




Tahniah kepada Bandaraya ISLAM yang berjaya menonjolkan izzah ISLAM itu sendiri. Sama-samalah kita berdoa moda suasana begini dikecapi di seluruh negara. Ini bukan perkara mustahil kerana KELANTAN telah membuktikannya. Wallahualam...
I start with the premise that the function of leadership is to produce more leaders, not more followers - Ralph Nader
Saya tidak berhasrat pergi jauh dalam bab ini Cuma saya mahu menyatakan betapa terpegun saya apabila membelek akhbar NST hari ini. Di bawah tajuk:Tepuk dada, tanya IMAN di HATI... "Cukupkah amalanku ini untuk mengatakan aku benar-benar seorang MUSLIM?" Wallahualam...
Teachers from US to coach students
Iaitu laporan berkenaan guru-guru warga Amerika yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu untuk mempromosi pengajaran Bahasa Ingeris di sekolah-sekolah menengah. Dilaporkan seramai 10 orang guru berkenaan telah diambil untuk berkhidmat dibeberapa sekolah di negeri itu.
Lalu bersama-sama laporan NST itu disertakan gambar seorang guru Leslie Thompson yang dikelilingi anak-anak muridnya dari SMK Agama Sheikh Abdul Malik.
JOHOR BAHRU, 3 Jan (Hrkh) – Tidak semena-mena dan mengejutkan, Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, menyifatkan langkah kerajaan menggunakan media awam khasnya RTM berkempen untuk partinya, Barisan Nasional (BN) secara terang-terangan dalam pilihan raya menyalahi etika.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Syarahan Umum bertajuk ‘Demokrasi dan Pilihanraya Di Malaysia’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, dekat sini, baru-baru ini."Jika kempen ini dibuat di stesyen televisyen swasta maka itu hak mereka, kita tidak boleh mempertikaikan hak mereka tetapi malangnya apabila kempen ini menggunakan hak awam yang menjadi hak milik seluruh rakyat maka ianya adalah sesuatu yang tidak sihat serta menyalahi hak kepentingan awam," katanya.
Bagaimanapun, katanya lagi, sekiranya saluran tv awam ini digunakan untuk menonjolkan pembangunan yang dibuat kerajaan tidak mengapa tetapi apabila ianya menjurus kepada kempen pilihanraya maka itu tidak betul.
(Semasa kempen pilihan raya Pengkalan Pasir misalnya, RTM telah digunakan sepenuhnya untuk memukul kerajaan negeri Kelantan dan PAS. Padahal, mereka telah menjadikan sebuah rumah milik kerajaan negeri sebagai studio mini sementara mereka-editor)
Rashid juga mengakui dengan kuasa, wang yang banyak membolehkan BN terus dapat mengekalkan kuasa sehingga hari ini.
Selain wang dan kuasa BN juga mempunyai sumber tenaga manusia yang mencukupi bagi menghadapi lawan politik mereka dalam setiap kali Pilihanraya diadakan, katanya.
"SPR sendiri sebenarnya tidak bersetuju media milik awam ini digunakan secara tidak adil dan kita seringkali menyuarakan perlanggaran etika ini tetapi nampaknya dari setahun ke setahun tiada perubahan dibuat sebaliknya media awam ini terus digunakan untuk kepentingan politik BN," kata beliau.
(Berita penuh - Pengerusi SPR bantah salahguna RTM oleh BN)
Hmm... Apa komen Pak Lah ye? Dan apa mimpi Tan Sri Rashid sampai beliau berani mengeluarkan kenyataan sebegitu? Apapun, yang pasti, akhbar² perdana tidak akan menyiarkan berita ini kerana mereka sendiri dipergunakan oleh BN.