Tuesday, October 17, 2006

Pelabur Melarikan Diri; Benarkah?

Akhbar Utusan makin hari makin menarik. Berita tentang di mana Siti Nurhaliza akan beraya lebih penting daripada berita tentang kedudukan terkini pelaburan dalam Malaysia. Malah, akhbar percuma TheSUN menyiarkan tentang kerugian Bank Islam sebanyak RM1.5B, tetapi Utusan tak sentuh langsung isu ini. Mengapa?

Itu perlu dihuraikan dalam post yang lain. Kali ini, saya ingin membawakan keganjilan statistik pelabur-pelabur luar yang masuk melabur di Malaysia. Ataupun kata lainnya, daya tarikan Malaysia terhadap pelabur luar. Lebih banyak pelabur yang berminat, maka lebih makmurlah negara. Jumlah pelabur juga menunjukkan sejauh mana keyakinan orang luar terhadap keupayaan dan kemajuan sesuatu negara.

Menurut laporan United Nations Conference on Trade and Development's World Investment Report (WIR) 2006, jumlah pelaburan luar (foreign direct investment - FDI) negara Malaysia merosot sebanyak 14.21% kepada hanya USD3.97 billion. Pada tahun 2004, jumlah pelaburan luar ialah USD4.62 billion. Kemerosotan yang memusykilkan. Bukankah Pak Lah, Najib dan Rafidah mengatakan ekonomi negara semakin meningkat? Mereka juga mendakwa jumlah pelabur bertambah? Dan kini, terbukti bahawa mereka tak lebih sekadar PENIPU LICIK.

Lebih menyedihkan, laporan UN tersebut mengatakan FDI di Asia Tenggara meningkat sebanyak 44.7% kepada USD37.14 billion. Tetapi mengapa FDI di Malaysia merosot? Apakah kerana pelabur sudah hilang keyakinan dengan keupayaan Malaysia? Ataupun mereka tak yakin dengan kepemimpinan dan polisi Pak Lah serta barisan kabinetnya?

Bukan setakat FDI Malaysia merosot 14.21%, kedudukan Malaysia juga jatuh dari tempat kedua ke tempat keenam, jatuh empat anak tangga dalam senarai keupayaan 10 negara Asia Tenggara menarik pelabur luar. Jatuh empat anak tangga bukannya sedikit. Malah kita tewas untuk kali pertamanya kepada Indonesia. Perkembangan yang menarik dan boleh dibanggakan oleh Pak Lah.

Inilah antara fakta-fakta menarik lagi terkini yang cuba disembunyikan oleh akhbar-akhbar perdana. Mengapa info sebegini perlu dirahsiakan? Biarlah rakyat tahu realiti sebenar yang dihadapi oleh negara. Pelabur makin lama makin lari. Walhal, menteri-menteri semuanya menjaja kemajuan negara. Kononnya ekonomi sedang meningkat. Kajian UN ini lagi membuktikan PENIPUAN mereka.

Negara sekecil Singapura mampu mempunyai FDI setinggi USD20 billion. Berkali-kali ganda mengalahkan Malaysia. Tidakkah kita malu? Sewaktu Tun masih PM, ekonomi negara tidak segawat sekarang. Benarlah bagai dikata orang, Tun seorang pakar ekonomi. Pak Lah seorang pelingkup ekonomi. Baru 3 tahun lebih, Malaysia dah jatuh ke tempat ke-6. Lagi lama, mungkin sudah tidak ada nombor.

Fikir-fikirkanlah sidang pembaca sekalian. Kita sedang bergerak kebelakang. Laporan ASLI yang bercanggah dengan laporan EPU. Tariff air yang naik walaupun Syabas makin untung. Pelabur makin lari dari Malaysia. Harga minyak dunia turun, tapi harga petrol kekal. 3 orang daripada keluarga yang sama boleh menganggotai Majlis Perbandaran. Banyak lagi ke'ajaib'an bakal berlaku di bumi tercinta ini.

Expect the unexpected fellow readers...

Wallahualam...

No comments: