Monday, January 08, 2007

Mahasiswa Teraniaya Terbela; UUM Diarah Bayar RM70 Ribu

Post ini ringkas sahaja memandangkan ini post ke-3 untuk malam ini. Kisah pembelaan seorang mahasiswa yang menyaman Universiti Utara Malaysia kerana menyingkirkan beliau. Kesnya berlaku pada tahun 2000, saman difailkan pada tahun 2001. Melibatkan penyebar ajaran sesat terkenal, Astora Jabat. Ikuti sedutan berita dibawah:

ALOR SETAR, 8 Jan (Hrkh) - Universiti Utara Malaysia(UUM) hari ini bersetuju membayar bekas pelajar tahun akhir sessi 1999/2000, Mohd Rizal bin Mohd@ Anan sebanyak RM 70 ribu sebagai penyelesaian muktamad kes pelajar kerana digantung tiga semester pada tahun 2000 lepas.

Penyelesaian tersebut dicapai apabila pihak UUM dan pelajar tersebut bersetuju merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Dato’ Supian Abdul Razak, Hakim.

Mohd Rizal memfailkan Writ Saman ke atas UUM pada tahun 2001 kerana tidak berpuashati dengan tindakan pihak berkuasa tatatertib UUM yang menggantung beliau selama tiga semester di atas tuduhan tatatertib mengaibkan UUM kerana terlibat memberikan pandangan dalam program “Dialog Agama Bersama Astora Jabat” yang diadakan di perkarangan masjid UUM pada 11 Febuari 2000 lalu.

Berita Penuh?

Hanya kerana mempertahankan Astora Jabat, Rizal dikenakan tindakan tatatertib. Sekarang, bayarlah Rm70 ribu. Tidaklah terlalu banyak jika dibandingkan dengan kesusahan yang terpaksa Rizal hadapi. Mungkin selepas ini UUM perlu mengambil tindakan tatatertib terhadap pasangan muda yang suka bermadu kasih. Rasanya itu lebih wajar. Tak begitu?

Wallahualam...

No comments: