Thursday, January 04, 2007

Debar Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam

Berikutan kematian wakil rakyat kawasan Batu Talam, Dato' Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember lalu akibat barah usus, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh untuk pilihan raya kecil DUN Batu Talam akan diadakan pada 28 Januari 2007. Tarikh penamaan calon adalah pada 16 Januari 2007.

Pilihan raya kali ini agak panas dan mendebarkan. Ia boleh dilihat sebagai benchmark ataupun sensor yang bakal menunjukkan sejauh mana rakyat masih tertipu dengan Barisan Nasional. Adakah peningkatan harga minyak serta tol menyedarkan rakyat bahawa mereka telah diperbodohkan? Adakah pembongkaran bertubi-tubi oleh Tun memperlihatkan kehaprakkan Pak Lah? Dan pelbagai lagi 'Adakah...' yang terlalu banyak untuk ditulis.

Saya pasti, rakyat mengharapkan pilihan raya kali ini tidak berulang sebagaimana pilihan raya Pengkalan Pasir yang menampakkan penipuan yang terlalu jelas. Juga, moga SPR tidak sekali lagi untuk kesekian kali diberi jolokan seperti Sial Punya Rashid. Rakyat sudah terlalu lama mendambakan ketelusan dalam pilihan raya.

Owh, sebelum terlupa, jentera pilihan raya Barisan Nasional saya lihat sudah mula mengatur langkah. Akhbar setia UMNO, Utusan Melayu telah mula menyebarkan dakyahnya. Merujuk kepada ruangan Politik dalam UtusanOnline, disiarkan berita ini;
Pas hanya mahu kurang majoriti BN

KOTA BHARU 3 Jan. – Pas akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Talam dalam pilihan raya kecil kawasan itu meskipun terdapat cadangan supaya pembangkang memulaukan sahaja pilihan raya berkenaan.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, meski pun pilihan raya umum dikatakan semakin hampir, pilihan raya kecil itu boleh dimanfaatkan sebagai persiapan awal bagi ‘memanaskan jentera’ dan mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN).

‘‘Pas bertanding di Batu Talam dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004. Secara tradisinya ia kerusi bagi ditandingi Pas. Walaupun belum diputuskan secara muktamad di kalangan barisan pembangkang, tetapi berasaskan tradisi, Pas akan bertanding di situ.

‘‘Ada cadangan supaya diboikot. Tetapi saya rasa Pas Pusat akan putuskan untuk bertanding,” ujarnya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Husam yang membayangkan peluang Pas agak sukar berkata, fokus Pas lebih terarah untuk mengurangkan majoriti BN.

Ditanya sama ada Pas akan terus mengekalkan calon yang bertanding pada pilihan raya lepas, beliau berkata, ia akan ditentukan oleh parti.

Adakah itu kata-kata sebenar Husam Musa? Ataupun kata-kata yang telah diputar belit oleh media massa yang terkenal dengan putaran belitnya? Saya sendiri kurang pasti. Jika dilihat sirah Utusan, ia memang terkenal dengan ketidaktelusan berita politiknya. Anda nilaikan sendiri.

Apapun, harapan saya (dan mungkin harapan majoriti rakyat Malaysia), semoga pilihan raya ini berjalan dengan telus. Biarlah Barisan Nasional dan Barisan Alternatif bertarung dalam pentas yang adil. Usahlah jentera kerajaan dan orang-orang tua disalahgunakan lagi. Matanglah dalam berpolitik wahai pemimpin sekalian! Bila lagi untuk menjadi matang kalau bukan sekarang?

Akhirul kalam, semoga kemenangan diberikan kepada yang ingin dan mampu untuk menegakkan ISLAM. Kiranya UMNO mampu, maka semoga UMNO menang. Namun, kiranya PAS lebih layak dan mampu, semoga PAS meneraju. Tegakkan yang HAK, hapuskan yang BATIL.

Membangun Bersama Islam!

Wallahualam...

No comments: