Saturday, October 21, 2006

ISA; Cukuplah Syukurku bagi-Mu Ya ALLAH


Tempoh hari, negara telah digembirakan dengan pembebasan seramai 17 mangsa tahanan ISA. Antara yang dibebaskan ialah Nik Adli, iaitu anak kepada Tuan Guru Nik Aziz. Berita ini telah menggembirakan rakyat. Akhirnya mangsa-mangsa kezaliman kerajaan ini berjaya juga mengecapi nikmat Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Namun, harus diingat, kesyukuran perlu kita panjatkan hanya pada ALLAH yang SATU. Ucapan 'terima kasih' tidak layak buat Pak Lah mahupun kerajaan Barisan Nasional. Merekalah yang telah menahan, malah menyambung tempoh tahanan mangsa-mangsa ISA ini. Apakah layak mereka dihargai? Semuanya berlaku dengan izin ALLAH, bukan kerana Pak Lah. Manusia kejam seperti Pak Lah tak layak untuk ucapan semurni 'terima kasih'!

Tambah menyedihkan dan menyakitkan hati tatkala membaca berita-berita arus perdana yang masih menyatakan bahasa kesemua 17 mangsa ini merupakan ahli KMM dan JI yang merancang untuk menggulingkan kerajaan kerana jihad. Walhal, realitinya, mereka tidak pernah dibuktikan bersalah oleh mana-mana mahkamah. Menurut prinsip keadilan yang digunapakai negara, seseorang tidak boleh dikatakan bersalah selagi mana belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Mengapa akhbar perdana masih ingin memainkan isu ini? Malah akhbar utama tidak langsung menyentuh betapa terseksanya kehidupan keluarga mangsa ISA serta kezaliman yang berlaku di dalam Kem Kemunting. Walaupun SUHAKAM pernah menyatakan ISA melanggar hak asasi manusia, pernahkah akhbar perdana sudi melaporkannya?

Itu baru soal hak asasi manusia. Sedangkan IFC juga kononnya menuntut kebebasan hak asasi manusia, kenapa apa yang SUHAKAM sendiri utarakan ini tidak pernah diberi pendedahan? Apakah kerana kawalan kerajaan terhadap media? Sadis dan dayus sekali kerajaan hari ini. Media dikawal sesuka hati. Media arus perdana pun satu, pengecut. Memikirkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup menggadaikan prinsip kewartawanan sendiri.

Saya sebak memikirkan nasib yang sedang dihadapi oleh keluarga mangsa ISA ini. Walaupun 17 orang telah dibebaskan, ada kira-kira 60 mangsa lagi yang masih terus dizalimi. Mengapa mereka ini masih lagi ditahan? Ditahan atas kesalahan yang tidak mampu dibuktikan kerajaan. Nah, wajarkah kita berterima kasih? Tidak! Tidak sama sekali...

Kita mungkin tidak merasai keperitan yang ditanggung oleh keluarga mangsa ISA. Berata mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pasti ada antara rakyat yang melihat seolah-olah baik benar Pak Lah kerana membebaskan 17 orang ini. Realitinya, ini cumalah permainan politik jijik UMNO. Mereka yang dibebaskan ini, hakikatnya, masih lagi dikawal. Pembebasan bersyarat namanya.

Dibawah saya sertakan sedutan berita dan artikel tentang kezaliman kerajaan pimpinan Pak Lah, tak lupa Tun. Mereka berdua sama zalim...

Image

"Saya mengucapkan syukur kerana sebahagian daripada tahanan ini dibebaskan. Bagaimana saya ada menerima kiriman sistem pesanan ringkas(SMS) isteri-isteri tahanan yang tidak dibebaskan, yang merintih kenapa suami mereka masih ditahan.

"Perkara ini menyebabkan saya tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib mereka kerana saya tahu mereka tidak berdosa dan bersalah," kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu.

Dr Lo' Lo' sebak kenang nasib anak isteri tahanan ISA

"Dalam kesulitan mereka, masyarakat khususnya umat Islam perlu menjadi galang ganti sementara sebagai 'suami' dan 'ayah' kepada anak-anak mereka, tambahan pula pada saat menyambut Aidilfitri ini," katanya yang ditahan sewaktu berlaku Operasi Lalang tahun 1987.

"Kita mesti membantu dalam memenuhi keperluan hidup seperti sokongan moral, bantuan kewangan dan merawat sakit pening mereka," katanya yang ditahan dua tahun di Kem Kamunting, Taiping termasuk tidak dibenarkan keluar daerah selama satu tahun.

Teringat kesedihan dan kesunyian yang diungkap Pak Lah, spontan saya terbayang wajah-wajah isteri tahanan ISA, yang telah lama kesunyian dan dilambung kesedihan, malahan lebih lama berbanding Pak Lah sendiri.

Ya! Hampir lima tahun mereka diselubungi kesunyian dan kesedihan. Hampir lima tahun pelbagai perasaan terimbau di jiwa mereka. Sedih, kecewa, terkejut, marah, sakit hati, pedih, dan segala macam rasa yang ada tersemat kukuh dalam jiwa mereka.

Isteri-isteri yang selama ini banyak bergantung harap kepada suami mereka semata-mata, dipisahkan secara kejam hingga mengakibatkan mereka mengalami 'kejutan budaya' apabila terpaksa mengambil alih tugas dan tanggungjawab suami selama ini.

Sebelum ini, sebelum saya menjadi wartawan, saya tidak tahu apa itu ISA. Pada pandangan saya, ISA ini sama seperti undang-undang lain. Aduh! Alangkah ceteknya pengetahuan saya ketika itu. Dan saya sedar, ramai di luar sana yang masih kabur, malah tidak memahami apa ISA itu sebenarnya.

ISA terdiri daripada empat bahagian, 12 bab dan 85 seksyen.

Terdapat 2 seksyen dalam Bahagian I, 45 seksyen dalam Bahagian II, 25 seksyen dalam Bahagian III dan 14 seksyen dalam Bahagian IV.

Seksyen-seksyen ini memberikan kuasa yang luas kepada Menteri Dalam Negeri dan pihak polis untuk membuat penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya.

Seksyen-seksyen ini juga membolehkan menteri dan polis bertindak yang mana sebelum ini hanya boleh dilakukan dalam keadaan darurat.

Seksyen-seksyen ini diambil daripada Ordinan Darurat 1948-1960 dahulu!

Darurat berakhir pada 30 Julai 1960. ISA dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960.

Ini bermakna dalam sejarah, Umno-Perikatan dan Umno-BN hanya berjalan selama 24 jam tanpa tongkat.

Tongkat tersebut adalah dalam bentuk undang-undang menahan dan memenjarakan pencabar-pencabarnya secara tanpa bicara.

Saya tak pasti sekeras mana hati saya, namun artikel yang saya lampirkan di atas cukup menyentuh emosi. Air mata mampu bergenang dibuatnya. Anda yang membaca, saya tak pasti terasa bagaimana. Saya hanyalah pemerhati, bagaimana agaknya perasaan mangsa sendiri?

Kezaliman Pak Lah dan konco-konconya akan dibalas kelak oleh ALLAH. Mungkin di dunia lagi, mungkin di akhirat. Yang penting, mereka tetap berdosa dan bersalah pada isteri-isteri dan juga anak-anak mangsa ISA. Dosa yang tidak terhitung banyaknya...

Celakalah Pak Lah dan barisan pengampunya!

Wallahualam...

P/s - Hayati kisah kezaliman kerajaan BN terhadap mangsa ISA di Blog Saari Sungip aka Abu Urwah. Itu merupakan bahagian ke-30 kisah beliau. Sila pilih seksyen 'Sengsara Kem Kemunting' untuk membaca bahagian 1-29.

(Masih menulis dalam keadaan kehangatan menyambut ketibaan Syawal.)

No comments: