Wednesday, January 10, 2007

Isu Tol; Tun, Pak Lah, Samy Berbalah

Kenaikan tol terkini di lima lebuhraya di Lembah Klang terasa cukup membebankan rakyat. Pelbagai pihak termasuk parti pembangkang, NGO, kesatuan sekerja dan juga beberapa parti komponen Barisan Nasional sendiri mempertikaikan langkah kerajaan menaikkan tol.

Kajian yang dibuat oleh pihak yang membantah kenaikan tol membuktikan bahawa jumlah subsidi yang telah diberi oleh kerajaan kepada syarikat konsesi tol sudah berjumlah RM4.8 billion sedangkan jumlah kos pembinaan kelima-lima lebuhraya tersebut hanyalah Rm4.1 billion. Ini bermakna, tanpa kutipan tol sekalipun, syarikat konsesi telah mengaut keuntungan Rm700 juta. Bukan satu jumlah yang sedikit.

Lebih memeningkan, perjanjian konsesi tersebut diwartakan sebagai rahsia kerajaan dan dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi. Ini bermakna rakyat biasa tidak boleh mengetahui apakah yang telah dijanjikan oleh kerajaan kepada syarikat konsesi ini. Yang kita tahu, perjanjian tersebut akan berakhir pada tahun 2035 dan syarikat konsesi dibenarkan mengkaji kadar tol setiap 3 tahun sekali.

Banyak pihak yang mempertikaikan langkah kerajaan memberi subsidi, dan dalam masa yang sama mengarahkan rakyat membayar tol. Apatah lagi, jika dilihat statistik terkini, jumlah kenderaan yang menggunakan lebuhraya telah bertambah berkali-kali ganda berbanding dahulu. Dalam kata lain, keuntungan daripada kutipan tol, makin hari makin bertambah. Masih nak naikkan tol?

Hujah kerajaan, tol di Malaysia adalah yang termurah di dunia. Hujah yang tak mampu dinafikan. Walau bagaimanapun, realitinya, Malaysia adalah negara paling banyak tol. Adakah terdapat apa-apa perbezaan di situ? Murah tapi banyak, maka mahallah jadinya. Untuk meredakan kemarahan rakyat, kerajaan mengurangkan cukai jalan untuk kenderaan. Apalah sangat penurunan sekitar Rm10-Rm50 jika dibandingkan dengan jumlah peningkatan tol sepanjang tahun?

Hari ini pula, saya tertarik membaca berita di Utusan dan TheSUN yang menunjukkan terdapat percanggahan pendapat antara Pak Lah dan Samy Velu. Malah, Pak Lah dilihat cuba tunjuk bijak dengan menafikan kenyataan Tun sebelum ini. Kata Tun,

"This is one of thing that we need to correct. What you have is a cabinet which is not very knowledgeable all the time because it is not made up of experts but politicians (and) some politicians like myself can sometimes be stupid," he said when told by reporters that all the five tolled expressways were constructed during his 22-year tenure as prime minister.

Mahathir said the agreements were drafted by officers and submitted to the cabinet and usually the small prints are not there.

"The cabinet merely gave approvals in principle and never really studied the implications in some parts of the agreements."

...

He said when the toll concession agreements were signed, the government had very little experience about growth and reaction of the people.

"Civil servants don't think of reaction of people as much as politicians. They (civil servants) think it is a reasonable agreement and the cabinet okays it and now the government is stuck."

"There is a provision in the (toll) agreements that if there is an increase in traffic and the company collects more than the projected amount, the government gets a share.

"If the traffic volume is lower than projected, the government has to compensate. It works both ways. Currently we don't have any figures," he added.

"From what I see on the road as I drive, they collect quite a bit of money. The roads are jammed up even to pay toll as there are too many cars and in some places toll booths are increased."

Pak Lah pula kata begini,

Perdana Menteri berkata, langkah kerajaan menaikkan kadar tol lebuh raya dibuat berasaskan kepada keadaan semasa meskipun dalam perjanjian dengan syarikat konsesi satu jangkaan telah dibuat terhadap jumlah peningkatan aliran trafik.

‘‘Banyak atau tidak kereta yang akan gunakan jalan tol, semuanya dibuat pada masa itu. Apa yang jadi pada hari ini kita kena ambil kiralah.

“Kita tidak boleh nafikan situasi memerlukan kita ambil tindakan yang memerlukan kita menaikkan kadar tol,” katanya.

Ditanya mengapa kerajaan perlu terus memberikan subsidi sedangkan syarikat konsesi tol lebuh raya dikatakan meraih keuntungan, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengadakan banyak perbincangan dengan syarikat-syarikat konsesi berkenaan dan mengenal pasti terdapat perkara yang munasabah perlu dilakukan.

‘‘Tetapi jika anda mempunyai maklumat-maklumat lain, bolehlah beritahu kami,” kata Abdullah.

Maklumat lain sudah banyak diberi, tapi Pak Lah seperti tidur di siang hari sepanjang masa. Pak Lah juga berkata,

Ditanya adakah syarikat konsesi perlu mendedahkan jumlah kutipan yang mereka peroleh kepada umum, beliau memberitahu, segala maklumat mengenainya boleh didapati kerana syarikat tersebut merupakan syarikat senaraian awam.

‘‘Ya, kerajaan juga menerima maklumat berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh syarikat konsesi tentang kutipan tol mereka.

‘‘Apa yang terbukti kepada kita sebagai kerajaan ialah tol perlu dinaikkan,” katanya.

Samy kata lain,
The Cabinet has to give the green light for highway concessionaires to reveal details of toll collection and the volume of traffic using their highways, Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu said today.

"I will bring it up to the Cabinet on whether we can allow highway concessionaires to release these figures. If the cabinet agrees, then we will ask the companies involved to come out with the details," Bernama reported him as saying.

Kalau sudah maklumat sudah boleh didapati kerana syarikat terlibat merupakan syarikat senaraian awam, buat apa green lightnya? Ada konflict di sini. Kalau benar kutipan telah bertambah melebihi jangkaan, kenapa masih dibayar pampasan? Musykil.

Untuk memudahkan bicara, kenapa kerajaan tidak terus sahaja mendedahkan isi kandungan perjanjian tol tersebut? Apakah ada rahsia korupsi individu tertentu disebalik kenaikan tol ini?

Fikir-fikirkanlah. Sampai bila kita mahu ditipu bulat-bulat. Sudah terang, lagi nak bersuluh.

No comments: