Wednesday, January 10, 2007

Suruhanjaya Pilihan Raya; Kekeliruan Yang Disengajakan

Semalam, laporan muka depan Utusan Melayu menyiarkan pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tentang kepincangan yang wujud dalan sistem pilihan raya di Malaysia. Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan SPR distruktur semula, serta undang-undang pilihan raya dirombak secara drastik.

Selain mengatakan undang-undang yang digunapakai telah berusia 50 tahun, beliau turut menyatakan kelemahan sedia ada yang dihadapi oleh SPR. Baginya, SPR sebagai sebuah suruhanjaya bebas, perlu diberi peruntukan khas oleh Parlimen selain mempunyai sistem gaji yang tidak perlu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam.

“SPR juga harus diberikan kuasa untuk memproses, menghakim dan menyelesaikan pertelingkahan kecil pada musim pilihan raya yang kini dikendalikan oleh polis dan perlu melalui proses mahkamah yang mengambil masa agak lama,” katanya.

Menurut Ab. Rashid, Perlembagaan Persekutuan disaran memasukkan peruntukan jelas mengenai pelantikan ahli-ahli SPR bagi mengelak parti pemerintah diberi kuasa mutlak dalam proses pemilihan dan pelantikan ahli SPR serta memastikan mereka mempunyai kekebalan sebagaimana dinikmati pihak kehakiman.

Beliau juga menggariskan enam kuasa yang tidak wujud pada SPR yang menjadi punca kelemahan badan itu pada masa ini, iaitu:

* Kuasa menentukan penubuhan parti politik dan menjamin kebebasan mengambil bahagian bila-bila masa dalam pilihan raya.

* Kuasa mengawal semua keadaan pada musim berkempen.

* Kuasa mengatur keadilan dan kebebasan melapor bagi semua media cetak dan elektronik.

* Kuasa mengawal dan menghukum pihak yang menyalahgunakan kemudahan awam untuk berkempen.

* Kuasa menentukan keadilan dalam hal-hal berkaitan dengan pembiayaan kewangan untuk kempen parti.

* Kuasa mengawal dan mencegah rasuah dan aktiviti membeli undi dalam musim pilihan raya.

Berita penuh?

Banyak pihak bersyukur dengan pengakuan Pengerusi SPR tersebut. Setelah diasak setiap kali pilihan raya, akhirnya SPR mengakui ketidaktelusan yang wujud. Pelbagai pihak menyuarakan sokongan terhadap langkah merombak sistem pilihan raya di Malaysia. Parti pembangkang, NGO dan orang meraikan langkah tersebut sebagai sesuatu yang sudah lama diimpikan. Dalam masa yang sama, pemimpin UMNO ada yang setuju ada yang menentang.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, penyemakan semula badan itu sememangnya tepat pada masanya bagi meningkatkan keberkesanan perjalanan pilihan raya.

Menurutnya, walaupun selama ini SPR telah menguruskan proses pilihan raya dengan baik, namun kelemahan masih ada kerana sistem yang digunakan SPR telah berusia 50 tahun.

“Keperluan untuk menyemak semula SPR adalah wajar. Ia perlu diletakkan pada kedudukan yang lebih teguh untuk menjalankan proses pilihan raya sehingga ia boleh digolongkan sebagai badan bebas dan adil serta mendapat kepercayaan semua pihak baik pengundi mahupun parti-parti politik, badan berkanun, pertubuhan awam dan rakyat Malaysia.

‘‘Sehubungan itu, tindakan SPR yang mengakui kekurangan badan itu dan ingin mengatasinya dengan melakukan rombakan harus dipuji bagi mencapai objektif melaksanakan pilihan raya yang demokratik,’’ kata Shahrir kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dan juga,

Pemangku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, kenyataan Pengerusi SPR itu perlu diberi perhatian serius kerana beliau arif tentang kelemahan yang dihadapi oleh badan itu.

‘‘Penyemakan semula itu menunjukkan kesanggupan SPR untuk mempertingkatkan kecekapan dan ketelusan mereka bagi menutup sebarang ruang kepada pihak tertentu membuat sebarang tuduhan terhadap badan pengurus pilihan raya tersebut.

‘‘Bagaimanapun, cadangan itu harus diteliti oleh pucuk pimpinan dan sekiranya hendak dilaksanakan, Ahli Parlimen harus diberi taklimat terlebih dahulu. Kami juga bersedia membincangkannya di Parlimen,’’ katanya
Lain pula yang ini,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu dirombak atau distruktur semula hanya kerana kritikan-kritikan yang dilemparkan kepada badan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berpendapat, pada umumnya SPR yang berusia 50 tahun telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan cuma perlu membaiki segala kelemahannya agar boleh terus berperanan dengan lancar.

Katanya, tindakan sesetengah pihak menegur badan itu sebagai satu langkah kebaikan, namun bagi mengatasi kelemahannya ia tidak perlu dirombak.

‘‘Saya tidak nampak mengapa SPR perlu dirombak. Tidak perlu sama sekali. Bukan kerana ia dikritik hingga perlu dirombak,” katanya.

...

Menurut Nazri, SPR tidak boleh menganggap teguran dan kritikan dilemparkan oleh sesetengah pihak sebagai menyekat kebebasan badan itu menjalankan tanggungjawabnya.

Beliau berkata, menyedari ada pihak yang menganggap SPR tidak bebas dan terikat, namun ia tidak boleh diambil kira ke arah pembentukan satu suruhanjaya bebas seperti disarankan oleh Ab. Rashid.

Katanya, untuk itu beliau perlu mengenal pasti kelemahan dalaman yang ada pada badan itu dan segera memperbaikinya tetapi bukan melihat kelemahan tersebut sebagai ancaman.

Daripada komen-komen yang diberikan oleh UMNO sendiri, tampak dengan jelas bahawa mereka sedang berpecah. Ada golongan 'kanan' yang sudah muak dengan ketidakjujuran UMNO serta pilihan raya, tetapi masih sayangkan UMNO. Ada golongan 'kiri' yang sayangkan kuasa yang dipegang UMNO. Bagi mereka, biarlah sistem sekorup mana sekalipun. Takpe. Yang penting, UMNO terus berkuasa.

Pelik ya melihatkan situasa semasa UMNO. Tambah memelikkan, kenapa Pak Lah senyap sahaja? Seolah-olah pilihan raya merupakan isu picisan yang tak memberi apa-apa makna. Lagi menarik, Najib sekarang sedang bercuti di luar negara. Orang kata Tahun Melawat Malaysia, Najib nak jugak melawat luar negara. Apatah lagi, rakyat di Johor baru surut banjirnya, negeri-negeri lain dalam keadaan berjaga-jaga. Beginilah nasib rakyat Malaysia...

Wallahualam...

No comments: