Tuesday, November 07, 2006

Pak Lah Makin Ramai Penentang?

Dalam kekabutan Pak Lah menangkis serangan berbisa Tun, kepemimpinan UMNO terus diganyang oleh ahlinya sendiri. Satu per satu peristiwa membuktikan Pak Lah semakin kurang popular dan semakin lemah pada pandangan ahli.

Kes paling menghangatkan akhbar hari ini ialah ucapan Datuk Abdul Ghani Othman sewaktu Konvensyen UMNO Johor di mana beliau mempertikaikan istilah dan konsep Bangsa Malaysia yang diletakkan dalam Wawasan 2020. Ucapan beliau menimbulkan pelbagai reaksi daripada pemimpin BN dan juga pembangkang.

Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah keberanian Datuk Abdul Ghani Othman mempertikaikan sesuatu yang disepakati oleh UMNO sendiri, malah ditekankan oleh Pak Lah sewaktu pembentangan Rancangan Malaysia ke-9.

Bukan setakat beliau mempertikaikan konsen Bangsa Malaysia, malah beliau turut melahirkan kekesalan dan rasa tak puas hati terhadap sistem meritokrasi yang diperkenalkan oleh kerajaan yang dipelopori UMNO. UMNO Johor juga membantah tindakan kerajaan memperkenalkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Apakah Ghani juga bakal menjadi penentang Pak Lah?

Itu di Johor, di Dewan Bahasa dan Pustaka pula, tokoh yang terkenal dengan keberaniannya, Ku Li turut membidas kerajaan. Ucapan beliau yang mengkritik keputusan kerajaan melaksanakan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris juga mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Jika difikirkan kembali, bukankah kerajaan dan UMNO sendiri yang beria mempertahankan konsep pengajaran dalam bahasa Inggeris tersebut? Walaupun banyak pihak yang menentang, ada sahaja hujah UMNO. Kini, Ku Li dan UMNO Johor pula yang menentang, bagaimana reaksi UMNO?

Dalam The Star, terkulat-kulat Najib mempertahankan tindakan kerajaan dan mengatakan prestasi dalam sains dan matematik meningkat walaupun diajar dalam bahasa Inggeris. Kenyataan Najib yang agak pelik itu boleh disangkal dengan mudah andainya facts and figures dibentangkan kepada rakyat.

Sebagai selingan, berikut adalah petikan ucapan Ku Li,
Dalam sistem kita berpolitik, kerajaan sepatutunya takut dan akur kepada rakyatnya. Kebiasaannya rakyat digerakkan oleh cerdik pandai, ilmuan dan para cendikiawannya. Lesunya golongan ini lemahlah rakyatnya. Rakyat yang lemah akan melahirkan pemimpin yang leka. Pemimpin yang leka akan menjadikan bahasa dan negara ini tidak berdaya.
Apakah ini menjadi petanda bahawa Pak Lah semakin hilang pengaruh? Penentangan daripada ahli UMNO yang semakin jelas dan terbuka sudah pasti merisaukan Pak Lah. Walaupun pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO menyatakan sokongan padu mereka, realiti ahli bawahan, ramai yang sudah muak dan jelek dengan kepemimpinan UMNO yang terlalu lemah dan memalukan.

Kenyataan Najib tentang kegagalan projek jambatan bengkok (ataupun Jambatan Indah) turut membuktikan kelemahan kerajaan half-pass-six with no guts yang didakwa Tun. Kerajaan Pak Lah terlalu takut dengan Singapura sampai terpaksa akur kepada kehendak negara kecil tersebut.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO, kita semakin disedarkan dengan hakikat ahli bawahan UMNO sudah terlalu menyampah dengan kelemahan pemimpin mereka. Mampukah Pak Lah terus bertahan menghadapi asakan demi asakan?

Sumber - TheSun, Utusan Online dan RoslanSMS Corner

Kes Sukma; Menang Tetapi Kalah?


Kes Anwar Ibrahim (DSAI)-Sukma Darmawan yang mengejutkan negara sekitar tahun 1998-1999 kembali dengan kejutan kedua. Mengimbas secara ringkas kes perbicaraan tersebut (kes Sukma dituduh diliwat oleh DSAI), kes tersebut mendapat liputan meluas media dalam dan luar negara.

Bukan sahaja kerana pemecatan DSAI secara tiba-tiba, malah kerana perbicaraan tersebut berlangsung dengan penuh penipuan. Pertama kali dalam sejarah perbicaraan di Malaysia, tilam dibawa ke mahkamah sebagai barang kes. Seluruh negara gempar dan tidak mempercayai tuduhan Tun tatkala itu.

Walaupun kes tersebut tidak mempunyai logik langsung, namun hakim pada waktu itu, Augustine Paul menjatuhkan hukuman bersalah kepada DSAI manakala Sukma mengaku bersalah. Masing-masing ditahan penjara selama 6 tahun. Kes yang pada awalnya memeranjatkan seluruh negara akhirnya sepi; semuanya kerana Melayu mudah lupa!

Setelah menjalani hukuman, DSAI akhirnya dibebaskan awal kerana berkelakuan baik (tolong betulkan jika saya salah). Sukma pula, 16 hari sebelum melengkapkan tempoh hukuman dibebaskan setelah Mahkamah Rayuan mendapati terdapat kekurangan bukti yang terlalu nyata bahawa Sukma tidak bersalah.

Disebabkan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut, maka perbicaraan terpaksa diadakan semula. Perbicaraan 5 hari yang sepatutnya bermula semalam tamat lebih awal setelah pihak pendakwaraya memilih untuk tidak meneruskan mendakwaan. Ini menyebabkan Sukma bebas daripada hukuman penjara.

Mungkin bagi rakyat yang majoritinya tidak faham akan mengatakan bahawa Sukma tidak bersalah. Namun realitinya, Sukma telah dihukum penjara selama hampis 6 tahun kerana dikatakan bersalah suatu ketika dahulu. Dan FITNAH tersebut masih belum ditarik balik oleh pihak pendakwaraya kerana Mahkamah tidak memutuskan Sukma tidak bersalah, sebaliknya pendakwaraya memilih untuk tidak meneruskan pendakwaan.

Dengan kata lain, FITNAH itu belum dibersihkan. Nama Sukma belum bersih sepenuhnya. Mengapa pihak pendakwa tidak berani meneruskan pendakwaan? Pastinya kerana kekurangan bukti. Mereka tahu mereka tak mampu untuk menipu lagi. Setelah Tun tiada, mereka sudah tidak berkuasa. Dulu, mereka hanya memberikan bukti yang direka-reka, dan Sukma dipaksa mengaku bersalah.

Semakin jelas kepada kita bahawa pendakwaan kes DSAI-Sukma penuh dengan penipuan. Tanpa bukti yang cukup, bagaimanakah mereka dikatakan BERSALAH oleh mahkamah? Dimanakah prinsip keadilan yang sepatutnya dijunjung oleh para hakim? Sesuatu yang cukup memalukan negara!

Dan kini, kerajaan terus angkuh dengan tidak mahu memohon maaf atas FITNAH yang terjadi. Walaupun kes tersebut di'musykil'kan oleh Mahkamah Rayuan, kerajaan tetap angkuh dan bongkak tidak mahu mengaku salah. Dan sekali lagi, Nazri tampil kedepan dengan jawapan kurang ajarnya.

"We cannot question the reasoning given by a higher court in dismissing a previous decision by a lower court in the country. Thus, in the same vein, the question of an apology from the A-G also does not arise," he added.

Nazri was replying to points raised by Opposition Leader Lim Kit Siang (BN-Ipoh Timur) and Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) during their debate at the Committee Stage of Budget 2007.

"The court made its decision based on facts presented before them and so did the Deputy Public Prosecutor," he said.

Bertolak daripada fakta-fakta di atas, apakah kita boleh mengatakan Sukma menang dalam kes beliau? Ataupun beliau sebenarnya kalah kerana imejnya masih belum bersih? Bagi saya, Sukma menang dalam kekalahan. Hakikatnya beliau kalah, tetapi disebaliknya, kerajaan berjaya dibuktikan secara tidak langsung bersalah.

Akhirul kalam, pasti Tun tak senang duduk melihat satu persatu mangsa politiknya dibebaskan. Penyalahgunaankuasa oleh Tun makin terserlah, kebodohan Pak Lah makin menyerlah. Akhirnya, dua-dua kalah. Bak kata pepatah, "Yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang."

Rujuk artikel & berita berikut:

  1. Sodomy charge dropped, Sukma freed
  2. Sukma dibebas daripada tuduhan liwat
  3. Nazri: No A-G apology to Sukma

Malaysia Semakin Korup?

Dalam Pak Lah berkobar-kobar mengatakan kerajaan pimpinannya akan lebih telus serta menangani rasuah tanpa mengira darjat, keputusan kajian Transparency International (Malaysia) membuktikan sebaliknya. Kedudukan Malaysia merosot sebanyak 5 anak tangga, manakala indeks persepsi rasuah ataupun lebih sedap didengar, corruption perception index (CPI) naik 0.1.

Saya tak pasti apakah ini petanda negara semakin mundur dan semakin korup. Mungkin ya, mungkin tidak. Terlalu subjektif untuk dibincangkan.

Jika dilihat dengan pelbagai kes yang timbul saban hari; bermula dengan Kes Khairy Jamaludin-ECM Libra-Pantai Holdings, kes penyalahgunaankuasa oleh Majlis Perbandaran (MBPJ, MBSJ, MPK, etc), kes 'pandang sebelah mata' Kastam dan senarainya berturutan sampai ke kes Zakaria Derus yang berjaya membina Istana Pandaran, kita bisa mengatakan negara kita semakin korup.

Jika ingin berfikiran positif dan berprasangka baik; kita boleh menyimpulkan bahawa penambahan 5 buah negara dalam kajian TI menyebabkan Malaysia jatuh 5 anak tangga. Malah kita boleh mengandaikan negara lain bergerak lebih pantas dalam menangani korupsi. Walaupun negara mundur ada yang lebih 'bersih' daripada Malaysia, kita mungkin masih boleh berprasangka baik.

Segalanya mungkin. Dunia sekarang penuh dengan kemungkinan. Malah kemungkinan paling menarik disumpulkan oleh Ramon, Presiden TI, "We are the best among the worst."

Namun yang pasti, tindakan kerajaan menolak cadangan yang dikemukakan oleh TI adalah suatu kesilapan yang disengajakan. Cadangan TI bukanlah susah untuk dilaksanakan. Terlalu mudah, malah dipraktikkan secara meluas oleh negara-negara lain, termasuklah negara mundur.

Berikut antara cadangan mudah TI dalam usahanya memastikan Malaysia semakin 'bersih' seperti diidam-idamkan oleh Pak Lah:
1# Memastikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di'asing'kan daripada kerajaan. Dengan kata lain, BPR dijadikan sebagai badan bebas. Buat pengetahuan pembaca, pada masa kini, BPR diletakkan dibawah kuasa Perdana Menteri; bermakna BPR perlu melaporkan sebarang aduan mahupun hasil siasatan kepada PM terlebih dahulu. Sekiranya PM mengarahkan BPR menghentikan siasatan, maka terpaksalah close case. Pelik bukan negara Islam Hadhari ini?
2# Sistem tender terbuka untuk projek melibatkan kerajaan. Sistem ini telah lama dicadangkan oleh pelbagai pihak, namun masih gagal dilaksanakan. Dalam beberapa kes melibatkan projek mega, kerajaan lebih suka memberi tender secara direct negotiation. Ataupun kadang- kala tender tertutup dengan dinasihatkan oleh panel konsultan yang kononnya dilantik khas.

Yang menjadikan kes tender ini pelik ialah kemenangan tender kepada syarikat milik keluarga orang kuat kerajaan. Hebat sangat kot syarikat-syarikat tersebut.
3# Pendedahan lebih meluas kepada rakyat, serta kebebasan terhadap media. Ramai rakyat menganggap negara kita mengamalkan kebebasan media, namun realitinya, Malaysia antara negara terkebelakang dalam soal kebebasan media. Lihat sajalah akhbar dan media perdana; siapakah pemegang terbesar sher dalam syarikat-syarikat tersebut? Kalau bukan kerajaan, pasti UMNO dan barisan konconya.

Malah, dalam melaporkan kepincangan kerajaan, berapa banyak akhbar yang berani kedepan? Berapa ramai rakyat yang sedar tentang kes-kes seperti ECM Libra, MBPJ, MPSJ, MPK, dan lain-lain? Persoalannya, bebaskah kita?
Bukankah mudah cadangan TI tersebut? Mengapa kerajaan keberatan untuk menuruti? Pasti ada muslihat tersembuyi. Apakah korupsi memang merupakan budaya rakyat Malaysia? Ataupun korupsi hanya berlaku di peringkat kepimpinan tertinggi negara?

Anda nilaikan sendiri. Yang pasti, kajian membuktikan kita semakin 'kotor', bukan semakin 'bersih'. Siapa mahu dipersalahkan? Fikir-fikirkanlah...

Sumber - TheSUN edisi 7 November 2006

Monday, November 06, 2006

Jatuhnya Seorang Saddam; Tali Gantung Saksinya!

Berita terkini (setakat ini masih belum disiarkan dalam Utusan Online mahupun HarakahDaily); Keputusan perbicaraan kes Saddam telah diumumkan hari ini. Keputusan yang sepert dijangkakan, Saddam dihukum mati di tali gantung atas kesalahan pembunuhan beramai-ramai penganut Syiah.

Berita bersumberkan APW itu tersangatlah panjang, ringkasnya, Saddam dihukum gantung sampai mati. Keputusan tersebut dikatakan (tak pasti benar ataupun penipuan semata) menggembirakan rakyat Iraq yang bencikan Saddam. Benarkah begitu? Saddam Vs Bush; siapa lebih kejam?

Apapun, penghakiman daripada manusia telah berakhir, di hadapan ALLAH jua kita akan diadili seadilnya. Bagaimana pengakhiran kita? Tepuk dada tanya iman...
BAGHDAD, Iraq - Saddam Hussein was convicted and sentenced Sunday to hang for crimes against humanity in the 1982 killings of 148 people in a single Shiite town, as the ousted leader, trembling and defiant, shouted "God is great!"

As he, his half brother and another senior official in his regime were convicted and sentenced to death by the Iraqi High Tribunal, Saddam yelled out, "Long live the people and death to their enemies. Long live the glorious nation, and death to its enemies!" Later, his lawyer said the former dictator had called on Iraqis to reject sectarian violence and refrain from revenge against U.S. forces.

Berita Penuh - Iraqi tribunal sentences Saddam to hang

Sekian, Musafir Kelana melaporkan untuk Blog Musafir Kelana.