Friday, September 08, 2006

TheSUN; Pembongkaran Diiringi Pengampuan?

Akhbar TheSUN hari ini tidak seperti hari-hari sebelumnya. Jika sebelumnya, TheSUN selalu mengkritik kelemahan dan korupsi dalam kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo; terutamanya PBT seperti MBPJ dan MPSJ. Hari ini, berbeza sekali. Khir telah dipuji ekoran tindakannya membatalkan penubuhan konsortiun untuk mengurus selia pembasmi serangga (pest control consortiums) yang dimonopoli oleh syarikat-syarikat tak bertauliah. Bukan setakat tidak bertauliah dan diiktiraf, malah dua daripada tiga syarikat yang mendapat hak mengeluarkan lesen di kawasan MPSJ merupakan syarikat RM2 (syarikat yang bermodalkan permulaan RM2). Malahan, Transparency International (TI) turut memuji tindakan Khir.

Tak salah memuji, boleh dijadikan motivasi untuk Khir. Tapi yang peliknya, kenapa begitu mudah TheSUN dan TI berubah sikap. Hanya disebabkan tindakan yang satu, Khir dipuji melanggit. Mungkinkah wujud peristiwa di belakang tabir? Bukan sedikit salah Khir. Jika diungkit satu persatu, mungkin anda tak larat untuk membaca. Malah sayapun tak larat untuk menulis. Hehe. Yang terkini, kes papan iklan yang masih belum selesai.

Malah bertambah melarat setelah Ketua Audit Negara menededahkan kegagalan hampir 80% papan iklan di Selangor membayar 'Temporary Order License', TOL. Bukan tidak membayar, tapi tidak berjaya diluluskan. Daripada sejumlah 4526 permohonan, yang berjaya diluluskan utk TOL hanya 588. Itu untuk tempoh 2003-2005. Menarik bukan fakta ini? Walaupun tidak mendapat kelulusan TOL, papan iklannya tetap naik kerana kurangnya penguatkuasaan. Ataupun memang sengaja tidak dikuatkuasakan? Sayapun pelik. Mungkin ada cerita belakang pentas jugak. Hehe.

Pasti ramai tertanya-tanya, apa itu TOL? Ia dikeluarkan oleh pejabat Tanah (kalau tak silap saya. Yang penting, bukan kerajaan negeri.) Sekiranya diluluskan oleh pejabat tanah, barulah papan iklan boleh didirikan. Dan setiap papan iklan perlu membayar TOL, ibarat menyewa tanah. Sepatutnya bayaran kutipan TOL untuk negeri Selangor mencecah jutaan ringgit ataupun 'billion', tetapi kelemahan pengurusan negeri menyebabkan negara rugi. Siapa rugi? Bukan kerajaan Barisan Nasional, tetapi saya, anda, kita. Sebagai rakyat, kita rugi kerana pendapatan negara 'terkurang'. Alhamdulillah, Ketua Audit Negara berjaya mendedahkan hal ini.

Sidang pembaca, Info-info ini saya petik daripada TheSUN yang diberi percuma setiap hari. Isu yang menarik selalunya. Maaf andai beberapa istilah yang tersalah terjemah. Sebagai contoh, 'Pest Control' = Pembasmi Serangga. TheSUN dalam bahasa Mat Salleh, jadi saya susah untuk terjemah dengan tepat. Maaf yang amat. Sekiranya nak membaca versi asal berbahasa Mat Salleh, sila layari TheSUN Online.

Wallahualam...

Link berkaitan:

No comments: