Wednesday, January 10, 2007

UMNO Tak Cukup Duit Untuk Pilihan Raya!

Kes Tan Sri Kasitah Gaddam merupakan antara isu sensasi negara kini. Kes yang difailkan tiga tahun lepas, baru berpeluang diadili sekarang. Kasitah merupakan antara 'bilis-bilis' yang diheret ke muka pengadilan oleh kerajaan Pak Lah atas kesalahan korupsi. Boleh juga dikatakan Kasitah antara yang dipergunakan sebagai senjata politik Pak Lah untuk menunjukkan keikhlasannya untuk mem'bersih'kan kerajaan.

MInggu lepas rakyat digemparkan dengan berita seorang hakim 'mengamuk' kerana peguam bela dan pendakwa asyik memohon penangguhan perbicaraan kes Kasitah. Susulan itu, kecoh seketika perbincangan punca penangguhan terlalu banyak kes (kini sepi semula - Melayu mudah lupa!). Akhirnya, 8 Januari 2007 menandakan permulaan kes perbicaraan menarik ini. Kesalahan yang dihadapi oleh Kasitah:
Bagi tuduhan pertama melibatkan rasuah di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970, Kasitah akan dibuktikan seorang penjawat awam ketika kesalahan dilakukan pada 22 Oktober 1996.
dan

Bagi tuduhan kedua melibatkan penipuan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, pendakwa akan mengemukakan keterangan langsung atau secara kronologi.

Kasitah, 59, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Bilik Mesyuarat Forum, Hotel Fairlane di sini.

Azmi berkata, kronologi yang membawa kepada pertuduhan bermula apabila tertuduh pada 25 Januari 1994 telah membeli saham syarikat Intra Oil Supplies Sdn. Bhd. daripada seorang bernama Ismail Abdul Rashid dengan harga RM12.13 juta.

Pembelian saham itu dibuat melalui pinjaman peribadi dengan Bank DCB Berhad (kini RHB Bank Berhad) berjumlah RM10.9 juta.

Tidaklah terlalu mengejutkan. Rasanya masih banyak lagi kesalahan sebegini yang sedang berlaku dalam kerajaan sekarang. Apatah lagi yang melibatkan kaum kerabat Pak Lah. Antara penyangak besar sekarang termasuklah Khairy Jamaludin dan Kamaluddin Abdullah. Sampai masanya, mereka akan tersungkur jua. Mungkin tersungkur di pintu penjara, ataupun terus di pintu neraka.

Tambah merencahkan lagi kes Kasitah ialah kenyataan saksi, Datuk Mohd Tahir Jaafar bahawa Kasitah memaksa beliau bersetuju untuk meluluskan penjualan saham beliau dalam Sapi Plantations Sdn Bhd kerana Kasitah dikatakan terdesak mencari duit untuk UMNO. Duit tersebut dikatakan untuk pilihan raya. Sejak bila UMNO jatuh miskin ya? Oh, lupa pula. Mereka perlukan duit untuk memancing undi.
Desperate for money which was to be utilised for Umno elections, former Land and Co-operative Development Minister Tan Sri Kasitah Gaddam had pressured a Sabah Land Development Board (SLDB) to sign an approval to sell its shares in Sapi Plantations Sdn Bhd, the High court heard today.

Former SLDB general manager Datuk Mohd Tahir Jaafar told Judicial Commisioner Suraya Othman however that he refused to submit to Kasitah's pressure.

"I told him I could not bow in to his demands because there were established guidelines and terms and conditions that have to be complied with when approving the sale of the shares," Mohd Tahir, said when testifying at Kasitah's corruption trial.

"Kasitah said he had no choice as he needed the money for Umno elections," said Mohd Tahir.

He also said there were a lot of "disturbances" from the Sabah state government leaders and Kasitah, in the form of verbal instructions and through telephone calls directing him to adhere to their instructions.

He said on one occasion when he had received disturbances, he told Kasitah: " I cannot sign the letter because I fear the Anti-Corruption Agency (ACA) and the police because such action is contrary to established policies."

Mohd Tahir added that he was told a handsome amount of shares would be rewarded to him via Singapore, if he signed the Sale and Purchase Agreement for the sale of SLDB's Sapi Plantation shares.

Mohd Tahir said he was instructed to sign an approval letter for SLDB to sell its 16% stake in Sapi Plantations to the two new Bumiputra companies contained in a counter proposal following Perlis Plantations Sdn Bhd'd offer to merge and list the East Malaysia Plantation Companies on the KLSE.

He said Kasitah had assured him there would be no problems with the Sabah Chief Minister pertaining to the sale and that transfer to a lesser job with lower salary was imminent if he (Mohd Tahir) remained stubborn.

His refusal to buckle in to the demands, especially by Kasitah, who was SLDB executive chairman at the time, ended with him being demoted and transferred out of SLDB as assistant director of socio ecomony in Yayasan Sabah.

Full news?

Begitu sekali buruknya tingkah laku dan perangai seorang menteri UMNO. Rupanya mereka sudah ada lingkaran kroni dalam melaksanakan perbuatan 'mencuri duit rakyat' ini. Penyangak besar disebalik semua 'kecurian' ini dipercayai masih bebas. Saya tak sabar-sabar menantikan saksi lain membuka pekung UMNO selama ini.

Sama-samalah kita nantikan perbicaraan bersambung esok. Apakah kebenaran akan terbongkar akhirnya?

Wallahualam...

Rujuk juga berita berikut:
  1. Hakim berang -- Kes rasuah Kasitah Gaddam kerap ditangguh pendakwa, pembela
  2. Bicara Kasitah akhirnya bermula selepas tiga tahun
  3. Kasitah ‘langkau’ menteri – Saksi
  4. Witness: Kasitah sought CM's approval despite unfavourable feedback

No comments: