Friday, December 23, 2005

Undang² Manusia Vs Undang² Islam; Mana yang Utama?

Tatkala membaca akhbar pada pagi hari ini (23/12/2005), hati mengucapkan syukur ke hadrat-Nya kerana jenazah Koperal M. Moorthy akan dikebumikan dengan cara ISLAM (rujuk Mahkamah perintah Moorthy dikebumi cara Islam). Walau bagaimanapun, kelegaan hati bertukar gelisah tatkala mata terlihat artikel Mahkamah Sivil Arah Tahan Jenazah Mohamad dari dikebumikan ikut Islam di laman web TranungKite.

Persoalannya sekarang, adakah Mahkamah Sivil yang menggunakan undang² manusia akan menang apabila berlawan dengan Mahkamah Tinggi Syariah yang menggunakan undang² ALLAH? Satu cabaran buat kerajaan ISLAM HADHARI pimpinan cucu ulama terkemuka, Pak Lah. Apakah beliau akan bertegas untuk memenangkan hukum ISLAM? Ataupun mengalah pada hukum manusia? Sama² kita saksikan....

Apapun, marilah kita berdoa agar pemimpin² kita diberi hidayah oleh ALLAH akan terang hati dan bertindak tegas dalam hal ini. Wallahualam....

rujuk juga
  1. Kes Mohamad (Moorthy): Islam Tercabar, Mahkamah Tinggi Perintah Tahan Jenazah Dari Dikebumikan Ikut Cara Islam)
  2. Dimana pemimpin UMNO dalam mempertahankan keIslaman M.Moorthy

1 comment:

Anonymous said...

berkenaan isu M Moorthy ini,saya merasakan bahawa pindaan perlembagaan 121(1A)yang dihantar oleh beberapa menteri bukan islam tidak harus diturutkan.bukankah kita sudah berlembut dengan mereka dalam byk hal tapi apabila melibatkan agama,ia akan menjadi sesuatu yang sensitif.silap sikit ia akan membawa padah kepada generasi islam yang akan datang.cukuplah anak muda kini tiada arah dalam beragama.kononnya tiada kebebasan beragama oleh segelintir bukan islam adalah karut!jika begitu,tidak wujudlah perayaan dan kuil-kuil di Malaysia.inilah yang dikatakan beri betis,hendaklah peha!