Tuesday, October 17, 2006

Tarif Air Naik; Relevenkah Alasan Kerajaan?

Hujung minggu lepas, penduduk lembah dikejutkan dengan pengumuman kenaikan tariff air sehingga 15%. Kenaikan yang dikatakan hanya memberi kesan kepada mereka yang menggunakan lebih daripada 20 kubik meter padu tidak boleh dipandang ringan. Malah alasan kerajaan juga begitu melucukan dan tidak masuk akal.

Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) yang merupakan pemegang konsesi pembekalan air untuk negeri Selangor dibenarkan menaikkan tariff setelah Syabas dikatakan berjaya menurunkan NRW (NRW-non revenue water. Air yang 'hilang' akibat paip bocor dan kecurian air) sebanyak 5%. Ini sebagai tanda terima kasih kerajaan kepada Syabas, dan ianya termasuk dalam syarat pemberian konsesi.

Pelik bukan? Perjanjian apakah yang meletakkan rakyat perlu membayar lebih apabila Syabas berjaya mengurangkan kerugiannya? Bukankah apabila kerugian berjaya dikurangkan, bermakna keuntungan makin bertambah. Ini juga bermakna, sepatutnya tariff air boleh dikurangkan. Correct me if I'm wrong. Tapi serasa saya, inilah logiknya. Ini tidak, Syabas makin untung, makin kaya, maka rakyat kena bayar lebih.

Pelik bin Ajaib. Siapalah punya kerja merangka perjanjian berat sebelah yang jelas menguntungkan sesetengah pihak? Tak heranlah ASLI dan Gerakan mendakwa DEB sebenarnya mengKAYAkan sesetengah orang sahaja. Inilah satu lagi bukti. Yang miskin makin miskinlah selepas ini. Kos barangan pasti akan meningkat. Pengilang mana yang taknak naikkan harga barangan selepas kos produksi meningkat? Business is business!

Kenapa kerajaan perlu memberikan saguhati kepada Syabas atas kejayaan mereka menurunkan NRW sebanyak 5%? Bukankah itu memang menjadi tanggungjawab Syabas? Sekiranya Syabas tidak mengurangkan NRW mereka, maka mereka akan rugi. Nak tak nak, mereka perlu kurangkan NRW. Tambah memelikkan, kerajaan memberi bantuan sebanyak RM2.9 Billion untuk membantu Syabas menurunkan NRW. Sekarang rakyat pula kena bayar lebih.

Syabaskah yang terlalu tamak duit? Ataupun beberapa orang yang nak kaut duit lebih? Tak cukup lagi RM2.9 billion? Masih nak perah keringat rakyat marhean... Kejam. Sudahlah tidak logik. Apa kejadahnya menteri-menteri? Duduk di parlimen sekadar sembang di kedai kopi? Rakyat tertindas, lagi nak suruh kami makan budi? Sudah pak menteri, ingatlah soal MATI! Jangan dok jaja sangat ISLAM HADHARI. Kang pengundi makin lari.

Anda rasa pelik? Saya lagilah pelik. Dah pulak kena saya duduk dekat dengan Syabas. Makin naiklah bil air selepas ini. Orang-orang rumah pulak tak pandai berjimat. Orang lelaki bujang katakan. Apalah malang nasibku...

Wallahualam...

No comments: