Sunday, January 07, 2007

Mufti Perlis Digelar 'Barua'?

Saya tertarik membaca 'berita' yang agak terkini daripada HarakahDaily. Kisahnya tentang Mufti muda Perlis, Dr Asri Zainal Abidin (DAZA). Tempoh hari, DAZA telah mengejutkan negara dengan pandangan 'sekularnya' tentang penangkapan kes khalwat oleh Jabatan Agama Islam (diberi sokongan penuh oleh Sisters In Islam). Kini, DAZA buat hal lagi. Lebih kurang macam kesinambungan terhadap ke'sekular'annya.

Kisahnya bermula dengan temuramah Mingguan Malaysia dengan DAZA. Yalah, DAZA ini diberi publisiti lebih esklusif jika dibandingkan dengan mufti-mufti lain. Kenapa ya? Sayapun tak tau. Mungkin sebab UMNO suka ya? Utusan kan UMNO punya. Maybe... Berikut sedikit sedutan yang memberi gambaran DAZA anti pembangkang (harapnya tidak anti Islam).

MINGGUAN: Bagaimana reaksi yang diterima selepas Dr. mengeluarkan kenyataan melarang intipan sesuai dengan kaedah tajassus dalam kes tangkapan khalwat?

MOHD. ASRI: Sepatutnya para sarjana Islam di negara ini tidak terkejut dengan kenyataan ini. Kalau ada yang membaca tulisan para ulama dahulu dan kini tentang bab tidak boleh mengintai ini, ia dinyatakan dengan jelas. Dr. Yusof al-Qardawi menyatakan dengan jelas, tidak boleh mengambil video, tidak boleh mengintip orang di belakang tabir atau balik pintu. Masalah imej Islam itu ialah bagaimana supaya ia tidak menjadi agama yang disalah sangka.

Isunya bukan menghalang banteras khalwat tetapi prosedur dalam membuat tangkapan termasuk intipan. Ada kira-kira 50 tugas penguat kuasa agama termasuk menahan orang yang tidak sembahyang Jumaat tetapi mengapa khalwat sahaja berjalan?

Khalwat bukan zina. Tuduhan zina perlu dibuktikan dengan empat orang saksi. Khalwat baru tuduhan bersekedudukan dan selalunya dilakukan secara bersembunyi. Maknanya mereka takut. Ini berlawanan dengan mereka yang melakukan maksiat secara terbuka di tempat awam seperti berpelukan lelaki dan perempuan bukan mahram, membeli nombor ekor, berjudi dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, seorang lelaki bernama Mais g berjumpa Nabi dan mengaku berzina. Nabi memalingkan muka ke kanan dan bertanya adakah engkau mempunyai penyakit gila? Barangkali engkau raba atau cium sahaja. Ini menunjukkan Nabi cuba mengelakkan kes bersifat mengaibkan.

MINGGUAN: Sebab itu Dr. menggesa tumpuan diberi kepada mencegah kemungkaran secara terbuka?

MOHD. ASRI: Ya, kita perlu menumpukan kepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasuk merompak, mencuri dan berjudi. Jangan tanya pembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islam yang mereka hendak bentuk. Kalau sistem khalwat itu diterima pakai seperti saya tengok di laman web pembangkang, ertinya kalau memerintah, mereka terpaksa membuat negara ini negara special branch. Mereka terpaksa merisik untuk mengetahui jenayah dan maksiat orang lain.

Temu ramah Penuh?

Menarik ya? Kenapa pembangkang pulak yang disebut? Ini komen daripada HarakahDaily yang diambil daripada DetikDaily. Penulisnya dikenali sebagai Pak Tam Mat dari Jitra, Kedah. Tajuknya di DetikDaily berbunyi "Mufti Asri sudah jadi barua Umno!" (telah diubah kepada "Mufti Perlis sudah jadi 'alat' Umno serang pembangkang!" dalam HarakahDaily).

"Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barut Umno apabila menuduh negara Islam yang pembangkang mahu tubuhkan adalah negara special branch, walhal negara special branch atau yang digelar Tun Mahathir Mohamad sebagai negara polis adalah realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinan Umno-BN!"

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin buat perangai lagi. Mentang-mentang dia jadi tumpuan dan disanjung Sisters In Islam, Asri kali ini menghalakan sasarannya kepada pembangkang pula.

Jelas, mufti termuda ini mahu bermain politik, tapi bukan di gelanggang yang sebenar.

Link berita di DetikDaily <-> HarakahDaily

Seperti yang saya sangka, DAZA sebenarnya sangat bermotifkan politik. Sama seperti Dr Mashitah Ibrahim yang dahulunya terkenal macam DAZA jugak. Sekarang Dr Mashitah menjaga bahagian ajaran sesat Islam Hadhari, DAZA pula bakal menyusul (mungkin...).

Apalah nak jadi dengan Malaysia hari ini. Muftipun sanggup menjadi tali barut pihak yang jelas menentang Islam (Kerajaan pimpinan UMNO memberikan lesen judi dan arak secara berleluasa etc.). Apakah mufti seperti Dato' Harussani dah outdated? Hebat sangatkan orang muda baru setahun jagung mengenal dunia (dibandingkan dengan mufti-mufti 'tua' lain)?

Anda nilaikan sendiri. Saya tidak mengatakan segala pendapat DAZA salah. Ada yang boleh diterima pakai. Tapi banyak yang pelik dan menjanggalkan. Akhir zaman katakan...

Oh, lupa untuk saya nyatakan. Saya juga orang muda, lagi muda daripada DAZA. Mungkin bila DAZA dah 'tua', golongan kami (saya dan yang sebaya) akan membawa gelombong muda yang lain. Heh.

Wallahualam...

Rujuk juga post Jawapan Buat Ust Asri Zainal Abidin

No comments: