dahulu. Dan FITNAH tersebut masih belum ditarik balik oleh pihak pendakwaraya kerana Mahkamah tidak memutuskan Sukma tidak bersalah, sebaliknya pendakwaraya memilih untuk tidak meneruskan pendakwaan.

Dengan kata lain, FITNAH itu belum dibersihkan. Nama Sukma belum bersih sepenuhnya. Mengapa pihak pendakwa tidak berani meneruskan pendakwaan? Pastinya kerana kekurangan bukti. Mereka tahu mereka tak mampu untuk menipu lagi. Setelah Tun tiada, mereka sudah tidak berkuasa. Dulu, mereka hanya memberikan bukti yang direka-reka, dan Sukma dipaksa mengaku bersalah.

Semakin jelas kepada kita bahawa pendakwaan kes DSAI-Sukma penuh dengan penipuan. Tanpa bukti yang cukup, bagaimanakah mereka dikatakan BERSALAH oleh mahkamah? Dimanakah prinsip keadilan yang sepatutnya dijunjung oleh para hakim? Sesuatu yang cukup memalukan negara!

Dan kini, kerajaan terus angkuh dengan tidak mahu memohon maaf atas FITNAH yang terjadi. Walaupun kes tersebut di'musykil'kan oleh Mahkamah Rayuan, kerajaan tetap angkuh dan bongkak tidak mahu mengaku salah. Dan sekali lagi, Nazri tampil kedepan dengan jawapan kurang ajarnya.

"We cannot question the reasoning given by a higher court in dismissing a previous decision by a lower court in the country. Thus, in the same vein, the question of an apology from the A-G also does not arise," he added.

Nazri was replying to points raised by Opposition Leader Lim Kit Siang (BN-Ipoh Timur) and Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) during their debate at the Committee Stage of Budget 2007.

"The court made its decision based on facts presented before them and so did the Deputy Public Prosecutor," he said.

Bertolak daripada fakta-fakta di atas, apakah kita boleh mengatakan Sukma menang dalam kes beliau? Ataupun beliau sebenarnya kalah kerana imejnya masih belum bersih? Bagi saya, Sukma menang dalam kekalahan. Hakikatnya beliau kalah, tetapi disebaliknya, kerajaan berjaya dibuktikan secara tidak langsung bersalah.

Akhirul kalam, pasti Tun tak senang duduk melihat satu persatu mangsa politiknya dibebaskan. Penyalahgunaankuasa oleh Tun makin terserlah, kebodohan Pak Lah makin menyerlah. Akhirnya, dua-dua kalah. Bak kata pepatah, "Yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang."

Rujuk artikel & berita berikut:

  1. Sodomy charge dropped, Sukma freed
  2. Sukma dibebas daripada tuduhan liwat
  3. Nazri: No A-G apology to Sukma

Malaysia Semakin Korup?

Dalam Pak Lah berkobar-kobar mengatakan kerajaan pimpinannya akan lebih telus serta menangani rasuah tanpa mengira darjat, keputusan kajian Transparency International (Malaysia) membuktikan sebaliknya. Kedudukan Malaysia merosot sebanyak 5 anak tangga, manakala indeks persepsi rasuah ataupun lebih sedap didengar, corruption perception index (CPI) naik 0.1.

Saya tak pasti apakah ini petanda negara semakin mundur dan semakin korup. Mungkin ya, mungkin tidak. Terlalu subjektif untuk dibincangkan.

Jika dilihat dengan pelbagai kes yang timbul saban hari; bermula dengan Kes Khairy Jamaludin-ECM Libra-Pantai Holdings, kes penyalahgunaankuasa oleh Majlis Perbandaran (MBPJ, MBSJ, MPK, etc), kes 'pandang sebelah mata' Kastam dan senarainya berturutan sampai ke kes Zakaria Derus yang berjaya membina Istana Pandaran, kita bisa mengatakan negara kita semakin korup.

Jika ingin berfikiran positif dan berprasangka baik; kita boleh menyimpulkan bahawa penambahan 5 buah negara dalam kajian TI menyebabkan Malaysia jatuh 5 anak tangga. Malah kita boleh mengandaikan negara lain bergerak lebih pantas dalam menangani korupsi. Walaupun negara mundur ada yang lebih 'bersih' daripada Malaysia, kita mungkin masih boleh berprasangka baik.

Segalanya mungkin. Dunia sekarang penuh dengan kemungkinan. Malah kemungkinan paling menarik disumpulkan oleh Ramon, Presiden TI, "We are the best among the worst."

Namun yang pasti, tindakan kerajaan menolak cadangan yang dikemukakan oleh TI adalah suatu kesilapan yang disengajakan. Cadangan TI bukanlah susah untuk dilaksanakan. Terlalu mudah, malah dipraktikkan secara meluas oleh negara-negara lain, termasuklah negara mundur.

Berikut antara cadangan mudah TI dalam usahanya memastikan Malaysia semakin 'bersih' seperti diidam-idamkan oleh Pak Lah:
1# Memastikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di'asing'kan daripada kerajaan. Dengan kata lain, BPR dijadikan sebagai badan bebas. Buat pengetahuan pembaca, pada masa kini, BPR diletakkan dibawah kuasa Perdana Menteri; bermakna BPR perlu melaporkan sebarang aduan mahupun hasil siasatan kepada PM terlebih dahulu. Sekiranya PM mengarahkan BPR menghentikan siasatan, maka terpaksalah close case. Pelik bukan negara Islam Hadhari ini?
2# Sistem tender terbuka untuk projek melibatkan kerajaan. Sistem ini telah lama dicadangkan oleh pelbagai pihak, namun masih gagal dilaksanakan. Dalam beberapa kes melibatkan projek mega, kerajaan lebih suka memberi tender secara direct negotiation. Ataupun kadang- kala tender tertutup dengan dinasihatkan oleh panel konsultan yang kononnya dilantik khas.

Yang menjadikan kes tender ini pelik ialah kemenangan tender kepada syarikat milik keluarga orang kuat kerajaan. Hebat sangat kot syarikat-syarikat tersebut.
3# Pendedahan lebih meluas kepada rakyat, serta kebebasan terhadap media. Ramai rakyat menganggap negara kita mengamalkan kebebasan media, namun realitinya, Malaysia antara negara terkebelakang dalam soal kebebasan media. Lihat sajalah akhbar dan media perdana; siapakah pemegang terbesar sher dalam syarikat-syarikat tersebut? Kalau bukan kerajaan, pasti UMNO dan barisan konconya.

Malah, dalam melaporkan kepincangan kerajaan, berapa banyak akhbar yang berani kedepan? Berapa ramai rakyat yang sedar tentang kes-kes seperti ECM Libra, MBPJ, MPSJ, MPK, dan lain-lain? Persoalannya, bebaskah kita?
Bukankah mudah cadangan TI tersebut? Mengapa kerajaan keberatan untuk menuruti? Pasti ada muslihat tersembuyi. Apakah korupsi memang merupakan budaya rakyat Malaysia? Ataupun korupsi hanya berlaku di peringkat kepimpinan tertinggi negara?

Anda nilaikan sendiri. Yang pasti, kajian membuktikan kita semakin 'kotor', bukan semakin 'bersih'. Siapa mahu dipersalahkan? Fikir-fikirkanlah...

Sumber - TheSUN edisi 7 November 2006

Monday, November 06, 2006

Jatuhnya Seorang Saddam; Tali Gantung Saksinya!

Berita terkini (setakat ini masih belum disiarkan dalam Utusan Online mahupun HarakahDaily); Keputusan perbicaraan kes Saddam telah diumumkan hari ini. Keputusan yang sepert dijangkakan, Saddam dihukum mati di tali gantung atas kesalahan pembunuhan beramai-ramai penganut Syiah.

Berita bersumberkan APW itu tersangatlah panjang, ringkasnya, Saddam dihukum gantung sampai mati. Keputusan tersebut dikatakan (tak pasti benar ataupun penipuan semata) menggembirakan rakyat Iraq yang bencikan Saddam. Benarkah begitu? Saddam Vs Bush; siapa lebih kejam?

Apapun, penghakiman daripada manusia telah berakhir, di hadapan ALLAH jua kita akan diadili seadilnya. Bagaimana pengakhiran kita? Tepuk dada tanya iman...
BAGHDAD, Iraq - Saddam Hussein was convicted and sentenced Sunday to hang for crimes against humanity in the 1982 killings of 148 people in a single Shiite town, as the ousted leader, trembling and defiant, shouted "God is great!"

As he, his half brother and another senior official in his regime were convicted and sentenced to death by the Iraqi High Tribunal, Saddam yelled out, "Long live the people and death to their enemies. Long live the glorious nation, and death to its enemies!" Later, his lawyer said the former dictator had called on Iraqis to reject sectarian violence and refrain from revenge against U.S. forces.

Berita Penuh - Iraqi tribunal sentences Saddam to hang

Sekian, Musafir Kelana melaporkan untuk Blog Musafir Kelana.

Saturday, November 04, 2006

Surat Terbuka Daripada Tun

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya tidak lagi dapat bercakap dengan secara langsung.

Hari ini saya diberitahu majlis NGO di Baling pada 3 hb November 2006 sudah dibatalkan. Polis memanggil penganjur dan mengarah supaya majlis dibatalkan.

Perkida Johor juga diarah supaya batalkan jemputan kepada saya pada 1 hb November 2006.

Dengan ini sudah 14 jemputan kepada saya dibatalkan atas arahan Kerajaan Pak Lah melalui Johari Baharom, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Di masa yang sama semua media aliran perdana membuat laporan yang tidak berasas untuk memburukkan diri saya. Saya tidak boleh jawab, tidak boleh nafi walaupun laporan telah diputar.

Inikah yang dikatakan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar zaman Pak Lah. Segala saluran untuk seseiapa mengkritik kerajaan ditutup.

Jawapan Pak Lah dan konco-konconya tidak tertumpu kepada kritikan yang dibuat. Sebaliknya semua marah kerana saya membuat kritikan.

Jangan kritik.

Kalau nak kritik keluar dari parti.

Semua mesti akuar kepada Pak Lah.

Jika tidak buang jawatan.

Apakah pernah perkara seperti ini berlaku di zaman Dato Onn, Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan saya sendiri?

Tunku dan Tun Hussein bebas mengkritik saya. Tidak ada sekatan. Polis tidak menganggu sesiapa yang ingin dengar kritikan mereka. Tidak ada ugutan untuk bertindak terhadap Tunku dan Tun Hussein.

Percayalah apabila pemimpin tidak boleh ditegur dia akan salahguna kuasa. Dia akan utamakan kepentingan diri, keluarga dan kroni. Kepentingan negara, kepentingan rakyat akan diabaikan. Akhirnya negara akan rosak dan rakyat akan menderita.

Pak Lah dan keluarganya takut membenarkan saya bercakap kerana kebenaran apa yang saya akan perkatakan. Jika apa yang saya perkatakan tidak benar, tentu mudah untuk membuktikan apa yang saya kata adalah tidak benar.

Berani kerana benar.

Takut kerana salah.

Takutnya Pak Lah jika rakyat dengar saya ialah kerana dia dan konco-konconya bersalah.

Saya guna saluran ini kerana tidak ada saluran lain bagi saya. Sama-samalah kita renung perkara ini.

Sekian,


Dr Mahathir Mohamad
3 November 2006.

Percuma $500; Boleh Percaya ke?

Terkini: Saya berjaya membongkar kebenaran disebalik program pelik ini. Rupanya ini hanya sebahagian daripada ratusan dan mungkin ribuan scam yang terdapat di internet. Namun kepada mereka yang nak mencuba, tak salah, cuma membazir masa.

Sapakah yang sanggup memberi $500 percuma? Fikirkan? Wang tak mungkin diperoleh dengan mudah. Tanpa usaha bersungguh-sungguh, dapatkah kita mengapai financial freedom? Adakah Robert Kiyusaki, Donald Trump, Bill Gates mahupun Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi jutawan dengan mudah?
---
Peluang menjana pendapatan cara mudah ini saya perolehi daripada seorang kenalan baik saya. Saya sendiri kurang pasti apakah benar janji-janji yang ditaburkan. Tapi tak rugi jika anda mencubanya. Setelah cukup USD15000, barulah
payout kita boleh dibuat. Menarik kerana amat mudah.

Tak salah mencuba, yang ruginya jika anda malas mencuba. Siapa tahu, anda mampu mengubahnya?

P/s - Website tersebut agak berat, jadi kemungkinan komputer dan browser anda akan hang seketika. Berikan masa dalam 1-2 minit, insya-Allah berjaya.

KALI PERTAMA SAYA BACA EMAIL NI, SAYA TERUS MENCUBANYA,CUBA TEKA?! TERUS DAPAT USD 500 PERCUMA SAHAJA.

CARI DUIT DENGAN HANYA BACA EMAIL DAN KLIK BANNER!!!

PERCUMA USD 500 JIKA ANDA SIGN UP!!!

  • TIADA YURAN YANG DIKENAKAN UNTUK MENDAFTAR
  • MEMANG BENAR-BENAR PERCUMA USD 500 SETELAH MENDAFTAR
  • PEROLEHI USD 10 DENGAN HANYA MENG'KLIK' BANNER
  • PEROLEHI USD 50-USD 200 HANYA DENGAN MEMBACA EMAIL
  • MENERIMA BAYARAN MELALUI CEK TERUS KE ALAMAT RUMAH ANDA

APA TUNGGU LAGI, HANYA IKUT LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH

  1. Klik pada link di bawah

Nak USD500 Percuma!

  1. Klik SIGN UP (kiri website)
  2. Taip alamat emel anda dan SIGN UP
  3. Tutup web tersebut dan buka emel anda
  4. Dalam Inbox cari 'boffopaidmail.com . sign up URL' dan buka emel tersebut.
  5. Klik pada link yang dihantar dalam emel tersebut
  6. Laman boffopaidmail akan keluar dan klik pada SIGN UP
  7. Satu borang akan keluar dan sila isi dengan lengkap

PERINGATAN: Isi alamat dengan betul dan tepat bagi memastikan check boleh dihantar terus ke rumah anda, jangan padam nama upline anda (musafirkelana) di bahagian Referrer

  1. Pada Payment Method pilih Check
  2. Kemudian klik SIGN UP
  3. Masukkan Username dan Password yang telah di isi dalam borang sebelumnya
  4. Hello (Your name) akan keluar dan wang USD 500 telah berada dalam akaun boffopaidmail anda
  5. Untuk tambah wang akaun, klik Paid2click
  6. Akan ada lebih kurang 7 banner yang boleh di klik, setiap satu bernilai USD 10 bersamaan dengan RM 40
  7. Setelah klik satu banner, tunggu sehingga tempoh masa habis lebih kurang 30 saat dan akan muncul ,Your account has been credited, pada atas laman yang di klik tadi
  8. Tutup laman tersebut, kemudian klik banner yang lain pula sehingga habis semua banner
  9. Untuk mengetahui jumlah terkumpul, klik di Earning stats. Jumlah wang terkumpul akan keluar.
  10. Tambah lagi jumlah terkumpul dengan klik di Inbox anda, setiap hari akan ada emel baru yang di hantar ke Inbox anda
  11. Klik setiap emel yang dihantar seperti langkah-langkah meng klik banner tadi (Setiap iklan bernilai USD 20, 50, 100 dan 200, masa untuk menunggu lebih kurang 1-4 minit)
  12. Setiap hari anda perlu rajin membuka boffopaidmail.com dan klik pada banner serta emel yang berada dalam Inbox
  13. Tambah lagi jumlah terkumpul dengan klik pada Referral dan promosikan URL anda pada rakan-rakan,yahoogroups,dan seluruh dunia!!

APA TUNGGU LAGI? SIGN UP SEKARANG!

Aku Nak Kaya!

Wednesday, November 01, 2006

Overload; Maaf...

Assalamualaikum,

Sidang pembaca budiman, saya ingin memohon maaf kiranya akhir-akhir ini saya tidak dapat mengemaskini blog Musafir Kelana dengan kerap. Keadaan diri yang kurang sihat, ditambah dengan lambakan kerja di pejabat tidak mengizinkan saya bergiat aktif menulis.

Saya memohon maaf kerana menghampakan anda. Insya-ALLAH selepas 10 November 2006, saya akan kembali giat menulis. Doakanlah saya dipermudahkan-Nya. Sekiranya beroleh kesempatan, saya akan cuba menulis segiat yang boleh.

Terima kasih atas sokongan anda!

Wassalam

Musafir Kelana

Monday, October 30, 2006

Kontena Ikan + Babi; Jijik!

Sekadar post ringkas tentang penemuan kontena yang menyimpan ikan bersama daging babi beku. Penemuan yang mengejutkan. Lebih mengejutkan, bekalan tersebut adalah untuk restoran-restoran di sekitarnya. Bertambah mengejutkan, bekalan ikan tersebut dikatakan tidak ada masalah untuk diedarkan kerana telah diikrarkan. Hanya bekalan daging babi tersebut yang akan dilupuskan.

Persoalannya, tidak jijikkah anda untuk memakan ikan yang telah disimpan bersama daging babi? Halal dan sucikah ikan tersebut? Pasti timbulnya was-was dan syak wasangka yang amat tinggi. Tambah menyedihkan, pengguna tidak dapat mengenalpasti adakah ikan yang dimakan di restoran (yang berkenaan) merupakan bekalan ikan yang telah disimpan bersama daging babi beku.

Apakah ini satu lagi usaha pihak yang ingin menghancurkan ISLAM? Bukankah dengan merosakkan pemakanan umat ISLAM, maka doa daripada umat ISLAM akan terhijab? Saya risau melihat penemuan mengejutkan sebegini. Ini baru yang diketemukan. Yang gagal diketemu bagaimana?

Menurutnya, pihak Kastam belum menahan pemilik syarikat tersebut.

Difahamkan, daging babi dan ikan itu disimpan dalam kontena itu untuk diedarkan ke beberapa restoran di kawasan berhampiran.

Menurut jurucakap itu, bekalan ikan tersebut diberi kelepasan untuk diedarkan kerana syarikat berkenaan mempunyai permit manakala daging babi itu mungkin akan dilupuskan.

Rujuk Kontena ikan campur daging babi disita

Sekian 'post-sebelum-ke-ofis' hari ini. Wallahualam...

Friday, October 27, 2006

Syawal 1427; Kenangan Demi Kenangan (Part II)

2 Syawal 1427

Saya bangun Subuh agak lewat. Walaupun tidur sudah terlebih cukup, tapi faham sajalah. Orang demam memang rasa tidurnya tak pernah cukup. Pelik bukan? Nasib baik saya seorang engineer bukan doktor. Saya kurang arif bab ilmu biologi, sejak sekolah memang tak pernah dapat 1A untuk biologi.

Selepas Subuh, saya hanya melelapkan diri seketika. Terasa kebas pula badan jika terlalu dimanjakan begini. Saya melangkah ke dapur mencari pengalas perut. Semalam tidak sempat untuk menjamah makan malam. Saya mengisi perut ala kadar, selera tidaklah terlalu mengancam.

Saya kembali ke katil, cuba mencari keinginan untuk tidur, namun gagal. Saya kembali ke ruang tamu dan menonton TV. Saya tak ingat apa nama cerita yang ditonton. Lama jugalah saya melayan siaran TV. Walaupun tidaklah terlalu menarik, tetapi layan sajalah. Daripada terperap di bilik buat 'tahi mata', lebih baik duduk di ruang tamu ini.

Kami pulang ke rumah sekitar waktu Asar. Gembira rasanya dapat menjejakkan kaki ke Istana Taman Siswa II. Walaupun di kampung seronok juga, tapi di rumah lagi seronok. Mungkin sebab lebih selesa dan ada internet yang menjadi kegilaan saya. Lagipun, Alhamdulillah, demam saya makin kebah. Syukur pada-Nya kerana memberikan kekuatan kembali buat yang daif ini.

Walaupun makin sihat, ummi tetap menyuruh saya berjumpa doktor. Sekadar langkah berjaga-jaga. Saya ke Kedah Medical Center (KMC). Lega kerana tidak begitu ramai yang sedang menunggu giliran. Namun kelegaan itu hanya seketika. Doktor yang memeriksa saya tersangatlah pemalas. Tak sampai 5 minit saya di dalam bilik doktor, saya dah dibenarkan keluar mengambil ubat. Dia hanya bertanya itu dan ini, maka siaplah senarai ubatnya. Bedebah betul!

Saya ke bahagian Farmasi dan mengambil ubatan saya. Memandangkan saya melebihi umur 18 tahun, saya terpaksa membayar sendiri. Agak mahal, RM51.30. Kos konsultasi sahaja sudah RM15. Memang saya menyumpah-nyumpah dalam hati. Doktor yang sekadar tanya itu ini dibayar RM15. Ubat yang diberi standard GH saja. Apalah malang nasib diri.

Malamnya saya tidur awal, kesan ubat yang diberi terlalu kuat. Selamat tinggal 2 Syawal...

3 Syawal 1427

Sepatutnya hari ini kami ke Penang, tapi disebabkan saya yang demam serta ummi yang keletihan, kami batalkan saja rancangan kami. Kami sekadar merehatkan diri di rumah sambil melayan tetamu yang sudi hadir. Syukur demam saya tidaklah seteruk hari sebelumnya. Walaupun peningnya masih ada, tapi selsemanya telah banyak berkurang.

Saya teringat jemputan sahabat sekampus untuk konvoi raya di sekitar Alor Setar. Teringin benar untuk turut serta. Namun awal-awal lagi saya sudah menolak memandangkan perancangan asal kami adalah untuk ke Penang. Sahabat sekolah rendah saya turut membuat konvoi sekitar Jitra. Namun demam yang masih bersisa memberatkan jiwa untuk turut serta.

Walaupun tidak dapat bersama dengan sahabat sekolah rendah menjelajah Jitra, saya menjemput mereka ke rumah. Lama benar kami tidak bertemu, hampir 9 tahun. Bukan tempoh masa yang sekejap. Saya menanti dari jam 12 tengah hari, tak sabar-sabar. Tertidur saya dibuatnya; mungkin kerana kesan ubat batuk.

Kawan-kawan saya tiba jam 5.30 petang, agak lewat. Saya sambut mereka di muka pintu dengan wajah demam saya. Semuanya sudah besar panjang. Barulah saya sedar, sayalah yang paling kecil antara semua. Kerdil sungguh diri ini, walaupun 9 tahun dahulu, ada yang lebih kerdil. Apakan daya, ALLAH mentakdirkan diri ini kekal comel sebegini.

Walaupun pertemuan agak ringkas, selama sejam dengan dihidangkan bihun goreng dan kuih muih, ia tetap memuaskan. Berjumpa muka-muka yang suatu ketika dahulu cukup muda dan berbeza. Nostalgia silam mengamit kisah suka dan duka persekolahan dahulu. Kenangan yang pasti tinggal kenangan.

Malamnya, tak banyak yang dibuat. Saya menghayati novel 'Biarkan Aku Menangis', karya baru daripada Norhayati Berahim. Kisah yang menarik. Bukan kisah jiwang, tapi kisah kekeluargaan. Saya tak mampu menghabiskan pembacaan dalam satu malam. Apatah lagi memandangkan saya perlu tidur awal; takut demam makin melarat.

4 Syawal 1427

Pagi ini seperti pagi-pagi sebelumnya. Seusai pulang dari solat Subuh di masjid, saya melayari internet. Saya agak kagum dengan kelajuan internet di Jitra yang jauh lebih baik daripada prestasi internet di Petaling Jaya. Mungkin kerana tak ramai orang Jitra yang menggunakan Streamyx, maka kesesakan trafik kurang.

Asalnya saya bercadang mahu ke rumah sahabat baik saya di Taman Bahagia, tetapi terpaksa saya batalkan kerana kepala pening-pening lalat. Saya sekadar berehat di atas katil menghayati sambungan novel semalam. Hari Jumaat memang tak banyak aktiviti untuk dibuat.

Jam 11.30, saya melelapkan diri supaya beroleh kekuatan untuk tidak syahid sewaktu khatib membaca khutbah. Saya bangun jam 12.30 dan terus mandi sunat Jumaat. Hari ini kebetulan saya ke masjid agak awal bersama ayah saya. Biasanya kami lambat. Entah mengapa, ayah saya bersemangat lain macam hari ini.

Selesai solat, saya menerima panggilan daripada sahabat karib saya yang di Pahang. Beliau menyampaikan berita penting kepada saya. Beritanya saya sambut dengan tenang dan penuh kesyukuran. Besar sungguh nikmat dan hikmah yang ALLAH sembunyikan dalam setiap kejadian. Tak terjangkau dek pemikiran kita insan yang lemah lagi hina.

Sisa-sisa hari berlalu dengan syahdunya. Ketenangan yang begitu unik menyelinap masuk ke dalam diri tatkala memikirkan betapa indahnya aturan alam dan kehidupan yang diurustadbir oleh ALLAH yang MAHA KUASA. Subhanallah!

Malam ini malam terakhir saya di rumah. Malam esoknya saya akan beradu di atas kerusi empuk bas Transnasional. Saya ingin sekali tidur dengan adik bongsu saya. Selalunya begitu jika saya balik ke rumah. Namun cuti kali ini, keadaan diri yang kurang sihat tidak mengizinkan adik saya bermanja dengan saya.

5 Syawal 1427

Hari terakhir di rumah untuk sambutan Aidilfitri tidak begitu terasa. Mungkin sudah terlalu lama di rumah. Biasanya saya hanya bercuti 4-5 hari, kali ini 8 hari. Paginya saya melayari internet untuk mendapatkan berita terkini seperti biasa. Sekitar 1-2 jam membaca berita, saya masuk ke bilik untuk menghabiskan helaian-helaian terakhir novel tempoh hari.

Tengah hari nanti, saya akan ke rumah sahabat baik saya untuk lunch bersama. Saya ke sana bersama ayah dan adik saya. Memang setiap tahun beliau akan menjemput kami ke rumahnya untuk jamuan raya istimewa. Masakan ala Pakistan + Langkawi ibunya memang memikat hati. Masakan yang boleh dinikmati setahun sekali.

Petangnya, dua orang adik saya kembali ke sekolah. Yang perempuan ke Sekolah Agama Kedah (Mergong) manakala yang lakinya ke Maktab Mahmud. Rumah sudah terasa hilang serinya. Malam ini, saya pula bakal berangkat pulang ke Petaling Jaya. Apakan daya, semua anak sudah besar panjang...

Saya menaiki bas pulang ke Petaling Jaya jam 10.30 malam. Alhamdulillah, bas Transnasional tiba jam 10.40. Kondisi bas selesa dan menyenyakkan. Asalnya saya bercadang untuk tidur awal, namun saya tertarik menonton drama yang disiarkan di TV3. Saya lelap jam 12.00 malam.

Bersambung...