Thursday, October 05, 2006

.:: Artikel Menarik Minggu Ini ::.

Akhir-akhir ini, saya diresapi dengan semangat membaca yang begitu tinggi. Pantang sahaja ada masa terluang di ofis, pantas jari-jari ini membuka koleksi e-book peribadi untuk dibaca. Lalu terlekalah diri ini dengan keasyikan e-book tersebut. Tapi tidaklah sampai mengabaikan kerja, don't misinterpret me! Apapun, saya ingin berkongsi dengan anda, tiga artikel yang saya kira amat menarik untuk dibaca. Worth the time spent for reading it...

1# Jika Musharraf boneka AS, Abdullah pula bagaimana?
Artikel ini tulisan Tuan Guru Dato' Nik Aziz dan menyentuh tentang percaturan dunia oleh kuasa barat, atau lebih tepat lagi, oleh AS. Apa yang beliau sentuh, sedikit sebanyak sekitar teori FREEMASON; percaturan ISRAEL LAKNATULLAH untuk menghancurkan ISLAM. Hayati sedutan artikel ini,

Saya cuma terlintas, jika presiden Pakistan itu boleh diheret ke dalam keadaan tekanan yang semacam itu, apakah diluar kemungkinan untuk orang ramai turut berfikir yang jangan-jangan langkah menyekat bantuan perkapita kepada SAR, menahan sebahagian bekas-bekas graduan dari universiti-universiti Pakistan dan Timur Tengah di bawah ISA (termasuk anak saya) oleh Perdana Menteri Malaysia juga adalah akibat dari mematuhi telunjuk-telunjuk khianat dari Washington?

Jika Hamid Karzai adalah boneka mereka di Afghanistan dan Shinzo Abe adalah Perdana Menteri pro-AS yang baru dilantik di Jepun, maka tidak mustahilkah dasar-dasar anti terrorisme Malaysia juga adalah dirangka di Rumah Putih?
2# Hakikat sebenar pilihan raya kampus

Artikel ini ditulis oleh bekas pelajar UKM dan mengulas in detail tentang strategi dan penyelewengan PRK. Semuanya kerana BN terlalu takut jika kampus jatuh ke tangan mahasiswa yang lantang. Apa yang ditulis tersangatlah panjang, tapi menarik untuk dibaca. Sekiranya anda belajar di IPTS, mungkin anda tak pernah tahu realiti ini.

Saya mempunyai seorang kawan di UKM. Dan apa yang diceritakan oleh beliau sama seperti apa yang dinukilkan oleh penulis artikel ini. Sedih mengenangkan betapa BAHLULnya pemimpin BN. Ikuti sedutan artikel ini...

Penulis sendiri berpengalaman menghadapi telatah buruk segelintir pegawai-pegawai ini apabila PMUKM Sesi 2001/2002 yang dipimpin oleh penulis telah dihalang untuk turun melakukan lawatan kebajikan di kolej-kolej kediaman UKM. Ianya jelas bertujuan untuk menimbulkan persepsi di kalangan pelajar bahawa MPP gagal berfungsi dengan baik bagi menjaga kebajikan mereka.

MPP juga dinafikan hak untuk duduk di dalam jawatankuasa induk Minggu Orientasi di samping tidak dilibatkan langsung dengan Minggu Orientasi. Ahli-ahli jawatankuasa dan fasilitator Minggu Orientasi hanya dipenuhi oleh pimpinan dan ahli-ahli kumpulan pelajar prokerajaan yang telah ditolak oleh pelajar di dalam Pilihan raya Kampus.

Motifnya amat jelas, iaitu untuk menanam pengaruh mereka di kalangan pelajar baru supaya mengundi mereka di dalam Pilihan raya Kampus. Bahkan yang lebih teruk, Minggu Orientasi digunakan sepenuhnya untuk memburukkan MPP dan PMI serta parti-parti pembangkang di samping pelajar baru diugut supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan anjuran PMI yang sekiranya diengkari boleh dikenakan tindakan disiplin di bawah Akta Uniuversiti dan Kolej Universiti.

Suasana menekan dan cukup tidak demokratik ini berterusan sepanjang sesi 2001/2002 dan Sesi 2002/2003. Usaha jahat pakatan Umno/BN dan HEP ini mencapai kemuncaknya di dalam Pilihanraya Kampus Sesi 2003/2004 apabila buat pertama kalinya HEP menaja parti politik pelajar yang sah dan berdaftar yang dikenali sebagai Kumpulan Aspirasi di hampir kesemua kampus IPTA bagi bertanding di dalam pilihan raya kampus sesi tersebut. Perbuatan ini jelas menyalahi undang-undang pilihan raya yang digubal oleh HEP sendiri.

3# Umno dipenuhi pemimpin yang bermasalah dengan Islam

Ditulis oleh saudara Mohamed Hanipa Maidin, seorang yang tidak asing lagi bagi mereka yang aktif berjuang. Tulisan ini memetik kata-kata pemimpin UMNO berkenaan dengan ISLAM. Petikan kata-kata tersebut menjadi bukti penipuan dan kejahilan pemimpin UMNO tentang ISLAM. Rupa-rupanya, ISLAM HADHARI hanyalah retorik semata-mata (saya sudah lama tahu tentang ini...).

Antara yang menarik...

"Umno dipaksa menggunakan Islam bagi mendapatkan undi dan kami tidak memberi apa-apa khidmat kepada masyarakat. Kami didorong melakukan sesuatu yang kami tidak mempercayai atau beriman dengannya."

Saya telah memberikan komentar saya terhadap kenyataan Nazri tersebut seperti berikut:-

Apa yang didedahkan Nazri ini menjadi bukti yang sahih dan kuat bahawa Umno tidak dapat lagi bertahan untuk terus berpura-pura kepada rakyat negara ini tentang sikap sebenar mereka terhadap Islam.

Satu keperitan dan kesakitan yang amat sangat Nazri dan Umno rasakan apabila bersikap berpura-pura ini.

Ibaratnya kalau Umno dahulu terpaksa bertopeng bagi melindungi wajahnya yang hodoh kini topeng yang lama dan mungkin sudah busuk dan berulat itu terpaksa ditanggalkan dan kini orang telah dapat melihat wajar sebenar pemakai topeng tersebut. Amat hodoh!

Pendedahan Nazri mengajar kepada kita tentang perlunya orang Islam mengetahui dan memahami Islam dari satu segi dan permainan politik golongan sekular Islam dari satu segi yang lain bagi mendapatkan undi.

Sekian saya bawakan beberapa artikel yang saya kira amat menarik. Maaf kerana tidak mampu mengulas isu-isu semasa dengan panjang lebar. Keletihan berbuka puasa menyebabkan otak ini sedikit bejat. Insya-ALLAH saya akan cuba mengawal nafsu makan ini untuk hari mendatang. Hehe... Kita doakan yang terbaik insya-ALLAH.

Wassalam...

No comments: