Friday, December 30, 2005

Proton jual MV Agusta; Tun Dr. Mahathir Lepas Tangan?

Hmm... rasanya isu penjualan kembali MV Agusta masih hangat diperkatakan. Proton yang telah membeli MV Agusta dengan harga RM315 juta kira² setahun lalu menjualnya kepada Gevi S.p.A dengan harga hanya RM4.50. Bayangkan betapa murahnya dan betapa beruntungnya Gevi S.p.A kerana mendapat durian runtuh tersebut. Walaupun dikatakan perlu menanggung hutang beku MV Agusta.

Menurut Proton, penjualan MV Agusta, yang disifatkan sebagai penyebab utama pengeluar kereta kebangsaan itu mengalami kerugian, akan membolehkannya melepaskan diri daripada semua hutang dan beban yang ditanggung oleh syarikat Itali itu.

``Gevi akan turut mengambil alih hutang MV Agusta sebanyak 106.9 juta euro (RM481.05 juta) dan keperluan modal kerjanya sebanyak 32.5 juta euro (RM146.25 juta),'' kata Proton dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Jurucakap Proton ketika dihubungi menyatakan pihaknya tidak akan memberi kenyataan tambahan selain yang telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia.

Proton membayar 70 juta euro bagi memiliki kepentingan ekuiti MV Agusta itu pada 7 Julai 2004. Perjanjian pemegang sahamnya pula dimeterai pada 26 November 2004.

``Kos asal pelaburan bagi saham Agusta ialah 70 juta euro bagi 57.75 peratus saham bersandarkan nilai ekuiti proforma pada tarikh pelaburan sebanyak 121 juta euro (RM544.5 juta) dan nilai perusahaan proforma 281 juta euro (RM1.264 bilion)

Hanya kerana hutang, Proton menjual kembali MV Agusta. Percubaan hanya setahun akhirnya Proton telah berputus asa. Pembaziran wang yang sangat mendukacitakan. Mana kehebatan Penasihat Proton yang suatu ketika dahulu gah?

PUTRAJAYA 28 Dis. - Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak terbabit dengan keputusan Proton Holdings Bhd. menjual syarikat motosikal Itali, MV Agusta Motor S.p.A (MV Agusta).

``Saya tidak dimaklumkan atau ditanya mengenai keputusan Lembaga Pengarah Proton untuk menjual MV Agusta dengan harga RM4.50,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu yang bertanggungjawab membangunkan projek kereta nasional sejak tahun 80-an, berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terbaru Proton.

...

Seorang penganalisis ketika dihubungi berkata, langkah Proton itu mungkin ada kebaikannya walaupun dari segi pelaburan, prestasi MV Agusta tidak wajar dinilai dalam tempoh kurang setahun selepas pengambilalihannya.

``Mana ada pengambilalihan yang boleh membawa pulangan dalam tempoh 12 bulan sahaja?

``Apa yang jelas ialah sebaik sahaja pengurusan Proton ditukar pada Julai lalu, pengurusan baru dengan pantas melupuskan pemilikannya dalam MV Agusta,'' ujarnya.

(Berita penuh - `Saya tidak terbabit keputusan Proton jual MV Agusta')

Mudahnya melepaskan tangan bila mana berhadapan situasi begini. Dayus sungguh...
Tengku Mahaleel berloyar buruk mempertahankan pembelian yang bodoh ini dengan berkata , dia mahu buat kereta menggunakan nama mv augusta pada premium luxury sedan dan nama cagiva pada sporty hatchback. Lucu sekali. Takkan lah orang beli kereta kerana nama motor. Adakah Mahaleel mahu beli syarikat harley davidson kerana mahu buat kereta harley davidson. Tak masuk akal. tapi bila duit masuk akal semua beres. Itu lah sebenar nya UMNO pengkhianat bangsa. Tak habis habis mengkhianat. Saya menanti, harap harap, Paklah pecat saja Haprak ini dari Petronas. Silap silap , habis syarikat bankrupt di india, cina dan jepun dibelinya. mahathir has become a liablity to our nation not an asset at all.

(Rujuk post - Mahathir tak jual MVA tapi di beli MVA yang bankrupt)
Macam² ragam dunia politik dan ekonomi hari ini. Anda menilainya. Saya pasti anda semua tidak mudah tertipu dengan lakonan pemimpin, bekas pemimpin dan media sebegini. Wallahualam...

Post lain berkaitan Tun Dr. Mahathir
  1. Forum Keamanan Sejagat 2005; Retorik Dr Mahathir?
  2. Tun Dr.Mahathir kembali lantang...
(p/s - penulis akan 'bercuti' sehingga 2 Januari 2006. Harap maaf sekiraya blog ini tidak ter'update')

Casina di Pulau Mutiara; Mana Perginya Pengasas Islam Hadhari?

Daripada blog ::Roslan SMS Corner::, beliau berkongsi kisah tentang keinginan kerajaan Pulau Pinang menubuhkan casino di Pulau Jerjak...
Rupa-rupanya salah satu cadangan yang sedang dipertimbangkan kerajaan negeri GERAKAN adalah mendirikan sebuah kasino ataupun pusat perjudian di Pulau Jerjak!

Idea ini menurut laporan dilahirkan oleh bekas Presidennya dan juga bekas KM Pulau Pinang yang dikira Sifu GERAKAN iaitu Tun Lim Chong Eu. Kata Chong Eu membina kasino kelak akan lebih menguntungkan dari berbelanja duit untuk promosi pelancongan semata-mata. Dalam erti kata lain dengan adanya kasino kelak bukan hanya akan menyaksikan peningkatan jumlah pelancong yang hadir malah kerajaan negeri akan memperolehi keuntungan langsung melalui pelbagai jenis cukai yang boleh dikenakan.

Apa agaknya pandangan masyarakat Islam Pulau Pinang?

Menurut ADUN Pantai Jerjak Wong Mun Hoe (BN:Gerakan), dengan pembinaan kasino ini bukan bermakna kita menggalakkan perjudian tetapi berhasrat menarik para pelancong untuk datang.

Yang kita tahu kasino itu adalah pusat perjudian, maka membinanya bermakna merestui perjudianlah, merestui perjudian dengan maksud meraih keuntungan dan menggalakkan kehadiran pelancong bermakna menggalakkan perjudian. Wong tak perlulah berdolak-dalik dalam hal ini, kalau kerajaan negeri membina kasino maka secara langsung kerajaan negeri menggalakkan perjudian FULLSTOP.

(Post penuh di ::Roslan SMS Corner::)
Hmm, ke mana hilangnya Pak Lah yang sibuk mempromosikan ISLAM HADHARI? Atau memang ini salah satu strategi HADHARI (ketamadunan) dalam perspektif Pak Lah? Penubuhan kasino sudah pasti akan mengundang peningkatann kes gejala sosial dan masalah jenayah di Pulau Jerjak, bekas tempat penahanan banduan berkesalahan berat. Apa komen anda? Sama-samalah kita berdoa moga ALLAH memberi hidayah kepada pemimpin kita yang tersayang. Wallahualam...

Rujuk juga
  1. Future of Jerejak uncertain
  2. Restricted casino worth a gamble, says assemblyman
Post lain berkaitan Kerajaan
  1. Abdullah Ahmad Badawi atau Presiden Mahmoud Ahmadinejad?
  2. Isu Ketuk Ketampi Bogel; Kera di Hutan Disusukan, Anak di Rumah Mati Kelaparan
  3. Banjir; Politik Kepartian yang Bodoh!
  4. Kerajaan Pusat; Antara Amanah & Politik
  5. Pesta Seks di Pantai Cenang?

Isu Koperal M.Moorthy; Penipuan di Sebalik Kebenaran...

Melihatkan tajuk post ini, saya tidak berniat untuk memburuk atau menghina mana-mana pihak, cuma saya ingin membela maruah Allahyarham Muhammad Abdullah yang saya kira telah dihina oleh banyak pihak. Ini kerana tiadanya pihak yang ingin merungkai persoalan yang bermain di minda orang ramai, iaitu, adakah Allahyarham benar-benar mengamalkan ISLAM? Rujuk ceraian artikel berikut:
KUALA LUMPUR: Bagi mempertingkatkan imannya, Allahyarham Muhammad Abdullah, 36, atau nama asalnya, M Moorthy pernah memesan beberapa buku agama pada wartawan lokasi Panorama (RTM), Wan Anitabanun Salleh, 33.

Hasrat Allahyarham baru dapat ditunaikan Wan Anita pada Ramadan lalu sewaktu beliau mengunjunginya di Desa Hussein Onn, Setiawangsa.

Bagaimanapun, buku agama pemberian Wan Anita itu tidak memuaskan hati Allahyarham.

Ketika dihubungi, Wan Anita berkata, Allahyarham mahukan pengetahuan berkaitan Islam yang lebih menyeluruh kerana buku agama yang dibawanya itu hanya menjurus pada asas pendidikan Islam, terutama berkaitan mendirikan solat.

“Allahyarham beritahu saya dia sudah tahu mengenai solat. Malah Allahyarham biasa bersolat secara baring, jadi buat apalah mahu diberikan buku cara mendirikan solat lagi. Barangkali menyedari usianya yang singkat itu, Allahyarham mahukan buku agama dengan skop yang lebih luas. Dalam erti kata Allahyarham mahu tahu Islam secara menyeluruh,” katanya.

“Saya kagum kerana ada beberapa ayat dan hadis sudah dihafalnya. Malah jika diajak bercerita perihal Rasulullah, Allahyarham seronok dan isi ceritanya seolah-olah Allahyarham sudah mengkaji Rasulullah sekian lama,” katanya.

(Berita Penuh - Edisi Nasional: Solat sambil baring)
Juga ulasan daripada ::Roslan SMS Corner::
Kita sukar untuk mengetahui kerana isu ini berkemungkinan tidak akan dibongkarkan. Semasa di mahkamah saya berkesempatan menemui pegawai JAWI yang terlibat dalam merekodkan pengislaman Allahyarham. Dia mengakui Allahyarham menerima Islam dengan kerelaan hatinya. Dia mengaku berpuas hati dengan sikap dan pendrian Allahyarham khasnya berhubung dengan penerimaan Islam beliau.

Dan saya juga mendengar cerita dari seorang sahabat di mahkamah bahawa pernah seorang anak saudaranya melihat dan mendengar Allahyarham berzikir dengan memegang tasbih ditangan semasa hayatnya.

Sudah pasti dengan kenyataan Wan Anitabanun ini berbagai tanda tanya dan persoalan akan timbul terhadap kesahihan affidavit Kaliammal itu? Siapakah yang telah berbohong? Siapakah yang memiliki niat jahat dalam hal ini?
Nah! Bukankah sudah terjawab bahawa Allahyarham ADA MENGAMALKAN ISLAM. Mengapa perlu dipertikai keISLAMan seseorang yang telah 'pergi'? Sewajarnya kerajaan atau mahkamah tidak membenarkan mana-mana pihak mempertikaikan keISLAMan seseorang, kerana hanya ALLAH yang tahu di mana letaknya iman kita. Sekadar pendapat, tak wajib betul, harus salah. Wallahualam...

Post lain berkaitan Allahyarham Muhammad Bin Abdullah
  1. Undang² Manusia Vs Undang² Islam; Mana yang Utama?
  2. Kes Jenazah Koperal M.Moorthy; Debaran Kian Terasa...
  3. Kes Jenazah Koperal M.Moorthy; Alhamdulillah!


Wednesday, December 28, 2005

Kes Jenazah Koperal M.Moorthy; Alhamdulillah!

Alhamdulillah, debaran yang kian terasa terjawab akhirnya...

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh)-Mahkamah Tinggi (Rayuan Khas) memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah terhadap kes Mohamad Abdullah (M Moorthy) tidak boleh dipertikaikan dan hendaklah dipatuhi.

Sehubungan itu, jenazah pendaki Everest itu akan dikebumikan segera sebagai orang Islam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd Raus Sharif yang membaca keputusan sebentar tadi menyatakan, Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berdasarkan kepada Perkara 121A (Perlembagaan Persekutuan).

"Hanya Mahkamah Tinggi Syariah yang ada kuasa untuk menentukan simati terkeluar dari Islam atau tidak," katanya ketika membuat hujah penghakiman.

Dalam keputusan itu Mohd Raus menyatakan pihak Mahkamah Tinggi hanya meluluskan satu permohonan iaitu dalam perkara pertama permohonan keluarga simati, balu (Kaliammal) adalah sah sebagai seorang isteri kepada simati.

Sementara tuntutan menghalang mana-mana pihak menuntut mayat simati untuk dikebumikan secara Islam ditolak.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) diwakil peguam persekutuan, Fakhroul Azman Abu Hassan dan Hassan Abdul Rahman, sementara balu Allahyarham Mohammad, Kaliammal Sinnasamy diwakili peguam, M.Manokaran dan S.Sivanesan.

Begitupun, peguam yang mewakili Kaliammal, M.Manokaran dan S.Sivanesan menyatakan akan membuat satu lagi rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi menyemak semula perintah Mahkamah Tinggi Syariah.

Rayuan itu akan difailkan di Mahkamah Rayuan Putrajaya petang ini, kata Manokaran.

Pengerusi Institut Pengembelengan dan Pembagunan Komuniti (Impak), Haji Mahfuz Omar yang hadir dalam perbicaraan itu berkata pihaknya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun beliau mempertikaikan ruang yang diberi untuk pihak pemohon membuat rayuan di Mahkamah Rayuan yang akan menjejaskan kredibiliti Mahkamah Tinggi Syariah.

Seharusnya dalam kes ini semua pihak patuh kepada keputusan yang dibuat berdasarkan Poerkara 121A (Perlembagaan Persekutuan).

"Meskipun pihak Maiwp kini boleh mengkebumikan jenazah, tetapi jika rayuan pihak pemohon diterima Mahkamah Rayuan, maknanya kubur akan digali semula.Ini merumitkan keadaan," katanya.

Suasana tegang ketika mahkamah mengumumkan keputusan tersebut.Malah ketika Kaliammal dibawa keluar dari mahkamah, wartawan tidak dibenarkan untuk mendekati beliau.

Bagaimanapun suara berbentuk provokasi atau perkauman sedikitpun tidak kedengaran.

Semoga ISLAM terus dijunjung... Allahuakbar!!!

Tuesday, December 27, 2005

Kes Jenazah Koperal M.Moorthy; Debaran Kian Terasa...

Masih ingat tentang kes rebutan jenazah Koperal M. Moorthy? Jika anda sudah lupa, rujuk kembali akhbar bertarikh 21/12/2005, berita bertajuk Kecoh tuntut mayat pendaki Everest. Dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan supaya JAWI mengebumikan jenazah tersebut dengan cara ISLAM. Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Sivil telah membatalkan arahan Mahkamah Syariah tersebut (rujuk Undang² Manusia Vs Undang² Islam; Mana yang Utama?)

Kes tersebut telah disebut di Mahkamah Rayuan Sivil pagi tadi, jam 9.00 pagi. Ikuti petikan artikel dari blog ::Roslan SMS Corner::
Sukar dipercayai bahawa antara yang berhujah agar mayat ini diserahkan kepada keluarga Allahyarham yang masih beragama Hindu itu adalah Peguam Haris Ibrahim yang mewakili Majlis Peguam (seorang Muslim berhujah untuk memenangkan pihak bukan Islam!)

Setelah dengan sabar mendengar hujah semua pihak, Hakim Mohd Rauf Shariff telah menangguhkan perbicaraan dan memaklumkan akan memutuskan kes ini esok jam 10 pagi.

Dalam perbicaraan tadi pihak JAWI telah mengemukakan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah KL yang telah memberi kuasa kepada JAWI untuk mengkebumikan Allahyarham menurut hukum dan peraturan Islam setelah mengesahkan yang Allahyarham telah memeluk agama Islam menurut proses yang ditetapkan.

Pihak peguam pemohon berkali-kali berhujah bahawa pihak JAWI tidak mengemukakan bukti pengislaman Allahyarham yang sebenarnya menurut pandangan para peguam yang sempat saya temui, tidak diperlukan di mahkamah ini memandangkan segala dokumen dan bukti telah pun diserahkan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah tempoh hari.

(Artikel penuh - Kes Allahyarham Kopral Mohammad Abdullah aka Moorthy Di Mahkamah Rayuan Sivil pagi tadi)
Keputusan akan dikeluarkan oleh Mahkamah pada jam 10.00 pagi esok. Sama-samalah kita berdoa agar ISLAM terus tertegak di bumi HADHARI ini. Wallahualam...

Bekas Pegawai Perisikan Israel di MAS; Apa Relevennya?

Tempoh hari, kita dikejutkan dengan bendera Israel yang dikibarkan di hadapan bangunan UMNO di PWTC (rujuk UMNO-Israel; Pakatan atau Kebetulan?). Kali ini kita dikejutkan dengan pendedahan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tentang perlantikan konsultan asing yang didakwanya pernah berkhidmat dengan jabatan perisikan Israel.
Beliau mendakwa mempunyai dokumen bagi membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai perlantikan konsultan tersebut berkhidmat di bahagian Teknologi Maklumat (IT) syarikat penerbangan negara itu.

Di samping itu, beliau mendakwa, MAS juga melantik dua lagi konsultan rakyat asing and dua lagi arkitek sedangkan IBM telah dilantik untuk mengendalikan penyumberan luar bagi pihak MAS.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Azmin berkata, berdasarkan dokumen tersebut, pada 5 September lalu, MAS juta telah melantik seorang konsultan wanita rakyat Australia, juga di bahagian IT dengan gaji konsultan RM4,400 sehari ataupun RM96,800 sebulan atau kira-kira RM1.16 juta setahun.

Penyumberan luar

Di samping itu, katanya, MAS juga melantik seorang lagi konsultan IT rakyat Singapura dengan bayaran gaji konsultan RM825,000 setahun ataupun 68,000 sebulan.

Selain itu, beliau juga mendakwa, MAS telah melantik seorang pengurus arkitek dengan gaji RM180,000 setahun dan seorang arkitek enterprise, dengan gaji RM204,000 setahun.

Pada masa yang sama, MAS juga membayar RM298,202 kepada sebuah agensi pekerjaan mencari pekerja untuk mendapatkan perkhidmat ketiga-tiga pegawai berkenaan.

Azmin juga mendakwa, MAS telah membayar RM8.730 juta bagi kos penyumberan luar (outsourcing) sejak 2004 hingga September 2005.
Hmm... Tak hairanlah sekiranya MAS akan terus mengekalkan prestasi kerugian yang membanggakan. Apapun, kita beri peluang pada Idris Jala untuk menjadi 'Tony Fernandez, the Second'. Teringin untuk bekerja dengan MAS, boleh cepat kaya. Hehehe... Wallahualam....

(Rujuk artikel asal, Azmin dakwa bekas pegawai perisikan Israel berkhidmat di MAS)

Kisah Zainab Al-Ghazali; Bahagian 4 (Terakhir)

Sambungan daripada Kisah Zainab Al-Ghazali... (Rujuk juga Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3)

---

Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik dinyalakan dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya... saya memejamkan mata dan meletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati saya... dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai. Saya berdoa "Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain Ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!"

Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar. Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah... itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah S.W.T bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.

Beliau mengeluh dan merasai ni'mat kurniaan Allah yang tinggi serta kemurahan Allah S.W.T kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya.

Zainab Al Ghazali menceritakan; syaitan yang memegang tangan saya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merubak rabikkan daging engkau. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka.

Waktu itu hari hampir 'Isyak… kerana bayang-bayang dari luar kelihatan kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai… Saya berserah bulat kepada Allah S.W.T kerana lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk... dilepaskan pula udara sejuk.

Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tangan Jamal Abdel Nasser (la'natullah 'alaih) kepada pegawai penjara yang memerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap lelaki.

Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk... dan macam-macam lagi penyeksaan... dengan segala sepak terajang dan pukulan-pukulan cota… menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di hospital beberapa kali.

Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata "Duhai Makcik ku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya memukul mu, Ya Khali". Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.

Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah keseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita... yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki... dan tidak sanggup ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur — Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab Al-Ghazali. Ia bertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan Solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.

Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al- Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata: Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb, bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.

Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang buruk, berbeda sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai "spy" adalah lebih baik daripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dan saudara-saudara mereka yang lain.

Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada ALlah S.W.T, kerana Allah S.W.T lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan. Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah S.A.W dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempohinya adalah benar. Rasulullah S.A.W bersabda "Syaitan diharamkan menyerupai ku". Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W adalah satu perkara yang benar.

Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, dan terus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahid yang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam ini kepada Islam.

Berikutan dengan penangkapan beramai-ramai sahabat kita Ikhwan Muslimin oleh rejim Mendiang Anwar Sadat dan diteruskan oleh rejim Husni Mubarak (Zainab Al Ghazali) turut juga ditangkap, tapi kali ini ia hanya ditahan di rumah sahaja kerana dengan alasan sudah uzur. Semoga Allah S.W.T memelihara mereka.

---

Sekian sahaja kisah serikandi, mujahidah sejati, Zainab Al-Ghazali... Insya-Allah dalam penulisan akan datang, saya akan sertakan cetusan hati penulis asal kisah tersebut. Terima kasih kerana sabar menanti hingga kesudahan kisah. Harap dapat dijadikan pedoman pembakar semangat juang. Wallahualam...


Monday, December 26, 2005

Banjir; Retorik Pemimpin BN Terbongkar...

Kebetulan ALLAH memberikan saya ilham untuk menulis sewaktu bertanya khabar dengan ummi tersayang di Jitra, Kedah. Alhamdulillah kawasan perumahan saya diselamatkan ALLAH daripada terkena bala banjir besar. Disebalik kejadian banjir tersebut, tersirat seribu satu hikmah yang sepatutnya, kita sebagai orang ISLAM sedar dan berusaha menyelami maksud tersiratnya.

Saya tidak berniat untuk mengulas tentang maksud tersirat di sebalik banjir besar tersebut. Saya cuma ingin membawakan sedikit kisah yang berlaku di Kedah dan Perlis (kebetulan kampung saya terkena banjir di Perlis) sebagai perkongsian. Rupa-rupanya, berita yang disebarkan melalui kaca TV dan juga akhbar² harian hanyalah rekaan semata² (mungkin atas arahan pihak² tertentu).

Al-kisahnya, di Perlis, kejadian banjir tersebut merupakan yang terburuk selepas 30 tahun. Sebelum ini, bajir teruk melanda Perlis dalam tahun 1975. Pada waktu tersebut, ummi saya dalam tingkatan dua dan terpaksa pulang dari sekolah dengan sampan dan berjalan kaki dari pekan Kangar ke Batu Hampar. Sekiranya dengan kereta mengambil masa kira-kira 10 minit.

Kembali ke peristiwa banjir baru-baru ini, yang menengelamkan hampir seluruh Perlis, dan menyebabkan datuk dan nenek saya terperangkap di rumah selama 3 hari tanpa bekalan makanan. Kebetulan mereka merupakan penyokong setia UMNO (menyokong secara taqlid buta kerana merasakan UMNO berjaya memerdekakan Tanah Melayu). Sewaktu dihubungi oleh ummi, nenek saya berkata, "Tobat pasnih tak nak undi BN dah".

Mengapa? Sepanjang 3 hari terperangkap dalam bajir tersebut, muka² pemimpin UMNO yang diundi, mahupun pemimpin BN tidak kelihatan. Mereka hilang, lenyap tanpa sebarang berita. Membiarkan rakyat marhean mereka terseksa, kelaparan dan kesejukan. Mana janji² manis Shahidan Kassim, Menteri Besar yang dikatakan pemurah leh penduduk Perlis kerana mendermakan RM6 Juta sewaktu pilihanraya lepas? Pemimpin BN dan UMNO sekali lagi berRETORIK dengan rakyat. Rakyat tertipu lagi.

Keadaan di Jitra dan Kubang Pasu tak kurang hebatnya. Banjir yang pertama kali melanda disahkan berpunca daripada pembangunan yang tidak terancang, dibawah "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional". Tatkala rakyat menanggung derita, sekali lagi muka pemimpin RETORIK hilang entah ke mana.

Menambahkan malu, yang kelihatan sibuk membantu mangsa² banjir adalah pekerja² Chin Heng Motor di mana jutawan Chin Heng telah mengarahkan pekerjanya membantu mangsa² banjir. Beliau menyewa beberapa buah bas yang membawa sumbangan air minuman dan bahan-bahan lain. Malah beliau turut bermurah hati menderma RM200 kepada setiap mangsa banjir. Nah, seorang Cina yang bukan orang POLITIK membantu mangsa banjir yang majoriti MELAYU. Malunya mengaku diri orang MELAYU!

Bila saya bertanya kepada ummi tentang berita-berita yang mengatakan PUTERA UMNO dikerahkan membantu mangsa banjir, ummi berkata, "Mana ada PUTERA mahupun PUTERI UMNO, langsung tak nampak muka. Apatah lagi pemimpin UMNO". Bila ditanya tentang petugas bantuang PAS, ummi menjawab, "Tak nampak jugak kat Jitra. Entahlah, takde pulak dengar berita pasal petugas PAS, yang heboh, petugas UMNO".

Hmm, saya keliru sendirian. Berita di kaca TV menunjukkan muka-muka PUTERA UMNO membersihkan rumah mangsa banjir. Tapi di mana ya? Mungkin berita tersebut terlebih sensasi, walhal hanya berlaku di dua tiga kawasan.

Terdapat juga aduan tentan arahan Menteri Pelajaran tentang sesi persekolahan yang akan bermula seperti biasa (rujuk Persekolahan di Kedah tetap bermula 2 Januari) walhal sekolah di Jitra rosak teruk dengan kerugian untuk Sekolah Menengah Jitra sahaja dianggarkan sekitar RM1.5 juta. Kekurangan peralatan seperti komputer, kerusi dan meja tidak mungkin membolehkan pelajar belajar dengan selesa dan effisen.

Apapun, melihat kepada pengajaran di sebalik peristiwa tersebut, bagaimana mereka yang suatu ketika kaya raya, boleh menjadi papa kedana dalam sekelip mata. Bagaimana rakyat yang dahulu mengundi BN boleh tersedar dari mimpi yang panjang. Bagaimana ALLAH membuktikan kekuasaan-Nya...

Ini sekadar perkongsian buat semua. Setiap orang mempunyai pendapat berbeza, termasuk media. Dan setiap pihak tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. "Bukanlah seorang manusia sekiranya ia tidak berbuat silap dan ia tidak lupa," kata² Umar Al-Khattab yang perlu direnungi bersama. Wallahualam...

Rujuk juga
  1. Banjir terburuk 30 tahun -- * Hampir keseluruhan Perlis, Kedah `tenggelam' * Lebih 22,000 dipindahkan
  2. Pembangunan pesat punca banjir besar - Pensyarah
  3. Banjir Besar Kerajaan Kedah dan Perlis perlu bayar gantirugi.
  4. Banjir: Hanya wanita yang memahami keperluan wanita
  5. Banjir di Kedah: Adun Anak Bukit tidak sempat tidur sepicing pun
  6. Kelam kabut banjir di Kedah, tahniah jentera PAS bergerak dengan baik
  7. Ambil iktibar dari kejadian banjir
Post lain tentang Banjir
- Banjir; Politik Kepartian yang Bodoh!

Isu Ketuk Ketampi Bogel; Kera di Hutan Disusukan, Anak di Rumah Mati Kelaparan

Saya tertarik dengan berita daripada seksyen Politik Utusan Melayu bertajuk "Gambar bogel: Teresa wajar bayar ganti rugi aib" di mana saya ingin memetik sebahagian daripada berita tersebut:

KEMAMAN 25 Dis. - Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Ahmad Shabery Cheek berkata, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aib besar yang terpaksa ditanggung oleh wanita yang gambar bogelnya ketika ketuk-ketampi dirakam dalam lokap polis apabila ia kini menjadi tontonan umum.

Menurutnya, walau apapun motif ahli Parlimen DAP itu, pendedahan rakaman aksi yang memalukan wanita itu di Parlimen sehingga ia mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa, tidak wajar dilakukan.

``Saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan wanita Melayu itu dan keluarganya setelah diaib sebegitu rupa oleh Teresa apabila gambar bogelnya menjadi tontonan umum.

``Perbuatan Teresa itu bukan saja menjatuhkan maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi telah menggadai maruah dan aib seorang wanita,'' katanya.

Pada pandangan saya, pemimpin kita memang ibarat orang yang menyusukan kera di hutan dan membiarkan anak di rumah mati kelaparan. Kita susuri permulaan isu tersebut di mana pada awalnya, ramai menyangka itu adalah warga negara China. Ini menyebabkan kerajaan ISLAM HADHARI pimpinan Pak Lah melatah.

Lalu, dihantarlah utusan ke China, Datuk Azmi Khalid. Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada kerajaan China kerana melayan warganegara mereka sebegitu. Dan pelbagai tindakan diambil kerajaan untuk mengambil hati warganegara China.

Bagaimanapun, apabila siasatan dibuat, dan diketahui bahawa mangsa dalam rakaman video tersebut adalah seorang wanita MELAYU yang dirahsiakan identitinya atas sebab² tertentu, maka legalah kerajaan ISLAM HADHARI. Mengapa identitinya terlalu dirahsiakan? Mungkin kerana menjaga aib. Mungkin juga kerana 'mangsa' tersebut hanyalah boneka, kerana tiada siapa dapat sahkan.

Apapun, yang memelikkan, bagaimana mungkin pihak pimpinan mahupun polis tidak mengetahui bahawa mangsa tersebut MELAYU? Dan terus membiarkan khabar angin tentang 'warga China' bertiup sehinggakan kerajaan membazir wang rakyat untuk menghantar utusan ke China. Rujuk dua berita yang jelas percanggahannya, 'PM, Timbalan sangka wanita dalam klip video warga China' dan 'PM: Orang tidak percaya jika polis dedah identiti wanita bogel'. Janggal bukan?

Dibawah saya sertakan berita-berita yang dikeluarkan oleh dua jenis akhbar, satu kaki ampu kerajaan (mungkin) dan satu lagi wadah pembangkang. Daripada kaki ampu:
  1. Usah perbesar isu wanita diarah bogel dalam lokap
  2. Peguam wakili warga China pertikai `wanita misteri'
  3. Keikhlasan Teresa Kok dedah isu bogel dipertikai
Daripada wadah pembangkang:
  1. Melayu yang bogel: Kepada siapa pula PM nak pergi minta maaf?
  2. Wanita bogel: Orang Melayu 'tidak kesah' dihina di tanahair sendiri
  3. Pemuda PAS minta polis tidak amal pilih kasih dalam siasatan
Perkara jelas yang dapat dilihat, kerajaan tidak ambil peduli bila rakyat MALAYSIA menjadi mangsa. Sekiranya rakyat asing, ditatang bagai minyak yang penuh. Selain itu, media arus perdana juga terlalu berat sebelah (Walaupun media memang sudah lama berat sebelah). Aduh, kecewa sungguh menjadi rakyat negara ISLAM HADHARI ini. Anda gembira?

Wallahualam...

(Rujuk juga - Jangan jadikan kes wira Everest seperti kes ketuk ketampi bogel)

    Kisah Zainab Al-Ghazali; Bahagian 3

    sambungan daripada Bahagian 1 dan Bahagian 2...

    ---

    Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W. Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al- Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati.

    Al-Waliyah Al-Hudaibi dan Al-Afdah. Mereka inilah yang beliau sitatkan sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dari mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya, dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya. Kerana di antara mereka ada yang berumur 85 tahun, Ummi Ahmad namanya, ia telah di tangkap oleh rejim Jamal Nasser ketika ia berusia 85 tahun, ketika Zainab mendengar berita itu, ia memperkatakan bahwa ini adalah pertanda baik bagi Islam. Musuh-musuh Islam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini menunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh Islam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya sama sebagai musuh mereka.

    Setelah Mursyidul 'Am Hassan Al-Banna syahid dimamah peluru durjana yang tidak mengenal insan beriman atau tidak, Zainab Al-Ghazali terus berbai'ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul 'Am penganti Hassan Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan mengambil pengajaran daripada mereka.

    Beliau bersuami, suaminya seorang yang dihormati, seorang 'Ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada isterinya untuk meneruskan da'wah ditengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. Zainab Al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara sampai kemuncaknya, mereka telah mengunakan berbagai cara bagi melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan ia terpaksa dibawa ke hospital.

    Regim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainab sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan ketika suaminya dipaksa menceraikan Zainab Al-Ghazali, ia bersumpah "sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku". Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab Al-Ghazali masih dalam Tahanan.

    Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat dari penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan, sebelum ia ditahan, Jamal Nasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: "Dalam perjuangan ku tidak bercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah" Jamal Nasser telah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah, Jamal Abdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-Ghazali

    Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya satu pembunuhan telah dirancangkan. Sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab di tahan setelah di tangkap semula, setelah di bebaskan pada tahun 1964.

    Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta, dalam perjalanan itu dimaki hamun yang tidak dapat diterima oleh akal dan tidak dapat digambarkan oleh fikiran. Setelah sampai ke penjara ia diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajar dihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia. Mereka mengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk menanam hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh orang yang sealiran dengan Zainab Al-Ghazali. Dengan kata-kata yang kasar, ia diheret kebilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besar seperti syaitan hitam. Zainab Al-Ghazali mengesahkan saya berdoa dalam hati saya. "Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan denganperkara yang Engkau redhai".

    Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan) yang sedang duduk di atas meja membelik-belik buku catitan, yang saya tahu itu adalah buku catitan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu.

    Di waktu itu saya mendengar azan 'Asar... saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyelamatkan saya dari "keganasan syaitan". Saya dapat menunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengan sikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan. Saya diheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke sel kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu tubuh-tubuh manusia yang diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin. Mereka sedang diseksa dan dipukul, memenuhi sel-sel penjara itu. Mereka adalah pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yang pernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Saya berdoa "Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kami daripada kejahatan orang-orang yang jahat."

    ---

    Satu lagi bahagian menanti insya-Allah... Atau mungkin dua. Harap pembaca bersabar dan teruskan menanti. Suatu penantian itu menyeksakan, namun kesabaran itu pasti dibalas dengan kemanisan kelak. Wallahualam...

    Sunday, December 25, 2005

    Kisah Nabi Isa (Khas Sempena Krismas)

    Saya tidak bermaksud untuk menyambut perayaan Krismas ataupun nama lainnya hari Natal. Tetapi saya ingin mengajak anda merenung kembali kisah keputeraan Nabi Isa a.s. dan juga suatu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

    ---

    Jangan kita lupa bahawa di awal ke Rasulan Baginda Nabi Muhammad saw, ketika mula-mula menerima wahyu yang pertama, isteri kesayangan Baginda Khadijah r.a, telah membawa Rasulullah bertemu dengan seorang alim, ahli kitab, iaitu bapa saudaranya Waraqah ibnu Naufal (yang buta penglihatannya).

    Waraqah adalah seorang Kristian, yang faham Kitab Injil, dan apabila dikhabarkan oleh Khadijah akan pengalaman yang dilalui Rasulullah di Gua Hira itu Waraqah telah meyakinkan mereka berdua bahawa malaikat yang ditemui Baginda itu sesungguhnya adalah Jibril a.s dan bahawa kehadirannya memang petanda kerasulan Muhammad saw.

    Demikianlah besarnya peranan pengikut Nabi Isa a.s dalam mengiktiraf kerasulan Muhammad saw.

    Kita tidak pasti adakah Nabi Isa a.s dilahirkan pada tanggal 25 Disember (barangkali tarikhnya tidak penting), yang pastinya Allah swt telah berfirman dalam Surah Maryam ayat ke 33 maksudnya:

    Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku (Nabi Isa a.s) pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula.

    So peace is on me the day I (Jesus a.s) was born, the day that I die, and the day that I shall be raised up to life (again)

    Dan jangan juga kita lupa, diawal kerasulan Muhammad saw, umat Islam yang terdiri dari golongan mustadaffin dan miskin ketika itu di Mekah, telah ditindas, ditekan, disiksa dan malah dibunuh oleh musyrikin Makkah yang diketuai Abu Jahal dan Abu Lahab. Penyiksaan yang terlalu dahsyat itu berterusan sehinggalah Rasulullah saw memerintahkan sebahagian dari mereka yang terlalu dhaif itu berhijrah ke Habsyah ataupun Abyssinia.

    Menurut sirahnya Rasulullah saw memerintahkan agar 83 orang diketuai oleh anak saudara Baginda, Jaafar bin Abu Talib agar berhijrah ke Habsyah kerana kata Rasulullah di sana terdapat seorang Raja Kristian yang adil yang akan dapat memberikan perlindungan kepada mereka dengan izin Allah swt.

    Maka bergeraklah mereka itu ke Habsyah mematuhi perintah Allah dan Rasul Nya saw.

    Raja Habsyah yang beragama Kristian itu bernama Najashi ataupun Negus. Rupanya pemergian Jaafar dan para sahabat itu telah dituruti oleh perwakilan musyrikin Makkah diketuai Amru bin al As untuk memujuk Najashi yang mempunyai hubungan baik dengan pembesar Makkah agar dikembalikan 83 orang itu yang dituduh adalah pemberontak yang telah melarikan diri.

    Rigkas ceritanya Jaafar dan para sahabat bersamanya telah diperintahkan mengadap Raja Najashi dan dihadapan wakil musyrikin Makkah itu berlakulah dialog antara Islam dan Kristian yang sangat bermakna dalam sejarah Islam.

    Najashi: What do you say about Jesus, the son of Mary? Apakah yang kamu katakan berkenaan Isa anak Maryam?

    Jaafar: Regarding him we only say what has been revealed to our Prophet. Berkenaan beliau kami hanya nyatakan apa yang telah diajarkan kepada kami oleh Rasul kami.

    Najashi: And what is that? Dan apakah itu?

    Dan Jaafar telah membacakan ayat-ayat di dalam Surah Maryam (16 hingga 21)

    Relate in the Book (the story of) Mary, when she withdrew from her family to a place in the east. She placed a screen (to screen herself) from them, then We sent to her Our angel (Gabriel) and he appeared before her as a man in all respects. She said, I seek from from you to (Allah) Most Gracious, (come not near) if you do fear Allah. He said, No Iam only a Messenger from your Lord (to announce) to you the gift of a pure son. She said: How shall I have a son, seeing that no man has touched me, and I am not unchaste? He said: So (it will be) Your Lord says: That is easy for Me, and (We wish) to appoint him as a Sign for men and a Mercy from Us. It is a matter (so) decreed.

    Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Malaikat (Jibril) dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa. Ia berkata: Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci. Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat? Ia menjawab: Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

    Setelah mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan oleh Jaafar itu Najashi telah menitiskan airmata lalu berkata:

    By God, Jesus the son of Mary was exactly as your Prophet has described him. Demi Allah Isa anak Maryam adalah tepat sebagaimana yang diajarkan kepadamu oleh Rasul mu itu.

    Sambil menggariskan satu garisan lurus di lantai dengan tongkatnya Najashi berkata:

    The difference between you (Muslims) and us (Christians) are no thicker than this line. Perbezaan diantara kamu dan kami tidak lebih dari ketebalan garis ini.

    Lalu Najashi bertitah (yang ditujukan kepada Jaafar dan para sahabat yang bersamanya):

    You may stay in Abyssinia as long as you wish. Whoever obstructs you will pay for it and whoever opposes you will be punished. Kamu boleh tinggal di Habsyah selama mahu mu. Sesiapa yang menghalang atau menentang mu akan dihukum.

    Dan kepada Amru dan rombongannya Najashi bertitah:

    Not for a mountain of gold will I hand them over to you. Hatta walau dengan segunung emas sekalipun tidaka akan ku serah mereka kepada mu.

    Demikianlah keadilan yang diberikan oleh seorang Raja Kristian di zaman Rasulullah saw. Menurut satu riwayat Najashi ini kemudiannya telah menerima hidayah dan apabila diberitakan kepada Rasulullah saw darihal kematiannya kemudian, Rasulullah saw telah mengerjakan solat jenzah ghaib untuknya.

    Bagi umat Islam Nabi Isa a.s adalah seorang rasul, pesuruh Allah. Kita menerima dan beriman kepada firman Nya dalam surah Maryam (30 hingga 32) yang bermaksud:

    Ia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

    He (Jesus) said: I am indeed a servant of Allah. He (Allah) has given merevelation and made me a Prophet. And He has made me blessed wheresoever I be, and has enjoined on me prayer and charity as long as I live. (He) has made me kind to my mother, and not overbearing or miserable.

    ---

    Kisah ini saya petik dari blog ::Roslan SMS Corner::, sekadar perkongsian buat kita bersama. Menyebarkan kisah ataupun sirah disebalik sesuatu perayaan itu tidak salah, cuma janganlah sampai kita menyambutnya. Wallahualam....

    Kisah Zainab Al-Ghazali; Bahagian 2

    Berikut adalah sambungan kisah Zainab Al-Ghazali, Mujahid sejati...

    ---

    Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari kongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka, membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati dan pemikiran mereka. Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang mengikat teguh sesamanya.

    Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan kembali dengan izin Allah S.W.T dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN ISLAM. Negara Islam tidak dapat ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) — satu revolusi yang dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan 'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah — pendidikan amali untuk membentuk sikap, tindakan-tindakan dan tingkah laku serta pemikiran Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam.

    Beliau menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukkan Daulah Islam. Beliau fahami ini daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang maksudnya "Sesunguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."

    Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan diri itu yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satu macam ketentuan - sunnatul llah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawa perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dan tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam tentang Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklah mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para sahabat.

    Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun - Quraanun - Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, bila mereka memeluk Islam, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara menyeluruh. Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dilakukan dan seluruh pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam, bukan neraca dunia atau Jahiliyah.

    Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh Rasulullah S.A.W. dalam Dakwah baginda. Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan keatas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah S.A.W. bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka. Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani.

    Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukkan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Quran tercerna dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segala tindakan mereka adalah Islam — di lihat sahaja pada diri salah seorang dari mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada diri mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam.

    Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia misali yang unggul dalam sejarah peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sifah para sahabat.

    Lihatiah!! Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair namanya - ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus memeluk Islam sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya.

    Mus'ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W. "Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan". Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula bersumpah "Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tingalkan Islam, sekali-kali tidak".

    Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu.

    Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga firdaus ganjaranya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat dikembalikan.

    ---

    Kisah ini masih mempunyai kira² dua bahagian lagi. Sekiranya anda tidak sabar menantikan bahagian² seterusnya, silalah emel saya secara peribadi, insya-Allah saya akan mengemelkan 'the full story' terus kepada anda. Wallahualam...

    Kisah Zainab Al-Ghazali; Bahagian 1

    Saya tertarik untuk berkongsi kisah seorang Mujahidah terkenal, Zainab Al-Ghazali yang telah pulang ke rahmatullah bulan Ogos yang lalu. Jadikan kisah ini sebagai pedoman, iktibar serta muhasabah.

    Buat muslimat, jadikan ini semangat dan dorongan serta bukti bahawa muslimat juga mampu berjuang sama hebat dengan muslimin. Buat muslimin, jika seorang muslimat mampu menghadapi dugaan sehebat dalam kisah yaang akan dipaparkan, kita yang mengaku anak jantan bagaimana?

    ---

    PENGALAMAN ZAINAB GHAZALI

    Telah berlaku suatu peristiwa di dalam abad ini ke atas seorang wanita Mesir yang bergerak di dalam harakah Islamiah di Mesir yang dapat dijadikan tauladan.

    Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, "Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya."

    Dia memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T."

    Apakah kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Zainab Ghazali dan rakan-rakannya untuk harakah Islamiah?

    Contoh seorang Muslimah Abad 20

    ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI

    Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

    Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.

    Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.

    Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.

    Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.

    Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.

    Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.

    ---

    Kisah ini akan saya sambung setiap hari insya-Allah kerana kisahnya sangat panjang. Sekiranya ingin mengetahui post² terbaru, silalah daftarkan diri anda untuk melanggan dengan blog ini. Saya meng'upgrade'kan blog ini khas buat anda, para pembaca budiman. Nantikan sambungan kisah Mujahidad terulung ini... Wallahualam...